Hampir seminggu Rykal dan Tengku Zaralyn bercuti di kampung. Hari ini mereka telah membuat keputusan untuk berangkat pulang. Asyik berkemas sambil bergurau senda, sepasang suami isteri itu dikejutkan dengan pekikan suara Puan Nina terpekik memanggil nama Rykal dan Tengku Zaralyn dari luar kamar.
"Rykal !! Zara !!!"
"Ye mak !!.." Sahut Rykal lalu bergegas menuju ke pintu bilik lalu dikuaknya.
"Ni ada orang cari kamu berdua. Mak nak ke dapur ada kerja sikit. Pergilah ke ruang tamu tu." Jelas Puan Nina tanpa memberitahu siapa yang menanti mereka di ruang tamu rumah itu.
"Sayang !! Jom tengok siapa yang datang. Barang-barang ni kita sambung kemas nanti." Ajak Rykal. Tengku Zaralyn sekadar mengangguk namun dengan sedikit kebingungan.
Setibanya diruang tamu, kelihatan seorang lelaki serta seorang kanak-kanak lelaki bersama seorang wanita yang amat mereka kenali. Rykal dan Tengku Zaralyn menarik nafas panjang. Masing-masing melabuhkan punggung di kerusi berhampiran.
"Apa khabar Rykal, Zara ? Saya minta maaf ganggu kamu berdua. Saya cuma nak minta maaf atas kesilapan lalu." Hazril mula bersuara.
"Kami baik-baik sahaja. Bahagia dengan hidup kami sendiri. Soal masa lalu saya rasa tak perlu dibangkitkan lagi. Lydia pun sedang menjalani hukuman bukan ? Itulah yang sepatutnya untuk pelaku seperti dia." Rykal lantang bersuara dengan senyumannya.
"Err... pasal saya pecah masuk rumah tu.."
"Itupun kami dah maafkan. Mungkin waktu tu awak terlalu dahagakan kasih sayang. Saya cuma nak cakap terima kasih sebab buat saya lebih yakin dengan cinta Rykal pada saya. Kejadian hari tu buat kami lebih happy dan lebih mengenali antara satu sama lain." Tengku Zaralyn mencelah saat Nurish belum menghabiskan bait katanya. Lalu Rykal dan Tengku Zaralyn saling berpandangan disertai dengan senyuman.
"Dan ini pasti Rayden kan ? Anak awak dan Lydia." soal Tengku Zaralyn.
"Ye..ini Rayden. Anak hasil pernikahan saya dengan Lydia. Saya baru sahaja ambil dia dari ibu saudara Lydia. Saya dah buat tuntutan hak penjagaan Rayden memandangkan saya belum pasti bila Lydia tamat hukumannya. Saya dah pun ceraikan dia. Dan dia dah bersetuju untuk serahkan hak penjagaan pada saya." jelas Hazril lagi.
"Awak kerja dimana sekarang ?." Soal Rykal pada Hazril.
"Saya kerja di kilang roti dalam pekan tu. Bawa lori sahaja." jelas Hazril.
"Alhamdulillah..janji rezeki yang halal untuk anak isteri. Kami suami isteri doakan rumah tangga kamu berdua sentiasa diberkati." Kata Rykal lagi.
"Awak bila tarikh jangka bersalin ?." Soal Tengku Zaralyn pada Nurish.
"Lagi dua bulan meletup lah ni. Awak pula bila jangkanya ?. Dah besar juga perut tu."
"Saya lambat lagi. Awal tahun depan baru bersalin. Awak dululah nampak gayanyanya. Semoga urusan bersalin awak nanti dipermudahkan."
"Kami pun tak boleh lama-lama ni. Saya ada urusan sikit. Saja saya datang cepat bila dengar bapa mertua saya cakap yang kamu suami isteri dah nak berangkat balik KL. Itu yang saya datang." Kata Hazril.
"Ye kami dah nak berangkat balik petang ni. Seminggu juga disini. Banyak kerja tertangguh." Jelas Rykal dengan senyuman manisnya.
"Kalau macam tu kami minta diri dululah. Terima kasih sudi terima kedatangan kami kemari. Jumpa lagi raya nanti." Hazril serta Nurish bangun dari dudukan mereka begitu juga dengan Rykal dan Tengku Zaralyn. Tangan kecil Rayden digapai hazril. Lalu mereka saling bersalaman.
*********************************
Perbincangan serba ringkas itu bermula. Tengku Mansur mempunyai satu keinginan dan perlu persetujuan antara Tengku Izkandar dan Tengku Maria. Keputusan yang agak besar baginya. Namun itulah yang sepatutnya dengan keadaan kesihatannya saat ini.
"Daddy rasa Rykal setuju ke ambil alih ? Dan Daddy betul-betul yakin ke dengan kebolehan dia ?." Soal Tengku Izkandar.
"Daddy sangat mempercayai kebolehan yang dia ada. Dan Daddy rasa dia sudi pikul tanggungjawab ni. Hak kamu sebagai pewaris Tengku Mansur tetap kukuh. Rykal juga ada bahagiannya. Daddy dah aturkan semua. Tapi lebih baiknya kalau kamu yang memangku jawatan itu."
"Betul tu. Sampai bila lagi kamu nak jadi doktor ni ?. Kan bagus kalau ambil alih syarikat." Tengku Maria pula bersuara.
"Tak minat lah Daddy, Mummy. Doktor ni cita-cita Iz dari kecil lagi. Dan Iz berjaya capainya. Daddy serahkan saja pada Rykal dan Tengku Zaralyn."
"Kalau itu yang kamu dah cakap. Daddy akan jumpa ahli lembaga pengarah yang lain. Daddy rasa dah tiba waktunya untuk Daddy rehat."
"Saya ikutkan sahaja. Kalau itu yang boleh rehatkan Awak. Dah bertahun-tahun bekerja keras, dah tiba waktunya awak istirehat." Tengku Maria tidak membantah malah dia bersenang hati dengan keputusan yang dibuat suaminya.
"Betul tu Daddy. Umur-umur macam ni bukan lagi masa untuk bekerja. Baik bawa Mummy keliling dunia." Giliran Syarifah Zahirah pula bersuara.
"Betul sangat. Tak bawa keliling satu dunia pun tak apa. Janji bawa saya tunai haji sudah cukup." Tengku Maria tersenyum riang.
"Saya pun terfikir benda yang sama. Insyaallah.. semoga Allah menjemput kita untuk jadi tetamunya nanti." Tengku Mansur membalas senyuman itu dengan penuh kasih.
Suasana perbincangan di laman rumah itu agak riuh rendah dengan jeritan dan gelak tawa anak kecil. Sungguh gembira Tengku Raziq dan Tengku Raisya bermain buih-buih sabun yang ditiup oleh pembantu rumah itu.
Masing-masing turut bersenang hati dengan keletah anak-anak kecil tersebut.
********************************
"Kesian kan anak kecil tadi tu. Terpaksa tinggal bersama bapa dan ibu tiri sebab kesilapan ibu kandungnya." Tengku Zaralyn sepertinya bersimpati dengan apa yang dilalui oleh Rayden.
"Nasib orang ni berbeza-beza sayang. Takdir yang dah tertulis. Kita hanya mampu merancang. Yang tentukan itu Allah. Dia pasti bersyukur sebab masih punyai bapa yang sanggup memikul tanggungjawab jaga dia. Tak macam kanak-kanak yang hilang kedua-dua orang tua. Bergantung hidup sepenuhnya pada orang lain."
"Semoga Lydia bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Saya tak berniat menghukum dia. Kesian Rayden menjadi mangsa." Kata Tengku Zaralyn dengan sayunya.
"Kenapa sayang cakap macam tu ? Lydia terima hukuman diatas kesalahan dia sendiri. Dan itulah yang sebaiknya untuk dia. Sayang tak bersalah. Dia sendiri yang buat hidupnya merana. Dia harus terima dengan redha." Rykal tidak mahu isterinya terus rasa bersalah diatas apa yang bakal Rayden tempuhi. Membesar tanpa seorang ibu kandung.
"Saya cuma kesian. Kesian sangat. Rayden masih kecil. Saya harap dia okay."
"Insyaallah.. Allah tak akan uji umatnya diluar kemampuan. Sayang tak ada salah pun. Dah..semua dah settle pack kan ? Now pergi mandi. Dalam satu jam lagi kita berangkat okay ?."
"Okay.."
Maaf lama mendiamkan diri. Masih diberi kesempatan untuk saya teruskan berkarya. Hidup perlu diteruskan. Semoga bertemu lagi dilain hari ..^_^
Share this novel