Bab 5 TIKUS

Romance Series 114601

Tengku Zaralyn sampai di kedai bunganya lebih awal hari ini. Selalunya dia akan ke pejabat terlebih dahulu sebelum singgah di kedai bunga itu. Memandangkan bunga mawar yang berada didalam bilik pejabatnya itu telah mula layu, maka terpaksalah dia singgah untuk mengambil yang baharu.

"Tengku nak ambil bunga ker? kejap saya tolong ambilkan." kata Fasya iaitu pekerja dibutik miliknya itu.

"Saya nak yang paling fresh." kata Tengku Zaralyn. Dia mula membelek-belek bunga-bunga yang terdapat dihadapan kedai itu.

"baiklah Tengku." Selang beberapa minit kemudian bunga yang dipesan siap dibungkuskan.

"Siap Tengku. Ni bunganya. 13 kuntum seperti selalu." senyuman terukir di bibir Fasya.

"terima kasih. Nanti bunga yang selalu dihantar ke rumah saya biar saya yang bawa balik sendiri. Pukul 5 nanti saya datang ambil. Sebab maid baru tu dia tak tahu lagi cara saya letakkan bunga-bunga ni." arah Tengku Zaralyn.

"baiklah Tengku."

Tengku Zaralyn keluar dari kedai itu lalu bergegas ke pejabat. Jam menunjukkan pukul 8 pagi.

************************************

Rykal mulakan kerjanya setelah selesai menamatkan panggilan bersama ibunya.

'ya Allah.. pinggan mangkuk banyak macam ni. Tengku Zaralyn ni bela hantu agaknya. Ni nanti kalau dah kahwin macam mana? aku kena masak banyak-banyak lah sebab isteri aku makan banyak.'

Leter Rykal sendiri. Dia mula mencuci semua pinggan mangkuk yang penuh didalam sinki itu.

'dia suka masakan aku ker? Alhamdulillah.. semua ni aku google jer. Demi cintaku padamu Tengku Zaralyn, lautan api sanggup ku...ehh..tak boleh redah. Aku mati kau jadi janda. Lepas tu kau kahwin lain. Tak boleh, tak boleh.'

Satu persatu pinggan mangkuk dibersihkan. Rumah dikemas rapi. Lantai dimop dan pasu yang dipecahkan semalam diganti dengan pasu yang baharu.

Asyik dengan kerjanya, tidak sedar bahawa jam kini menunjukkan hampir mencecah pukul 4 petang. Masih berbaki satu jam waktu kerjanya sebelum Tengku Zaralyn pulang.

Menaiki ke tingkat atas untuk mengemas apa yang patut. Menaiki anak tangga dengan penuh keterujaan. Di bahagian dinding rumah dipenuhi dengan lukisan yang entah berapa harganya satu persatu. Semestinya setiap lukisan ada kisah disebaliknya.

Tiba di tingkat atas rumah tersebut, dia membuka satu persatu bilik. Terdapat empat buah bilik ditingkat atas itu. Setiap bilik dilengkapi dengan set katil lengkap. Cuma gaya dan jenis yang berbeza-beza.

'ohh.. maknanya dia dah plan ni. Bawah ada dua bilik. Satu bilik tetamu dan bilik untuk orang gaji. Atas ada empat bilik. Satu tu nanti aku kongsi dengan dia. Ada lebih lagi tiga. Maknanya, kami akan ada anak tiga orang lah kan. Hmm..kena subur elok ni. Pantas sikit buat kerja.'

Rykal tersenyum riang. Bahagia menentukan arah kehidupan seterusnya. Entah menjadi atau tidak apa yang diangankan.

Dia membuka sekali lagi bilik yang betul-betul berhadapan dengan anak tangga itu. Kerana bilik itu yang agak besar dan lain dari yang lain.

'ni kot bilik aku dengan dia. Masuk jer la. Nanti aku tidur sini jugak kan.'

Meneroka sekeliling bilik tersebut yang serba mewah dengan katil serta perabot dari kayu jati itu. Namun tertumpu pada satu bingkai gambar yang diletakkan di sebelah kiri katil itu. Gambar itu diambil lalu ditenungnya lama.

'comelnya dia. Macam teddy bear. Bertuah aku kalau beristerikan dia. Ya Allah..kau makbulkan doaku Ya Allah. Aku benar-benar jatuh cinta padanya.'

"sapa benarkan awak masuk ke dalam bilik ni?." Satu suara memecahkan ruang udara itu. Pantas gambar itu diletakkan semula ditempatnya.

"saya masuk sebab..hmm..sebab ada tikus dalam bilik ni tadi. Dia lari masuk ke dalam almari belakang Tengku tu." Rykal menunjukkan almari pakaian yang berada dibelakang Tengku Zaralyn itu.

"arrghhh..mana..mana..tikus tu."

Tengku Zaralyn lari menerpa kearah Rykal lalu memeluk tubuh itu serta panjat melekat diatas kongkongan Rykal.

"arrghhh...lepaskan tengkuk saya ni. Nanti mati saya tak sempat kahwin dengan Tengku." Suara Rykal tersekat-sekat gara-gara leher dipeluk erat oleh tangan Tengku Zaralyn.

Rykal hingga penimbang lalu mereka berdua terjatuh diatas katil tersebut. Tengku Zaralyn masih memeluk Rykal. Bau haruman lelaki itu menusuk ke hidungnya. Rasa tenang walaupun dirinya yang memeluk lelaki tersebut.

"Tengku..lepaskan saya. Nanti hilang kawalan susah kita."

Terus terlepas pelukan itu. Tengku Zaralyn tersimpul malu. Rykal bangun tercegat di tepi katil itu.

"Tengku okay? Sakit kat mana-mana tak?. Saya letakkan minyak." Soal Rykal kerisauan.

"arr..saya okay. Awak boleh tinggalkan saya. Awak boleh balik ke bilik awak." balas Tengku Zaralyn sambil membetulkan pakaian agar kemas kembali.

"baiklah..saya balik ke bilik dulu. kalau perlukan saya Tengku boleh je panggil."

Rykal melangkah keluar dari bilik itu setelah Tengku Zaralyn mengangguk. Merona merah wajah Rykal. Tiada niat untuk menipu. Dia sekadar mempertahankan diri.

'ya Allah ..aku tak pernah setenang ini. Andai dia jodohku kau permudahkan urusan kami. Andai dia bukan jodohku, kau kirimkan lelaki persis seperti Rykal Wazir.' .

Tengku Zaralyn memanjatkan doa kepada Tuhan yang maha kuasa. Sungguh hatinya kini benar-benar jatuh cinta. Hatinya kuat menyatakan bahawa Rykal adalah kiriman terbaik buatnya.

'awak sangat biasa bagi saya. Tapi kenapa awak berjaya curi hati saya. Saya cintakan awak Rykal Wazir.'

Airmata jatuh membasahi pipinya. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sebak. Rykal adalah penyebabnya.

*********************************

"Rykal ada telefon tadi. Dia cakap nak kahwin." kata Puan Nina pada suaminya Encik Sahar.

"kahwin.. dengan anak raja mana pula tu. Awak tak tanya betul-betul ker Nina? entah-entah berangan lagi." soal Encik Sahar.

"entah..macam betul dengarnya. Nanti saya telefon sahihkan betul-betul." Kata Puan Nina lagi.

"anak awak tu bukan boleh percaya sangat. Tahap berangannya tu sampai ke bulan." sindir Encik Sahar.

"Ada-ada jer abang ni. Macam abang dulu-dulu lah. Berangan nak kahwin dengan anak tok penghulu. Akhirnya bernikah dengan anak tauke bahulu."

Ketawa sepasang suami isteri itu. Kenangan silam mula segar diingatan. Encik Sahar seorang nelayan dan Puan Nina pula usahawan kecil pembuatan kuih-muih tradisional di kampung itu.

maaf lambat sikit update..harap anda tidak henti memberi sokongan dan terus membaca karya-karya Amyz.. Follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience