BJM 2 HARAPAN

Romance Series 114601

Rykal pergi ke bilik belakang untuk mengemas apa yang patut. Dia sudah menyelesaikan segala tugasnya pada hari ini.

Kunci dimasukkan kedalam lubang tombol. Pintu dikuak. Keadaan bilik yang tidak mempunyai sebarang perabot. Hanya yang ada cumalah plastik dan raga-raga yang dipenuhi pakaian-pakaian lama.

'besar jugak bilik ni. Alhamdulillah muat untuk aku berteduh.' kata Rykal sendiri.

Satu persatu beg plastik hitam diangkat ketepi. Tiba-tiba satu raga yang terletak sama dengan paras pinggangnya terbalik. Kira-kira separuh dari isi bakul itu berteraburan di lantai bilik itu.

'Allah..sotong kering pun ada dalam ni? Buat apa lah disimpan lagi sotong kering semua ni Tengku Zaralyn oii..Orangnya badan kecil molek je. Ni sotong kering ni nampak macam besar sikit.' Omel Rykal sendiri.

Semua pakaian dalam itu dimasukkan ke dalam bakul semula. Dipegangnya hanya menggunakan dua jari. Wajahnya kemerahan.

Setelah siap berkemas, Rykal mula merebahkan tubuhnya ke lantai. Tidur hanya beralaskan kain langsir yang dijumpai didalam bilik itu.

Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dari luar.

"Hai..aku baru je tumpang tidur malam ni. Tak kan kau dah nak ganggu aku. Aku tak ganggu kau pun kan. Dah pergi sana main jauh-jauh." Kata Rykal lagi. Dia menyangka ada makluk halus mengganggunya.

'Dia boleh halau aku. Suruh pergi main jauh-jauh. Dah diberi muka makin menjadi jadi ye jantan ni.' kata Zaralyn dalam hati.

"Hoi..jantan!! Ni aku tuan rumah ni tau. Kau tumpang je kat sini. Ada hati nak halau aku pulak." Jerkah Zaralyn sambil mengetuk pintu bilik itu.

Rykal bingkas bangun dari pembaringannya saat mendengar suara Tengku Zaralyn memekik mekik diluar. Pintu bilik itu dibuka. Satu senyuman dilemparkan Rykal.

"Maaf Tengku. Saya ingatkan hantu yang ketuk pintu ni kacau saya tidur." Rykal menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Ada sahaja alasan awak ni. Mana ada hantu di sini. Nah !! Ambil tilam dan bantal ni. Ni tuala mandi. Beruntung tau sebab bekerja dengan saya. Kalau orang lain dah kena pecat malam ni juga tau." Tengku Zaralyn menghulurkan pada Rykal.

Rykal menyambut huluran itu dengan sengihan yang seperti orang segan silu.

Tengku Zaralyn terus melangkah meninggalkan Rykal di bilik itu.

"Cantiknya dia. Bidadari syurga ni. Bertuah siapa dapat berkahwin dengan dia. Dah la cantik, baik hati pulak tu." Leter Rykal sendiri.

Dia masuk ke dalam bilik semula setelah kelibat majikannya itu hilang dari pandangan mata.

'lah..dia bagi tuala lagi. Aku dah ada tuala sendiri la. Bukannya aku datang sehelai sepinggang. Aku datang bawa pakaian aku lah.' Berkata Rykal dalam hati.

Dia segera menanggalkan pakaiannya untuk membersihkan diri. Usai mandi dia mengambil wuduk untuk menunaikan kewajipan.

**************************

Pagi itu dia menunggu diluar pintu utama menunggu Tengku Zaralyn keluar untuk ke pejabat. Sememangnya Tengku Zaralyn tidak membenarkan Rykal memasuki rumah itu sebelum dia keluar dari rumah tersebut. Maka, sarapan pagi juga tidak dapat disediakan oleh Rykal buat majikannya.

Tidak lama kemudian, pintu berkuak. Tengku Zaralyn keluar dari muka pintu utama itu. Harum semerbak kasturi. Mulut yang kemerahan. Dagu runcing dan rambut berdandan rapi.

Kulit putih gebu. Tengku Zaralyn mengenakan sehelai blouse berwarna biru. Lembut bersama skirt di paras lututnya.

"Tu berangan apa pulak. Pandang-pandang saya macam tak pernah tengok saya pula." Sapa Tengku Zaralyn buat Rykal yang kini diam kerana begitu terpesona dengan kecantikan Tengku Zaralyn.

"Ehh..tak ada apa." Jawab Rykal dengan selamber.

" Hari ni saya balik lewat sikit. Saya dinner di rumah ibu bapa saya. Awak boleh balik macam biasa." Pesan Tengku Zaralyn.

"Baik Tengku. Saya masuk ke dalam dulu." Rykal menanggalkan kasutnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Tengku Zaralyn pula menyarungkan kakinya pada kasut bertumit tinggi itu. Berjalan memasuki keretanya dan keluar meninggalkan perkarangan rumah itu.

**********************

Sebuah banglo yang tersegam indah di atas bukit itu riuh rendah dengan kehadiran Tengku Izkandar dan anak-anaknya.

"Tengku Rabella..keep quit please. Abi is tired darling." Kata Tengku Izkandar pada anak perempuannya yang berusia 5 tahun itu.

Tengku Rabella dari tadi asyik bercakap tanpa henti membuatkan Tengku Izkandar penat mendengarnya.

"Okay Abi. I want to go upstairs and take a shower." Kata Tengku Rabella pada bapanya.

"Tengku Raziq follow your elder sister, Please."

"Kamu ni Tengku Iz. Biarlah mereka main dulu. Meriah sikit rumah ni." Kata Tengku Maria pada anak lelakinya itu.

"Mummy, Iz penat dengar diorang cakap tanpa henti dari atas flight tadi lagi. Non stop, mummy."

"Syarifah Zahirah kemana dari tadi tak nampak." Tanya Tengku Maria pada anaknya itu.

"Mandi kot mummy. Dia datang bulan memang macam tu. Suka bersendirian." Jelas Tengku Izkandar lagi.

Lalu kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman villa itu. Terpinga-pinga Tengku Izkandar dan ibunya nelihat kereta siapa yang baru memasuki halaman rumah tersebut.

Beberapa minit kemudian..

"Assalamualaikum..!!."

"Waalaikumussalam..!!" Jawab Tengku Maria dan Tengku Izkandar serentak.

"Ehh.. Abang Iz balik bila? Kenapa tak bagi tahu Zara?." Tengku Zaralyn menerpa ke arah Tengku Izkandar dan bersalaman. Pipi abangnya itu dicium.

Mereka sangat rapat dan mesra sejak kecil lagi. Ciuman yang sering kali di beri sudah menjadi perkara biasa bagi mereka.

"Baru je sampai. Zara dari mana?." Soal Tengku Izkandar dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Zara dari office. Settlekan stok baru masuk. Penat ni." Tengku Zaralyn mengeluh panjang. Namun Tengku Izkandar masih lagi dengan senyumannya.

"Mummy kat sini dah macam tunggul. Orang tu tak nampak mummy kot rasanya." Tengku Maria mula bersuara. Tengku Zaralyn yang asyik berbual dengan Tengku Izkandar segera menoleh memandang ke arah suara yang menegurnya itu.

"Sorry..sorry..Zara excited sangat jumpa Abang." Tengku Zaralyn tersenyum riang sambil menerpa ke arah ibunya pula. Tengku Maria memuncungkan mulutnya.

Tengku Zaralyn dan Tengku Maria bersalaman dan saling berpelukan. Ciuman kasih ibu dihadiahkan di kedua-dua belah pipi Tengku Zaralyn.

Tengku Izkandar hanya memandang gelagat ibu serta adik bongsunya itu. Rasa cemburu tidak pernah terlintas kerana merasa mereka telah mendapat kasih sayang yang seadilnya.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tengku Mansur dan Tengku Maria tidak pernah membanding-bandingkan diantara mereka.

"Mana Tengku Rabella dan Tengku Raziq?." Tanya Tengku Zaralyn lagi.

"Ada kat atas tu. Kak Zahirah pun di atas." Jelas Tengku Izkandar.

"Zara naik kejap. Rindu lah. Lama tak usik diorang." Ketawa kecil Tengku Zaralyn membuatkan Ibu dan abangnya menggelengkan kepala.

Naiklah Tengku Zaralyn menaiki anak tangga dengan pantas. Mencari kelibat anak-anak saudaranya. Tidak lama kemudian kedengaran suara riuh rendah kanak-kanak sedang menjerit.

"Tengok tu. Macam budak-budak. Bila nak kahwin pun entah." Leter Tengku Maria lagi.

"Nanti datang lah tu putera katak cium mulut Tengku Zaralyn. Mummy sabar lah kejap." Usik Tengku Izkandarsambil mata melirik ke arah ibunya.

"Mummy serius ni Iz. Adik kamu tu macam tak ada nafsu nak dirikan rumah tangga pun. Risau mummy." Bunga orkid yang baru digubah itu diletakkan diatas meja dihadapan Tengku Izkandar.

"Nak Zahirah carikan ke Mummy?." Sharifah Zahirah yang baru menuruni anak tangga itu mula menyampuk.

"Tak tahu lah. Dah macam-macam orang mummy kenalkan. Semua dia reject." Tengku Maria menghempaskan punggungnya disofa hadapan Tengku Izkandar.

Sharifah Zahirah berjalan menuju ke arah Tengku Izkandar dan ibu mertua itu dengan senyuman. Lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Izkandar.

"Insyaallah..nanti ada lah tu. Kita sama-sama doakan." Kata Sharrifah Zahirah lagi. Tangan Tengku Izkandar melingkari belakang tubuh isterinya.

"Harap-harap macam tu lah." Keluh Tengku Maria dihujung percakapannya.

Susanti iaitu salah seorang daripada tiga orang gaji di banglo itu datang membawa dulang berisi air teh panas bersama kuih muih untuk minum petang buat santapan mereka seisi keluarga.

Menikmati minum petang dengan suasana yang agak riuh-rendah suara jeritan anak kecil.

jumpa lagi esok. yang belum baca Goodbye Chubby boleh baca dulu sebelum log out yer..hihihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience