Bab 9 TERIMA

Romance Series 114601

Tengku Zaralyn turun dari kamarnya setelah beberapa kali dipanggil Tengku Maria turun ke bawah. Mengerling ke sekitar ruang itu sambil meruruni anak tangga. Rykal keluar dari dapur bersama dulang berisi air dan beberapa potong kek mentega kegemaran Tengku Zaralyn.

Rykal yang menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh Tengku Zaralyn pantas menoleh ke arah gadis manis itu.

Satu kenyitan mata dilemparkan oleh Tengku Zaralyn buat lelaki pujaannya itu. Pantas senyuman terukir di bibir Rykal.

'Dia buat dah. Bikin hati aku tak keruan lah perempuan ni. Hari-hari macam ni bahagia hidup aku.' kata Rykal dalam hati.

Dulang air itu diletakkan diatas meja ruang tamu tersebut. Tengku Mansur dan Tengku Maria saling berpandangan dan senyuman terukir sesama sendiri.

Tengku Zaralyn melabuhkan punggung disebelah ibunya Tengku Maria. Manakala Rykal duduk di bawah beralaskan karpet.

"Ehh..kenapa duduk disitu? kamu ni Rykal. Mari duduk sebelah saya. Kami ada hal nak bincang." Tegur Tengku Mansur.

"Err.. baiklah." Rykal akur dengan arahan itu. Bangun dari duduknya lalu menghempaskan punggungnya bersebelahan dengan Tengku Mansur. Tengku Zaralyn tersenyum melihat gelagat Rykal yang nampak tidak selesa dengan ibu bapanya. Mungkin masih kekok dengan layanan di pertemuan kali pertama.

"Jemput minum. Air tu jer yang ada. Saya tak keluar beli barang dapur lagi." jelas Rykal dengan sedikit gugup.

"Tak apa. Ni kira lepas dah ni. Kalau bagi Tengku Mansur yang buatkan entah jadi air apa agaknya. Bertuah siapa jadi isteri Rykal." pujian dari Tengku Maria membuatkan Rykal semakin kurang selesa. Bibirnya bergetar-getar entah mahu senyum atau berlagak selamba.

"Okay..macam ni lah. Kami sebenarnya dah diberitahu oleh Tengku Zaralyn tentang perasaannya terhadap kamu. Dia nak sangat kamu terima dia sebagai isterinya. Kami amat alu-alukan kedatangan kamu dalam keluarga kami. Jadi kami nak tahu juga apa keputusan kamu? Kata Tengku Zaralyn dia dah beritahu kamu tentang perasaan dia pada kamu." kata Tengku Mansur tanpa segan silu. Kebahagiaan Tengku Zaralyn adalah keutamaannya.

"Maafkan saya. Saya bukan tak nak jadikan Tengku Zaralyn sebagai isteri, tapi saya belum cukup wang simpanan. Tipulah jika saya cakap saya tak mahu. Cuma itulah masalahnya. Macam mana nak meminang anak Tengku." jelas Rykal dengan penuh jujur.

Tengku Maria dan Tengku Zaralyn saling berpandangan dan hanya mampu berdiam. Semua keputusan diatas tangan Tengku Mansur dan Rykal.

"Kamu jangan risau semua tu. Cuma sediaka mas kahwin dan sebentuk cincin. Itu sudah memadai." balas Tengku Mansur memujuk anak muda itu menerima tawarannya.

"Saya boleh sediakan tu semua jika hanya itu yang Tengku minta dari pihak saya. Untuk wang hantaran saya akan usahakan tapi tidaklah sebanyak mana." Rykal menggenggam jari-jemarinya yang kini sejuk sedingin ais batu.

"Maknanya kamu terima lah yer? Kami tak perlukan wang hantaran tu semua. Jika kamu tetap nak beri pada bakal isteri kamu silakan. Jangan sampai berhutang Rykal." pesan Tengku Mansur di akhir percakapannya.

"Yer..saya terima. Saya terima Tengku Zaralyn sebagai isteri saya." kata Rykal sambil merenung wajah Tengku Zaralyn. Sungguh hatinya benar-benar bertaut dengan gadis tersebut. Angan-angannya kini hampir menjadi kenyataan.

"Alhamdulillah..Anak mummy dah nak kahwin sayang." Tengku Maria mencuit dagu anak gadisnya itu. Tengku Zaralyn tersenyum bahagia.

"Kamu bincang lah dengan ibu bapa kamu dulu bila tarikh yang sesuai. Satu lagi, lepas nikah nanti kamu dah tidak dibenarkan bekerja di sini lagi." kata-kata Tengku Mansur membuatkan semua tersentak. Masing-masing mengerutkan dahi terutamanya Rykal.

"Jangan lah Tengku. Sekarang susah nak cari kerja. Saya merayu jangan pecat saya." pinta Rykal pada Tengku Mansur. Wajahnya sedikit pucat kerana terperanjat dengan keputusan Tengku Mansur.

"Ehh..kamu ni. Dengar dulu. Saya tawarkan kamu kerja di syarikat saya. Setiap hari sama-sama ke pejabat dengan Tengku Zaralyn. Ada hadiah besar untuk kamu jika majlis ni selesai dengan sebaiknya."

Semua menarik nafas lega. Rykal bagai mahu melompat setinggi-tingginya. Sungguh benar dia bukan berangan kali ini. Inilah rezeki yang pernah dia impikan suatu ketika dahulu.

"Lepas ni kamu boleh selalu dengan Tengku Zaralyn. Jaga dia baik-baik yer. Harapan dari saya semoga kamu berdua peroleh keberkatan dunia akhirat." ucap Tengku Maria pula. Tengku Zaralyn menarik tangan ibunya lalu digenggam erat. Hatinya berbunga-bunga saat ini.

************************************

Hazril merebahkan tubuhnya di atas katil empuk di kamar itu. Lydia yang sedang bersiap tidak langsung mengendahkannya. Itulah yang dialami oleh Hazril sejak beberapa tahun menikahi Lydia. Lydia sibuk dengan persatuannya. Hingga hal makan dan minum Rayden diserahkan pada orang gaji semata-mata.

"You nak ke mana pulak dengan beg besar tu. Tak bagitahu I pun." soal Hazril yang sedang terlentang di atas katil itu sambil menoleh melihat bagasi yang terletak disebelahnya.

"I nak ke Port Dickson. Ada NGO dari sana nak join persatuan I. Mungkin seminggu juga lah I kat sana." jelas Lydia sambil mendandan rambutnya.

"Habis Rayden macam mana? You asyik sibuk jer dengan you punya persatuan." leter Hazril.

"You kan ada. Bawa lah dia jalan-jalan shopping or anything yang boleh hilangkan bosan dia." Lydia bangun dari. kerusi itu lalu menghampiri katil. Bagasi digapai lalu menarik menuju ke arah pintu bilik tersebut.

Keluarlah dia tanpa berpaling lagi kearah suaminya. Hazril begitu tidak berpuas hati dengan isterinya itu. Namun mampukah dia bertindak kerana selama ini kesenangan hidupnya hanya dari keluarga Lydia. Sabar dan terus bersabar.

'Menyesal aku tinggalkan Tengku Zaralyn dulu. Kenapa aku tak pernah lihat keikhlasan dia. Hingga dia murung gara-gara aku tinggalkan dia. Memilih Lydia sebagai isteri. Sekarang semuanya tak berbaloi. Aku tak bahagia.' Berkata Hazril dalam hati.

Matanya kian tertutup rapat. Wajah Tengku Zaralyn bermain di minda. Sungguh dia merindui perempuan yang dulu pernah dia tinggalkan hingga memberi kesan parut yang dalam dilubuk hati perempuan itu.

*********************************

Tengku Izkandar merapati tubuh isterinya yang sedang berdiri di balkoni bilik itu. Entah apa yang difikirkan. Kelihatan dia begitu asyik dengan pemandangan luar itu.

"Sayang.. apa yang termenung jer ni.? Cuba ceritakan pada I." soal Tengku Izkandar pada isterinya. Tangannya melingkari pinggang Syarifah Zahirah.

"I rasa nak balik kerja di Malaysia sahaja. Dah penat di rantau. Beli rumah di sini." jelas Syarifah Zahirah dengan persoalan dari Tengku Izkandar.

"I pun terfikir benda yang sama. Boleh lah anak-anak membesar disini. Kita pun dekat dengan family." Tengku Izkandar mempersetujui cadangan dari isterinya.

"Kalau boleh I nak beli rumah kampung. Macam kampung Tok Ayah. Ada sawah, ada sungai. Orang kampung yang baik-baik."

"Nanti kita bincang yer. Sekarang jom masuk. Line clear ni." Tengku Izkandar menarik tubuh isterinya itu lalu diciumnya pipi Syarifah Zahirah lembut.

"Ohh..patut lah daddy and mummy ajak ke rumah Zara you tak nak." tersenyum riang sepasang suami isteri itu. Syarifah Zahirah mengikuti sahaja langkah suaminya itu.

Tubuh Syarifah Zahirah direbahkan di atas katil oleh Tengku Izkandar. Pakaian ditanggalkan lalu mereka menikmati hubungan suami isteri itu dengan tenang tanpa gangguan. Syarifah Zahirah menikmati sahaja kucupan demi kucupan dilehernya.

Perlakuan itu terus menjadi lebih ghairah apabila masing-masing memainkan peranan.

done untuk hari ni.. sorry pada yang lama menunggu. Amyz sibuk sikit. Ada kematian ahli keluarga. Mohon doa dari kalian semua.. semoga rohnya tenang disana..tq

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-02-07 09:13:53 

morning dear. tqvm. love u. u update x kat ig....apa ig i


NovelPlus Premium

The best ads free experience