Bab 19

Humor Series 10658

Chapter 19

FAIL di depan mata dari tadi aku kuis-kuis. Kerja berlambak namun satu pun tak ada yang menarik minat aku. Mungkin aku masih dalam mood cuti. Syarikat tempat aku bekerja adalah salah satu cawangan yang membina hotel. Mungkin ini bukan minat aku dari dahulu, bekerja berkenaan tentang pelancongan.

Kerja sudah 3 tahun. Untung saja ada rakan sekerja yang tidak membosankan. Bertahanlah juga aku di sini. Pernah juga terniat mahu berhenti kerja, tapi.. ah~ apalah yang aku fikir saat ini. Kerja sekarang bukan senang mahu cari. Mahasiswa yang baru dapat degree pun sekarang tanam anggur.

Aku meneruskan menatap komputer di depan mata untuk menyelesaikan kerja yang terbengkalai. Kalau aku kahwin nanti, memang dah pasang niat nak berhenti kerja. Ceh! Nanti aku mohonlah kerja di tempat Kak Sa'diah, isteri along. Yeah, along sudah berkahwin selama dua tahun.

Pada mulanya, memanglah terkesan juga. along berkahwin tanpa khabar kepada keluarga. Tapi, ayah dan ibu pun aku tak pasti adakah mereka masih ambil peduli atau tidak. Sampai bila hal ini akan berlanjutan? Kak Sa'diah ada butik pakaian muslimah. Sebenarnya, memang sudah lama aku teringin bekerja di tempat sebegitu.

Menemui pelanggan secara langsung. Boleh juga tambah kawan. Sedar tak sedar dah tiba waktu lunch. Patutlah perut aku tidak habis main dram dari tadi.

"Wei, jom gerak. Perut dah lapar ni." Aku meregangkan anggota badan.

Suzy menganggukkan kepalanya dan mula menutup komputer. Kami pun beransur menuju ke tempat parking. Katanya, Haikal terpaksa pergi Pahang ada kerja di sana. Terpaksa? Hm, memandai aje. Dah memang tugas dia, dia terima sajalah. Kadang, Haikal tu kalau dibiarkan boleh teruk dia tu. Workaholic sangat.

"Wei, dalam kereta tadi kata ada benda nak cakap. Apakah?" Aku membawa kembali Suzy di alam realiti. Asyik sangat melihat pelayan lelaki yang baru sahaja mengambil pesanan tadi. Agaknya baru 20 tahun kut. Kecil lagi tu. Suzy ni buat malu pun ada. Pergi usha-usha budak tu pula.

"Oh ya.. Aku ada berita hangat lagi sensasi. Aku dengar pun baru-baru ni juga." Suzy bercerita dengan nada serius. Aku hanya mengangguk sebagai balasan. Walaupun aku tidaklah hendak sangat bercerita kisah orang, cuma mengisi masa.

"Lelaki yang bekerja sama dengan kau tu, dia kan.." Suzy berkata dengan nada saspens. Lelaki mana pula ni? Ramai aje yang bekerja sama dengan aku. Haish budak ni. Cakap specific tak boleh ke?

"Yang mana?"

"Ala, yang baru-baru ni lah. Aku lupa nama dia, syarikat mana. Ini pun khabar angin aje. Eh, kau nak tahu ke tidak ni?" Suzy sudah mula rasa geram. Aku hanya mengekek dalam hati.

Tak kisahlah siapa pun. Aku memang tak suka jaga tepi kain orang ni. Tapi, Suzy yang beria. Aku turutkan sajalah.

"Dia dah tunang! Pergh, ramai Hawa dari celah-celah muka bumi ni merana wei. Ada masuk majalah juga tau, tapi aku pun tak tahu majalah apa." Suzy menayang gigi putihnya. Ceh, info tak lengkap tapi masih nak beri tahu juga.

Aku mengangguk-angguk faham. Orang dah tunang, biar sajalah. Nak kecoh buat apa? Famous sangatkah dia?

"Kacak eh?"

"Kacak, of course. Kalau tak, takkan la perempuan rebutkan dia. Perempuan sekarang, taste tinggi. Duit pun pandang juga. Mentang-mentanglah lelaki tu kaya. Tapi kan, dia bukan buaya darat cap ibu dan anak kau tahu! Untung doh tunang dia."

Aku mencebikkan bibir. Ceh, menggunungnya dia puji. Kau tak kenal dia lagi, dah cakap macam tu. Nanti indah khabar dari rupa, nak bising. Percaya sangat dengan khabar angin.

Tiba-tiba aku rasa kerusi sebelah aku berbunyi. Perlahan-lahan wajah aku palingkan ke kiri, Ya Allah! Dia ni, buat aku sakit jantung sajalah.

"Assalamualaikum." Fariz menyungging senyuman meleret. Sampai nak mencecah telinga pun ada. Baru menang loteri ke apa ni?

Kami pun menjawab salam yang diberi. Suzy membuat muka kau-ajak-dia-makan-sekali-ke? Aku hanya membuat muka mana-ada sebagai balasan. Hish, pelik-pelik saja Fariz ni. Datang tak dijemput, pulang tak dihantar. Seram!

Setelah agak lama masing-masing berdiam diri, Fariz memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Oh dah kalau macam ini gayanya, makan sama la nampaknya. Aku hanya diam. Tak kisah pun sebenarnya. Tapi, tahu pula dia aku makan kat sini. Dia masih pasang spy untuk aku ke apa?

"Come on. Say something. Tak suka aku ada kat sini ke?" Fariz memandang aku dan Suzy silih berganti seraya memasang wajah minta simpati.

Aku dan Suzy memberi senyuman kelat. Lalu, Suzy kembali dengan telefon bimbitnya. Ah, curang betul. Aku kena layan mamat ni sesorang ah ni? Tak adil sungguh.

"Tak adalah. Terkejut aje tiba-tiba kau muncul. Macam mana kau tahu aku makan kat sini?"

Fariz tersenyum selepas itu. Okey, makin lama aku kenal dia, makin seram pula aku lihat senyuman dia.

"Aku jumpa client kat sini tadi. Lepas tu, nampak kau tengah pesan makanan. Jadi, aku datanglah sini. Kenapa? Tak boleh?"

Aku menggeleng pantas. Ish, ada pula cakap macam tu. Kafe ni bukan milik aku. Jadi, hak nak halau orang tu memang tak ada.

"Suka hati kau la. Aku bukan owner cafe. Eh eh kau ingat lagi tak, Rafie?" Tanyaku separuh teruja. Mulutku menguntum senyuman spontan.

Fariz terdiam buat seketika. Mungkin sedang flashback. Aku menanti penuh sabar. Lalu, dia memandang aku dalam.

"Ingat! Gila tak ingat? Abang angkat kau tu kan?" Aku membuat muka toya sebagai balasan. Abang angkat? Panggil dia abang pun tak pernah, lagi nak berangkat-angkat.

Aku menggeleng tidak setuju. "Bukan. Dia bukan abang angkat. Cuma jiran rapat aje."

Kini, Fariz pula yang terangguk-angguk memahami. Aku tersenyum tatkala kalau ada soalan yang bakal Fariz utarakan. Beberapa saat berlalu, namun Fariz tetap diam. Lah, tak nak tanya apa-apa ke?

"Don't stare looking at my face like that, boleh?" Fariz membuat muka cuak. Ceh! Ingat kau handsome sangat sampai aku nak terpegun lihat wajah kau tu? Ugh, memang tak la bro!

"Ish dia ni. Takkan la tak nak tanya aku something pasal dia? Kata ingat, kan?" Aku masih memandang wajah Fariz geram. Dah penat aku buat muka ribena aku, dia pula tak layan.

"Oh nak aku tanya? Okey. Kat mana kau jumpa dia?" Persoalan daripada Fariz membuahkan senyuman dari aku kembali. Mesti dia terkejut, desisku perlahan.

"Aku kan balik kampung minggu lepas. Aku jumpa la dia."

"Okey, so? Kau nak aku buat apa?" Fariz memandang aku bingung.

Aduhai, dia ni tak ada perasaan langsunglah. Aku hanya mendengus kecil dan selepas itu makanan yang dipesan oleh kami pun tiba. Suzy yang terbau makanan kegemarannya sampai, terus mengalihkan perhatian kepada makanan itu.

Setelah selesai makan, aku dan Suzy pun mahu meminta diri. Jadi, kami pun sama-sama pergi ke tempat park kereta. Aku dan Suzy berjalan beriringan, terasa ada bayang-bayang sedang mengikuti kami.

Aku mengintai pandang ke belakang. Fariz? Aku pun meneruskan berjalan tanpa mahu bertanya mengapa Fariz mengikuti kami. Ah, mungkin dia pun park kereta tempat yang sama seperti aku.

Setelah sampai, aku berpaling ke arah Fariz. "Eh, ni kereta kau kan Fariz? Kenapa ada kat sini?" Tanyaku aneh. Setahu aku, masa aku park kereta di sini, sebelah langsung tiada kereta. Kalau benar ini kereta Fariz, takkan la aku tak nampak tadi?

Dia yang datang awal sebelum aku, sepatutnya kereta dia ni perlu ada sebelum kereta aku park disebelah. Musykil. Aku masih memandang Fariz meminta jawapan. Aku rasa Suzy turut merasakan weirdo-nya disitu.

"Err yalah ini kereta aku. Takkan kau tak perasan masa kau datang sini tadi?" Kini Fariz pula menyoal aku. Eh seriuslah, masa aku datang, tempat sebelah ni kosong! Takkan aku salah pandang kut? Kalau macam tu, Suzy pun salah pandang la?

"Urm, okeylah. Aku kena gerak dulu. Ada hal. Ada masa, kita borak lagi. Bye." Fariz seperti terburu-buru masuk ke dalam keretanya. Aku hanya memerhati kereta Fariz bergerak meninggalkan aku dan Suzy terpinga-pinga.

Aku pun segera masuk ke dalam kereta, diikuti oleh Suzy. Kereta aku juga mengikut jejak Fariz. Mula membelah jalan raya. Aku memandang Suzy yang berada di sebelah. Tapi, tak lama kerana perlu fokus memandu. Aku tahu Suzy sedar aku pandang dia.

"Kau rasa apa yang aku rasa?" Soalku setelah beberapa minit berdiam diri. Radio aku tidak hidupkan, bingit pula siang-siang begini mendengar celoteh DJ radio.

Suzy memandang aku setelah aku memulakan bicara. Lalu, dia menganggukkan kepalanya dan berpaling menghadap ke hadapan. Memang ada hal yang tak kena dengan Fariz. Masakan aku dan Suzy sekaligus salah pandang? Sangat tidak mungkin.

Setelah sampai di pejabat, aku melihat ada guest sedang menunggu di ruang menunggu. Aku pergi ke tempat Nana, penyambut tetamu.

"Nana, tu siapa?" Aku menjuih bibir ke arah tetamu itu. Kalau mahu dikatakan mahu berjumpa dengan Haikal, masakan Nana tidak beri tahu bahawa Haikal tiada di pejabat? Jadi, siapa yang tetamu itu mahu berjumpa?

Terkejut juga Nana dibuatku kerana dia menarik nafas tersesak tadi. Oh, lupa. Budak ni ada darah gemuruh. Tak boleh terkejut sikit datanglah asma dia nanti.

"Ish, akak ni. Kalau ya pun nak terkejutkan Nana tak perlu la sampai macam tu sekali. Oh ya, tetamu tu nak jumpa akak. Baru aje akak keluar pergi lunch dia sampai." Panjang ulasan Nana, budak yang hampir dapat diploma namun tak sempat nak sambung. Kekurangan wang.

Aku mengangguk lalu meminta diri untuk berjumpa dengan tetamu itu. Huish macam penting aje. Pihak bankkah? Haish, takkanlah sampai ke sini cari aku.

"Hai." Aku menegurnya. Kalau beri salam nanti takut non-Muslim. Dia yang membelakangkan aku segera bangun dan menatap aku. Amirul?!

"Woi, kau buat apa kat sini?" Teriakku sedikit kencang sampai pekerja lain tertoleh-toleh melihat aku. Hello, pekerja baru ke? Tak pernah nampak aku menjerit dekat pejabat ke apa?

Amirul tersenyum ikhlas. Eh eh dia ni lagi seorang buat aku pelik. Aku memandang Suzy, dia membuat muka aku-pergi-dulu-okey. Aku hanya mengangguk. Lalu aku menyuruh dia duduk kembali namun semestinya ditemani aku. Aku memandang dia, sehelai sepinggang. Kalau nak jumpa aku sebab kontrak kerja yang aku buat dengan dia.. err macam lambat lagi aje.

Jadi apakah tujuan sang Adam ini menemui Hawa di sini? Ceh wah. Aku masih memandang dia yang dari tadi diam menilik wajah aku. Macam baru pertama kali jumpa aku. Kejap, ada kesan makanan ke dekat bibir aku? Aku segera meraba bahagian mulut.

"Tak ada pun la. Saja aku pandang kau." Akhirnya Amirul bersuara. Dah kena sampuk lembaga mana pula Si Amirul Iqbaal ni. Aku hanya tersengih walau dalam hati aku terus bertanya tanpa henti.

"Jadi, kenapa datang sini ni? Haikal tak ada kat office la. Dia pergi Pahang." Beritahuku. Kot kot dia nak jumpa Haikal ke, aku beritahulah siap-siap. Amirul hanya diam.

"Yeap, aku tahu. Kau okey tak lately ni? Aku datang rumah kau itu hari tapi Suzy kata kau balik kampung. Kenapa tak beri tahu aku?" Amirul pula menerjah. Yeah, Amirul sudah kembali. Dia tak akan diam kalau ada benda yang ada dalam fikiran dia. Aku kenal dia sangat.

"Aku lupa nak beri tahu. Eh, tapi perlu apa aku beri tahu pun. Bukan kau nak join ke apa. Kenapa datang rumah? Call je tak boleh?" Aku memandang Amirul dalam. Suzy tak ada pun cakap Amirul datang rumah. Dia lupalah tu. Haih, pelupa betul budak tu. Itulah makan kismis tak nak.

Lagipun, masa dia call aku kat kampung tak ada pun cakap apa-apa. Terus off.

"Err... tak ada apalah. Benda dah lepas, tak payah diungkit balik. Oh ya, aku nak ajak kau makan malam hari ni. Nak tak?"

Aku memandang Amirul aneh. Tiba-tiba saja mahu ajak makan malam. Hm mesti ada udang di sebalik batu ni.

"What? Hello, tak payah bercakap dalam hati sangat. Aku dah ajak, terima ajelah. Susah sangat kenapa?"

Aku membuat muka menyampah. Suka hati aku la nak cakap dalam hati ke apa, dia sibuk apa hal? Aku hanya mengangguk pada akhirnya. Cakap banyak pun tak guna. Mesti dia paksa juga aku ikut.

"Good. Jadi, pukul 8 malam nanti aku jemput kau kat rumah. See? How sweet I am. Beruntung kan siapa dapat aku?" Amirul menaik turunkan keningnya. Aina, sabar. Tak lama, nanti dia blah la. Sebab.. aku rasa macam nak lempang muka dia laju-laju!

"Yalah yalah. Beruntung malang dapat kau," aku membuat muka acuh tak acuh. Peduli apa aku.

"Untung jer, malang tiada. Faham?" Amirul menjengkilkan matanya. Uuu, takut! Cis, ingat aku budak-budak?

"Dah itu aje, kan? Rasanya kerja aku dengan kau pun tak kurang banyaknya. Diharap bolehlah encik beransur untuk saat ini juga. Boleh?" Aku pun bangun dan menghidangkan tangan untuk mengalu-alukan kepergian Amirul.

Amirul membina muncung sedepa. Well, itu hiperbola jer lebih. Hakikatnya, aku tak pernah ukur pun berapa panjang muncung orang. Even, aku punya sendiri. Ish, tak ada kerja lainkah?

Setelah Amirul tiada, aku pun menapak pergi menuju ke tempat kerja aku. Naik lif la of course. Aku bukan macam Haikal. Kalau dia nak lif, tak ada siapa pekerja pun yang berani masuk sekali. Kecuali yang tak sedar diri seperti aku dan Suzy. Aku mengaku itu.

"Aina, tadi aku nampak ada lelaki tunggu kau. Boyfie kau eh?"

Terkejut aku dek teguran tak berasas itu. Ish, aku siku juga dia ni. Entah bila dia ada dalam lif sama dengan aku pun aku tak tahu.

"Zahra, itu bukan boyfie aku. Itu anak ikan namanya. Nampak tak bezanya tu?" Aku menjeling wajah Zahra yang terkejut mendengar bicara aku sebentar tadi. Aku hanya boleh menahan daripada ketawa besar. Itu spontan keluar dari mulut aku.

"Ish kau gila? Dia nampak macam sama umur dengan kau je! Kau jangan nak menipu aku, Aina." Ujar Zahra serius. Muka dia sangat melambangkan apa dalam hati dia.

Aku membuat muka selamba lantas mengangguk. Zahra masih membuat muka terkejut sampailah tingkat yang aku pilih sudah sampai.

"Ingat ini rahsia kita berdua aje. Kalau kau nak juga, aku boleh recommend. Tapi, tutup mulut okey...." Aku keluar secara ke belakang dan membuat muka nakal. Zahra yang masih setahun jagung di syarikat ini hanya terpinga-pinga sampailah lif itu tertutup sendiri.

Terus aku mengeluarkan tawa yang berdekah-dekah. Someone perlu tengok juga muka dia tadi, barulah aku ada kawan nak gelak sama! Aduhai, Zahra.. Zahra. Kau gila apa aku nak bela anak ikan? Anak kucing pun masih ragu-ragu. Lagi nak anak ikan.

"Amboi, gembiranya dia. Ada something yang aku juga perlu tahu? Tapi, mesti kau dah tak boleh dekat dengan dia lagi, kan Aina?" Suzy yang sibuk dengan komputer dari tadi kini menumpukan pada aku pula.

Kenapa pula Suzy cakap macam tu? Dia kenal Amirul pun tidak. Bersemuka pun mesti masa dia datang rumah. Itu aje.

"Asal kau cakap macam tu pula? Kenapa aku dah tak boleh rapat dengan dia? Kau jealous eh?" Aku cuba menangkap riak cemburu di wajah Suzy. Namun, haram. Tak jumpa langsung perasaan tu.

"Eh, bukan aku yang jealous. Entah-entah tunang dia tu yang jealous. Lelaki tu la yang aku kata dah bertunang tu," Suzy berkata dengan nada serius. Suzy, kalau ya pun nak masuk school of lawak janganlah praktis kat sini. Kau buat aku cuak la!

"Kau buat jenaka petang-petang ni kenapa? Ish kau ni suka gurau kasar macam tu tau." Aku masih menganggap Suzy bergurau. Sesungguhnya lakonan Suzy sangat berjaya. Hampir saja aku terkena.

Suzy membuat muka bengkek. "Aku tak bergurau di siang hari ini wahai Aina Amirah. Aku serius! Kau pun sama macam dia orang juga? Tak dapat terima kenyataan yang jejaka Malaya tu dah dikebas orang?"

Aku terdiam. Tapi, masih menguntum senyuman pahit. "Yalah. Oh ya, kau dapat berita tu dari mana? Sahih ke?"

Aku yang berdiri kaku sebentar tadi segera mendapatkan kerusi untuk duduk. Aku memandang Suzy yang tangannya masih ligat menaip. Tetapi, mulut masih berbicara.

"Eh, tadi macam tak minat. Aku dapat dari budak-budak company ni juga. Maklumlah, selalu juga kan dia datang office kita. Ada yang terpaut tu, berceritalah. Sahih ke tidak tu aku tak dapat la nak pastikan."

Aku hanya mengangguk memahami. Lalu, aku memberhentikan perbualan dan kembali menatap komputer. Tapi, aku masih tak dapat nak tumpukan perhatian. Fail yang di atas meja aku ambil dan selak.

Satu persatu helaian kertas itu aku selak. Namun, satu pun tak menarik perhatian aku. Ah, memang curi tulang betul aku hari ni. Pagi tadi tak ada mood. Sekarang, hati pula serba tak kena.

Amirul? Amirul Iqbaal dah tunang? Dengan siapa? Bila? Kenapa aku, kawan dia tak tahu langsung? Kenapa tadi dia tak cakap apa-apa kalau betul dia dah bertunang? Siap ajak aku dinner sama lagi! Aku kena tanya dia nanti malam. Mesti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience