Rykal yang baru sahaja mendapat panggilan dari pihak hospital dan terus tergesa-gesa meninggalkan pejabat untuk melihat sendiri keadaan isterinya. Saat itu dia tidak mampu lagi memikirkan hal syarikat. Yang bermain di fikirannya saat ini hanyalah isteri serta bayi dalam kandungan isterinya.
'Sayang.. maafkan abang !! Abang silent phone masa meeting tadi. Maafkan abang.'
Mulutnya tidak henti-henti memohon maaf kepada isterinya didalam hati. Doa juga tidak henti-henti diucapkan hinggalah dia tiba di perkarangan hospital. Turun sahaja dari perut kereta, langkah terus diatur memasuki hospital berkenaan. Kaunter pertanyaan menjadi sasaran.
"Maafkan saya. Saya nak tanya dimana Tengku Zaralyn Tengku Mansur sekarang?." soal Rykal dengan sedikit gelabah.
"Sekejap yer saya check." kata penjaga kaunter itu. Jari jemari ligat menekan papan kekunci komputer. Rykal menunggu dengan penuh bersabar.
"Tengku Zaralyn sekarang sedang dirawat. Encik ni siapa yer? Sebab waris Tengku Zaralyn belum datang sejak ambulan bawa dia ke sini tadi. Dia cuma dihantar oleh orang awam."
"Saya suami dia. Boleh saya jumpa dia sekarang ker?."
"Encik tak boleh melawat sewaktu doktor sedang beri rawatan. Encik boleh tunggu di ruang menunggu di tingkat atas. Dia sedang dirawat ditingkat atas." Arah penjaga kaunter itu lagi.
"Baiklah..terima kasih." Rykal teruskan langkahnya menuju ke tingkat atas seperti yang diarahkan oleh penjaga kaunter sebentar tadi. Airmatanya mula merembes keluar dari kelopak mata. Dibiarkan sahaja airmata itu jatuh.
Dia tiba di tingkat yang dikatakan. Kelihatan seorang lelaki serta dua wanita turut duduk di ruang menunggu itu. Rykal cuba mengintai dari celahan pintu. Namun tidak kelihatan apa-apa kerana dilindung oleh helaian langsir. Hati semakin resah. Dia juga diperhatikan oleh orang awam yang turut berada disitu.
"Maafkan saya. Saya nak tanya Encik ni waris Tengku Zaralyn ker?." Soal seorang lelaki berusia lingkungan dua puluhan itu kepada Rykal. Rykal pantas memandang wajah itu dengan reaksi redupnya.
"Yer saya suami Tengku Zaralyn. Cik ker yang bawa isteri saya ke sini?." Rykal menghampiri lelaki itu.
"Yer..saya yang bantu dia. Saya ada dikawasan dimana berlakunya pergaduhan antara Tengku Zaralyn dan seorang wanita sarat mengandung tu." jelas lelaki itu lagi.
"Wanita sarat? Paras rupa dia macam mana? Dan apa yang dia buat pada isteri saya?." Rykal mengesat airmatanya. Hatinya semakin panas. Siapa yang sanggup berbuat demikian pada isterinya sedangkan dia juga sedang sarat mengandung.
"Orang tu tak pakai tudung. Rambut blonde dan pakaian seksi sikit. Kulit putih dan naik kereta jenis BMW. No plat saya tak perasan sebab parking jauh dari tempat kejadian." jelas lelaki itu dengan sangat teliti.
"Boleh saya minya nombor telefon cik. Saya nak buat report polis. Dan saya nak minta bantuan cik untuk beri keterangan di balai polis. Boleh ker cik?." Rykal mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil nombor telefon milik lelaki yang telah selamatkan isterinya itu.
"Insyaallah..saya akan bantu apa yang saya boleh bantu. Semoga isteri dan kandungan selamat." Lelaki itu bersetuju untuk memberi kerjasama kepada Rykal untuk laporkan kes ini di balai polis. Rykal melemparkan senyuman buat lelaki berkenaan.
Nombor telefon lelaki itu diambil Rykal. Setelah itu mereka saling berbual mengenai kejadian itu. Rykal cuba mencari jawapan siapa yang telah mencederakan isterinya itu.
Sedang mereka asyik berbual, pintu bilik rawatan itu dibuka. Dua orang jururawat serta seorang doktor menolak sebuah katil keluar dari bilik berkenaan. Alangkah terperanjatnya Rykal apabila melihat tubuh yang dibaringkan di atas katil itu diselubungi oleh kain putih menutupi seluruh tubuhnya.
Rykal terbangun dari duduknya. Airmata bercucuran jatuh dengan derasnya. Hampir luruh jantungnya saat ini. Apakah ini pengakhiran kisah cintanya bersama Tengku Zaralyn?
Dia menghampiri katil itu diikuti oleh lelaki yang membantu isterinya sebentar tadi. Lelaki itu juga menekup mulutnya. Rykal bagai mahu rebah menyembah lantai. Namun dia gagahkan diri untuk membuka kain putih yang menutupi wajah itu.
**********************************
Lydia tidak keruan didalam bilik itu. Perutnya diusap berkali-kali. Hatinya tidak tenteram saat ini. Hazril juga belum munculkan diri sejak beberapa hari ini.
Rayden juga tidak henti-henti menangis sejak tadi. Mungkin sedang lapar. Namun Lydia tidak langsung hiraukan anaknya yang sedang kelaparan itu. Sebaliknya dia lebih gemar memikir masalahnya sendiri.
'Apa yang jadi dengan perempuan tu yer? Kalau jadi apa-apa mati aku. Diorang mesti cari aku sampai ke lubang cacing. Harap-harap orang yang bantu dia tadi tak perasan muka aku ni. Kalau tak, habislah aku.'
Esakan Rayden semakin kuat hingga hilang suaranya. Lydia seperti tersedar dari lamunannya. Dia menghampiri Rayden dan mensambar botol susu milik Rayden.
"Maafkan Mommy sayang. Kejap yer Mommy buatkan susu untuk Ray. Kejap jer.." Lydia ke arah dapur untuk sediakan susu buat Rayden. Rayden masih tidak reda tangisnya.
********************************
Pak Hassan baru sahaja pulang dari pejabat agama atas urusan pernikahan Nurish dan Hazril. Beberapa helaian kertas diletakkan di atas meja ruang tamu itu. Hazril yang sedang duduk dengan fikiran yang kusut itu mula gelabah. Entah apa pula yang bakal disoal oleh bakal bapa mertuanya itu.
Pak Hassan melabuhkan punggungnya dikerusi berhampiran. Hazril pula menegakkan tubuhnya.
"Hmm..kamu dah solat ke belum? Nak jadi suami ni besar tanggungjawabnya. Sebelum nak didik isteri, kena didik diri sendiri dulu kenal dengan Allah. Dekat dengan Allah. Baru senang nak didik isteri dan anak-anak nanti." Pak Hassan mula dengan kata-kata tegurannya.
"Err...baru nak solat ni." Jawab Hazril menggigil-gigil.
"Sekarang solat apa? Berapa rakaat?." Soal Pak Hassan lagi.
"Err...3 rakaat Pak Cik. Solat Asar."
"Kau belajar dengan imam mana solat asar 3 rakaat?." Pak Hassan mula dengan nada sedikit mendatar.
"Emm..saya tak tahu Pak Cik. Saya dah lupa solat macam mana. Saya solat sewaktu saya sekolah rendah dulu jer. Itupun saya tak lancar." Hazril membuat pengakuan ikhlas.
"Astaghfirullahal'azim..kamu tahu tak ambil air sembahyang macam mana Hazril.?." Soal Pak Hassan lagi.
Hazril sekadar menggelengkan kepalanya. Pak Hassan turut menggelengkan kepalanya. Songkok diletakkan di atas meja.
"Tahu..saya cuma lupa bacaan dalam solat." Hazril berterus terang mengenai dirinya. Tidak malu lagi dia untuk sembunyikan kelemahannya. Biarlah dia malu didepan Pak Hassan, dan bukan didepan khalayak ramai nanti ketika akad nikah.
"Macam ni lah..aku akan ajar kau. Tapi kau kena berjanji dengan diri kau sendiri yang kau akan jadi hamba Allah yang sejati. Kau tak boleh tinggal solat lagi. Kau kena bertaubat dan tinggalkan semua larangan-Nya. Kau dengar tak ni Hazril? Kau boleh ikut apa yang aku nak ker?." Soal Pak Hassan sedikit tegas.
"Baiklah..saya cuba perbaiki kesalahan saya." Hazril berkata dengan penuh yakin.
"Hmm..apa tunggu lagi. Pergilah ambil wuduk. Aku tunggu kau di ruang solat." Pak Hassan bangun dan meninggalkan Hazril disitu. Hazril bingkas bangun lalu menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah itu untuk mengambil wuduk. Mak Esah yang kebetulan ada di dapur itu tidak langsung menghiraukan kemunculan Hazril disitu.
**********************************
next....^_^
Bersambung..
Share this novel