Bab 21 BUNGKUSAN

Romance Series 114601

Hari mulai petang. Waktu pejabat kian melabuhkan tirainya. Rykal mengemas meja pejabatnya dan memastikan semua tersusun rapi. Hari permulaan yang penuh dengan perkara baharu.

Namun dia tetap cuba menyesuaikan diri dengan karier terbaharunya itu. Rykal sangat ikhlas menerima tunjuk ajar dari semua pihak yang sudi memberi tunjuk ajar kepadanya hari ini.

Sedang dia asyik mengemas itu , pintu biliknya dibuka luas oleh wanita pujaan hatinya. Tengku Zaralyn memasuki bilik tersebut dengan penuh senyuman manis.

"Sayang..!! kenapa kemas semua ni. Biar jer situ. Nanti ada orang masuk tolong kemaskan." soal Tengku Zaralyn pada suaminya itu.

"Sikit jer ni. Abang tak suka tengok sepah-sepah. Dah siap ni. Jom kita balik." Rykal mencapai beg pejabatnya lalu menolak kerusi ke dalam.

"Hmm..dah lupa lah tu. Abang ni kan.." rengek Tengku Zaralyn sambil mencebik.

"Mana boleh lupa. Sayang nak singgah di kedai bunga kan?." Rykal merangkul isterinya yang sedang memuncungkan bibirnya itu lalu satu kucupan melekat di pipi wanita itu.

"Ingatkan abang lupa. Jom..and thanks for the kiss just now." Rangkulan itu dileraikan Tengku Zaralyn lalu menarik tangan suaminya menuju ke pintu keluar.

"Welcome darling." Rykal menturuti Tengku Zaralyn dari belakang yang ditarik tangannya.

"Maaf Tengku. Saya cuma nak bagi barang ni. Katanya Tengku yang order." sapa Balqis iaitu pembantu peribadi kepada Tengku Zaralyn.

"Saya order? ehh..saya tak pernah order barang letak alamat office." Langkah Tengku Zaralyn terhenti. Kerutan penuh didahinya.

Balqis menghulurkan bungkusan tersebut pada Tengku Zaralyn. Rykal pantas menyambar terlebih dahulu.

"Biar abang yang buka. Jom kita ke parking kereta." Rykal meneruskan langkahnya diikuti Tengku Zaralyn dari belakang. Balqis sekadar menggelengkan kepalanya lalu senyuman terukir di bibirnya.

Sampai sahaja di tempat letak kenderaan itu, Rykal terus membuka bungkusan tersebut. Tengku Zaralyn yang terpinga-pinga keresahan itu sabar menanti apakah isi kandungan bungkusan tersebut.

"Ohh..i see. Dah jom kita ke kedai bunga. Cepat naik sayang." Rykal memasukkan bungkusan tersebut kedalam beg pejabatnya lalu membuka pintu kereta itu luas. Tengku Zaralyn semakin bingung. Tanpa melengahkan masa dia terus masuk ke dalam perut kereta itu.

Enjin dihidupkan lalu kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan tempat letak kereta tersebut. Wajah Rykal ditenung Tengku Zaralyn dengan kerutan didahinya.

"Abang..!! bagitahu lah apa isi bungkusan tu. Kalau tak nak bagitahu, bak sini saya tengok." Pinta Tengku Zaralyn pada suaminya itu.

"Tak ada apa pun. Biar abang yang settle semua tu. Sayang jangan risau okay." Rykal melemparkan senyuman buat isterinya sekadar menyedapkan hati wanita itu.

"Saya tak percaya lah. Ni mesti ada kena mengena dengan jantan tak guna tu kan." Tengku Zaralyn cuba meneka. Sungguh dia mahu tahu apakah yang terkandung di dalam bungkusan tersebut.

"Awak sayangkan abang kan? Abang nak tengok awak sentiasa ceria. Hal ini biar abang yang settle. Awak jangan risau okay." Tangan Tengku Zaralyn dicapai lalu digenggaman erat.

Tengku Zaralyn meletakkan nafas panjang. Senyuman kelat tetap terukir dibibirnya. Dia benar-benar mahu tahu apa yang terdapat di dalam bungkusan itu. Hatinya kuat menyatakan bahawa ianya dihantar oleh Hazril.

Mereka tiba di kedai bunga itu dengan selamat. Tengku Zaralyn dan Rykal turun dari kereta itu sambil diperhatikan oleh Fasya iaitu pekerja kedai bunga tersebut.

"Hye..!! Lama tak datang kedai. Tengku sihat ker?." soal Fasya pada majikannya itu. Tengku Zaralyn mula menerawang disekitar kedai bunga tersebut. Manakala Rykal sedang membelek bunga-bunga yang tersusun rapi itu.

"Hye Fasya..!! Saya sihat jer. Macam mana kedai masa saya tak datang? semuanya okay kan? supplier bunga hantar semuanya dengan baik ker?." soal Tengku Zaralyn sambil melabuhkan punggung di sofa diruang itu.

"Semuanya okay Tengku. Bunga-bunga pun dihantar dalam keadaan baik dan sampai mengikut pesanan. Semua bil dan resit saya dah masukkan ke dalam fail." jelas Fasya yang sedang berdiri diruang itu.

"Bagus. Saya nak ambil bunga macam biasa. Awak bungkuskan untuk saya." kata Tengku Zaralyn dengan senyuman manisnya. Fasya telah pun berkhidmat di kedai itu hampir 4 tahun. Maka semua hal kedai itu diserahkan sebulatnya kepadanya. Dia adalah pekerja harapan Tengku Zaralyn.

"Baiklah Tengku. Saya bungkuskan bunga tu." Fasya bergegas menyiapkan pesanan Tengku Zaralyn itu.

Rykal mula mendekati isterinya. Matanya masih liar memandang sekeliling kedai tersebut. Sungguh terpesona dirasai. Haruman bunga-bunga segar itu disedut dengan perasaan bahagia.

"Abang suka bunga? Bunga apa yang abang suka?." soal Tengku Zaralyn tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Rykal melabuhkan punggungnya disebelah Tengku Zaralyn.

"Entah..Abang suka bau jer. Bunga apa tu entah lah. Sejuk mata memandang semua bunga-bunga segar tu." Rykal mendepakan tangannya ke belakang. Lalu kepalanya disandarkan pada sofa itu.

**********************************

Nurish membersihkan dirinya yang kini kurang bermaya lagi. Sungguh dia merasa jijik dengan dirinya sendiri. Dia dinodai oleh lelaki yang durjana. Kini maruahnya telah pun dijual beli dengan sewenang-wenangnya.

Tubuhnya digosok dengan kasar sekali. Buih-buih sabun memenuhi ruang bilik mandi itu. Airmata sama lajunya dengan air yang jatuh ke tubuh itu.

"Woi..!! cepat lah sikit. Aku nak mandi pula. Kau ni lembab lah. Kau mandi lama-lama pun bukan hilang kotor tu. Dara pun bukan boleh dikembalikan lagi." kata satu suara dari luar yang menyindirnya. Ketawa besar kedengaran bergema. Pedih sungguh hatinya saat ini.

'Aku dah kotor. Aku dah jijik. Aku dah hilang maruah diri. Apa yang berlaku sekarang semuanya salah aku sendir. Aku terlampau percayakan sangat pada lelaki tu.'

Tuala dicapai lalu menutupi tubuhnya itu. Dia keluar dari bilik mandi itu bersama linangan airmata.

"keluar pun kau. Penat aku tunggu kau. cepat sikit pakai baju. Izhar tunggu kau di bilik sebelah. Hmm..dapat bonus lah kau kan. Semalam game padu." sindir wanita itu lagi.

"Kau diam lah Jue. Aku penat dengar kau asyik bercakap dari tadi." tegur Nurish sambil menyarungkan pakaian ke tubuh nya.

"Lah..ada suara pun kau. Ingatkan bisu." sindiran terus dihasilkan wanita itu. Nurish yanh malas melayani sindiran itu terus keluar menuju ke bilik sebelah untuk bertemu dengan Izhar.

Sesampainya dia di pintu bilik itu, tombol terus dipulas lalu melangkah masuk. Kelihatan Izhar sedang berbual di telefon bimbitnya. Nurish tercegat berdiri di tepi katil itu tanpa melihat tubuh Izhar yang hanya bertuala itu.

"Okay bos. Apa-apa I call you ma. Wa tak da tipu sama you. Malam nanti wa hantar amoi cantik sama you. Tapi wa mau you bayar lebih sikit ma. Apa macam?." Kata Izhar yang sedang berbual ditalian itu.

Nurish mula gelabah. Adakah dia yang akan dihantar untuk orang disebalik talian telefon itu. Dia menjadi tidak keruan. Kedengaran seperti orang disebalik talian itu adalah berbangsa cina. Dia mengetap bibirnya. Tangan mula memeluk tubuh membelakangi Izhar.

"Arrgghh...!!!!." jerit kecil dari Nurish gara-gara terperanjat dengan tindakan Izhar yang memeluknya dari belakang.

"Amboi..!! terkejut pula dia. Fikir apa ni sayang?." soal Izhar yang kini sedang memeluk erat tubub gadis itu.

"Lepaskan aku lah..Aku rimas tahu tak." Nurish cuba meleraikan pelukan itu. Namun tidak berdaya untuknya meleraikan pelukan itu dengan kuasa lelaki tersebut.

"Kau risau aku hantar kau kan? Hey..kau dengar sini. Malam ni, kau hak aku. Kau kena layan aku macam mana kau dipaksa melayan semalam. Boleh kan sayangg..?." soal lelaki itu sambil bibirnya merayap-rayap disekitar leher gebu itu.

"Aku nak balik lah jantan tak guna. Aku benci buat kerja macam ni. Jijik kau tahu tak?." Nurish mula memberontak mahu meloloskan dirinya.

"Ohh.. jijik ye?. Mari sini sayang. I nak tengok macam mana you boleh kata jijik tu. I akan buat sampai you tak boleh lupa saat-saat ni." Tubuh Nurish dipaut lalu direbahkan ke atas katil itu. Pakaiannya dikoyakkan oleh Izhar dengan rakusnya. Nurish cuba menepis tindakan Izhar itu, Izhar lebih kuat melawan kelakuan Nurish. Sekali lagi dia terbabas dengan kerakusan lelaki tersebut.

***************************************

Tengku Maria dan Tengku Mansor sudah bercadang akan ke Itali ke rumah Tengku Izkandar pada hujung minggu ini. Hasrat Tengku Maria untuk ke sana dilepaskan oleh Tengku Mansor.

Hampir semua persediaan untuk berangkat sudahpun siap dikemas. Urusan tiket kapal terbang dan sebagainya sudah pun siap diuruskan pembantu peribadi Tengku Mansor tempoh hari.

"Tak usah lah bawa banyak sangat barang tu. Kita bukan boleh lama-lama ke sana. Saya banyak urusan kerja disini." tegur Tengku Mansor pada isterinya yang dari tadi belum habis mengemas segala keperluan yang akan bersama diterbangkan ke Itali nanti.

"Alah...saya bawa sikit je ni. Abang tidur lah situ diam-diam. Jangan ganggu saya." bakas Tengku Maria.

"Baiklah Tengku Maria. Saya yang menurut perintah. Yang benar, Tengku Mansur." Sempat lagi Tengku Mansor bergurau senda dengan isterinya itu.

"Macam-macam lah awak ni." Tengku Maria menggelengkan kepalanya. Lalu kembali mengemas keperluan yang perlu dibawa itu kedalam bagasi.

************************************

Azan maghrib berkumandang. Rykal seperti biasa menunggu isterinya mengambil wuduk untuk sembahyang berjemaah bersama-sama. Selang beberapa minit kemudian, Tengku Zaralyn memasuki ruang solat itu dengan wajah yang dibasahi dengan air wuduknya.

"Maaf saya selalu lambat." keluh Tengku Zaralyn dihujung percakapannya.

"it's okay." jawab Rykal. Lalu dia pun bangun dari duduknya dan kini berdiri tenang diatas sejadah itu. Laungan iqamat dikumandangkan.

Tengku Zaralyn kini lengkap dengan pakaian sembahyangnya. Turut berdiri dan menanti Rykal mengimamkan solat berjemaah tersebut.

gigih menyiapkan chapter ini untuk semua readers.. harap tidak mengecewakan anda semua.. muuahh..love you alls...

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-03-09 05:41:41 

love u,too. dear

YAZNI-ERNIE
2021-03-09 05:33:11 

salam subuh, dear. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience