Seusai subuh melabuhkan tirainya, Rykal dan Tengku Zaralyn bertolak pulang ke kampung halaman yang dirindui. Sungguh berdebar rasa hati untuk pulang dengan sedikit kejutan buat ibu ayahnya di kampung. Tengku Zaralyn juga tidak sabar untuk melihat dan merasai suasana kampung yang dipenuhi dengan tumbuhan menghijau dan berbukit bukau.
Kicauan burung-burung menyanyi asyik berterbangan. Hembusan angin bertiup lembut. Pemandangan sawah padi yang terbentang luas mendamaikan. Aliran sungai merentasi lubuk ke lubuk bersama ikan-ikan hanyut dibawa arus.
"Sayang.. tidurlah dulu. Lambat lagi nak sampai ni." Rykal mula bersuara.
"Tak nak lah. Saya okay jer. Rugilah kalau tidur. Tak feel this moment. Saya rindukan situasi balik kampung ni." jelas Tengku Zaralyn sambil mengapai tangan suaminya dan dikucup lembut.
"Suka hati sayang lah. Kalau penat tidur okay?."
Tengku Zaralyn sekadar mengangguk dan tersenyum riang. Terus matanya liar memandang ke luat tingkap itu. Kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan. Ditambahkan lagi dengan ramai orang keluar beriadah dihujung minggu ini. Maka terpaksalah mereka menghadap kesesakan itu. Sabar adalah jalannya.
Tidak lama kemudian, telefon bimbit milik Rykal berdering. Pantas dia mencapai lalu ditatapnya ke skrin telefon itu. Senyuman terukir indah dibibirnya. Tengku Zaralyn menoleh dengan pandangan tajamnya. Rasa curiga mula melanda.
"Hello..!! Assalamualaikum..!" Rykal terlebih dahulu memberi salam.
"Hello..!! Waalaikumussalam..!! kamu di mana ni Rykal? Ayah ada benda nak tanya kamu." soal Encik Sahar pada anaknya itu.
"Rykal ada diluar ni. Ada apa ayah? Cakap jer Rykal dengar." Tengku Zaralyn menarik nafas lega saat panggilan ayah keluar dari mulut Rykal. Rykal dengan kerutan didahinya.
"Ayah nak tanya kamu pasal Nurish. Kamu ada terjumpa dengan dia tak? ayahnya ada datang jumpa ayah. Katanya Nurish menghilangkan diri. Tak dapat dihubungi dan rumah sewa pun ditipunya alamat." jelas Encik Sahar lagi.
"Nurish ? Ehh..Hmm ..Rykal tak pernah jumpa pula. Nanti kalau Rykal terjumpa Rykal bagitahu dia yang Pak Cik Hassan cari dia yer ayah." Rykal tidak mahu memberitahu tentang Nurish kepada sesiapapun terlebih dahulu. Mungkin akan memalukan keluarga Hassan yang begitu rapat dengan keluarganya sejak dulu lagi. Maka aib keluarga itu perlulah dijaga terlebih dahulu sementara dia memujuk Nurish untuk kembali ke pangkal jalan.
"Baiklah kalau macam tu. Harap-harap jumpa lah Si Nurish tu. Pak cik Hassan kamu tak henti-henti tanyakan kamu mungkin ada terjumpa dengan Nurish." jelas Encik Sahar lagi.
"Buat masa sekarang tak ada pula ayah. Tak apa lah..nanti apa-apa Rykal bagitahu ayah yer." Rykal sekadar menyedapkan hati tua itu.
"Kirim salam pada menantu ayah tu. Assalamualaikum..!"
"Insyaallah.. waalaikumussalam..!!." jawab Rykal dengan lembut. Talian diputuskan. Dia langsung memalingkan wajahnya ke arah Tengku Zaralyn. Kelihatan Tengku Zaralyn seperti tidak berpuas hati dengan kerutan didahinya. .
"Siapa Nurish?." Soal Tengku Zaralyn tegas sambil memeluk tubuh.
"Kawan sekampung. Abang dan Nurish ni berkawan sejak kami kecil lagi." jelas Rykal dengan sedikit gementar. Dia tidak mahu isterinya memikirkan bukan-bukan tentangnya dan Nurish. Itu adalah kisah silamnya. Tidak perlu dibangkitkan isu itu lagi.
"Kenapa dengan dia?." soal Tengku Zaralyn lagi.
"Kata ayah dia menghilangkan diri. Ibu ayahnya dikampung risau tentang dia. Itu yang call abang. Mungkin abang ada terjumpa dengan dia." jelas Rykal lagi. Dia benar-benar teliti dengan penjelasan itu. Namun reaksi Tengku Zaralyn masih selamba dan tenang.
"Itu je ker? ingatkan apa tadi. Ayah tak tanya tentang kita ker?."
"Ohh..lupa pula. Ayah kirim salam buat menantu dia sorang ni. Ayah tak tanya pula hal lain." Rykal melemparkan senyuman buat isterinya. Tengku Zaralyn membalas senyuman itu.
"Waalaikumussalam..!!." Jawab Tengku Zaralyn sambil menumpukan perhatian pada pemandangan diluar tingkap kereta itu.
***********************************
Puan Nina bersiap-siap untuk ke pekan menjemput anak-anak dari asrama. Manakala Encik Sahar masih belum menyarungkan pakaiannya seusai mandi sebentar tadi.
"Ehh.. abang tak pakai baju lagi? Kita nak bertolak pukul berapa ni?." soal Puan Nina dengan nada seakan-akan sedang merajuk itu.
"Sekejap lah. Saya baru sahaja telefon Rykal. Tanyakan dia soal Nurish tu. Saya rimas Hassan asyik tanyakan saya je tiap kali ke masjid." keluh Encik Sahar.
"Yang awak pergi layan tu dah kenapa? usah masuk campur urusan mereka anak beranak. Jaga anak kita sudah." Balas Puan Nina dengan perasaan geramnya.
"Macamana nak lari dari dia Nina oii..Lari di masjid dia datang ke rumah pula. Habis tu sampai bila nak lari. Bukan salah kita." jawab Encik Sahar sambil menyarungkan baju kemeja ditubuhnya.
"Hmm.. entahlah. Saya pun naik pening. Satu pasal pula nak kena fikir tentang orang. Ni Rykal tak cakap ker nak balik ke tidak?" Soal Puan Nina sambil menyarungkan tudung diatas kepalanya.
"Tak pula. Mungkin tak balik. Kalau balik mesti dia dah bagitahu saya tadi." Encik Sahar yang sudah lengkap berpakaian mencapai kunci kereta dan dompetnya di atas laci tepi katil itu.
"Abang ni jangan tergesa-gesa. Saya ni minyak wangi pun belum pakai lagi." Rengek Puan Nina yang menoleh ke arah suaminya yang kini sudah memulas tombol pintu itu.
"Tak payah nak berminyak wangi sangat. Simpan minyak wangi tu dan sembur dibadan awak tu untuk saya sudah." Usik Encik Sahar dengan senyumannya.
'Gatalnya orang tua ni. Sejak anak-anak dah masuk asrama ni perangai lain macam. Mengalahkan orang baru berkahwin. Jangan bulan depan buat buku merah sekali dengan menantu sudah.' Omel Puan Nina sendiri yang masih belum siap berdandan itu. Manakala Encik Sahar sudahpun menghilangkan diri keluar dari bilik tersebut.
*********************************
Nurish bangun dari tidurnya dalam keadaan yang tidak bermaya. Dia dipukul teruk oleh Izhar semalam. Dia bernasib baik kerana timbul rasa belas kasihan dari Hazril untuk menghentikan tubuh itu terus dipukul Izhar.
Badannya dipenuhi dengan lebam-lebam. Hazril yang telah membawanya keluar dari perkarangan rumah Izhar setelah mendapat kebenaran untuk dibawa pergi. Namun Hazril sudahpun membuat pembayaran untuk melepaskan Nurish pada malam itu.
Kelihatan Hazril yang masih nyenyak tidur didalam balutan selimut itu. Nurish cuba gagahkan diri turun dari katil tersebut untuk ke bilik air yang terdapat dalam bilik hotel itu.
Badannya terasa sengal dan lenguh-lenguh. Rambutnya disisir menggunakan jari jemarinya. Berjalan perlahan-lahan memasuki bilik itu setelah tuala dicapainya. Pakaiannya ditanggalkan. Kesan lebam yang terdapat di tubuhnya kelihatan banyak sekali. Timbul perasaan benci pada Izhar. Dendam mula menguasai.
'Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa sekarang Izhar. Dan aku berjanji pada diri aku yang kau akan mati ditangan aku sendiri. Kau tunggu hari kau. Ia pasti kan tiba suatu hari nanti.' Kata Nurish sendiri. Tubuhnya digosok-gosok kasar. Nafasnya mula laju.
Setelah beberapa lama didalam bilik air itu, keluar lah Nurish bersama balutan tuala ditubuhnya. Dia sedikit terperanjat apabila sosok tubuh Hazril sudah tiada di atas katil itu.
'Kemana pula dia pergi? Jantan semuanya sama. Dah puas terus belah.' Nurish mendapatkan pakaian yang telah dibeli semalam oleh Hazril untuk persalinannya hari ini. Disarungkan pakaian itu ke tubuhnya. Baju yang agak sopan tidak terlalu seksi seperti sebelumnya.
Tidak lama kemudian pintu bilik hotel itu dibuka dari luar. Kelihatan Hazril bersama beberapa bungkusan plastik memasuki ruang bilik hotel itu.
"Ingatkan kau dah belah tinggalkan aku disini. Kau kemana?." soal Nurish dengan nada garangnya.
"Ehh..kau ingat aku ni kejam sangat ker? Aku ada hati perut lagi tau. Ni sarapan untuk kita. Kau makan lah dulu. Aku nak mandi kejap." Arah Hazril sambil menghulurkan bungkusan itu kepada Nurish.
"Baik jugak kau ni err...Aku ingat kau pun sama macam jantan-jantan kat luar sana tu." Nurish mengambil bungkusan makanan itu lalu diletakkan di atas meja makan berdekatan.
"Kalau kau nak tahu, aku sayang kau lebih dari aku sayang Lydia tau. Sebab apa? sebab kau pandai layan aku." Hazril yang datang dari arah belakang terus berbisik di telinga Nurish. Nurish mendengar dengan teliti setiap bait kata dari Hazril itu.
"Dan kau sayang Tengku Zaralyn lebih dari aku. Betul kan?." mereka saling bertingkah. Hazril sekadar mengangkat keningnya.
Hazril terus meninggalkan Nurish dimeja makan itu sendiri. Dia memasuki kamar mandi itu untuk membersihkan dirinya sebelum menjamah sarapan yang baru dibelinya sebentar tadi.
'Eleh..sayang aku konon. Kalau kau sayangkan aku, kau tak kan biarkan aku terus macam ni. Kau pasti tolong aku keluar dari genggaman Izhar walau apapun terjadi.'
Kata Nurish dalam hati. Makanan yang dibeli Hazril itu disuapkan ke mulutnya. Dia makan dengan perlahan kerana mulutnya sedikit terkoyak akibat dibelasah oleh Izhar semalam. Sungguh pedih rasanya. Kejadian semalam mula menghantui dirinya. Izhar sangat kejam dan tidak berhati perut. Jauh bezanya sewaktu mereka baru sahaja berkenalan dahulu. Izhar yang dulunya lemah lembut budi bicaranya serta bersopan santun itu bukanlah Izhar yang kini dikenalinya.
Done publish..Sorry i'm late. Semoga terhibur dan rindu terubat.. kihkihkih..
Share this novel
muahh muahh muahh too, dear
nite, dear. tqvm