Bab 3 PASRAH

Romance Series 114601

Tengku Zaralyn menuruni anak tangga itu dengan penuh rasa gembira. Puas dapat menemui anak-anak saudara yang jarang pulang ke rumah itu. Namun dia merasa pelik saat semua yang berada di ruang tamu itu asyik memandang ke arahnya.

"Kenapa semua orang pandang Zara macam tu? Ada yang tak kena ke?." Soal Tengku Zaralyn pada ahli keluarganya.

" Duduk sini. Mummy ada hal nak bincang dengan kamu Tengku Zaralyn." Kata Tengku Maria pada anak perempuannya itu.

"Ni tak lain tak bukan pasal soalan yang selalu dah ditanya kan? Bila nak kahwin? Dah ada boyfriend ke?." Kata Tengku Zaralyn sambil berjalan dan melabuhkan punggung di sebelah Tengku Maria.

Manakala, Syarifah Zahirah dan Tengku Izkandar hanya melemparkan senyuman buat Tengku Zaralyn.

"Mummy kena berkeras dengan Zara kali ni." Kata Tengku Maria dengan wajah yang serius.

"Hah..sudah. Apa lagi mummy? Jangan paksa adik nikah dengan anak Uncle Joe sudah. Zara sanggup jadi anak dara tua dari kena kahwin dengan si sotong tu. Ergg..geli." Ketawa mereka seisi keluarga.

Sesungguhnya sebelum ini, Tengku Zaralyn pernah diperkanalkan dengan anak Syed Johari. Namun ditolak mentah-mentah oleh Tengku Zaralyn kerana anak Syed Johari itu lembut lemah gemalai mengalahkan perempuan.

"Ehh..okay apa. Kaya tau dia tu. Jutawan kosmetik tu." Usik Tengku Izkandar buat adiknya.

"Macam best jer dengar. Setuju lah Zara. Boleh akak dapat barang kosmetik free. Jimat duit." Satu lagi usikan dari Syarifah Zahirah buat adik iparnya.

"Ishh... bencinya. Zara sanggup lagi tak kahwin dari kena kahwin paksa dengan si sotong tu." Kata Tengku Zaralyn sambil membuat mimik muka menyampah.

"Macam ni lah. Mummy bagi tempoh sampai hujung tahun ni sahaja. Kalau tak bawakan mummy bakal menantu, mummy sendiri yang akan carikan suami untuk Zara. Mummy dah tak kisah orang tu datang dari orang-orang kenamaan atau orang biasa. Janji dia baik dan boleh bimbing Zara dengan baik."

"Serius lah mummy? Lagi 9 bulan lah maksudnya? Kat mana Zara nak cari bakal menantu untuk mummy ni?"

"Tula..dulu orang nak Zara tolak. Sekarang orang yang ditolak tu dah ada anak dah. Zara still lagi single." Kata Tengku Izkandar.

"Masa tu muda sangat. Dan yang paling tepat adalah tak ada jodoh." Kata Tengku Zaralyn pula. Badannya disandarkan di sofa itu. Kepalanya pula dibahu Tengku Maria.

"Mummy serius ni. Nak tengok Zara nikah hujung tahun ni." Tengku Maria dengan wajah yang serius namun tetap manis.

Suasana diruang tamu itu sepi seketika. Air dan kuih yang terhidang dijamah tanpa meninggalkan sisa. Pelbagai cerita dan persoalan dibahaskan. Sambil menunggu kepulangan ayah mereka Tengku Mansur dari pejabat.

***************************

"Ye..saya akan pinang awak. Saya harap awak bersabar sikit. Saya tengah usahakan." Kata Rykal Wazir pada teman wanitanya Nurish Balqis.

"Saya tak perlu tunggu awak lagi. Saya dah dipinang orang yang lebih bermasa depan dari awak. Saya nak awak lupakan hasrat untuk meminang saya. Saya akan dinikahkan tak lama lagi."

"Apa yang awak cakap ni? Saya kena lupakan hasrat untuk menghalalkan awak?. Saya ni tak ada masa depan ke? Setelah sekian lama saya tanggung kos pembelajaran awak, saya tanggung semua bil hospital dan kos pembedahan awak. Ini yang saya dapat?. Awak dah senang sekarang pun hasil titik peluh saya Balqis. Awak berjaya capai cita-cita menjadi seorang guru. Sekarang baru awak cakap yang awak tak pernah cintakan saya? Awak kejam Balqis." Kata Rykal dengan penuh rasa hiba.

"Saya sebenarnya tak pernah cintakan awak. Macam mana saya nak hidup dengan orang yang tidak pernah saya cinta." Nurish Balqis masih mempertahankan dirinya.

"Sampai hati awak Nurish. Saya berkorban segalanya demi awak. Tapi hari ni apa yang saya dapat? Awak lupakan segala pengorbanan saya." Dengan nada yang sayu. Rykal kini menitis airmatanya, manakala Nurish masih berlagak selamba.

"Saya nak awak lupakan saya Rykal Wazir. Kini awak perlu korbankan rasa cinta tu demi kebahagiaan saya. Tolong Rykal.. anggaplah saya ni cuma satu mimpi yang hanya singgah ditidur malam awak." Rayu Nurish agar Rykal dapat menerima hakikat bahawa mereka tiada jodoh.

Rykal begitu kecewa sekali dengan apa yang berlaku kini. Setelah sekian lama dia menanggung kos pembelajaran Nurish kerana Nurish hanya dibesarkan oleh neneknya yang agak susah kerana kedua orang tuanya meninggal sejak kecil lagi.

Nurish juga sebelum ini pernah mengidap penyakit jantung berlubang. Dan dia telahpun berjaya membuat pemerdahan setahun yang lepas. Dan semua kos hospital di tanggung sepenuhnya oleh Rykal juga. Berhempas pulas dia mencari wang. Kerja siang malam untuk Nurish Balqis.

"Baiklah..saya akan lupakan awak. Saya tak akan ganggu awak lagi. Saya harap awak bahagia dengan pilihan hati awak. Saya tak layak jaga awak dan terima cinta awak lagi. Saya akan pergi jauh dari hidup awak." Rykal pasrah dengan apa yang berlaku hari ini. Cukup tersiksa jiwa raganya. Pengorbanannya selama ini hanya sia-sia.

"Maafkan saya Rykal. Terima kasih kerana telah banyak membantu saya selama ini. Awak baik sangat Rykal. Tapi saya tak boleh pura-pura cintakan awak Rykal. Saya harap awak dapat insan yang benar-benar cintakan awak. Orang tu bukan saya. Maafkan saya. Assalamualaikum.." kata Nurish Balqis lalu talian telefon bimbit itu ditamatkan.

"Waalaikumussalam.." sahutan salam dari Rykal. Telefon bimbitnya diletakkan di atas lantai bilik itu.

Menangis teresak-esak Rykal dibuatnya. Sungguh sakit dan pedih. Selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Nurish Balqis tidak menghargai pengorbanan yang telah dia lakukan sekian lama.

Insan yang selalu dihormati. Hingga kekadang dia dimarahi ibu ayahnya sendiri kerana sering habiskan duit demi Nurish Balqis.

'benar kata ibu. Rykal akan kecewa satu hari nanti. Sekarang apa yang ibu cakapkan tu benar-benar berlaku. Nurish tinggalkan Rykal ibu.' kata Rykal sendiri. Airmata bercucuran jatuh membasahi pipinya. Hati bagai dihiris-hiris.

Dia merebahkan tubuhnya di atas tilam itu lalu matanya dipejam rapat. Airmata tetap juga mengalir. Meratap kesedihan. Tidak pernah dia menyangka Balqis akan segamak ini meninggalkan dirinya.

Niatnya ke bandar besar ini untuk mengumpul wang demi menghalalkan Balqis. Namun lain pula yang diterima. Dia terpaksa melupakan gadis itu walaupun sakit. Cinta tidak berbalas.

Suasana diluar semakin gelap dengan kelibat matahari yang kian menghilang. Semoga ada keajaiban pada esok pagi buat Rykal. Hatinya perlu disembuhkan walaupun mengambil waktu yang lama. Dia harus membuktikan bahawa dia bisa hidup tanpa Nurish Balqis.

Selamat ber'pkp semua..hihihi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience