Bab 35 TAUBAT

Romance Series 114601

Tengku Mansur serta yang lain tiba di hospital. Mereka terus ke bilik yang menempatkan Tengku Zaralyn di bilik wad. Masuk sahaja ke dalam bilik itu dengan seruan salam oleh mereka.

"Waalaikumussalam..!! Ehh..Daddy and Mommy datang? Tengku Iz pun ada?. Bila balik? Tak cakap pun nak balik."

"Jangan fikir bila Abang Iz balik. Zara macam mana? Apa yang terjadi sebenarnya Rykal?."

Mereka saling bersalaman. Rykal menarik nafas panjang.

"Isteri Hazril serang Zara di pasar. Dia tuduh Zara sembunyikan suami dia. Zara ditolak dan jatuh. Lepas tu dia pukul Zara. Ada orang awam yang nampak kejadian tu. Dia bersetuju untuk memberi kerjasama dengan pihak polis. Rykal dah uruskan dengan balai." jelas Rykal kepada mertua serta abang iparnya.

"Ish..tak habis-habis kan dengan si Hazril ni. Entah kemana dia pergi, lepastu nak menuduh orang sembunyikan suami dia. Geramnya Mommy..!!" Tengku Maria naik berang.

"Zara okay Mommy. Asalkan baby ni selamat." Tengku Zaralyn cuba tenangkan hati ibunya.

"Daddy akan kerahkan orang Daddy untuk cari Hazril. Biar isteri dia tahu kemana dia pergi. Negara kita ada undang-undang. Dia harus bertanggungjawab." giliran Tengku Mansur pula bersuara.

"Sebelum ni pun dia selalu datang round di kawasan rumah. Cuma Rykal tak ambil tindakan sebab dia tak memecah masuk ke kawasan rumah. Kalau report pun tak guna. Bila dah jadi macam ni, Rykal tak boleh berdiam diri." Jelas Rykal lagi.

"Kurang ajar kan diorang ni. Apa-apapun kita semua kena hati-hati dengan mereka. Terutamanya Zara dan kandungan. Zara tak boleh lagi keluar bersendirian. Kena ada bodyguard yang ikut saja kemana pun Zara nak pergi." Tengku Izkandar begitu risau sekali tentang keselamatan satu-satunya adiknya itu.

"Betul tu. Mommy setuju sangat. Rykal pun bukan boleh ikut Zara 24jam. Rykal sibuk dengan office." Tengku Maria bersetuju dengan pendapat Tengku Izkandar. Tengku Zaralyn dan Rykal sekadar mengangguk tanda setuju.

"Rykal nak minta siapa-siapa tolong jengukkan Zara kejap boleh? Rykal nak balik rumah masakan bubur untuk Zara. Dia tak makan lagi." Rykal meminta diri untuk pulang siapkan bubur buat isteri tercinta.

"Apa susah-susah Rykal. Beli jer lah bubur." Kata Tengku Mansur.

"Tak nak. Zara nak bubur yang Rykal buatkan. Sedap sangat Rykal masak." Tengku Zaralyn menjuihkan bibirnya. Mereka semua ketawa kecil dengan rengekan manja Tengku Zaralyn.

"Ada-ada jer Zara ni. Tak apalah. Biar Mommy tunggu disini. Rykal pergilah balik dulu." Kata Tengku Maria pula.

"Daddy pun nak balik dulu kalau dah tak ada apa-apa. Iz hantar Daddy dulu. Kejap lagi datang jemput Mommy pula."

"Baiklah Daddy. Jom Iz hantar Daddy balik dulu."

Mereka keluar dari bilik itu meninggalkan Tengku Zaralyn yang hanya ditemani oleh Tengku Maria sahaja. Rykal masih sempat lagi bersalaman dengan isterinya lalu kucupan hangat hinggap didahi Tengku Zaralyn.

"Kejap lagi Abang datang yer. Sayang rest dulu. Jangan fikir banyak-banyak. I love you."

"I love you more. Bye..!! carefully drive."

Rykal sekadar tersenyum dan terus berlalu pergi. Tengku Maria senang hati melihat kemesraan sepasang suami isteri itu.

*****************************

Lydia mengheret bagasinya bersama Kaira dilapangan terbang itu. Rayden pula lena dibuai mimpi didalam kereta tolak bayi.
Tidak senang hati selagi mereka tidak berlepas pergi. Mata Lydia liar memandang kesana sini.

"Apa yang nak sekarang Lydia? tak faham aku. Kau lari dari siapa sebenarnya? cuba kau cerita dengan aku."

"Nantilah aku cerita. Kau ikut jer lah. Jom kita dah nak berlepas ni." Lydia mempercepatkan langkahnya. Kaira turut gelabah dengan gelagat Lydia.

"Tunggulah..!! Jangan laju sangat jalan tu. Aku penat lah ikut kau." Rengek Kaira lagi.

"Lembab lah kau ni. Aku nak cepat Kaira. Jom lah..!!"

"Ish...ye lah..."

***********************************

Pak Hassan baru sahaja pulang dari rumah ibu bapa Rykal untuk memberitahu tentang Nurish. Dia menebalkan mukanya bertemu dengan Encik Sahar.

Esok majlis pernikahan antara Nurish dan Hazril akan dilangsungkan dengan serba sederhana. Sekadar jamuan kuih muih dan air panas memandangkan majlis itu disebelah petang.

"Apa kata Sahar? dia nak datang ker?." Tegur Mak Esah sebaik sahaja Pak Hassan melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Gayanya macam nak datang. Kita tunggu esok lah Esah. Saya dah jemput. Nak datang, datang lah. Tak datang pun nak buat macam mana. Tak kan nak paksa pula."

"Nurish tu pula asyik muntah-muntah jer dari semalam. Rimas saya dibuatnya. Esok kalau masih macam ni, hmm..malu kita abang."

"Awak kan perempuan. Mesti awak tahu macam mana nak hilangkan mual tu. Bagi dia ubat ker."

"Hmm... menyusahkan orang sahaja. Saya juga yang nak kena ubati."

Pak Hassan menggelengkan kepalanya. Mak Esah yang terkumat-kamit itu masih berkecil hati dengan perbuatan Nurish.

"Dah lah Esah..penat mendengar suara awak membebel jer dua tiga hari ni. Tak lenguh ke mulut awak tu?."

"Abang memang tak suka dengar suara saya. Kalau dengar suara Bibah janda tu lalu depan rumah ni, hmm..air liur tu meleleh sampai ke lutut."

"Ke situ pula dia. Mana ada saya mengatal dengan si Bibah tu. Awak ada-ada jer. Dah lah..saya nak mandi. Lepas tu nak mengaji."

Pak Hassan meninggalkan Mak Esah yang masih berleter itu sendirian diruang tamu. Malas untuk bertengkar dengan isterinya. Dia pasti akan kalah meskipun dia dipihak yang benar.

********************************

Hazril menghampiri Nurish yang sedang duduk di pondok belakang rumah sambil menghirup udara segar bertemankan sawah padi yang terbentang luas itu.

Nurish sangat bersusah hati dengan keputusan untuk dia dinikahkan pada esok hari. Adakah ini jalan terbaik untuk mereka? Semuanya masih belum terlambat.

"Awak buat apa kat sini? Awak fikir tentang kita ker?." Soal Hazril yang turut sertai dudukan Nurish dipondok itu.

"Saya tak tahu betul ker dengan apa yang kita buat ni. Saya tak mahu hancurkan rumah tangga awak Hazril. Awak tak rasa yang saya ni perampas ker?."

"Saya dah fikir masak-masak. Saya bersedia untuk menghadapi semua yang bakal kita hadap nanti. Dan saya nak awak sentiasa ada di belakang saya untuk bantu berikan saya kata-kata semangat."

"Saya boleh jadi isteri yang baik untuk jika awak adil dalam berpoligami ni. Saya tak mahu awak berat sebelah."

"Saya akan cuba. Awak jangan risau. Kita sama-sama tempuhi liku-liku kehidupan. Saya akan cari kerja untuk menyara keluarga kita."

"Baguslah kalau macam tu. Saya senang hati kalau awak berfikir macam tu."

"Awak mual lagi? Jom kita ke klinik."

"Saya dah okay sikit. Awak jangan risau."

"Saya kesian tengok awak. Awak makan jer muntah. Saya nak tolong awak pun saya segan lagi. Awak bukan isteri saya yang sah lagi. Esok bila kita dah diijab kabul, saya bawa awak ke klinik okay. Ambil ubat."

"Terima kasih sebab ambil berat tentang saya."

"Saya suka sangat tinggal di sini. Tenang jer hati. Tak macam di KL. Cuma satu je saya lemah. Air kat sini sejuk sangat. Nak mandi pagi-pagi tu sejuk sampai menggigil saya."

Nurish sekadar tersenyum riang. Hazril memang terlihat perubahan ke atas dirinya. Percakapannya tidak sekasar seawal perkenalan mereka dahulu. Syukur jika Hazril benar-benar berubah dan bertaubat menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Jemput baca Goodbye Chubby juga yer..^_^

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-05-03 22:44:13 

nite dear. tqvm. miss u, so much


NovelPlus Premium

The best ads free experience