Perasan Lydia masih tidak tenteram selagi dia dan anaknya tidak berjaya berlepas dari lapangan terbang itu. Kaira tidak kurang cuaknya. Kadangkala timbul perasaan ingin undur diri dari mengikuti Lydia. Kelakuan Lydia sangat mencurigakan.
Setelah selesai urusan pemeriksaan keselamatan dijalankan, tiba waktunya mereka menuju ke balai pelepasan. Hati masih bergelora. Rayden nyenyak tidur.
"Sikit lagi Lydia. Kau pasti akan tenang nanti." Kata Lydia dengan perlahan.
"Apa kau cakap? Akan tenang? Apa yang kau dah buat?." Soal Kaira hairan dengan kata-kata Lydia sebentar tadi.
"Err..tak ada apa-apa. Kita akan happy dengan percutian ni. Aunty Marie dah tunggu disana." Jelas Lydia tergagap-gagap.
"Hmm...suka hati kau lah."
Kini mereka sudah mulai menaiki pesawat. Bila-bila masa sahaja pesawat itu akan berlepas. Lydia menarik nafas lega. Rancangannya untuk larikan diri setelah mencederakan Tengku Zaralyn hampir berjaya.
********************************
Rykal terperanjat saat telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Menuju ke arah telefon bimbit yang diletakkan diatas almari solek lalu melihat ke skrin telefon bimbit tersebut.
"Hello !! Yer ada apa ayah? Ayah macam tahu-tahu je Rykal nak call ayah."
"Assalamualaikum..!!" Encik Sahar memberi salam setelah Rykal tidak terlebih dahulu memberi salam.
"Err.. waalaikumussalam..!! maaf ayah. Rykal kelam-kabut sikit." Rykal melemparkan senyuman meskipun ayahnya hanya bisa mendengar suaranya tidaklah mimik mukanya.
"Ayah nak bagitahu kamu ni. Nurish dah dijumpai Pak Hassan kamu. Sekarang dalam proses untuk dinikahkan dengan suami orang. Ayah baru sahaja dapat tahu berita ni. Pak Hassan minta ayah sampaikan pada kamu. Takut nanti kamu susah payah cari Nurish pula."
"Baguslah kalau dah jumpa. Lelaki tu nama apa yer? mungkin Rykal kenal." Rykal sudah mengesyaki bahawa lelaki yang dimaksudkan ayahnya itu adalah Hazril.
"Apa namanya ye? Aril ker Azril pun entah. Ayah lupa la. Tapi bunyinya macam tu lah." jelas Encik Sahar dengan penuh kerutan didahinya.
"Ohh..macam mana diorang setuju nak bernikah ayah?." Soal Rykal lagi. Sekadar menambah info untuk memberi keterangan di balai polis.
"Sebenarnya Nurish dah bunting. Itu yang Pak Hassan nak segerakan pernikahan mereka. Selebihnya ayah tak tahu. Itu sahaja yang diceritakan Pak Hassan pada ayah." Encik Sahar yang tadi sedang berdiri kini melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di ruang tamu rumah itu.
"Masyaallah..!! Dugaan untuk Pak Hassan. Rykal pun ada benda nak bagitahu ayah. Pasal isteri Rykal." Rykal berat hati untuk memberitahu tentang perkara yang baru sahaja menimpa isterinya. Namun dia harus memberitahu kerana ingin membawa isterinya pulang istirehat di kampung halamannya.
"Apa yang berlaku pula? Kamu buat ayah risau pula." Soal Encik Sahar hairan dan menanti apa yang bakal dijelaskan Rykal. Puan Nina yang sedang melipat pakaian disudut ruang itu berhenti dari terus melipat. Hatinya juga berdebar-debar.
"Zara turun darah. Ada orang cederakan dia di pasar. Tapi ayah jangan risau. Kandungan dia selamat. Cuma kena lebih berhati-hati dan banyak rehat."
"Maksud kamu Zara mengandung ye?Habis tu macam mana keadaan dia sekarang?." soal Encik Sahar lagi. Puan Nina semakin berdebar.
"Ye ayah. Zara mengandung. Baru lagi. Zara masih di hospital lagi. Dia dah okay sikit. Ayah jangan risau. Insyaallah..semuanya akan baik-baik sahaja." jelas Rykal dengan girangnya.
"Alhamdulillah..jaga kesihatan dia dan kandungan tu baik-baik. Ayah dan mak turut gembira dengan berita ni." Senyuman terpancar di wajah tua itu.
"Bak sini saya nak cakap." Puan Nina menghampiri lalu cuba menyambar telefon bimbit itu untuk berbicara sendiri dengan anaknya Rykal. Namun ditepis oleh Encik Sahar.
"Baiklah ayah. Assalamualaikum..!!."
"Waalaikumussalam..!!." Sahut Encik Sahar mengakhiri perbualan mereka.
"Abang ni kan..saya belum sempat bercakap dengan anak kita tu. Apa yang Rykal bagitahu abang?. Zara mengandung ke?." Soalan dari Puan Nina bertubi-tubi buat Encik Sahar.
"Awak ni satu-satulah tanya. Saya tak tahu nak jawab yang mana satu." Puan Nina mengambil tempat di sisi suaminya.
"Zara mengandung ker?." soalan Puan Nina buat sekian kalinya.
"Ye Zara mengandung. Awak bakal jadi nenek tak lama lagi." Encik Sahar bangun dari duduknya dan kaki mula melangkah.
"Lagi..? Awak bercakap lama dengan Rykal tadi." Soal Puan Nina tidak puas hati.
"Itu jer..dah lah Puan Nina oii..!! pergi sambung lipat pakaian tu. Dah jadi gunung Everest dah tu." Sindir Encik Sahar.
Sengaja dia merahsiakan apa yang berlaku pada menantu mereka itu. Jika diberitahu pastinya mereka akan segera bertolak ke Kuala Lumpur sekarang juga. Memandangkan Tengku Zaralyn baik-baik sahaja, maka tidak perlulah bagi Encik Sahar tergesa-gesa ke sana.
*****************************
Rykal telah siapkan semua yang akan dibawa ke hospital untuk isterinya termasuklah bubur yang dipinta Tengku Zaralyn.
Turun dari tingkat atas menuju ke dapur untuk mengambil bubur yang sudah dibekalkan buat isteri tercinta. Usai semuanya sudah berada digenggaman tangannya, keluarlah dia dari rumah itu menuju ke arah kereta yang berada di bawah garaj.
Belum sempat dia masuk ke dalam perut kereta itu, sebuah kereta berlambang polis itu berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah tersebut. Rykal meletakkan semua barang ke dalam kereta lalu menuju ke pintu pagar. Mungkin ada perkembangan terkini tentang orang yang telah mencederakan isterinya.
"Assalamualaikum..!! boleh kita berbincang sebentar Encik Rykal?." Pintu pagar automatik itu mula terbuka.
"Waalaikumussalam..!! Yer boleh Tuan. Jemput masuk. Kita berbincang di dalam." Pelawa Rykal sambil bersalaman dengan ketiga-tiga anggota polis itu.
"Ohh..tak usah lah sampai masuk ke dalam. Kami singgah sekejap sahaja ni. Kami nak bagitahu tentang suspek yang dah cederakan Tengku Zaralyn tu. Dia dah berjaya berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Dubai. Kami akan minta bantuan dari pihak sana untuk membantu kesan suspek." Jelas salah seorang daripada mereka.
"Cepat betul kan suspek ni. Dengan saratnya. Macam tak ada hati perut."
"Dia pergi bersama anak lelakinya dan seorang wanita yang belum dikenalpasti identitinya. Kami akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan kes ini secepat mungkin." balas salah seorang lagi dari mereka bertiga.
"Baiklah Tuan. Saya sangat mengharapkan suspek terima hukuman yang sepatutnya. Saya beri 100% kepercayaan kepada pihak tuan untuk selesaikan kes ni." Rykal dengan nada selamba.
"Okay lah Encik Rykal. Kami minta diri dulu. Apa-apa nanti kami terus hubungi Encik Rykal. Semoga isteri Encik Rykal segera pulang ke rumah."
Setelah itu mereka pun beredar meninggalkan Rykal yang masih tercegat berdiri di pintu pagar itu. Hilang sahaja pihak berkuasa berkenaan dari pandangan matanya, dia pun melangkahkan kaki menuju ke arah kereta lalu beransur pergi meninggalkan perkarangan rumah itu.
******************************
"Apa kau cakap? Kau cederakan Tengku Zaralyn? Lepas tu kau bawa aku lari ke sini. Hey..kau dah libatkan aku sama tau dalam kes ni. Dah jadi kes polis lah ni kan?." Tempik Kaira kerana berang mendengar penjelasan Lydia.
"Slow lah sikit. Nanti Aunty aku dengar lah. Kau rileks je. Semua okay kan." Peha Kaira diusap lembut agar sahabatnya itu lebih tenang.
"Aku nak kau minta maaf. Apa-apa jadi nanti aku tak nak masuk campur okay. Kau selesaikan sendiri." Kaira bangun dari katil itu menuju ke balkoni bilik mereka.
"Okay..aku minta maaf sebab sembunyikan hal ni dari kau. Please calm down, Kaira."
"Senang jer kau cakap kan. Kau kena minta maaf dengan Tengku Zaralyn, bukan dengan aku. Kalau kecederaan Tengku Zaralyn tu teruk, habis kau termasuk aku sebab bersubahat. Kau boleh minta aku bertenang?." Kaira memeluk tubuh sambil melayani perasaan marahnya.
"Aku dah tak tahu nak buat macam mana. Larikan diri jer dapat selamatkan aku dan Rayden." jelas Lydia dengan rengusan kecil.
"Ini bukan jalannya Lydia. Kau pengecut sebenarnya. Dan sebenarnya kau yang selfish."
"Dah lah..aku nak rehat. Penat lah. Dengan bawa perut ni lagi. Jantan tak guna tu entah kemana. Dah mati agaknya." Lydia menelentangkan tubuhnya di atas katil itu. Rayden pula asyik bermain dengan mainannya.
Kaira benar-benar berang dengan perbuatan yang telah dilakukan sahabatnya itu. Sesungguhnya dia tidak bersetuju dengan perbuatan Lydia. Apakah yang harus dilakukan untuk buatkan Lydia bersetuju untuk serahkan diri.
Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin dari Amyz. . Semoga tabah mengharungi PKP fasa 3.0..kihkihkih..
Share this novel