Bab 22 PENJELASAN

Romance Series 114601

Malam itu Tengku Zaralyn hanya memesan makanan dari luar kerana masing-masing keletihan dan tiada daya bersilat didapur. Rykal juga mula sibuk dengan urusan kerjanya. Tidak cukup waktu di pejabat, dibawa pula pulang ke rumah untuk siapkan. Tengku Zaralyn juga tidak kurang sibuknya.

Duduklah mereka suami isteri disebuah bilik yang dibuat khas untuk urusan kerja setelah sudah menikmati makanan yang dipesan. Tengku Zaralyn asyik dengan komputer ribanya. Begitu juga Rykal yang tidak henti-henti bertanyakan soalan pada Tengku Zaralyn. Masih banyak yang perlu dipelajarinya untuk lebih maju dan cekap dalam bidang perniagaan ini.

"Sayang..tak penat ker? Saya dah mengantuk ni." soal Rykal bersama genyehan mata.

"Kejap abang. Sikit lagi jer ni." balas Tengku Zaralyn yang masih dengan taipan di komputer riba itu.

Rykal bangun dari duduknya lalu menuju ke arah Tengku Zaralyn dengan senyuman terukir. Apa pula yang dia mahu lakukan pada isterinya itu? Dia menghampiri dan terus memeluk leher Tengku Zaralyn dari belakang.

"Dah habis ke belum period sayang ?." Rykal berbisik pada telinga isterinya itu. Bulu roma Tengku Zaralyn mula meremang. Lalu taipannya berhenti serta-merta.

Tengku Zaralyn sekadar mengangguk. Pantas Rykal memaut tubuh itu dan dibawa keluar dari bilik tersebut menuju ke bilik mereka. Tengku Zaralyn memeluk leher Rykal kuat dan mereka saling bertatapan.

"Assalamualaikum..!!." ucap Rykal dengan nada romantis.

"Waalaikumussalam..!!." Tengku Zaralyn membalas dengan senyuman manisnya. Hati berbunga riang dan bahagia.

Tiba sahaja di bilik itu, Rykal meletakkan tubuh isterinya lembut di atas permukaan tilam yang empuk itu. Tengku Zaralyn turut beraksi. Saat-saat romantis itu sama-sama dikerjakan. Satu persatu pakaian ditanggal dan dilemparkan jatuh ke bawah lantai. Tubuh gebu Tengku Zaralyn ditatapnya puas.

Rykal meneruskan aksi panas yang dinantikan oleh Tengku Zaralyn. Mereka menikmati malam itu tanpa sebarang gangguan. Sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi penghawa dingin serta deruan nafas sesama sendiri.

Setelah beberapa lama beraksi, Rykal dan Tengku Zaralyn puas dengan layanan masing-masing. Kini tiba masanya untuk masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri.

Rykal mencapai tuala mandi dan dililitkan ke tubuhnya. Manakala Tengku Zaralyn masih menanti Rykal ambilkan tuala mandi untuknya. Namun Rykal sengaja buat-buat tidak tahu dan berjalan lagaknya menuju ke kamar mandi itu.

"Abang.!! Tolonglah ambilkan towel." jerit Tengku Zaralyn yang kini menarik selimut lalu menutup tubuhnya.

"Ambil lah sendiri. Dekat situ jer." Rykal cuba menyakat isterinya lalu senyuman terukir.

"Alah..ambil lah sekejap. Abang ni saja kan. Saya segan lah nak bangun." rengek Tengku Zaralyn dengan wajah yang kemerahan.

"Tadi tak malu pun. Selamba jer. Pelik lah sayang ni." Rykal melepaskan tawa kecil lalu berjalan kembali kebelakang untuk ambilkan tuala buat isterinya itu.

Tengku Zaralyn menjuihkan bibirnya. Rykal mencapai tuala itu lalu berjalan ke arah isterinya.

"Bangun..!! Abang lilitkan tuala." Rykal masih dengan nakalnya serta berwajah serius.

"Tak nak. Saya pakai sendiri. Abang ke sana lah." Tengku Zaralyn dengan wajah masamnya. Sungguh dia malu meskipun Rykal sudah meneroka seluruh tubuhnya.

"Cepat lah sayang. Abang tunggu ni." Rykal menarik selimut itu. Tengku Zaralyn menggenggam selimut itu kuat agar tidak mendedahkan tubuhnya.

"Abang ni kan. Benci lah macam ni." Tengku Zaralyn mula dengan rajuknya. Rykal masih dengan lagak seriusnya.

"Tu pun nak malu. Abang dah tengok semua kan? Nak malu apanya. Nah..pakai sendiri tuala ni. Abang pun nak merajuk." Rykal meletakkan tuala mandi itu di riba Tengku Zaralyn dan berlalu pergi memasuki kamar mandi itu. Tengku Zaralyn mula rasa serba salah.

Dia mengambil tuala mandi itu lalu menutup tubuhnya yang terdedah itu. Turun dari katil dan menuju ke kamar mandi yang sama.

"Abang..!! Jangan lah merajuk. Saya nak masuk ni. Kita mandi sama-sama okay." kata Tengku Zaralyn lembut untuk memujuk suaminya yang kononnya sedang merajuk itu.

Pintu kamar itu terbuka. Rykal terus menghadiahkan senyuman manis buat isterinya. Lalu Tengku Zaralyn melangkah masuk dan mereka membersihkan diri bersama-sama.

************************************

Hazril cuba menghubungi Tengku Zaralyn namun masih tiada jawapan. Dia benar-benar rindukan suara halus itu. Tengku Zaralyn begitu istimewa baginya saat ini. Entah mengapa perasaan itu hadir setelah beberapa lama dia meninggalkan gadis itu dahulu.

Lydia yang memerhati dari jauh turut keresahan. Apa yang sedang suaminya lakukan dan siapakah yang sedang dihubunginya saat ini? Kelihatan wajah Hazril yang gusar benar-benar seperti menunggu seseorang?

Lydia melangkahkan kakinya menuju ke arah Hazril yang sedang mundar-mandir itu. Hazril yang terperanjat dengan kehadirannya terus memasukkan telefon bimbit itu ke dalam kocek seluarnya.

"You call sapa tu? Nampak macam resah semacam jer?." soal Lydia sambil meletakkan secawan milo panas di atas meja berhampiran untuk suaminya.

"Client..haa..client." jawab Hazril dengan sedikit gugup.

"Client apa malam-malam buta ni. Ni saya buatkan awak milo panas. Minum lah. Takut nanti mati dalam keadaan merana pula sebab tak boleh jumpa girlfriend lama." sindir Lydia yang kini mulai naik angin itu. Firasatnya menyatakan bahawa Hazril sedang menghubungi Tengku Zaralyn. Dia harus bertindak lebih bijak dari Hazril.

"Awak ni banyak cakap lah. Saya penat tau tak. Dengar awak membebel lagi. Rimas lah macam ni. Duduk rumah salah, keluar pun salah." leter Hazril lalu mengambil cawan air itu lalu keluar dari ruang itu menuju ke pintu utama.

Hazril keluar untuk menghirup udara segar meskipun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Hatinya membara saat kenangkan kemesraan Tengku Zaralyn dan Rykal baru-baru ini ketika di lampu isyarat.

Apa lagi usaha yang patut dilakukan untuk dapatkan semula Tengku Zaralyn. Dia sanggup tinggalkan Lydia untuk kembali bersatu dengan Tengku Zaralyn. Kenangan manis sewaktu bersama dahulu kembali timbul di kotak fikiran.

Lydia tidak kurang dengan kata hatinya. Sungguh perangai Hazril semakin berubah sejak akhir-akhir ini. Hazril selalu memberontak dan lebih suka bersendirian. Rayden juga dibiarkan bermain begitu sahaja.

'Apa patut aku buat untuk musnahkan kau yer perempuan? Dulu bukan main susah aku nak dapatkan Hazril dari kau, sekarang kau nak rampas dia dari aku semula. Macam tak ada jantan lain yang kau nak ambil. Laki aku juga yang kau teringin.' leter Lydia sendiri. Perutnya di usap lembut.

**********************************

"Sayang..lusa cuti kan? kita balik kampung nak?." soal Rykal pada isterinya dengan nada teruja.

"Nakk.. saya teringin sangat nak balik kampung. Pagi-pagi hirup udara segar. Mesti best kan?." Tengku Zaralyn sedikit terlompat-lompat keriangan. Rykal menarik tangan Tengku Zaralyn ke balkoni. Tengku Zaralyn mengikuti sahaja. Lalu Rykal memeluk Tengku Zaralyn dari belakang dengan erat. Pipi lembut itu dikucupnya.

"Okay..kita balik kampung yer. Abang bawa sayang round satu kampung. Kita ke sawah, mancing di sungai. Abang pun rindu nak makan masakan mak. Sambal ikan keli, gulai ayam kampung..hmm.. macam-macam lah." jelas Rykal sambil membayangkan suasana kampung itu.

"Abang..!! saya nak tanya sikit boleh? Abang tolong jujur tau." soal Tengku Zaralyn. Ini mungkin masa yang tepat untuknya bertanya apa yang patut ditanya sebelum ini.

"Apa sayangg..??."

"Apa isi bungkusan tu? tolong beritahu saya. Dan saya nak tahu macam mana abang tahu pasal ubat yang saya harus makan?." soal Tengku Zaralyn sambil memusingkan tubuhnya menatap wajah Rykal.

"sayang betul-betul nak tahu? Abang tak kisah pun tentang apa isi bungkusan tu. Yang penting sayang dah jadi hak milik saya. Abang terima sayang berdasarkan masa depan, bukan dari kisah silam. Dan pasal ubat tu abang memang dah tahu. " jelas Rykal sambil mata saling bertentangan.

"Saya nak tengok apa dalam bungkusan tu. Saya tahu tu dari musuh saya. Saya nak tahu apa yang dia hantar pada saya tu. Saya boleh report polis tau. Abang jangan pandang remeh. Saya tak nak dia apa-apakan rumah tangga kita. Saya sayangkan abang sangat. Abang faham kan?." Pinta Tengku Zaralyn dengan airmata yang merembes keluar dengan laju dari kelopak mata itu.

"Abang janji tak akan tinggalkan sayang walau apa pun terjadi. Abang akan lindungi sayang dan rumah tangga kita. Sayang jangan risau. Abang ada plan abang sendiri. Dan abang tahu siapa yang hantar ni semua." jelas Rykal bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Tengku Zaralyn kembali teringat kisah silam yang telah membuat hidupnya separuh mati satu ketika dahulu. Semua yang pernah berlaku sebelum ini sudah diketahui oleh Rykal tanpa pengetahuan Tengku Zaralyn.

Done untuk hari ni.. semoga bertemu lagi yer..salam dari Rykal Wazir dan Tengku Zaralyn..

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-03-13 13:53:50 

salam zohor, dear. bila nk update lg

YAZNI-ERNIE
2021-03-10 23:30:58 

nite dear. tqvm. miss u


NovelPlus Premium

The best ads free experience