Bab 17 MIANG

Romance Series 114601

Tiga hari berlalu dengan pantas sekali. Tengku Zaralyn mengajak Rykal untuk pulang ke rumahnya memandangkan sudah beberapa hari mereka bermalam dirumah Tengku Mansur.

Rykal turun menyiapkan sarapan buat mereka semua seusai solat subuh sebentar tadi. Dia dibantu oleh dua orang pembantu rumah itu.

Kelihatan Tengku Mansur dan Tengku Maria sedang menuruni anak tangga itu lalu menuju ke meja makan.

"Kamu ni Rykal. Kan mummy dah cakap. Jangan buat apa-apa dirumah ni. Kamu dah jadi anak mummy dan daddy kan." kata Tengku Maria sambil melabuhkan punggung dikerusi meja makan itu.

"Rykal bosan. Masak simple jer mummy, daddy. Jemput sarapan." pelawa Rykal sambil menciduk nasi goreng ke pinggan.

"Esok kamu boleh ke pejabat daddy. Kerja dengan daddy. Zara akan tunjuk ajar kamu untuk handle kerja kamu." Kata Tengku Mansur sambil melemparkan senyuman.

"betul ker ni daddy? Rykal belum sediakan apa-apa lagi." berkata Rykal dengan sangat teruja.

"kamu suka tak? Sama-sama cari rezeki di syarikat daddy." soal Tengku Maria pula.

"Ehh...suka sangat mummy, daddy. Terima kasih." Rykal memanjatkan rasa syukur berikutan tawaran yang ditawarkan kepadanya itu. Sungguh tidak diduga. Segala angan-angannya kini hampir menjadia kenyataan.

"apa yang seronok sangat tu?" tegur Tengku Zaralyn yang kini menghampiri meja makan itu.

"Daddy minta Rykal lapor diri di syarikat esok. Dia akan memegang jawatan sebagai HR Manager. Daddy nak Zara guide Rykal di permulaan ni."

Tengku Zaralyn menarik kerusi itu lalu duduk melabuhkan punggungnya.

"Wah..!! bagus lah. Boleh together jer memanjang. Kan sayang."

"bulp...!!"

Rykal menelan makanan didalam akibat sedikit terperanjat dengan kata-kata isterinya itu.

"Ehh...jangan lah gelojoh Rykal makan tu. Kamu ni. Zara beri Rykal air." Arah Puan Sri Tania yang gelabah melihat Rykal tercekik makanannya.

Tengku Zaralyn memberikan Rykal segelas air kosong. Pantas gelas itu dicapai Rykal lalu meneguk air itu hingga habis.

"Daddy jangan risau. Zara akan bantu Rykal sesuaikan diri di office." Jawab Tengku Zaralyn diatas arahan dari bapanya.

Rykal hanya melemparkan senyuman. Sungguh dia merasa sedikit malu atas kejadian sebentar tadi.

Mereka menikmati sarapan yang enak itu dengan penuh damai. Setelah siap bersarapan Rykal dan Tengku Zaralyn bersiap untuk pulang kerumah mereka.

"Kamu berdua tunggu sekejap. Daddy ada hal penting katanya nak cakap." mereka yang kini berjalan menuju ke pintu utama rumah itu menghentikan langkah.

"Hal apa lagi mummy? Tadi bukan dah cakap ker masa sarapan?." soal Tengku Zaralyn.

"Entah..tunggu sajalah. Kejap lagi daddy turun." Tengku Maria tidak berhenti dengan senyumannya. Entah apa yang ingin disampaikan buat pengantin baru itu.

Beberapa minit kemudian, Tengku Mansur turun dari tingkat atas menuju ke arah mereka yang kini tercegat dipintu utama itu.

"Ada apa Daddy?" soal Tengku Zaralyn terpinga-pinga. Rykal hanya terdiam sambil memeluk tubuh.

"Rykal..!! ini untuk kamu. Daddy hadiahkan pada kamu." kotak kecil berwarna hitam itu diserahkan kepada Rykal.

Rykal yang tadinya selamba sambil memeluk tubuh itu kini menghulurkan tangan menerima pemberian itu. Penuh kerutan didahinya.

Tengku Zaralyn tersenyum riang lalu tidak sabar untuk melihat apakah isi kotak kecil tersebut. Saat Rykal membukanya sepasang mata itu melopong biji matanya. Sungguh tidak menyangka itu isinya.

" Arrghhh....!!! biar betul ni Daddy?." jerit kecil dilaungkan Tengku Zaralyn.

"Yer..untuk Rykal. Daddy ikhlas. Harap Rykal suka." kata Tengku Mansur lagi.

Tengku Maria turut tersenyum lebar. Sungguh dia bersenang hati melihat Tengku Zaralyn bahagia dengan kehidupannya sekarang. Hilang lah sedikit keresahan hati nya.

"Apa-apa pun terima kasih daddy. Terima kasih atas restu dan budi baik mummy dan daddy terima pilihan hidup Zara." Rykal merangkul tubub Tengku Zaralyn rapat ke tubuhnya. Tengku Zaralyn sangat terharu. Manakala Rykal turut terkesima dengan pemberian itu.

"Terima kasih daddy, mummy. Sebab terima Rykal sebagai menantu dan percayakan Rykal untuk menjaga Zara. Rykal akan lindungi dia dan jalankan tanggungjawab Rykal sebagai suami yang baik. Doakan kami sentiasa diberkati dan bahagia selalu."

Mereka bersalaman untuk meminta diri pulang kerumah. Menyarungkan kasut lalu menuju ke garaj kereta itu.

Kelihatan sebuah kereta yang ditutupi dengan kain berada di garaj kereta itu. Rykal dan Tengku Zaralyn menghampirinya.

"Tarik sahaja kain tu." Jerit Tengku Mansur yang berada di pintu utama rumah itu.

Rykal dan Tengku Zaralyn sama-sama menarik kain itu lalu terlihatlah sebuah kereta jenis Honda Accord premium 1.5 TC-P berwarna Crystal Black Pearl itu. Rykal dan Tengku Zaralyn tersenyum riang.

"Ni Pak Leman tak payah hantar lah yer? Rykal ada lesen tak?." soal Pak Leman yang baru keluar dari bilik rehatnya itu.

"Ada Pak Leman. Saya ambil masa habis SPM dulu." jelas Rykal dengan perasaan yang masih tidak percaya dengan pemberian itu.

"Baguslah.. hati-hati dijalan." ucap Pak Leman lagi.

"Terima kasih Pak Leman." Kunci dibuka, lalu pintu penumpang dibuka Rykal dan ditarik tangan isterinya memasuki kereta itu.

Tengku Mansur dan Tengku Maria yang menyaksikan dari pintu utama itu juga tersenyum bahagia.

Rykal memasuki tempat duduknya. Enjin dihidupkan lalu kereta itu mula berjalan menuju ke pintu pagar.

Mereka melambaikan tangan pada Tengku Mansur dan Tengku Maria. Kereta itu kini meluncur laju keluar dari perkarangan rumah tersebut.

"Suka tak?" soal Tengku Zaralyn sambil menatap wajah suaminya machonya.

"Mestilah abang suka. Terima kasih sayang. Abang tumpang senang dengan harta keluarga sayang." jawab Rykal sambil memandu itu.

"ish...tak suka lah abang cakap macam tu. Apa tumpang-tumpang? Tak ada istilah tumpang antara kita berdua okay?." Tengku Zaralyn memuncungkan bibirnya serta kedua-dua tangan memeluk tubuh.

"Alah..jangan lah merajuk sayang. Abang janji tak cakap lagi macam tu. Sayang merajuk nanti abang kena cari awek mana pula tidur didada abang malam ni. Tak lena abang kalau tak ada orang tidur didada ni."

Tengku Zaralyn berpaling melihat ke arah Rykal dengan mata tajamnya. Lalu satu cubitan kasar hinggap di lengan lelaki itu.

"Auuchh..!!.sakit sayang." Rykal mengadu kesakitan.

"Gatal sangat kan? baru jer nikah tak sampai seminggu pun. Dah mula menggatal yer." Tengku Zaralyn masih memandang wajah itu dengan reaksi geramnya.

"Abang gurau jer. Abang sayangkan Tengku Zaralyn seorang jer. Percaya lah sayang." Rykal menarik tangan isterinya lalu dibawa ke mulutnya dan dikucupnya lembut.

Tengku Zaralyn kembali tersenyum riang. Bahagia yang diinginkan kini dikecapi. Tidak menyangka sama sekali jodohnya begitu mudah diatur. Sangat pantas mereka telah disatukan menjadi sepasang suami isteri yang sah.

"Malam ni tidur didada abang yer." Rykal mula dengan miangnya. Sekali sekala dia menoleh melihat raut wajah yang tidak jemu dipandang itu.

"Tidur jer ?." soal Tengku Zaralyn melayani miang si Rykal.

"Aauummm...kang abang ngap kang. Nak lebih-lebih tunggu malam nanti." jawab Rykal sambil mengenyitkan matanya.

Tengku Zaralyn membalas kenyitan itu. Ketawa kecil memecah ruang udara itu. Rykal memandu kereta dengan tenang dan bahagia disamping isteri tercinta.

**************************************

Hazril ke pejabat setelah selesai menghantar Rayden ke pusat jagaan kanak-kanak. Berhenti sahaja kereta di lampu isyarat itu dia seakan-akan memandang satu figura yang amat dikenalinya.

'Zara..tu ker suami dia. Cis..!! pagi-pagi lagi dah buat aku sakit hati.' Leter Hazril sendiri.

Hazril memandang tajam wajah-wajah itu.

'Kau mesra sungguh dengan jantan tu. Kenapa dengan aku kau larikan diri. Sedangkan kau masih cintakan aku.'

Hazril masih tidak berpuas hati melihat wajah-wajah itu bermesra-mesraan. Sungguh tercabar dirinya. Tidak sanggup melihat Tengku Zaralyn melayani lelaki lain selain dirinya.

'Kau tunggu Zara. Aku akan aturkan permainan untuk kau kembali pada aku'

Lampu hijau menyala. Maka meluncurlah kereta yang dipandu Rykal kehadapan. Manakala Hazril masih memandang panas kereta itu meluncur laju meninggalkan dia dibelakang.

*************************************

Satu sejarah hitam buat Nurish saat dia ditipu oleh seorang lelaki bernama Izhar. Lelaki berusia lingkungan 30an itu merupakan seorang bapa ayam yang kerjanya melacurkan gadis.

Nurish dibawa ke sebuah rumah pangsa untuk dilatih cara melayan pelanggan. Dia dipaksa dan telahpun dicabul kehormatannya. Namun lelaki bernama Izhar itu tidak pula bertindak untuk merosakkan daranya kerana ia adalah satu bonus untuk dijual dengan harga yang lumayan.

Dia dipaksa membuka tudung serta dipaksa untuk memakai pakaian yang ketat dan jarang. Tidak pernah seumur hidupnya dia berpakaian seperti itu sebelum ini. Namun apakan daya dia tidak mampu untuk larikan diri kerana rumah itu diawasi oleh orang-orang upahan Izhar.

"Kau kalau tak nak kena teruk dengan bos kitaorang, kau kena ikut arahan kami. Bila orang suruh makan tu makan." kata seorang wanita yang selalu mengajarnya cara-cara memakai pakaian dan bersiap untuk melayani pelanggan.

"Kak.. tolong saya kak. Saya nak kelaur dari sini. Saya tak sanggup kak nak bergelumang dosa macam ni." rayu Nurish pada wanita itu.

"Ehh..kau dengar sini. Aku dulu macam kau juga. Berjaya larikan diri. Balik ke kampung lepastu belagak suci.Kau nak tahu apa jadi lepas tu?." soal wanita itu lagi.

"Apa kak?."

"Diorang dapat cari aku. Aku dibawa ke satu gudang. 3 bulan aku kena kurung di gudang tu untuk sembuhkan lebam-lebam yang penuh dibadan aku ni. Bila aku dah penat, aku ikutkan saja apa yang diorang suruh aku buat."

Nurish terdiam seketika. Memikirkan apa yang patut dilakukan untuk membebaskan dia dari orang-orang Izhar.

"Tapi kak, sampai bila kita nak biarkan mereka bermaharajalela. Nanti pasti ramai lagi gadis-gadis jadi mangsa diorang. Mungkin satu hari saudara kita atau darah daging kita pula jadi mangsa." pujuk Nurish untuk membuatkan wanita itu terpengaruh dengannya agar dapat tewaskan Izhar dan konco-konconya.

"Kau ni banyak cakap lah. Penat aku melayan kau ni. Baik aku keluar cari pelanggan. Lumayan juga." Wanita itu keluar dari bilik itu lalu dikunci dengan pedal ayam agar Nurish tidak meloloskan dirinya.

Nurish menangis merapati nasibnya. Dia terpaksa akur dengan arahan Izhar buat masa ini. Dia juga takut jika diapa-apakan oleh mereka semua.

'aku nak solat. Tapi aku tak ada wuduk. Ya Allah..maafkan hamba mu Ya Allah. Aku mohon pertolongan darimu. Sesungguhnya engkau maha mendengar dan maha berkuasa.'

Nurish memeluk lututnya dan menangis sekuat hati. Wajah ibu bapanya terbayang di mata. Andai dia tidak terpedaya dengan tawaran kerja dari Izhar, tentunya sekarang dia masih bebas diluar sana. Bebas dari dosa yang dikutuk yang maha kuasa.

Amboi..bersemut skrin ni.. kihkihkih..yg belum follow Amyz di ig dan np silakan follow yer. .hihihi. . sekadar memeriahkan follower..^_^

Share this novel

Amyz Nazifa
2021-02-23 22:59:33 

salam.. welcome dear..love u too..

YAZNI-ERNIE
2021-02-23 19:26:23 

salam maghrib dear. tqvm. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience