Rykal terlentang di atas katil gara-gara kekenyangan. Masakan yang dimasak oleh isterinya dinikmati dengan penuh berselera.
Perutnya digosok-gosok. Tengku Zaralyn yang baru memasuki bilik itu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat Rykal.
Dia menghampiri katil itu lalu melabuhkan punggungnya disebelah Rykal.
"Kenyang sangat nampak tu?". kata Tengku Zaralyn.
"Sedap sangat sayang masak. Terima kasih sebab tolong masakkan untuk abang." Rykal menarik tangan isterinya lalu dicium lembut.
"Tu semua saya Google jer. Alhamdulillah..menjadi." jawab Tengku Zaralyn dengan penuh bunga-bunga dihati.
"Esok masak lagi boleh?." soal Rykal dengan matanya yang berkenyit-kenyit.
"Esok ? abang nak makan apa?." kembali soalan diajukan pada Rykal.
"Abang makan jer semua. Sayang masak jer apa pun." Rykal merenung wajah Tengku Zaralyn lalu merangkul pinggangnya dan kini terlentang tubuh itu diatas katil itu.
"Mula lah tu. Saya nak gosokkan baju abang untuk ke pejabat esok ni." kata Tengku Zaralyn sambil mata saling bertentangan. Kini jarak yang memisahkan hanya kurang dari sejengkal.
"Tu biar abang yang buat kejap lagi." rambut isterinya yang menutupi mata diselak perlahan ke belakang telinga.
Tengku Zaralyn hanya diam nenanti reaksi seterusnya. Tangan Rykal mula merayap-rayap sekitar leher itu.
"Abang..!!" panggil Tengku Zaralyn lembut.
"Yer sayang.." jawab Rykal dengan pandangan tajam.
"Saya datang bulan ni." jawab Tengku Zaralyn sambil ketawa kecil.
"larh... kenapa tak cakap awal-awal. Hmm...sayang ni kan." rungutan itu membuatkan Tengku Zaralyn semakin terhibur. Rykal kembali menelentangkan tubuhnya lalu mendongak ke atas.
"Abang merajuk ker?." soal Tengku Zaralyn yang kini meniarap sambil meletakkan tangannya disebidang dada Rykal.
"Tak lah. Tadi sayang cakap nak gosokkan baju kerja abang kan?." soal Rykal sambil mengangkat keningnya.
"Ehh..tadi bukan abang cakap nak gosok sendiri ker?." soalan diajukan kepada Rykal semula. Mata saling bertentangan.
"Dah hilang mood." jawab Rykal sambil memandang ke atas semula yang berkeadaan terlentang itu.
"tak apa lah. Abang tidur lah dulu. Biar saya yang gosokkan baju abang." Tengku Zaralyn turun dari katil untuk mengambil baju Rykal yang disangkut didalam almari pakaian itu.
Rykal turut bangun dari katil itu lalu mengikuti jejak langkah isterinya. Entah mengapa dia merasa tidak mahu berenggang dengan Tengku Zaralyn. Mahu mengikut setiap langkah wanita itu.
**********************************
Lydia mula berang saat melihat semua gambar-gambar mesra Hazril bersama seorang wanita yang amat dikenalinya. Dada berdebar dan hati mula memberontak.
Hazril yang sedang membersihkan diri di dalam bilik mandi itu dinantinya. Menarik nafas panjang lalu dihembuskan dengan agak kasar.
Beberapa minit kemudian, Hazril keluar dari bilik mandi itu sambil bernyanyi satu lagu dendangan Tan Sri P.Ramlee dalam kisah madu tiga itu dengan asyiknya.
"Amboii...!! kahwin tiga konon. You duduk sini I nak cakap sikit." Sapa Lydia dengan wajah yang kemerahan.
"You ni dah kena apa? tadi okay jer." soal Hazril dengan kerutan didahi.
"Memang tadi okay. Lepas tengok gambar mesra you terus I tak okay. I nak tanya you ni. You masih berhubungan dengan Tengku Zaralyn ker?."
Soalan itu membuatkan Hazril sedikit terperanjat. Apa alasan yang sepatutnya diberi untuk membuatkan Lydia percaya akan kata-katanya.
"You sendiri tahu kan, Tengku Zaralyn dulu pernah jadi kekasih I . Yang you nak jealous sangat ni dah kenapa?. Tu pun gambar lama." jelas Hazril mempertahankan dirinya. Baju disarungkan ke tubuhnya.
Lydia masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hazril. Dia harus mencari lagi bukti kecurangan suaminya itu. Dia yakin bahawa Hazril menipunya.
"Kalau yer pun kisah lama tak kan masih nak simpan gambar-gambar mesra tu semua. Gambar you dengan I pun rasanya tak semeriah itu dalam phone you." sindir Lydia sambil tersenyum kelat.
Telefon bimbit milik Hazril dilemparkan ke atas katil itu. Hazril sekadar melemparkan jerlingan panas buat isterinya.
"Ni siap elok-elok nak kemana pula." soal Lydia lagi.
"Nak keluar kejap. Ada hal sikit." jawab Hazril yang sedang menyisir rambutnya. Pakaian kemas dan semburan minyak wangi membuatkan Lydia bertambah keraguan.
**********************************
Nurish dibawa oleh Izhar untuk bertemu dengan pelanggan pertamanya pada malam itu. Dia dipaksa untuk memakai pakaian yang ketat dan seksi untuk penambah tarikan.
Dia terpaksa akur dengan kehendak Izhar kerana takut dicederakan seperti yang lain. Dia dibawa ke satu hotel mewah. Turun dari perut kereta itu bersama seorang lagi perempuan yang senasib dengannya.
Mereka dibawa memasuki bilik-bilik hotel yang tersedia. Nurish mundar-mandir sambil menggenggam erat jari jemarinya itu.
Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik hotel itu dibuka. Seorang lelaki berpakaian kemas melirik mata kearahnya.
"Hai..!!"
Nurish Terkesima dan tubuhnya mula menggeletar. Lelaki itu menanggalkan pakaiannya hingga tiada satu urat benang pun menyeliputi tubuh itu.
Nurish makin tidak tentu arah. Sungguh dia takut dan gentar. Apakah yang harus dilakukan supaya lelaki itu tidak menyentuhnya.
"Takut yer sayanggg..?." lelaki tersebut menghampirinya lalu tubuh itu dirangkulnya. Nurish memejamkan matanya kerana tidak mahu memandang wajah itu.
"Cik..tolong lepaskan saya. Saya tak sanggup nak hadapi semua ni. Jika cik mahukan saya, ambillah saya sebagai isteri cik. Saya redha cik. " Rayu Nurish dengan linangan airmata.
"Hei..!! aku beli kau mahal tau. Aku peduli apa kau sanggup ke tak sanggup." Bibir lelaki itu meniti di sekitar leher Nurish. Airmata dibiarkan begitu sahaja.
Tubuh gadis itu ditolaknya jatuh di atas katil. Pakaian ditanggalkan oleh lelaki berkenaan meskipun dihalang oleh Nurish. Kini terserlah tubuh gebu itu tanpa berpakaian. Nafsu terus membuak-buak.
Lelaki berkenaan menikmati tubuh itu dengan rakusnya. Nurish kalah dengan nafsu serakah lelaki itu.
*********************************
Pagi yang indah dan permai. Rykal dan Tengku Zaralyn bergerak menuju ke pejabat yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kediaman mereka. Rykal sangat gembira dengan apa yang bakal dilaluinya pada hari ini.
"Abang nanti balik kita singgah kedai bunga kejap yer. Dah lama tak ke sana." Tengku Zaralyn mula teringat akan kedai bunganya. Sejak mereka berkahwin, belum lagi Tengku Zaralyn menjejakkan kakinya ke kedai bunga tersebut.
"Baru dalam perjalanan nak ke office, dah fikir nak balik?." Rykal ketawa kecil.
"Saya cuma bagitahu. Takut nanti petang abang ada plan lain." jawab Tengku Zaralyn dengan sedikit senyuman kelat.
"Okay sayang." Kereta dipandu Rykal kini memasuki ruang tempat letak kereta. Setelah kereta itu dimatikan enjin, keluarlah suami isteri itu dari perut kereta.
Mereka berjalan beriringan serta berpimpin tangan. Tengku Zaralyn sangat tenang dan bahagia. Rykal masih lagi merendahkan diri. Setiap orang yang dipandang akan dia berikan senyuman manisnya.
"Selamat pagi Tengku, selamat pagi Tuan." tegur seorang staf wanita di syarikat itu bersama senyuman. Tengku Zaralyn sekadar mengangguk.
"Aini..? tolong tunjukkan bilik Tuan Rykal." Arah Tengku Zaralyn pada wanita bernama Aini itu.
"Baiklah Tengku." Wanita itu terus mara kehadapan untuk menunjukkan bilik yang telah disediakan buat Rykal itu.
Manakala Tengku Zaralyn terus melangkah masuk ke bilik pejabatnya.
"Ini biilik tuan. Kalau tak selesa atau perlukan bantuan apa-apa bagitahu je pada saya." kata wanita itu.
"Baiklah. Terima kasih Nani." balas Rykal selamba.
"Nama saya bukan Nani tuan. Nama saya Aini." kata wanita itu tersenyum simpul.
"Ohh...saya silap pula. Okay..awak boleh ke tempat awak semula. Saya nak apa-apa saya bagitahu awak."
Rykal masuk lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Semua barangan kerjanya untuknya sudah siap sedia di atas meja.
"Okay tak? saya nak ajar Abang ni macam mana nak start." Tengku Zaralyn yang baru memasuki bilik itu bersama sebuah buku catatan miliknya ditangan.
"Okay jer sayang. Abang selesa dengan bilik ni. " jawab Rykal jujur sambil matanya menerawang sekitar bilik tersebut.
Tengku Zaralyn mula memberi tunjuk ajar pada Rykal yang baru sahaja memulakan kerjanya pada hari ini. Rykal menerima tunjuk ajar itu dengan hati yang terbuka.
*********************************
Aduh.. maafkn Amyz lmbt update.. sibuk sgt³..huhuhu..
Share this novel
nite dear,, plz updatw
noon, dear.plz update
hi. dear. bila nk update lg