BJM 1 PENGENALAN

Romance Series 114601

Tengku Zaralyn sedang duduk di ruang tamu itu sambil membaca sebuah buku. Dua sedang menunggu orang gaji yang akan memulakan kerjanya pada hari ini.

Orang gaji yang lama sudah diberhentikan kerana sering jatuh sakit. Terpaksalah Tengku Zaralyn mencari orang gaji yang baharu untuk mengemas rumah serta menjaga seluruh kawasan rumah itu.

Setelah sekian lama menunggu , pintu rumah diketuk. Tengku Zaralyn bingkas bangun menuju ke arah muka pintu tersebut. Pintu di kuak.

"Awak ni siapa pulak? Nak hantar parcel ke?." Soal Tengku Zaralyn.

"Saya lah orang gaji yang Puan tunggu tu." Jawab lelaki itu.

"What ?? Lelaki??." Jerkah Tengku Zaralyn kerana sedikit terperanjat apabila melihat orang gaji yang ditunggunya itu adalah seorang lelaki.

"Puan nampak saya macam perempuan ke? Saya pakai t-shirt and jeans ni. Bukan baju kembang." Soal lelaki itu lagi.

"Maksud aku, boleh ke kau uruskan semua hal-hal dalam rumah besar ni?."

"Tengok lengan lah Puan. Saya boleh buat semua." Jawab lelaki itu dengan bangganya.

"Excuse me..aku belum berkahwin okay. Panggil aku Tengku Zaralyn." Kata Tengku Zaralyn sambil memeluk tubuh yang sedang bersandar di bingkai pintu itu.

"Ohh..Tengku. saya Rykal Wazir. Panggil saja Rykal."

"Macam mana kau nak buat kerja kalau aku sorang je dalam rumah ni. Kalau kena tangkap basah macam mana?." Soal Tengku Zaralyn.

"Alhamdulillah..semoga menjadi kenyataan. Impian saya tu." Kata Rykal lagi.

"Impian? Impian apanya? Kahwin sebab kena tangkap basah ke?." Berkerut dahi Tengku Zaralyn.

"Bukan yang tu. Impian nak nikah dengan orang cantik macam Tengku lah." Berkata Rykal dengan beraninya.

"Awak ni siapa sebenarnya? Datang dari planet mana ni?." Tengku Zaralyn berjalan dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak di hadapan pintu utama rumah itu.

Rykal mengikuti langkah Tengku Zaralyn.

"Saya asal dari Ipoh. Datang ke sini nak cari duit bantu keluarga saya." Jelas Rykal lagi.

"Ohh...okay. Awak boleh start kerja disini tapi hanya pada waktu saya ke pejabat. Saya ke pejabat pukul 7 pagi sampai 5 petang. Awak kena habiskan kerja awak sebelum pukul 5. Tunggu diluar sampai saya balik. Baru awak boleh balik. Faham?." Arah Tengku Zaralyn.

"Tapi Tengku saya sebenarnya tak ada tempat tinggal. Saya nak balik kemana?." Soal Rykal pula.

"Hah..sudah. kejap saya fikir."

Beberapa minit kemudian.

"Belakang rumah ni ada satu bilik saya simpan baju-baju lama. Lebih kurang stor lah. Awak boleh kemas dan duduk di dalam bilik tu buat sementara waktu." Kata Tengku Zaralyn lagi.

"Terima kasih Tengku. Saya akan kenang jasa Tengku ni sampai bila-bila." Tersengih Rykal hingga menampakkan giginya yang putih itu.

"Ada-ada jer awak ni. Kejap saya ambilkan kunci bilik tu." Bangun Tengku Zaralyn memasuki rumah itu untuk mendapatkan kunci bilik tersebut.

'fuhh..ni semua kerja gila. Tapi, demi tugas aku relakan juga.' kata Rykal dalam hati

Assalamualaikum..dah baca sila tinggalkan komen. Yang belum baca Goodbye Chubby boleh jer teruskan baca ye..hihi..karya ketiga Amyz ni.

Share this novel

RohaniHussin
2021-06-12 15:01:31 

Bila nk update ni..lma dh tggu

Dytta Yue
2021-04-25 22:00:27 

Baru mula nak baca cerita ni...

KikiBalqis26
2021-02-02 09:56:01 

bbbbbbbbbiiiiiiiiiiiiibbbbbbbbbb


NovelPlus Premium

The best ads free experience