Kedamaian perkampungan itu sungguh menakjubkan. Tengku Zaralyn terpegun melihat sekitar kampung yang serba menghijau itu. Deretan pokok-pokok bunga menghiasi sepanjang laluan itu. Aliran sungai yang bersih dan sawah padi terbentang luas berwarna hijau kekuningan.
Senyuman terukir di bibir itu tidak lekang sejak tadi. Tengku Zaralyn menarik nafas dalam-dalam menghirup udara segar itu. Sungguh menenangkan. Tingkap kereta yang dibuka itu menderukan angin mengibas rambutnya. Tengku Zaralyn tidak berkata-kata.
Rykal juga sama-sama menikmati suasana yang dirinduinya itu. Dia membiarkan sahaja Tengku Zaralyn terbuai dengan permandangan yang serba tenang. Kelihatan kanak-kanak sedang terjun ke sungai keriangan mandi manda di pinggir jalan itu. Rykal mula teringatkan tempat itu jugalah yang menjadi tempatnya dan rakan-rakan masa kecil dulu bermandi manda. Senyuman terus terukir.
Kadang-kadang hingga dijemput Encik Sahar bersama rotannya. Habis semua lari lintang pukang dek takutkan amukan dari Encik Sahar itu. Tetapi Rykal juga adalah anak yang sangat baik serta bertanggungjawab. Dia tidak pernah melawan cakap ibu dan ayahnya. Apa yang diarahkan, pasti diselesaikan secepat mungkin.
"Sayang..kita dah nak sampai ni. Tengok rumah warna kuning dihujung sana tu. Itulah rumah mak ayah." Rykal menunding jarinya ke arah rumah yang berada dihujung sawah padi itu pada Tengku Zaralyn.
"Wah..!! cantiknya. Kita dah sampai? Alhamdulillah.." jawab Tengku Zaralyn dengan sangat teruja.
"Okay..kita dah sampai." tibalah mereka dihalaman rumah itu. Tengku Zaralyn masih kaku melihat keindahan rumah kayu separuh berbatu yang dijaga rapi itu. Mereka menanti reaksi dari keluarga tersebut.
Kelihatan Puan Nina sedang menikmati minum petang di beranda rumah itu bersama dua lagi adik kepada Rykal iaitu Raisya dan Ryzal. Tengku Zaralyn tersenyum bahagia. Tidak sabar untuknya meneroka seluruh kampung ini sepuasnya. Inilah percutian yang selama ini diidamkan. Apa yang dirasai kini lebih dari apa yang difikirkannya.
"Sapa pula tu Ryzal?." Puan Nina merenung ke arah kereta yang berhenti betul-betul di hadapan tangga rumahnya. Namun tidak kelihatan memandangkan cermin kereta yang agak gelap itu.
"Entah..mana adik tahu." jawab Ryzal yang turut tertanya-tanya itu.
"Assalamualaikum..!!." Rykal keluar dengan melaungkan kata salam. Wajahnya terukir senyuman.
""Waalaikumussalam...ya Allah...Rykal..!!." Puan Nina terus terbangun dari duduknya lalu menuju ke anak tangga. Dia menuruni anak tangga itu. Rykal menerkam ibunya lalu mereka bersalaman dan berpelukan.
"Assalamualaikum...mak..!!." Sapa si menantu pula. Pelukan mereka terlerai.
"Waalaikumussalam..Tengku Zaralyn. Allahuakbar..segannya mak dengan kamu. Rumah kami ni tak secantik rumah Tengku di bandar tu. Naik lah nak.." kata Puan Nina sambil mempelawa menantunya itu naik ke atas rumah.
"Apa mak cakap macam tu. Panggil jer Zara. Zara suka lah rumah macam ni. Tengok sekarang, sejuk dan damai. Tak macam di KL. Penuh dengan kesesakan." Jawab Tengku Zaralyn sambil menghulurkan tangan. Mereka saling bersalaman dan membalas senyuman.
"Abang.. cantiknya kereta. Bawa kami round kampung boleh?." Raisya dengan penuh teruja melihat kereta mewah milik Rykal itu.
"Tentulah boleh. Tapi esok okay. Sekarang nak naik rehat kejap. Fuhh..penat kot." kata Rykal sambil meniti anak tangga itu dan naik ke atas.
"Naiklah, Zara. Tu mak ada buat lepat labu. Rykal dan adik-beradiknya suka. Mari kita naik minum petang. Mak buatkan teh." Puan Nina juga naik ke atas semula diikuti oleh Tengku Zaralyn dari belakang.
"Wah..!! lepat labu? mak macam tahu-tahu je kami nak balik. Ataupun dua orang ni yang minta mak buatkan." Rykal memandang kedua-dua raut wajah adiknya yang sedang menikmati minum petang itu.
"Mana ada. Kami balik mak dah siap buatkan lah." jelas Ryzal dengan penuh yakin.
"Mak saja buatkan. Memang rasa nak buat. Itulah naluri seorang ibu." jelas Puan Nina sambil tersenyum bahagia. Tengku Zaralyn kini melabuhkan punggungnya di beranda itu bersebelahan dengan Raisya. Rykal turut sertai .
"Lah..kenapa duduk disini. Masuk ke dalam. Ada sofa di dalam tu." Tegur Puan Nina apabila melihat anak menantunya itu turut duduk diberanda yang hanya beralaskan tikar mengkuang.
"Tak apa mak. Zara nak duduk di sini sekejap. Best kena angin disini." jawab Tengku Zaralyn.
"Hmm..makan lah Zara. Mak je dapur sekejap. Tambahkan air teh ni." Puan Nina menggapai teko teh itu lalu menuju ke dapur. Dia memanjat kesyukuran ke hadrat illahi dengan apa yang dikurniakan sekarang. Kedengaran Rykal dan Tengku Zaralyn tidak henti-henti bertanyakan soalan kepada Raisya dan Ryzal. Agak riuh rendah dengan gelak ketawa mereka semua.
"Mana ayah ? tak nampak pun."soal Tengku Zaralyn pada Rykal dan adik-adiknya.
"Ayah ke rumah tok penghulu. Ada hal katanya." Jawab Raisya. Ryzal sekadar mengangguk.
"Ohh.. umur berapa ni?." soal Tengku Zaralyn lagi. Dia sangat teruja melayani adik-adik memandangkan dia adalah anak bongsu keluarga Tengku Mansur. Maka kehadiran Raisya dan Ryzal memberi pengalaman baru buatnya.
"Sebaya. Cuma Raisya yang lahir dulu. Ryzal adik." jelas Raisya dengan yakinnya.
"Ohh..kembar ker? Bestnya.." Tengku Zaralyn dengan sangat teruja.
"Tak kembar lah. Raisya lahir bulan januari, Ryzal lahir bulan november." kata Ryzal pula sambil menelan lepat labu yang memenuhi mulutnya.
"Biar betul? Wah..!! hebatnya.." Tengku Zaralyn sangat teruja dengan penjelasan itu.
"Haa..tu setahun dua orang jer. Nanti sayang akan lahirkan 4 baby dalam setahun." Rykal melemparkan senyuman buat isterinya itu. Wajah Tengku Zaralyn tiba-tiba berkerut.
"Serius lah abang. Ingat kilang ker?." kata Tengku Zaralyn dengan wajah tegangnya. Mereka melepaskan tawa. Keriuhan memenuhi segenap ruang itu. Keriuhan yang jarang-jarang kedengaran.
Puan Nina datang semula ke beranda itu bersama seteko teh panas yang baru sahaja disediakan. Mereka menikmati minum petang dengan pelbagai cerita keluar dari mulut masing-masing. Raisya dan Ryzal juga sangat menyukai Tengku Zaralyn yang bersikap merendah diri itu. Sungguh meriah suasana minum petang bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa.
***********************************
Lydia mula mengamuk. Habis barang-barang solek serta barang perhiasannya yang berada di atas almari solek itu dilemparkan jatuh ke lantai bilik. Hazril tidak pulang langsung ke rumah dan tidak mempedulikan hal Rayden dan bayi dalam kandungan itu. Tengku Zaralyn terus dipersalahkan.
Baginya Tengku Zaralyn adalah penyebab suaminya itu tidak pulang ke rumah. Airmata mula menitis. Hati mula membengkak. Jiwa mula memberontak.
'Kenapa kau tak mati jer dulu?. Kan senang hidup aku. Aku benci kau Tengku Zaralyn. Aku benci kau..' jerit Lydia sekuat hati. Dia melepaskan amarahnya dihadapan cermin.
Telefon bimbit dicapainya. Lalu skrin telefon dileretkan. Cuba menghubungi Hazril, namun tidak berjaya. Hazril menutup telefon bimbitnya sejak semalam. Hati semakin membara.
'Kau memang cari pasal Hazril. Aku kena ambil kereta dan semua hak milik aku. Supaya kau sedar yang kau tu hanya menumpang kesenangan aku.' kata Lydia sambil merebahkan tubuhnya di atas katil.
Kedengarn suara Rayden tidak henti-henti menangis dibilik sebelah yang dijaga oleh pembantu rumahnya. Lydia pantas mendapatkan anaknya itu. Sebelum ini, Rayden dijaga sepenuhnya oleh Hazril memandangkan Lydia sibuk dengan hal persatuannya. Kini Hazril tidak lagi memperdulikan mereka. Hazril benar-benar berubah.
Lydia memasang strateginya. Dia harus mendapatkan Hazril yang dulu semula. Buat masa sekarang dia harus memikirkan tentang kandungannya terlebih dahulu yang semakin hari semakin membesar itu. Harapan agar Hazril kembali semula ke pangkuannya.
*********************************
Encik Sahar pulang menaiki motosikal miliknya. Berkerut dahinya saat melihat sebuah kereta yang berada dilaman rumahnya itu.
'Siapa pula yang datang ni?.' tertanya-tanya Encik Sahar didalam hati.
"Tu ayah dah balik mak." Ryzal yang berdiri dipintu itu mengabarkan kepulangan ayah mereka.
Encik Sahar mula menaiki anak tangga itu dengan perlahan-lahan. Telinga ligat mencuri dengar perbualan antara isterinya serta tetamu yang hadir. Namun tidak kedengaran langsung suara bualan mereka.
"Assalamualaikum..!!" laung si ayah.
"Waalaikumussalam.." jawab semua sekali serentak. Masing-masing melemparkan senyuman.
"Lah..Rykal rupanya. Ayah ingatkan siapa yang datang. Menantu ayah pun ada?." Encik Sahar tersenyum riang.
Tengku Zaralyn terlebih dahulu mara ke depan untuk bersalaman dengan bapa mertuanya. Huluran tangan itu disambut Encik Sahar mesra. Giliran Rykal pula bersalaman.
"Bila kamu berdua sampai?." soal Encik Sahar lagi.
"Lebih kurang 2 jam lepas ayah." jawab Rykal. Tengku Zaralyn kembali melabuhkan punggung disofa ruang tamu itu.
"Bersembang lah dulu dengan ayah kamu. Mak nak ke dapur. Nak siapkan makan malam kita." Puan Nina bangun dari duduknya.
"Zara tolong yer mak?." pinta Tengku Zaralyn sambil tersenyum.
"Kamu rehatlah dulu. Biar mak dan Raisya yang masak." jawab Puan Nina. Raisya turut mengangguk setuju.
"Tak apalah. Zara okay jer. Jom kita ke dapur." Tengku Zaralyn menarik tangan mertuanya itu dan mereka jalan beiringan ke arah dapur. Raisya hanya menuruti dari belakang.
Sungguh Tengku Zaralyn sangat menerima baik ahli keluarga Rykal. Dia sangat mudah bergaul dan pandai menyesuaikan dirinya di rumah itu. Namun hari masih belum menjelmanya malam. Bolehkah Tengku Zaralyn tidur dengan nyenyak?
Kihkihkih..maaf lah lama tggu update ni..jgn marah yer.. muuahh cikit..
Share this novel