Bab 6

Humor Series 10658

Chapter 6

Aku mendapat berita gila besar. Sangat besar. Kalah meteor kat angkasa tu. Mana tidaknya?! Amirul Iqbaal tu akan jadi partner kerja aku untuk project baru ni! Arghh!! Ini bala atau rezeki?

"Beb!"

"Bab beb bab beb! Salam kau mana?!"

"Eh, sorry sorry. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Apa hal call aku ni? Tak kerja ke? Curi tulang eh?"

"Eh, mana ada! Aku pekerja yang sangat amat boleh dicontohi tau! Bebbb!"

"Tak payahlah jerit-jerit sengal. Nak kasi pecah gegendang telinga aku apa?"

"Alah, sorrylah. Kat telefon ni je pun aku jerit. Sya, aku nak cerita ni. Tapi, bukan kat sinilah."

"Cerita apa? Habis kau nak aku kat mana? Sekarang aku dekat office. Kalau nak tempat lain, habislah kredit kau nanti. Sia-sia je."

"Eee, bukan itu maksud aku! Bukan kat telefon lah maksud aku. Awat bendui sangat hang nii."

"Oh. Hehe. Maafkanlah ananda, ibunda."

"Baiklah. Permintaan maaf ananda, ibunda maafkan. Jam 6:30 ibunda jumpa ananda di tempat biasa."

"Okey ibunda! Bye bye!"

"Apa bye bye? Salam kau mana?!"

"Amboi, dialog aku nampak. Okaylah, assalamualaikum Aina. Aku cau dulu!"

Terus dimatikan talian telefonnya. Itu Arisya. Sahabat dunia dan akhirat aku. Insha-Allah. Wah, gilalah. Dah lama kot aku tak jumpa dia. Batang hidung lagilah. Suara je duk dengar sebab masih hallo-hallo dengan dia. Eee, tak sabar pula aku nak luahkan segalanya yang terbuku di hati ni. Ceh!

Arisya. Dah lama sangat aku kenal budak ni. Masa pendaftaran budak tingkatan 1 lagi. Dia tegur aku dulu. Nampak tak persona aku biar orang boleh datang dekat dengan aku? Nampak? Tak? Huh, sedih.

Arisya pun tahu semua apa yang aku alami. Dari A sampai Z. Dari Alif sampai Ya. Dari 1 hingga 1 balik dia tahu apa yang aku hadapi! Dia ni dah macam kakak aku lah juga. Dengan watak dia yang memang garang kalah mak aku, memang sesuai sangatlah. So, aku macam ada bodyguard lah juga time sekolah dulu daripada dibuli.

Arisya jugalah yang kenalkan aku kepada.... Ya. Amirul Iqbaal tu. Tapi, mamat tu cuma kawan biasa-biasa Arisya je. Tapi, sejak muncul pangkat Tingkatan 1 dekat nama, terus kami bertiga menjadi belangkas. Ha, tahu belangkas? Macam Upin Ipin tulah. Melekat je selalu. Dah macam kembar siam pun ada.

Tapi, sejak Amirul pergi luar negara kami dah hilang contact. Ya, aku tahu dia pindah sana. Itu pun selepas seminggu. Arisya yang kasi tahu. Dia pun baru tahu. Tapi, aku dengan Arisya masih hallo-hallo walaupun SPM dah tamat. Sampailah sekarang. Senang kata Arisya memang sahabat aku susah senang!

Dan bila masuk kerja setahun yang lalu, barulah aku jumpa minah campur British ni, Suzy. Dan juga Haikal. Walaupun baru kawan, aku macam dah kenal diorang sejak tadika. Okay, fine. Aku over.

"Hauslah pula," Kaki aku dengan sendirinya melangkah pergi ke dapur untuk membancuh teh.

"Woi, mana?" Suzy menegur. Nasib baik kaki ni tak pergi jauh.

"Dapur," Aku berhenti lalu memandangnya.

"Teh o' ais satu ye, makcik," Dia kembali hadap komputer tak bernyawa tu. Dia rela pandang komputer tu daripada aku. Hish!

"Banyaklah kau punya makcik. Aku tak nak buatkan karang!" Well, aku memang kaki ugut.

"Mengugut je kerja kau sekarang. Yalah, yalah. Sorryy. Dah pergi buat sana,"

"Taju takut.." Aku pun melangkah kembali ke dapur untuk membuat airku dan yang dipesan makcik Suzy.

Siap teh aku. Kini, teh o' ais pula perlu aku buat. Dah macam kat kedai mamak pula nak order-order bagai. Okey, siap pun teh o' nya. Ais! Aku membuka peti sejuk yang bolehlah sama tinggi dengan aku. Aku masukkan ais yang disediakan ke dalam minuman teh o' ais milik Suzy. Aku tak letak racun ke apa ke bagai okey. Ha tengok tengok.

"Nah," Teh o' ais yang sudah siap aku berikan kepada minah celup ni. Kenapalah budak ni suka sangat minum air berais? Membahayakan kesihatan lah.

"Terima kasih, intan payung," Ujar Suzy lalu menguntumkan senyuman kepada aku. Amboi amboi time cengginilah nak bermanis muka dengan aku.

"Sama-sama, permata berlian," Geli sebenarnya. Tapi, tahan aje la.

"Ihh, diam ah. Geli pula aku," Suzy membuat wajah geli-geliman. Over gila budak ni. Kalau aku panggil sayang karang, muntah hijau budak ni. Hm, tak mustahil.

Aku mengangkat tangan tanda setuju. Gila tak geli?! Panggilan-panggilan macam tu memang meloyakan tekak aku, menyakitkan telinga aku.

"Nak ikut aku jumpa Arisya, pukul 6:30 nanti?" Pelawaku. Teh yang aku buat perlahan-lahan aku hirup. Panas wohh kalau nak aku habiskan. Terbakarlah lidah aku nanti!

"Hm, tak apalah. Kauorang jelah. Aku nak rehat kat rumah," Tolak Suzy. Faham. Dah dua, tiga proposal kat atas meja dia. Kini, tinggal yang last. Tapi, hampir siap. Hebat betul budak ni. Tangan dia 'ketak ketuk ketak ketuk' duk mengetik kat keyboard tu. Laju gila lah. Aku pun tak boleh buat macam dia.

"Ohh, okey. Nanti dalam nak Isyak aku balik. Atau.. Tengoklah keadaan nanti. Hehe," Hanya anggukan yang aku terima sebagai balasan daripada Suzy. Suzy pun meneruskan kerjanya. Aku.. Aku punya dah siap. Just tinggal hantar kat Haikal untuk dicheck. Hmm, nak buat apa yaa...

Aku: Oi, buat apa?

Haikal: Oi, oi. Tengah tunggu pujaan hatilah

Ohh, pujaan hati? Amboi amboi berangan sangatlah abang seorang ni.

Aku: Tunggu Puteri Raja turun dari langit ke? Hahaha. Ini kelakar okey.

Tapi, tidaklah dimeja tempat aku sekarang aku sedang gelak. Aku gelak dalam hati.

Haikal: Bukan dari langit. Tapi, dari office ni juga. Sekejap lagi dia sampailah

Dahiku berkerut membaca balasan message dari Haikal. Amboi! Tackle orang tak kasi tau aku pun!

Aku: Uit! Uit! Siapa tu? Usha orang tak kasi tau kita punn

Okay, message ini agak gedik dan manja. Geli pula aku baca untuk kali yang kedua.

Haikal: Engkaulah monyet

Amboi, dah lah panggil aku monyet! Berani dia! Tapi, seriously?!

Aku: Means? Eee, berani kata kita monyet!

Ugh, dahlah panggil aku monyet. Lepastu, cakap merapu-rapu.

2 minit

3 minit

4 minit

Ait! Mana budak ni? Tak balas pun. Hadeh, dah malas pula nak masuk bilik dia. 5 minit! Haa, balas pun!

Haikal: Bukan ke kau saudara tiri anak kawan kepada monyet? Alah, satu geng juga kan :p Hee, tak ada apalah. Saja je

Wah, kurang ajar budak ni. Satu geng? Aku pun geng dia, so dia pun dikira monyetlah! Biadab!

Aku: Lol. Aku dah depan bilik kau. Aku masuk ya

Aku mengetuk pintu bilik Haikal lalu terus masuk tanpa menunggu kebenarannya. Alah, big boss tak ada kan? Tak apalah aku kurang formal sikit.

Haikal kelihatan sempoi saja bila aku masuk. Dah biasa aku main terjah. Dah kira baiklah tadi aku ketuk dulu sebelum masuk.

"Nah," Proposal yang ditangan aku kini sudah bertukar tangan. Kini ditangan Haikal dan dia meneliti balik apa yang aku buat. Tadi, yalah. Adalah juga sedikit kesalahan. Tapi, dia tegur baik-baik. Haikal boleh dikatakan boss yang penyayang. Um okey aku tarik balik. Dia agak kejam, dan lebih sadisnya hanya pada aku seorang. Ya, sangat tidak adil.

"Okey. Terima kasih Mbak Aina," Erk! Mbak?

"Sama-sama Mas Haikal," Lol. Dah macam laki bini, seorang mbak. Seorang mas

"Eee, senget!" Aku segera keluar dari bilik Haikal. Telingaku dapat menangkap tawanya yang terkekeh-kekeh. Kurang kerja lah budak ni!

"Assalamualaikum! Lama tunggu?" Aku mengejutkan Arisya daripada dunia telefonnya. Aku memang suka terkejutkan dia. Haha!

"Oi mak kau baca assalamualaikum. Waalaikumsalam makcik. Eh, makcik. Eh eh.." Latah Arisya. Ha kan aku dah kata, best kejutkan budak ni. Perangai dia sama macam Haikal kan? Hewhew.

"Eee, Aina!!" Wah, berdesing telinga aku dengar budak ni menjerit. Eee, makcik ni! Tak sedar umur ke?

"What? Relax lah, aunty," Kerusi yang dihadapan, aku tarik dan duduk dengan selesa. Tapi, disebabkan aku bukan duduk di sofa, so keras semacamlah aku duduk.

"Aunty?! Aku rasa kau dah lama rindu penangan aku lah Aina," Meja itu diketuk-ketuk oleh Arisya, melepaskan geram.

"Eh, mana ada. Sorry sikit eh. Penangan aku lagi power okey," Cett! Power kononnya.

"Ah, sakit kepala cakap dengan kau ni. Berdebat kau je lah menang," Win!

"Tahu pun. Lama tunggu? Dah order?" Ada dua cawan atas meja. Kenapa waiter tak ambil lagi? Kan dah ada orang baru duduk ni.

"Berkurun aku tunggu. Ha, ni. Dah dua cawan milo ais aku telan. Baru nak datang," Oh, Arisya punya la!

"Haha! Kau punya ke? Laa, aku ingatkan orang yang sebelum ni duduk. Alah, 15 minit jer. Jam ahh," Seribu alasan betul. Walhal, aku memang sengaja melambat-lambatkan. Aku memang suka buat orang naik angin.

"Haa yalah. 15 minit kan. Masa itu emas, sayang,"

"Ala, sekali-sekala. Nak makan tak?" Hm nampak tak aku dah mula tukar topik?

Arisya diam. Ala, tak akan merajuk? Aku tak reti pujuk oranglah.

"Sorrylah. Sebagai permintaan maaf aku, hari ni aku belanja! Suka tak? Tak maulah bermuram durja,"

"Bermujam durja. Klasik sangat ayat kau," Kami ketawa serentak.

Setelah berbual kosong dengan bertanya khabar bagai. Aku pun memulakan 'berita' aku yang agak sensasi gitu. Aku cerita dari A sampai Z tanpa sedikit ketinggalan sejak aku terjumpa dia di restoran sampailah petang tadi. Ha, kan aku dah agak. Arisya buat muka terkejut beruk dia.

"Aku rasa.. Aku gembira. Tapi, pada masa yang sama ada terselit kosong. Aku kelirulah, Sya," Aku memandang wajah Arisya lunak.

"Okey relax. Aku nak tanya, apa perasaan kau masa first time tengok dia balik?" Arisya sudah mula serius. Jadi, aku ikut serius.

"Entah," Aku menjungkit bahu.

"Susahlah kau ni," Arisya mengeluh perlahan.

"Tapi, apa yang pasti.. Betul aku cakap ni. Kau kena percaya,"

"Hm, ada apa?"

"Aku hanya anggap dia sebagai kawan. Kawan biasa. Ya, aku yakin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience