Bab 11 SILAM

Romance Series 114601

"Tolong Zara mummy. Zara takut." Pantas Tengku Zaralyn meluahkan rasa hatinya saat Tengku Maria menjawab panggilan tersebut.

"Zara kenapa sayang? Pasal Hazril lagi ker ni?" soal Tengku Maria kerisauan. Bangun dari duduknya lalu resah menanti jawapan.

"Cepat mummy. Zara takut ni mummy." esakan Tengku Zaralyn semakin kuat.

"Baiklah. Mummy kesana sekarang. Zara jangan ambil tindakan yang bukan-bukan. Tunggu mummy datang." Tengku Maria gegas mencapai beg tangan dialmari soleknya lalu keluar dari bilik itu.

Menuruni anak tangga dengan agak gelojoh namun masih berhati-hati.

"Awak nak kemana pula Maria? kan anak cucu baru jer balik. Awak dah nak keluar?." Soal Tengku Mansur yang sedang istirehat diruang tamu rumah itu.

"Jom..ikut saya. Zara dah jadi semula tu." lengan Tengku Mansur dipaut. Kaku sebentar Tengku Mansur dengan keletah isterinya itu.

"Apa? Zara jadi semula? macam dulu tu?." soal Tengku Mansur yang masih kebingungan.

"Iyer..jom lah. Cepat..!!"

Tengku Mansur gegas bangun lalu mengikut jejak langkah isterinya. Kejadian beberapa tahun yang lalu mula terbayang di fikiran Tengku Mansur.

Mereka menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Tengku Mansur keluar dari perkarangan rumah tersebut. Suasana diam tanpa sebarang kata-kata. Sungguh mereka tidak mahu kenangan pahit dahulu berulang kembali menghantui hidup mereka sekeluarga.

********************************************

Rykal duduk di pangkin kayu dibawah pohon rambutan itu dengan rasa hati yang tidak tenteram. Entah mengapa dadanya seakan-akan memberi isyarat bahawa perkara buruk akan terjadi.

"Apa yang kamu menungkan tu Rykal. Baru jer balik dah rindu ker?." Usik Puan Nina pada anak terunanya itu.

"Dah nak senja ni. Mak nak ambil apa bawa pisau tu semua?." soal Rykal mengubah persoalan ibunya sebentar tadi.

"Mak nak ambil serai di belakang tu. Nak buat asam pedas. Kamu kan suka asam pedas ikan pari. Ayah kamu ada belikan tadi." jelas Puan Nina dengan penuh senyuman dibibir.

"Mari sini pisau tu. Mak naik atas. Nanti Rykal hantarkan pada mak." Rykal menghulurkan tangan meminta pisau ditangan ibunya.

"Ambil empat batang sudah. Nanti dicabutnya satu rumpun tu pula." Ketawa kecil Puan Nina mengingati kenangan lalu. Saat disuruh Rykal ambil serai ketika umurnya mencecah 12 tahun lalu. Satu rumpun serai diambilnya hingga sekarang masih segar diingatan.

"Mak ni, suka flashback benda yang memalukan tu." mencebik Rykal sambil tangan mencapai pisau yang dihulurkan Puan Nina.

"Apa bek..? mak tak faham lah." soal Puan Nina dengan kerutan didahinya.

"Dah lah mak. Naik atas dulu. Dah senja ni." Rykal berpaling lalu menuju ke arah belakang pangkin tersebut mencari rumpun serai yang dikatakan ibunya.

Puan Nina melangkah meninggalkan Rykal disitu. Menuju ke pintu utama rumah itu lalu menaiki anak tangga ke atas rumah.

****************************************

"Aku cuma nak kita bersama semula. Tu pun susah. Kalau betul kau dah lupakan aku kenapa sampai sekarang kau masih tak tamatkan zaman bujang kau Zara. Aku tahu kau masih cintakan aku."

Mengamuk Hazril yang kini kereta dipandunya berhenti di sisi jalan raya itu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Pantas dia menyambar telefon bimbit itu lalu melihat ke skrin telefonnya.

"Apa yang kau nak ni perempuan puaka? ish..potong betul lah kau ni." Skrin telefon dileretnya.

"Hello..!!"

"Hello..!! biy..awak kat mana?."

'Dah buang tebiat ker apa perempuan ni. Tiba-tiba jer menggedik pelik jer.' berkata Hazril dalam hati.

"I ada kat luar ni. Kenapa?" jawab Hazril dengan nada selamba seperti biasa.

"Biy..you jemput I boleh? I tak jadi nak outstation. Boleh tak ni?" Soal Lydia dengan nada manjanya.

"You dekat mana ni?."

"I ada dirumah Kaira. You jemput I kat sini yer." pinta Lydia lagi.

"Yer lah..you tunggu situ." arah Hazril pada isterinya.

"Okay biy...muahh..!!" Lydia masih dengan gedik yang jarang-jarang diluahkan.

Tanpa balasan Hazril terus memutuskan talian itu.

'Mimpi apa bini aku ni? Seram pula aku.'

Kereta dihidupkan semula lalu meluncur laju diatas jalan raya itu. Hazril masih membayangkan saat-saat Tengku Zaralyn menangis teresak-esak sebentar tadi. Ia menggambarkan bahawa gadis itu masih mencintainya bagi Hazril.

*****************************************

Tengku Mansur dan Tengku Maria keluar dari perut kereta itu dengan gaya yang masih tenang. Menuju ke pintu utama itu sambil mata ligat memandang ke sekeliling halaman rumah Tengku Zaralyn. Keadaan sepertinya tenang tanpa kelibat sesiapa.

"Assalamualaikum..Zara mummy and daddy dah sampai ni. Zara..!!"

Tiada kedengaran langsung suara Tengku Zaralyn menyahut.

"Zara..!! buka pintu ni. Daddy ada ni." panggil Tengku Mansur pula. Pintu itu diketuk-ketuk. Manakala loceng rumah tidak henti-henti ditekan Tengku Maria. Resah hati suami isteri itu memikirkan keadaan anak bongsu mereka.

Tengku Mansur mengeluarkan segugus kunci lalu membelek-belek gugus kunci tersebut. Tengku Maria hanya memerhati gelagat suaminya itu.

"Nasib baik saya pernah ambil simpan dulu. Berguna juga akhirnya." satu kunci dimasukkan ditombol pintu kayu terhias indah itu. Sepantas beberapa saat sahaja pintu itu dikuak.

Mereka terus menerpa masuk ke dalam rumah itu lalu memerhati segenap ruang. Kelibat Tengku Zaralyn masih tidak kelihatan.

"Awak tunggu disini. Jangan kemana-mana." pesan Tengku Mansur pada isterinya. Tengku Maria mengangguk faham.

Tengku Mansur menuju ke dapur dengan mata liar melihat kesekelilingnya. Tidak lama kemudian Tengku Mansur kembali semula ke arah isterinya.

"Jom kita naik atas. Zara mungkin diatas." kata Tengku Mansur lagi.

Tengku Maria menturuti jejak Tengku Mansur. Tiba ditingkat atas lalu menuju ke bilik Tengku Zaralyn.

"Zara..!! kamu dimana sayang. Mummy datang ni." sayu kedengaran suara sang ibu memanggil anaknya.

"Ya Allah..!! Zara apa kamu buat bawah katil ni. Keluar sini. Jangan takut. Daddy ada ni." Tengku Mansur yang kini tunduk melihat kebawah katil terkejut dengan satu kelibat yang dicari. Benar sangkaannya, Tengku Zaralyn menyorok dibawah katil dengan mata yang kemerahan.

"Ada bawah tu ker abang? Zara..!! mari sini sayang. Mummy peluk Zara." Tengku Maria turut tunduk melihat kebawah katil itu.

Tengku Zaralyn mula mengesotkan tubuhnya ke arah dua insan di depannya itu dengan tangisan. Keluar sahaja dari bawah katil itu, Tengku Zaralyn terus menerpa Tengku Maria lalu memeluknya erat.

"Hazril mummy..Dia datang sini." luahan hati Tengku Zaralyn membuatkan Tengku Mansur merasa panas. Tengku Maria mendongak melihat raut wajah suaminya.

"Dah.. mummy ada sayang. Kita balik rumah mummy dulu yer. Jom..!!"

'Kau memang melampau Hazril. Kenapa kau masih ganggu anak aku setelah sekian lama kau tinggalkan dia. Seksa dia nak lupakan kau dulu. Macam-macam jenis perubatan aku usahakan untuk pulihkan sakit dia. Sekarang dengan mudahnya kau kembali dan menghantui hidup dia. Aku kena percepatkan pernikahan Zara dan Rykal.' Kata Tengku Mansur dalam hati. Panas membuak-buak saat ini.

maaf pada semua pembaca. amyz tidak dapat update beberapa hari lepas kerana mengalami masalah teknikal sedikit..tq sudi baca dan sabar menunggu..

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-02-14 23:24:40 

dear...tqvm. i'm appreciate with u.


NovelPlus Premium

The best ads free experience