Rykal mengesat airmatanya. Wajah yang terserlah saat kain putih itu dibuka dan diamati. Dia bukanlah wajah isterinya. Sebaliknya jenazah yang terbaring kaku itu adalah jenazah seorang lelaki. Kembali menegak tubuhnya.
"Waris Haidar Bin Salleh..!!." Laung doktor itu.
"Er..bukan. Saya tunggu isteri saya. Tengku Zaralyn. Maafkan saya." Rykal kembali menutupi wajah si mati perlahan. Namun surah Al-Fatihah turut disedekahkan untuk si mati.
Datang dua wanita dari belakang dengan tubuh lemah. Rykal turut bersimpati dengan situasi itu.
"Ye..saya ibu arwah." Sahut seorang ibu dengan linangan airmata. Kelihatan sanak saudara sudah memenuhi ruang itu.
"Minta waris sila ke kaunter sana untuk urusan bawa pulang jenazah."
Rykal tergamam melihat situasi itu. Airmata turut mengalirkan meskipun dia tidak mengenali si mati. Kesedihan ahli keluarga menyentuh hati dan perasaannya. Entah apa puncanya si mati pergi mengadap ilahi. Semoga rohnya tenang disana. Jenazah dibawa pergi dari situ.
Tidak lama kemudian, keluar pula seorang doktor dari bilik tersebut. Rykal menerpa ke arah doktor berkenaan.
"Doktor..!! Macam mana keadaan isteri saya? Kandungannya selamat kan?." soal Rykal dengan penuh harapan.
"Mari Encik kita bincang di dalam bilik saya." Ajak doktor wanita itu.
Rykal menuruti sahaja langkah doktor tersebut. Mereka sudahpun memasuki ke sebuah bilik. Rykal melabuhkan punggungnya. Jari jemari digenggaman erat.
"Baiklah. Isteri Encik dan kandungannya selamat. Cuma mereka sangat lemah sekarang dan kondisi yang agak membimbangkan. Tengku Zaralyn mungkin mengalami gangguan emosi. Saya terpaksa menahan isteri Encik untuk pemantauan rapi."
"Alhamdulillah..saya okay jer. Janji mereka selamat. Sebenarnya isteri saya memang sudah mengalami gangguan emosi sebelum ni akibat masa lalu dia. Dan saya diberitahu bahawa tadi berlaku pergaduhan antara isteri saya dengan seorang wanita hamil. Saya belum kenal pasti indentitinya. Saya akan buat laporan polis memandangkan ada saksi yang melihat kejadian tu." jelas Rykal.
"Ohh..begitu. Sekarang kami dalam proses pindahkan Tengku Zaralyn ke wad. Saya harap Encik tidak mempersoalkan tentang pergaduhan tu dulu yer. Kita biar dia stabilkan emosi dulu. Saya risau Tengku Zaralyn akan mengalami pendarahan buat kali kedua. Encik boleh melawat dan beri dia kata-kata semangat."
"Baiklah doktor. Saya akan usahakan agar isteri dan kandungan baik-baik sahaja."
"Encik boleh melawat isteri encik. Tapi ingat pesan saya yer." pesan doktor itu lagi.
"Baiklah..saya keluar dulu doktor. Terima kasih..!!." Rykal bangun lalu meminta diri untuk keluar dari bilik tersebut. Doktor itu sekadar membalas senyuman itu.
Telefon bimbitnya dicapai. Nombor telefon Tengku Mansur didailnya. Sewajarnya berita ini disampaikan buat ahli keluarga Tengku Zaralyn. Mereka berhak tahu kejadian yang menimpa anak mereka kini.
"Hello..!! Daddy..Rykal ada berita nak sampaikan. Rykal harap daddy okay." Rykal cuba memberitahu. Lidahya sedikit kelu.
"Apa beritanya Rykal? Cuba bawa bertenang. Bagitahu Daddy apa yang berlaku?."
"Tengku Zaralyn sekarang di hospital. Dia mengalami pendarahan. Tapi alhamdulillah semuanya selamat dengan izin Allah SWT. Daddy datanglah. Rykal tunggu disini. Nanti Rykal ceritakan apa yang berlaku."
"Allahuakbar.. baiklah. Daddy kesana sekarang."
Talian diputuskan. Rykal menarik nafas panjang. Dia benar-benar rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Didalam hati dia asyik menyalahkan dirinya sendiri. Sepatutnya dia temankan Tengku Zaralyn ke pasar dan tidak membiarkan Tengku Zaralyn keseorangan setidak-tidaknya.
Rykal meneruskan langkahnya menuju ke bilik yang menempatkan Tengku Zaralyn. Tidak sabar untuk dia bertemu dengan Tengku Zaralyn dan memohon maaf kerana dia tidak menjawab panggilan telefon dari Tengku Zaralyn seawal kejadian itu berlaku.
Kini dia sudahpun berdiri di hadapan pintu bilik yang menempatkan isterinya. Pantas tombol pintu dipulasnya. Kelihatan Tengku Zaralyn sedang beradu setelah dirawat sebentar tadi. Mungkin terlalu penat dan faktor kesan ubat yang diberi doktor.
Punggungnya dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan katil. Tangan Tengku Zaralyn dicapai. Lalu kucupan lembut hinggap di tangan putih gebu itu. Tiba-tiba ada tindak balas dari Tengku Zaralyn. Matanya mula
terbuka perlahan.
"Sayang...!! Ni abang sayang. Sayang jangan risau abang ada disini." Rykal bangun untuk tenangkan isterinya.
"Abang..macam mana dengan baby kita? Dia selamat kan?." soal Tengku Zaralyn dengan lemahnya.
"Alhamdulillah..baby selamat. Cuma sayang tolong tenangkan fikiran. Jangan fikir lagi apa yang terjadi. Sayang dan baby lemah sangat sekarang."
"Alhamdulillah..Saya nak air." pinta Tengku Zaralyn.
"Kejap abang ambilkan." Rykal mencapai gelas lalu menuang segelas air dari jar yang disediakan di atas kabinet katil itu.Tengku Zaralyn meneguk air hingga habis segelas.
"Sayang nak makan? lapar tak?. Abang carikan."
"Saya tak nak makan selagi abang tak buat laporan polis terhadap isteri Hazril. Dia dah fitnah saya. Dia menuduh saya sembunyikan Hazril dari dia. Dia tolak saya jatuh. Lepas tu di....." Mulutnya ditutup oleh jari jemari Rykal.
"ssttt...!! Abang ada saksi. Abang tak kan biarkan si pelaku bebas tanpa hukuman diluar sana. Sayang kena janji dulu. Sayang kena jaga kesihatan. Kesian baby ni." Perut Tengku Zaralyn diusap lembut oleh Rykal. Tengku Zaralyn kembali tenang.
"Abang janji..??."
"Yer Abang janji sayang. Sekarang cakap nak makan apa? Sayang kena makan supaya lebih kuat."
"Nak bubur abang masakan tu. Sedap.." rengek Tengku Zaralyn manja.
"Kalau nak makan bubur tu abang kena balik masakan. Jadi bibik semula."
"Bibikku jantan macho." Laung Tengku Zaralyn dengan penuh senyuman manis terukir di bibirnya.
"Apa sayang panggil.? Bibikku jantan macho.?. Wah..macam hot pula. Ambil dimana title tu?." Rykal terhibur dengan gelaran yang diberikan.
"Reka sendiri lah." jelas Tengku Zaralyn dengan sangat gembira.
"Ada- ada jer sayang ni." hidung Tengku Zaralyn ditarik lembut oleh Rykal.
Tercetusnya suasana romantis meskipun Tengku Zaralyn masih trauma. Mereka saling berpandangan dan berkongsi cerita indah. Rykal pula melayani sahaja karenah isterinya agar tidak terlalu memikirkan tentang kejadian yang menimpa dirinya.
*******************************
"Ada apa awak panggil ni.? ye tak ye pun sabar lah sekejap. Saya belum sudah bersiap lagi." Kata Tengku Maria yang baru sahaja menuruni anak tangga itu.
"Mana Tengku Iz? Cepat panggil dia." arah Tengku Mansur lagi.
"Kenapa ni? Cuba awak bagitahu saya."
"Kenapa ni Daddy, Mommy ??." soal Tengku Izkandar yang tiba-tiba muncul dari bilik istirehat.
"Tengku Zaralyn.. masuk hospital. Bleeding .." jelas Tengku Mansur perlahan-lahan.
"Whats..?? Jom kita ke hospital sekarang." Tengku Izkandar mula gelabah.
"Macam mana boleh bleeding pula?." Tengku Maria turut terperanjat dengan berita itu. Dadanya bagai dicucuk-cucuk saat ini.
"Dah..nanti kita tanya mereka apa yang berlaku. Saya pun belum diberitahu hal sebenar." Kata Tengku Mansur sambil berjalan menuju ke pintu utama rumah itu. Diikuti oleh Tengku Izkandar.
"Ehh..nak kemana semua ni?." Soal Syarifah Zahirah pula.
"Zara bleeding. I nak bawa Daddy and Mommy ke hospital. You dengan anak-anak stay at home okay. Apa-apa I akan call you."
"Bleeding ? Allahuakbar..okay. Carefully drive."
Mereka terus berangkat pergi. Tengku Izkandar terpaksa memandu sendiri kerana pemandu peribadi Tengku Mansur cuti pada hari ini.
Didalam perjalanan itu pelbagai persoalan dilemparkan Tengku Maria. Tengku Mansur lebih suka berdiam diri. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Tengku Zaralyn. Tidak mungkin Rykal adalah puncanya.
******************************
Lydia mengemas beg pakaiannya dibantu oleh sahabatnya Kaira untuk melarikan diri. Fikirannya serabut sejak kejadian itu berlaku. Hatinya tidak tenteram. Rayden pula tidak henti-henti merengek.
"Apa yang kau takut sangat sampai nak kena bawa diri bagai? Aku pelik lah dengan kau ni." Kaira dengan wajah hairan.
"Kau jangan banyak tanyalah. Cepatlah. Kita kena cepat-cepat keluar dari sini. Aku tak tenang selagi tak keluar dari rumah ni." Pakaiannya direnyuk- renyuk ke dalam bagasi.
"Apa yang tak tenangnya ? ini kan rumah kau. Kau jangan cakap kau bunuh orang Lydia. Aku tak nak masuk campur dan terlibat langsung okay."
"Kau ni kan..ishh...dah jom..kita gerak sekarang. Aku dah book semua untuk kita bermalam. Kita pergi jauh dari sini." Jelas Lydia penuh yakin.
"Seram aku dengan kau ni. Sejak akhir-akhir ni perangai kau pelik. Tak mungkin lah sebab pembawakan budak. Pelik sangat ni."
"Suka hati kau lah nak cakap aku pelik macam mana pun. Janji aku keluar dari sini. Dah jom.. settle dah semua."
Mereka mengangkat semua bagasi yang sudahpun diisi keperluan dia dan Rayden. Entah kemana mereka membawa diri untuk lari dari kesilapan. Yang pasti setiap kesilapan pasti ada hukumannya. Sama ada cepat mahupun lambat. Ianya pasti..
Harap² berpuas hati lah..amyz ambk masa 2jam 45min juga untuk 2chapter ni.. kihkihkih..
Share this novel
Bl nk update dear....
update plzzzz...