Bab 31

Humor Series 10658

Chapter 31

CINCIN di tangan aku belek. Cantik. Berkilau. Pasti mahal harganya. Sesekali senyuman terkuntum di bibir. Aku sudah menjadi tunang orang. Lagi seminggu, tamatlah benar-benar zaman bujang aku.

Tak boleh bangun lambat dah. Tak boleh bersepah bilik dengan baju yang tak nak dipakai. Selendang dan tudung bawal tak boleh letak merata-rata lagi. Katil harus dikemaskan setiap bangun pagi.

Banyak aku kena berubah. Tapi, kalau aku masih sama macam dulu.. adakah dia masih nak terima aku? Aku pelik. Peliknya sampailah hari ini. Dia pinang aku macam dia kenal aku luar dalam. Dia ingat aku ni baik sangat ke?

Muka pun tak nampak.

Cincin tunang tersemat di jari. Penyarungnya wanita tua di hadapanku. Nenek kepada tunang aku katanya. Setahu aku memanglah dia ada ibu namun entahlah.

Tak pasang khemah satu pun. Memang dibuat di rumah. Pelamin kecil. Ibarat berkahwin sorang-sorang. Pancaran cahaya dari kamera menyukarkan pandanganku melihat siapa saja tetamu yang hadir.

Sudah penat juga mulut menguntum senyuman. Baru bertunang namun tiap satu saudara-maraku yang sempat hadir mahu bergambar sama. Jurukamera iaitu sepupu lelakiku sendiri juga asyik menyuruh-nyuruh berposing bagai.

Tidakkah dia tahu aku sangat rimas akan itu? Berbalik kepada tetamu. Saudara-mara si lelaki dan pihak aku sendiri sahaja. Sebelah malam ada doa selamat. Kosong. Kenapa tak ada satu pun lelaki datang dekat kat aku ni?

Takkanlah tunang aku yang sah tu tak datang? Eh aku belum lihat siapa muka dia lagi tau. Geram betul! Rasa macam nak tumbuk tembok dekat luar tu saja. Aku terpandang di balik dinding. Gadis yang tinggi lampai namun semestinya aku lagi tinggi.

Tak salah aku, ini adik sepupu. Aku memanggilnya. "Buat apa tu?"

"Em.. nak ambil gambar sama-sama boleh tak?" Katanya. Lembut. Mungkin masih bersekolah budak ni.

Aku tersenyum. Oh mesti malu dia ni. Aku memanggil Khaisara untuk menangkap gambar kami berdua. Mulanya Khaisara buat mulut la apa semua tapi disebabkan aku ni 'pengantin' tak rasmi dia turutkan juga.

Dia tersenyum gembira. Lalu, aku menjerit memanggil Apan, sepupu lelakiku a.k.a photographer tidak bertauliah. "Weh tangkap gambar kita orang dua kali,"

Apan mengangguk dan mengiakan. Budak tu malu-malu dan dia senyum juga pada akhirnya. "Terima kasih kak. Seriously akak cantik sangat. Beruntung tunang akak tu."

Aku hanya membalas dengan senyuman paling tipis. Dik, tunang akak siapa pun akak tak tahu siapa. Lagi nak rasa dia beruntung ke tidak? Aku kembali duduk atas pelamin sorang-sorang itu.

Zap! Kena tepat muka Rafie. Eh? Kenapa dia ada kat sini pula? Macam pelik saja. Dia masuk sekejap untuk salam ibu bapa aku. Selepas itu keluar macam tiada apa yang berlaku.

Ke aku yang salah pandang? Em ya kot. Aku menjungkit bahu. Satu keluhan dilepas dari mulut. Untung saja tiada siapa yang melihat. Yalah kalau majlis macam ni kan suka sangat ambil gambar secara candid. Takut muka aku buruk je time ni.

Aku dah betunang!

"Assalamualaikum,"

Aku mengangkat muka. Mula-mula aku buat muka eee-apa-hal-dia-ni-datang. Tapi, dengan muka tak malu dia duduk di hadapan aku terus aku buat muka normal. Ah, tak tau malu betul.

Siap tersenyum-senyum untuk beberapa saat dan dia mula memanggil pelayan. Spaghetti engkau. Hm ingat tak layan makanan macam tu.

Aku menolehkan kepala ke kiri dan ke kanan, kadang di belakang juga. Mencari tempat duduk. Memang boleh tahan ramainya pelanggan di sini, tapi masih ada saja tempat duduk yang kosong. Itu! Itu kosong. Baru bangun orang tu. Jadi kenapa di sini juga nak menyempit?

"Awak tak jawab salam saya lagi," dia tersenyum usai itu. Aku tak tahu sama ada senyuman dia tu ikhlas atau tidak. Hei aku tak kisah pun sebenarnya.

"Jawab dalam hati. Jadi apa alasan awak untuk duduk di depan saya sekarang?" Aku buat muka garang. Damn. Aku buat muka garang dia masih dengan senyuman dia.

"Why must be reason? Salah ke saya duduk depan awak? Tak ada orang kan?" Dia berkata lembut dan tangannya diletakkan atas meja. Segera aku letak pinggan putih yang aku telah habis makan tepat di tangan dia.

Agak jauh. Cuma untuk melindungi dari apa-apa yang terjadi. Malang tidak berbau, bukan? Aku diam. Tak ada daya nak balas kata-kata sekarang ni. Tak guna juga, Cikgu ni akan menang pada akhirnya.

"Saya dengar awak dah bertunang. Betul ke?" Aku menoleh kembali ke wajahnya apabila dia bersuara. Oh, tahu rupanya. So why on earth dia masih nak tegur aku ni? Tak baik kacau tunang orang tahu!

Aku mengangguk. Diam. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut dari luar. Meja bulat yang dibuat dari kayu ini terasa sangat kecil apabila duduk berdua. Tak kira. Meja aku punya.

"Dengan lelaki tempoh hari?"

"Saya dan dia tak ada apa-apalah. Dah diam. Saya nak duduk sini lama sikit. Jadi awak pergilah. Duduk sana pun okey juga. Jangan risau, pelayan tadi tahu awak kat mana."

Aku menguntum senyuman lebar. Dah cukup sopan santun aku cakap. Penuh lemah lembut. Tak terasa juga, aku rasa dia ni hati batu agaknya.

Dia tergelak kecil. Ceh! Depan aku je kut dia cover semua. Dekat rumah mesti gelak tak ingat dunia tengok maharaja lawak.

"Panggillah saya cikgu,"

Dahi aku berkerut. "Apa? Pensyarah, pensyarah jelah. Sibuk pula nak jadi cikgu. Apa entah dia ni," aku buat mulut spontan.

"Ala, saya nak dengar. Sekali je! Almost one month kut saya tak jumpa awak," daa, muka kucing kau tu tak pengaruh okey.

"Well, saya tak kisah pun. Satu bulan ya? Wah, patutlah rasa tenang aje kat butik." Aku menjeling dia sedikit. Yalah aku menoleh ke tepi sikit. Muka dia tak berubah langsung.

"Awak tak suka saya ke?"

"Tak. Tak suka langsung,"

"Tak suka kenapa masih ada kat sini walau saya duduk depan awak?"

Mati akal. Ya tak ya juga. Yalah memang aku nak lepak lama sikit. Tapi aku boleh pindah tempat lain kut. "Suka hati sayalah. Awak sibuk datang kenapa?"

"Awak suka saya! Rindu saya tak?"

Aku buat muka. Ei Cikgu ni kan. "Know what? Saya dah bertunang. Suka awak buat apa? Rindu awak buat apa? Awak tak hensem pun,"

Dia tergelak lebih besar sikit dari tadi. Aku hanya menjuling mata ke atas. "Tunang awak hensem?"

"Hensemlah. Bakal suami saya mestilah hensem,"

Dia terangguk-angguk. Hensem? Ha-ha-ha. Hensem sangat. Entah muka dia macam apa pun aku tak tahu. Entah banyak jerawat ke, rambut afro ke, yang penting tolonglah jangan sado.

Bak kata Jihan Muse, bila suami sado ni nanti dia tak sado diri. Kahkah.

"Ada muka macam saya tak?" Dia menaik-naikkan kening dia. Menjengkelkan.

"Saya dah kata awak tak hensem. Tunang saya hensem. Mestilah tak sama," ujarku lagi. Minuman untuk Danial Haziq pun datang. Wah, hafal pula aku nama dia.

Dia tergelak-gelak kecil. Setelah itu dia mengeluarkan telefonnya. Ada call kut. Freenya Encik Pensyarah seorang ni. Agak-agaknya dia garang tak eh bila mengajar?

Klik! Tak guna! Aku mengambil majalah nipis di atas meja dan menampar lengan Cikgu. "Awak tangkap gambar saya eh?! Eee jahatnya! Tak minta izin saya dulu pun,"

"Inilah yang dimaksudkan dengan candid. Kalau saya beritahu, for sure la awak tak nak. Hm muka awak ada iras-iras kucing juga kan?"

WHAT? Dia kata muka aku iras kucing? Wah, lebih ni. "Kucing? Kucing awak kata?" Aku mendekatkan muka depan muka dia. Geramnya dengan lelaki ni! Kenapa hidup aku dikelilingi lelaki yang poyo?

"Yalah. Kucing comel,"

Aku kembali duduk balik. Kucing comel? Aku pandang ke tepi. Tak naklah cakap dengan dia ni. Buat sakit hati aku je. Tiba-tiba pula kerusi belah kiri bergerak. Siapa lagi ni?

"Hai.. gaduh ke? Baru tunang dah gaduh. Putus jelah. Tak guna pun kalau dua-dua tak ada perasaan yang sama,"

Muka Amirul yang santai sedap tersenyum buat aku rasa macam nak punch muka dia dalam 10 kali. Tahu apa yang aku tak suka fasal lelaki ni? Bila kawan, baik bukan main sampai gajah pijak semut pun tak mati.

Kalau dia dah mula buat hal, mulalah juga nak perli apa semua. Tak boleh biarkan aku hidup selesa aman tenteram. Sebab itu jugalah aku agak ragu bila nak terima yang aku ni hampir jadi isteri orang.

"Mana ada gaduh. Tak tahu, diam jelah. Buat pekak telinga je. Memekak tak tentu pasal. Bukan apalah kan. Kau pun dah kahwin, tak reti-reti nak layan isteri ke?"

Aku membalas ditemani juga dengan senyuman maut. Ingat dia aje ke boleh simbah minyak? Ingat aku tak boleh?

"Itu urusan aku. Kau tak payah masuk campur. Yang aku nak tahu, bila kau boleh putus dengan dia ni? Aku tahulah kau macam mana. Bukan senang la nak lupa first love,"

Amirul memandang Danial tajam. Wah, apa nak jadi la. Aku niat nak duduk sini biar aman tenteram. Tiba-tiba datang pula dua manusia ni. Tak sedar diri ke mereka ni sedang duduk di kawasan siapa?

"Aku dengan dia nak kahwin tak lama lagi. First love, first love. Allah tu hah kau cinta dulu baru nak sembang pasal cinta pertama ni. Lebih baik kau layan isteri kau. Dapat pahala. Dari mengharap pada yang tak sudi, tak malu ke?"

Cikgu! Belum pernah kut aku nampak dia macam ni. Muka dia tenang tau dan tak nampak macam garang langsung. Tapi, suara tegas dan menusuk ke dalam betul. Bagus!

Terbangkit Amirul apabila mendengar kata-kata dari Cikgu. Cikgu siapa? Cikgu akulah. Eh? Tak adalah. Ini cuma lakonan semata-mata. Amirul mula dulu, Cikgu ni cuma mainkan watak saja.

"Kau apa hal? Tak puas hati? Dia tak cintakan kau la! Sedar la diri tu sikit. Aku dengan dia dah lama la. Kau tu budak baru jangan nak masuk line orang,"

Turun naik dada Amirul. Mungkin menahan rasa marah. Hidungnya juga kembang kempis. Dengusan kasar juga kedengaran. "Apa korang ni? Tak malu ke gaduh depan public? Amirul dah la. Kau blah je la. Kita dah tak ada apa-apa,"

"Amirah, tolonglah. Susah sangat ke kita nak get back balik? Aku tahu kau macam mana. Aku janji tak akan ulang balik salah aku yang dulu,"

Tarik nafas, hembus. Aku memandang Cikgu. Dia tersenyum tipis seolah-olah memberi aku semangat. Semangat? For what? Pandangan aku talakan pula pada Amirul. Muka dia.. mengharap mungkin?

"Awak, bila kita nak beli baju pengantin ya? Oh tak payahlah. Kita tempah aje kat butik tempat saya kerja tu. Tak sabarlah saya nak pakai baju vogue macam tu!" Jeritku sedikit kuat dan memposisikan badanku kepada Cikgu.

Dia tersenyum. "Sabarlah awak. Lusa kita pergi okey? Cincin nikah pun saya dah siap. Awak cuma tunggu jadi pendamping saya je,"

Aku tersengih. Wah, pandainya cikgu ni berlakon. Siap cincin nikah dia masukkan dalam skrip ni. Senyuman tipis aku berikan. Aku membuang pandang pula kepada Amirul. Dia mendengus kasar.

Tak sampai satu minit, dia ambil kunci keretanya yang diletakkan atas meja dan terus berlalu pergi tanpa memberi tahu. Jungkitan bahu aku buat. Lantaklah. Suami orang, aku tak nak kacau.

"Jom," suara Cikgu pula kedengaran.

Berkerut dahi aku dibuatnya. Jom ke mana? "Nak pergi mana?"

"Butiklah. Kata nak beli baju pengantin?" Senyum-senyum pula dia ni.

Aku menghela nafas. Ei dia ni kan. Berlakon bawa ke realiti kenapa? "Itu cuma sandiwara. Siapa nak kahwin dengan awak? Saya kahwin dengan tunang saya nanti okey,"

Dia tersenyum. Makin lebar pula aku tengok. "Jodoh tu takdir Allah kan. Larilah mana pun awak nak. Kalau saya jodoh awak, saya jugalah yang akan salam dengan wali awak nanti."

Aku diam. Lama jugalah. "Eh.. awak suka saya ke?"

"How about yes?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience