Rykal mula membawa masuk barang-barangnya yang sebelum ini diletakkan di bilik belakang rumah itu memasuki ke dalam rumah. Dia dibantu oleh isterinya.
Tidaklah banyak barangan miliknya. Hanya pakaian dan beberapa barangan peribadi sahaja. Dibawa masuk ke dalam bilik milik Tengku Zaralyn yang kini menjadi bilik perkongsian antara mereka berdua.
"Abang boleh letak sini pakaian abang. Sini muat lagi. Barang-barang yang lain boleh jer letak di mana-mana yang abang suka." kata Tengku Zaralyn sambil tersenyum riang.
"Sayang rehat lah. Biar abang buat semua ni sendiri." Rykal tidak mahu menyusahkan isterinya itu. Telah berkali-kali menyuruh Tengku Zaralyn supaya tidak melakukan apa-apa, dia boleh selesaikan sendiri.
"Alah..sikit jer. Lagipun kita kan suami isteri. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing." balas Tengku Zaralyn sambil mengambil pakaian milik Rykal itu lalu disangkutnya ke dalam almari.
Tengku Zaralyn sedikit terkejut dengan tindakan Rykal yang tiba-tiba menerpa ke arahnya lalu merangkul tubuh itu ke dalam dakapannya. Bibir Tengku Zaralyn dicium lembut.
Degupan jantung Tengku Zaralyn berdegup kencang. Wajah Rykal ditenungnya lama. Senyuman jelas terukir di bibir Rykal. Sedikit terhibur melihat isterinya kaku didalam dakapannya itu. Jarak antara wajah ke wajah hanyalah kurang dari sejengkal.
"Abang ni, dah tiga malam berturut-turut tau. Tak kan siang-siang ni pun nak menjadi-jadi juga?." soal Tengku Zaralyn yang masih dalam keadaan kaku itu.
"Dosa tau menolak kemahuan suami. Hmm.. abang cuma nakkk..." kata Rykal sambil mengangkat-angkat keningnya.
"Seram betul lah dengan aba..mm.."
Sekali lagi ciuman manja melekap dibibir Tengku Zaralyn. Rykal mengambil beberapa saat untuk melepaskan ciuman itu. Keghairahan Tengku Zaralyn mula bertindak balas.
"Abang nak sayang mandi. Busuk lah. Lepas tu kita keluar shopping. Abang nak beli pakaian ke office esok. Sayang tolong pilihkan okay..?" berbisik Rykal di telinga isterinya itu.
"Ish...Nak cakap yang itu pun nak berpeluk cium bagai. Naik semua bulu roma ni tau." Rengek Tengku Zaralyn dengan mulut yang memuncung.
Rykal melepaskan rangkulan itu. Tawa kecil tercipta oleh Rykal. Wajah Tengku Zaralyn merona merah.
"Ketawa lah puas-puas. Seronok kan?." Kata Tengku Zaralyn seakan-akan merajuk.
"Merajuk cepat tua tau. Dah pergi mandi." Rykal meneruskan kerja mengemasnya. Tengku Zaralyn pula mencapai tuala mandinya dan melulu masuk ke dalam bilik mandi itu.
"Isteri tua merajuk.."
"balik ke rumah isteri muda.."
"kalau dua-dua merajuk ana kahwin tiga.."
Lagu P.Ramlee dinyanyikan Rykal sekadar mengusik isterinya.
"belum habis lagi ker menggatal tu?" jerkah Tengku Zaralyn yang sedang membersihkan diri dalam bilik air itu.
"Dah sayang.." jawab Rykal sambil tersenyum riang. Sungguh dia suka melihat Tengku Zaralyn merajuk dek kerana rasa cemburunya.
Selesai mengemas, Rykal pula mencapai tuala mandinya. Pakaiannya dibuka satu persatu. Lalu dia menghampiri bilik mandi untuk sertai isterinya.
Sabaik sahaja tangan diangkat untuk mengetuk pintu bilik mandi itu, tiba-tiba sahaja pintu itu terbuka dari dalam.
Tengku Zaralyn keluar dengan lilitan tuala ditubuhnya. Rykal sedikit hampa.
"Cepatnya sayang mandi. Abang baru nak join." Rykal menarik mukanya.
"Lah..tadi tak cakap pun. Dah jangan nak mengada-ngada sangat. Mandi sendiri okay. Mengalahkan Tengku Raziq minta diteman." sindir Tengku Zaralyn sambil melangkah keluar dari bilik mandi itu.
"Ehh..jom lah mandikan abang. Mandi tak basah nanti. Kesian abang." pinta Rykal sambil menarik tangan isterinya.
Tengku Zaralyn yang ditarik tangannya itu sedikit malu kerana tuala ditubuhnya kini jatuh ke lantai. Tubuh Rykal dipeluknya akibat malu melanda diri.
"Arrghhh...abangg..!!!" jerit Tengku Zaralyn berwajah berona merah itu.
"Simple jer. Jom temankan abang dah alang-alang tuala tu pun dah tercabut." Rykal masih memujuk isterinya itu dengan senyuman liciknya.
"Tolonglah ambilkan tuala tu kejap. Malu lah saya." jawab Tengku Zaralyn meminta agar Rykal menarik kembali tuala itu untuk menutupi tubuhnya.
"Malu..?? yang tiga malam berturut-turut tu okay jer." usik Rykal lagi.
Tanpa melengahkan masa lagi, Rykal terus mencempung tubuh Tengku Zaralyn masuk ke dalam bilik air. Tengku Zaralyn bertambah malu. Dia memeluk leher Rykal kejap sekali. Pintu bilik mandi itu ditutup rapat Rykal menggunakan sikunya.
***********************************
Puan Nina sedang menjahit beberapa pakaian yang baru diterimanya beberapa hari lepas. Dia mengambil upah menjahit pakaian pelbagai jenis koleksi antaranya ialah baju kurung, baju kebaya, baju melayu dan pelbagai lagi.
Orang-orang kampung itu senang dengan hasil jahitan dan sedap dipakai. Maka tiap kali menjelang musim perayaan mesti ada juga tempahan yang terpaksa ditolak kerana tidak menang tangan dibuatnya.
Encik Sahar pula sibuk dengan kerja-kerja kampungnya. Dia membesarkan semua anak-anak hasil titik peluhnya mengerjakan kerja kampung seperti bersawah dan mengambil upah menebas rumput di kebun-kebun orang-orang kampung.
Di petang yang kian menjelmanya kegelapan malam itu, mereka suami isteri hanya sibuk dengan hal-hal masing-masing. Encik Sahar baru sahaja pulang dari masjid selepas menunaikan solat asar berjemaah tadi.
"Abang..!! Rykal ada telefon tak? tak nak balik kampung ker?." soal Puan Nina pada suaminya.
"Tak pula. Apa yang awak risaukan. Nanti mereka balik lah tu." balas Encik Sahar.
"Saya ni bukan apa. Rykal tu anak kita abang. Membesar dengan titik peluh kita buat kerja-kerja kampung sahaja. Boleh ker dia sesuaikan diri dengan keluarga berpengaruh macam Tengku Mansur tu?."
"Awak ni banyak sangat tengok drama. Sebab tu lah jadi macam tu." sindir Encik Sahar sambil meraut buluh ditangannya untuk dibuat serkap ikan.
"Abang tak pelik ker? Kenapa tiba-tiba jer diorang minta Rykal bernikah dengan Tengku Zaralyn tu. Mesti ada apa-apa ni. Entah-entah Rykal tu dibuat hamba tak? jadi orang gaji Tengku Zaralyn sampai bila-bila." teka Puan Nina lagi.
"Astaghfirullahalazim..kamu ni dah melalut sampai ke situ pula. Jangan buruk sangka dengan mereka tu. Rykal tahu jaga diri dia. Dia anak lelaki dan dah besar panjang pun. Masalah mereka suami isteri kita jangan masuk campur."
"Saya beri pendapat saya jer." kata Puan Nina serta tangannya ligat memotong helaian kain pasang itu.
"Tak baik berburuk sangka. Dah berkali-kali saya pesan. Mulut kena jaga. Hati kena bersih. Sikap iri hati tu buang jauh-jauh. Baru aman hidup kita." pesanan itu sebenarnya sering kali disampaikan oleh Encik Sahar pada isteri dan anak-anaknya.
"Yer lah..saya dengar lah ni." jawab Puan Nina yang mengerling ke arah Encik Sahar.
"Esok pagi saya nak ke pekan sekejap. Nak beli racun. Nak racun sawah tu. Banyak perosak pula kali ni."pesan Encik Sahar pada Puan Nina.
"Saya nak ikut lah. Nak beli kain pasang untuk Tengku Zaralyn. Saya nak jahitkan sepasang baju kurung untuk dia."
"Bodek menantu nampak.. Baiklah, esok kita pergi." senyuman terukir di bibir masing-masing.
Masa berlalu pergi dengan tenang dan damai. Siulan burung keriuhan memasuki sarang. Matahari kian terbenam. Deruan angin bertiup lembut memasuki jendela. Agak sepi, namun tetap tenang tanpa sebarang gangguan.
*************************************
Hazril pulang dari pejabat agak lewat hari ini. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Dia bekerja sebagai pengarah pemasaran di sebuah syarikat yang menghasilkan produk kecantikan terkenal di negara ini.
Sudah hampir 3 tahun dia berkhidmat dengan syarikat berkenaan. Masuk sahaja dia ke dalam rumah itu, terus kakinya melangkah menuju ke ruang tamu lalu merebahkan tubuhnya di atas sofa empuk itu.
"Ehh..you baru balik. Lewat pula hari ni." soal Lydia yang kini menghampirinya bersama segelas air kosong ditangannya. Dia melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Hazril yang tertiarap di sofa itu.
"Ada banyak kerja hari ni. Mana Rayden? Senyap jer?." soal hazril tanpa memandang langsung wajah isterinya itu.
"Ada dekat atas tu. Merajuk agaknya. Dia ajak I keluar. I cakap tunggu you balik dulu. Terus dia naik ke atas." jelas Lydia sambil meneguk air kosong itu.
"Apa plan you?." Hazril bangun dan duduk menyandar di sofa itu. Dia memandang ke arah Lydia.
"Entah..I pun tak tahu." jawab Lydia sambil mencungkit bahunya.
"I nak naik mandi dulu. You siapkan Rayden. Kita keluar jalan-jalan." Hazril berkata sambil bangun dari duduknya lalu menuju ke anak tangga untuk naik ke atas.
Lydia tersenyum riang. Gelas air itu diletakkan diatas meja ruang tamu itu. Dia turut menaiki anak tangga untuk bersiap.
"Rayden..!! papa dah balik. Papa nak bawa kita keluar jalan-jalan ni." Lydia memanggil-manggil anaknya yang sedang merajuk itu.
"Yeay..!! papa dah balik." Kedengaran suara anak kecil itu keseronokan.
"Buka pintu ni sayang. Mama nak masuk ni. Nak carikan Rayden baju." Pinta Lydia supaya anaknya itu membuka pintu biliknya.
"Don't worry. Rayden can find it. I wear it myself." jawab anak kecil itu lagi.
"Okay, fine." tempik Lydia lagi. Dia meninggalkan bilik tersebut lalu menuju ke biliknya untuk bersiap.
Dia agak senang hati dengan kelakuan Hazril sejak dia berbadan dua ini. Hazril banyak melayani kerenahnya. Apa yang dia mahukan pasti ditunai Hazril.
Maaf andai ada kekurangan..Amyz cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua readers..tq semua..muuah...
Share this novel
morning dear..plz update
nite, dear..bila nk uodate ni..i dh terover miss u, deae
nite, dear. tqvm. miss u