Bab 39 KISAH LAMA

Romance Series 114601

Berselera betul mereka menikmati juadah yang tersedia. Rykal juga bersenang hati dengan isterinya. Tengku Zaralyn nampak kuat dan lebih bersemangat.

"Alhamdulillah..ramadhan pertama ni kita diberi peluang untuk berbuka bersama. Syukur sangat." Tengku Mansur tersenyum bahagia sesudah ucapannya.

"Kalau tak, tiap-tiap tahun asyik berbuka dinegara orang. Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.." giliran Tengku Izkandar pula mengucap kesyukuran.

"Bella tak nak balik rumah kita lagi. I want to stay in this house until Bella tua." Tengku Rabella mencelah perbualan mereka.

Masing-masing melepaskan tawa. Rasa terhibur dengan kata-kata anak kecil itu. Benar kata orang dulu-dulu. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

"Rumah Uncle handsome dimana? Best tak rumah uncle?." Soal Tengku Rabella lagi.

"Mestilah best. Ada paddy field, ada waterfall and macam-macam lagi." jelas Rykal pada anak buahnya yang banyak mulut itu.

"Bella, makan dulu sayang. Kejap lagi nak solat pula." Arah Syarifah Zahirah.

"Ada je mulut dia tu nak bertanya. Penat Tok Mommy dengar." Tengku Maria turut menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Okay Ummi." Akhirnya Tengku Rabella akur dengan arahan ibunya. Nasi terus disuap ke dalam mulutnya.

"Err..kamu berdua bermalam disini ataupun balik?." soal Tengku Maria.

"Rykal ikut Zara je. Tidur dimana pun tak ada masalah. Lagipun esok kan hari minggu." balas Rykal sambil tersenyum.

"Kita tidur sini ye. Boleh sahur sekali." kata Tengku Zaralyn yang masih berselera menjamah makanan itu.

"Okay sayang."

Selesai menjamu selera, mereka sama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Sungguh hormoni keluarga Tengku Mansur. Tidak sombong dengan Allah serta orang sekeliling dengan kemewahan yang dimiliki. Sikap merendah diri menjadi inspirasi kepada anak-anaknya.

*********************************

"Itulah kau. Bodoh sangat kan. Sekali dengan kau kena tahan. Aku dah plan semua cantik-cantik. Kau khianat plan aku ni kenapa? Sekarang kau terimalah balasan disebabkan kesalahan kau sendiri." Leter Lydia pada Kaira. Suasana di dalam bilik tahanan sementara itu sepi dan setiap bait kata yang keluar akan dituruti dengan gaungan suara.

"Hey.. kau dengar sini perempuan bodoh. Aku tak nak masuk campur dalam hal kau lagi. Lebih baik aku report dari biarkan orang yang dah buat salah terus bermaharajalela diluar. Mangsa tu entah apa yang jadi. Kau sedap-sedap berfoya di negera orang. Aku doakan kau pun akan rasa benda yang sama. Kau jangan lupa Lydia, perut kau tu dah sarat. Jangan ingat Allah akan lepaskan kau macam tu je." Kaira bangun dari duduknya lalu melemparkan kata-kata yang terbuku dihati.

"Aku boleh bayar la untuk lepaskan diri. Kau tunggu dan lihat." Lydia masih angkuh dan berbesar hati.

"Aku nak tanya kau. Apa yang kau boleh buat sangat dengan wang ringgit? kau tak boleh buat apa sangat pun. Tak semua orang harapkan duit kau la. Buktinya ada dalam diri kau sendiri. Hazril tu hidupnya pun senang dengan duit kau juga. Apa yang dia nak semua kau tunaikan. Tapi kenapa dia berpaling arah juga ye? Sedangkan dia tidur pun ada bayaran." sindir Kaira lagi. Sengaja dia berkata demikian supaya Lydia mahu mengaku kesilapannya.

"Kau rasa tu semua salah aku ker? Hazril tu yang tak pandai nak bersyukur. Aku bagi dia kemewahan. Aku dah buat macam-macam untuk dapatkan dia dulu. Aku upah orang rogol Tengku Zaralyn untuk Hazril tinggalkan dia dulu. Segalanya aku korbankan untuk dia. Tapi apa yang aku dapat?. Salah ke aku tuntut hak aku?." Lydia mula menitiskan airmata.

"Apa kau cakap? Kau upah orang rogol Tengku Zaralyn? Ehh..kau memang kejam lah Lydia. Orang macam kau tak layak untuk bahagia. Kau sanggup musnahkan kehidupan orang lain demi kebahagiaan kau. Aku menyesal pernah kenal dengan kau. Jijik aku tengok muka kau." Kaira benar-benar naik hantu. Sikap Lydia yang sangat melampau. Hati Lydia benar-benar hitam.

"aku nak Hazril balik pada aku. Aku nak dia sentiasa ada dengan aku. Susah sangat ke dia nak ikut cakap aku? Aku dah penat Kaira. Habis musnah hidup aku sebab terlalu sayang." Lydia menangis semahunya. Duduk bersandar sambil mengusap perutnya yang sudah sarat itu.

"Kalau akulah jadi Tengku Zaralyn, aku tak akan maafkan kau Lydia. Sampai bila-bila. Kau bernasib baik andai Tengku Zaralyn dapat maafkan kau nanti. Bertaubat lah Lydia. Kau boleh hidup la tanpa jantan. Aku boleh je hidup sampai sekarang. Suami aku kembali pada sang pencipta pada usia perkahwinan kami baru 3bulan. Aku redha dan sampai sekarang aku boleh hidup. Kenapa kau tak boleh?."

"Dah terlambat pun nak bertaubat. Aku tetap kena terima hukuman. Tak ada apa yang boleh tolong aku lagi." Keluh Lydia kecewa dengan diri sendiri.

"Mengucap Lydia. Ingat Allah. Pintu taubat tu sentiasa terbuka. Jadikan kesilapan hari ni sebagai pengajaran untuk masa depan. Kau tak sayangkan Rayden ker? Baby kat dalam perut tu? Kesian diorang."

Mereka dikejutkan dengan kehadiran pegawai polis di negara itu ke bilik tahanan tersebut. Setelah beberapa penjelasan diberi, akhirnya pintu sel dibuka. Tangan kedua-dua pesalah digari. Mereka akan dihantar pulang ke tanah air untuk menerima hukuman. Rayden pula dijaga oleh ibu saudara Lydia buat sementara waktu.

Setiap kejahatan pasti ada balasannya. Lydia harus menerima hakikat bahawa dia bakal dihukum dan harus menebus semua kesilapannya. Kaira pula lebih gemar berdiam diri. Tidak banyak rengeknya. Kesal yang teramat menyelubungi jiwa. Kini dia harus kuat untuk membela diri.

********************************

Selesai menunaikan solat terawih dimasjid, Nurish dan Hazril terus pulang ke rumah. Hazril seperti tergesa-gesa mahu pulang. Mungkin kerana terlalu penat memandangkan dia baru sahaja memulakan pekerjaan.

Motosikal yang dipandu Hazril kini berhenti betul-betul di bawah rumah. Nurish turun dari motosikal itu dengan penuh hati-hati. Setelah itu naiklah mereka ke atas dan terus menuju ke bilik. Nurish mengekori suaminya dari belakang. Didalam hati pelbagai persoalan bermain di minda Nurish.

"Awak ada masalah ke? Boleh kongsi dengan saya?." Soal Nurish. Telekung yang tersarung kini dibuka dan disidai di rak tersedia.

"Saya rindukan Rayden. Tiba-tiba je saya rasa tak sedap hati. Saya pula dah tukar nombor telefon." jelas Hazril. Punggungnya dilabuhkan di atas katil lalu tubuhnya direbahkan bersandar di kepala katil itu.

"Balik la jenguk diorang. Mungkin diorang perlukan awak sekarang. Awak kena berlaku adil." Nurish sertai rebahan suaminya diatas katil itu. Kain selimut ditarik.

"Tunggu cuti je la. Saya kan baru je mula kerja. Tak kan terus nak minta cuti. Nanti apa pula bos saya cakap."

"Suka hati awak lah. Saya tak nak larang. Nanti jatuh dosa pula. Awak kena ingat yang awak dah ada dua isteri. Nafkah zahir dan batin kena adil." Nurish sekadar berpesan. Namun Hazril hanya diam seribu bahasa. Entah apa yang difikirkannya lagi. Nurish mengambil langkah untuk terus pejamkan mata.

Bersambung---->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience