Bab 4

Humor Series 10658

Chapter 4

WAKTU makan tengah hari pun sudah tamat. Kami juga sudah sampai ke pejabat kembali. Aku mengeluh. Rasa tak bersemangat pula hari ini. Habis terus mood aku hancur. Aku takut pertemuan tu akan berlanjutan. Tak mahu aku! Aku mengetuk kepala dua kali bagi menyedarkan diri sendiri.

“Woi, yang kau ketuk kepala kau tu kenapa? Dah tak betul otak tu? Senget?”

Haikal nilah! Sibuk betul mengacau ketenteraman aku. Aku mendengus kecil dan membuka tali pinggang keledar. Aku berpusing badan ke belakang. Ke mana perginya Suzy? Aku memandang Haikal semula. Dia betulkan rambut pula. Sempat pula tu dia kenyit mata pada orang yang lalu depan kereta dia.

“Kata setia dengan aku seorang. Yang pergi kenyit mata kat perempuan tu kenapa?” Aku membuat wajah menyampah.

“Lah, cemburu rupanya. Hati aku ada sekeping je weh. Untuk kau jelah,”

Ah, menyesal aku bergurau dengan dia tadi. Geli betul aku dengar bait bicara yang keluar dari mulut Haikal ni. Tak pernah tak berbunga. Membuat aku loya saja. Aku menggeleng-geleng kepala pantas. Kembali pada alam realiti.

“Suzy mana?”

“Kau yang mengelamun lama sangat, dia pergilah dulu tinggalkan kau.”

Ish Suzy ni pun satu. Tak setia betul. Tunggulah aku sekejap. Ini ditinggalkan aku dengan lelaki sewel ni.

"Kau ada masalah eh dengan lelaki tadi?" Haikal kini bercakap nada serius tapi gayanya masih bersahaja.

“Lelaki mana? Mana ada masalah. Kau ni apa hal?” Takkanlah Haikal nampak aku berbual sekejap dengan Amirul?

“Kau ada masalah, kan? Ceritalah. Kau tahu kan aku tak suka tengok kau sedih," ucap Haikal. Sedikit sebanyak kata-kata Haikal terkesan jua di hati aku. Biarpun dia selalu bergurau dan bermain, aku tahu, satu pejabat tahu yang dia memang ada hati dengan aku.

"Tak, tak ada apalah. Aku cuma teringat dokumen yang kau bagi tadi. Kan banyak salah. Itu terfikir-fikir tu,”

“Yalah tu,”

"Tak ada apa-apalah. Sekali terima kasih Haikal. Sayang kau. Sangat-sangat."

Aku segera keluar dari kereta aku dan sempat meminta tolong Haikal untuk memarkir kereta aku di tempat yang sama. Setelah beberapa langkah meninggalkan kereta, aku menoleh ke belakang. Haikal sedang tersenyum. Aku membalas. Namun, senyumannya masih tak dapat aku tafsirkan, bagai ada maksud tersirat.

ALHAMDULILLAH, siap pun. Suzy, jom balik." Aku meregangkan sedikit otot-otot yang merasa sengal sedikit. Dah macam orang tua-tua pula rasa. Itulah bersenam malas. Kalah dengan Pak Udin yang selalu jogging tu.

"Hayyaa, aku pun penat wohh. Rehat kejaplah. Diaorang pun masih buat kerja maa," balas Suzy lalu melentokkan kepalanya ke atas meja. Merehatkan fikiran sebentar. Dah kenapa pula dia pakai loghat cina pun aku tak tahu. Macam-macam la budak ni.

"Haa, dah cukup. Mari balik. Aku penat gila ni," memang aku nak kacau rehat Suzy pun. Amboi, fikir dia je penat? Aku pun penat. Nak balik rumah nanti siapa drive? Aku. Untunglah duduk satu rumah.

"Alah, baru 2 minit. Kasi lagi 2 minit la? Ya ya ya ya?" Suzy meletakkan kepalanya kembali ke atas meja.

"Amboi, tak ada tak ada. Dah cepat kemas barang-barang kau kita balik sekarang. Nanti azan Maghrib pula. Tak sempat Solat Asar," tingkahku

"Yalah yalah.." Suzy pun mengemas meja.

Kini, kami sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Haikal dari pukul 3 tadi sudah keluar. Ada masalah apa pula keluarga dia tu sebab dia kata masalah keluarga. Hm ikut je lah.

Dalam perjalanan pulang kami hanya diam. Hanya mendengar celoteh para DJ di era.fm. Radio paling aku suka. Lagi-lagi waktu pagi. Boleh dengar Johan buat lawak. On air pula tu.

"Suzy, nanti aku nak pergi rumah mak aku tau hari ni. Kalau sempat balik, aku tidur lah kat rumah. Kalau dah lewat sangat, kau tidur je lah dulu." Aku menekan brek perlahan. Lampu merah kan. Tak akan nak redah? Tapi, nampak jugalah para penunggang motor main langgar je. Taulah kecil, tapi karang lori datang. Jadi ikan bilis awak nanti tau.

"Ohh. Okey boss." Suzy merehatkan kepalanya. Sempatlah tidur sebentar.

Kini kami sudah sampai di perkarangan rumah. Rumah teres je. Okeylah tu. Dah bersyukur sangat ni. Lagipun, aku guna duit nak bayar sewa rumah ni hasil titik peluh aku. Halal pula tu.

"Sahur sahur. Woy sahur!" Jeritku di telinga Suzy. Amboi, sedap dia tidur. Aku ni dah macam driver dia pula. Nasib baiklah bukan duduk belakang. Kalau tak, ni makan dia.

"Sahur? Oh mak sahur. Puasa ke bulan ni? Eh, puasa." Latah Suzy. Okey, ini best.

"Nurul Aina Amirah!" Suzy meninggikan suara. Aku sebelah dia aje kut. Perlu eh suara tu tinggi?

"Aip aip captain!" Balasku lalu meletakkan tanganku didahi. Seolah-olah sedang tabik hormat.

"Banyak lah kau captain. Dah turun," balas Suzy lalu turun dari kereta. Aku hanya tergelak kecil. Hm itulah suruh bangun liat.

Aku langsung masuk ke rumah dan mandi. Solat. Suzy tu untunglah. Bendera merah. Sesudah solat, aku memberitahu Suzy akan keberangkatanku ke rumah ibuku. Dinner kat sanalah. Suzy.. Pandai-pandai dialah nak cari makan. Kedai mamak bukan jauh pun.

JALAN raya malam ni kenapa macam sepi sangat? Rasa takut pula mencengkam jiwa. Mana tidaknya, sudahlah kereta jarang lalu jalan ni. Itulah kau, Nurul Aina Amirah. Degil. Nak juga lalu jalan pintas ni. Karang ada apa-apa... aduh, selisih malaikat empat puluh empat. Moga tidak terjadi apa-apa.

Jalan yang sunyi aku lewati dengan mendengar celoteh daripada DJ radio yang sedang on air saat ini. Lagu-lagunya yang diputarkan turut aku layan bersama.

"Pada malam ini, apa kata kita buka kepada para pendengar untuk request lagu untuk seseorang? Apa macam?" Kata seorang DJ radio yang aku rasakan lelaki berdasarkan suaranya yang agak garau.

"Haa, bagus juga tu! Okey kita buka panggilan untuk saat ini. Hanya dengan mendail nombor, ." Kata seorang pula DJ radio yang perempuan. Lembut suara dia.

Trut..trut..

"Okey, nampaknya kita dah ada pemanggil! Saudara atau saudari ni?" Kata DJ lelaki.

"Hello, Assalamualaikum. Saudara disini. Saya nak request lagu boleh?" Kata si pemanggil. Tak sangka walaupun sudah menghampiri pukul 11 malam, tetap ada yang galak menjadi burung hantu.

"Waalaikumsalam. Of course lah boleh saudara. Saudara perkenalkan dulu diri saudara ya?" Kata DJ perempuan pula. Dia orang ni dah macam kenal lama pula. Aku hanya menggeleng-geleng kepala sendiri.

"Saya Iqbaal. Tinggal di Shah Alam. Saya nak request lagu 'Count On Me by Bruno Mars'." Ujarnya lagi.

"Wait. Count On Me? Favourite aku woi!" Aku berteriak gembira mendengar lagu yang menjadi kegemaranku saat disekolah rendah lagi. Lagu yang membuat aku rindu kepada orang yang aku gelar sahabat. Ya Allah, rindu nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience