Bab 24 DINNER

Romance Series 114601

Kelihatan sebuah rumah banglo putih itu dengan warna-warna lampu pagar yang menyerlah. Cahaya bulan turut membantu. Tengku Zaralyn riang saat tiba di perkarangan rumah tempatnya membesar itu meskipun baru sahaja beberapa hari lepas dia dan Rykal berkunjung ke sini.

Kedatangan mereka sangat menyenangkan hati Tengku Mansur dan Tengku Maria. Setelah selesai meletakkan kereta di garaj kereta, mereka terus masuk ke rumah itu bersama sebakul buah yang dibeli sebentar tadi. Rykal memimpin tangan isterinya dan mereka sama-sama mencari kelibat Tengku Mansur dan Tengku Maria.

Sememangnya rumah itu sedikit sunyi kerana tiada keriuhan suara anak-anak kecil. Hanya yang ada cumalah Tengku Mansur serta isterinya dan dua pembantu rumah. Dua orang pengawal peribadi Tengku Mansur ditempatkan diluar bersama seorang pemandu peribadinya. Maka tidaklah seriuh saat Tengku Rabella dan Tengku Raziq ada disini.

"Assalamualaikum... mummy..!! Daddy..!!."

"Waalaikumussalam..eh..Tengku Zaralyn dah sampai. Tengku Maria dan Tengku Mansur ada di atas. Lepas solat mereka mengaji rasanya." jawab Susanti iaitu pembantu rumah tersebut.

"Ohh..yer ker? tak apa lah. Saya tunggu diruang tamu saja." kata Tengku Zaralyn sambil menarik tangan suaminya ke arah ruang tamu itu. Mereka melabuhkan punggung di sofa serba empuk itu.

Rykal menerawang sekitar ruang. Sungguh dia terpesona dengan rekaan dalaman setiap ruang itu. Tidak jemu-jemu dia memandang ke sekeliling. Rasanya seperti dikayangan.

"Abang tengok apa?." sapa Tengku Zaralyn saat melihat Rykal terdiam sambil matanya liar memandang sekeliling.

"Cantik rumah ni. Sejuk mata memandang. Abang rasa tenang ada disini." jawab Rykal sambil menatap wajah isterinya itu.

"Saya pun tenang kat sini. Ni lah rumah saya membesar dan berteduh." Tengku Zaralyn menarik tangan suaminya lalu digenggam erat.

Tengku Mansur dan Tengku Maria menuruni anak tangga untuk menanti kepulangan anak menantu mereka. Mereka berdua berjalan seiringan hingga ke anak tangga yang terakhir.

"Kan saya dah cakap pada Abang. Mereka dah sampai." kata Tengku Maria pada suaminya yang kini sama-sama berjalan menuju ke ruang tamu itu.

"Rykal..!! Zara bila sampai? Daddy mengaji di atas. Kenapa tak naik panggil daddy and Mummy?." soal Tengku Mansur sambil menghampiri anak menantunya itu. Tengku Maria turut melabuhkan punggungnya.

"Kami baru jer sampai daddy. Ni buah tangan kami bawa. Tak tahu nak belikan apa bawa kemari." kata Rykal sambil menghulurkan buah tangan tersebut pada mertuanya itu.

"Susah-susah je kamu berdua ni. Stok buah sentiasa ada dirumah ni. Malik akan hantar setiap minggu." jawab Tengku Maria pula dengan kaki yang bersilang itu.

"Tu Malik hantar. Ni kami yang bawa." jawab Tengku Zaralyn pula.

"Betul tu..tapi ni macam-macam jenis juga buahnya. Nanti suruh Mak Kiah potongkan. Kita makan sama-sama." kata Tengku Mansur sambil menghulurkan bakul buah itu pada Tengku Maria.

"Ehh..apa tunggu lagi. Jom lah kita makan. Lauk semua dah terhidang tu. Mummy dah lapar ni." Tengku Maria menggosok-gosok perutnya yang berasa lapar itu.

"Zara pun dah lapar ni. Jom sayang." Tengku Zaralyn yang kini sudah tegak berdiri menarik tangan suaminya bangun dari dudukkan itu. Rykal bingkas bangun disertai oleh kedua-dua mertuanya itu.

Mereka terus menuju ke meja makan yang kini dipenuhi dengan pelbagai aneka masakan. Yang menarik perhatian Rykal cumalah ikan keli sambal tumis yang terlihat enak itu. Membutang matanya saat masakan itu singgah di anak matanya.

"jemput duduk Rykal. Mummy yang minta Mak Kiah masakan. Kata ibu kamu, kamu sukakan ikan keli sambal tumis ni. Itu yang mummy suruh masakan."

"Wah..!!! tidur lena lah Rykal malam ni. Terubat rindu dengan si ikan keli." kata Rykal dengan senyuman yang terukir manis dibibirnya. Dia terus melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan dengan Tengku Zaralyn.

"Sebelum ni tak boleh tidur lena ker? Kamu berdua buat apa yang tak lena?." kata-kata usikan dari Tengku Mansur yang kini menanti nasi dicidukkan ke dalam pinggannya oleh Mak Kiah.

"Merepek jer Daddy ni. Dah lah makan semua. Malu Zara macam ni." Tengku Maria dan Tengku Mansur melepaskan tawa kecil. Rykal pula tersenyum riang. Setelah nasi sudah dicidukkan oleh Susanti Rykal terus mengambil lauk kegemarannya itu.

Menjamu selera lah mereka seisi keluarga dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan pemanis mulut. Tengku Zaralyn juga makan dengan seleranya. Sejak sudah berumah tangga ini, selera makannya lain macam sedikit. Dia agak kuat makan sekarang.

***********************************

"Ehh..macam mana kau boleh keluar dengan dato tu? kau hak aku tau. Aku dah bayar pada Izhar untuk simpan kau untuk aku seorang saja. Ni dah langgar perjanjian ni." bentak Hazril sambil tangannya kuat mencengkam lengan Nurish itu. Nurish sedikit terperanjat dengan rentapan kuat itu.

Hazril menekan kuat dada itu ke dinding. Kelihatan Dato Basir keluar dari bilik itu dengan pakaian yang kurang kemas. Dia berlalu pergi dengan sergihan tanpa menghiraukan pertingkahan antara Nurish dan Hazril.

"Heii..!! lepaskan aku lah." Nurish cuba melepaskan dirinya. Namun Hazril masih kuat menekan tubuhnya rapat ke dinding.

"Aku dah beli kau dengan harga mahal tau. Kau khianat aku..sial punya perempuan. Mari sini kau." Tekanan dada itu dilepaskan. Lalu Hazril menarik tangan Nurish kuat mengikuti langkahnya.

Nurish diheret tanpa belas kasihan. Airmatanya tidak menitis sama sekali. Dia sudah lali dikasari sebelum ini. Kini dia menjadi lebih kental dan liar.

"Aku bawa kau jumpa Izhar sekarang. Biar kau tengok sendiri surat perjanjian kau tu. Kau ni jenis perempuan yang tak cukup dengan satu." Hazril dengan kata-kata hinaannya.

"Hey..jantan tak guna. Kau pun apa kurangnya. Isteri dekat rumah tu sedang sarat. Dia sibuk cari betina lain. Patut lah Tengku Zaralyn tinggalkan kau. Perangai iblis." Nurish mula memberontak. Kini mereka tiba di lobi hotel.

Cengkaman tadi dilepaskan Hazril. Langsung dia memandang wajah perempuan didepannya.

"Kau sebut nama siapa tadi?." soal Hazril dan mendekati tubuh Nurish.

"Kenapa? mesti kau tertanya-tanya macam mana aku boleh tahu tentang Tengku Zaralyn kan. Kau lupa ker kau pernah cerita tentang kisah silam kau bersama Tengku Zaralyn dulu. Kau tak ingat ker?." soal Nurish dengan reaksi tidak puas hatinya.

"Jom masuk kereta. Kita cakap di dalam. Panas lah." Hazril memaut tangan itu dan menuju ke tempat letak kereta.

Masuklah mereka ke dalam perut kereta itu. Enjin dihidupkan lalu kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan tempat letak kereta itu.

"Kau kenal ker siapa Tengku Zaralyn? Ataupun cuma tahu lepas aku cerita pada kau dulu tentang nama tu?." Hazril mula menyoal Nurish. Dengan mimik muka Nurish, dia yakin bahawa Nurish tahu sesuatu tentang Tengku Zaralyn. Kerana sebelum ini dia cuma ceritakan perjalanan cinta antara dirinya dan Tengku Zaralyn sahaja. Tidak lebih dari itu.

"Aku kenal suami dia. Bekas teman lelaki aku. Rasanya kita boleh bekerjasama untuk dapatkan hak masing-masing. Aku dapat Rykal. Kau dapat Tengku Zaralyn."

Pemanduan itu masih terkawal. Hazril mendengar dengan tenang dan dia mempunyai aturannya sendiri. Bagaimana untuk menjerat Tengku Zaralyn ke pangkuannya semula.?

"Dan kau mesti mahukan ganjaran kan? Berapa kau nak?. Kalau ianya berbaloi aku setuju dengan plan kau." soal Hazril lagi.

"Aku tak perlukan duit kau. Aku cuma nak kau bebaskan aku dari cengkaman Izhar."

"Huhh...kau ingat senang ker nak bawa keluar kau dari Izhar tu. Dia banyak kaki jaga tau. Mati penghujungnya." jawab Hazril tidak sanggup dengan permintaan dari Nurish. Sememangnya kuasa besar Izhar sukar dibanteras dan dibawa bincang. Keputusan untuk melarikan Nurish adalah kerja gila baginya.

"Aku tak minta kau bawa aku lari senyap-senyap. Kau beli aku dari dia dan minta dia lepaskan aku." cadang Nurish lagi.

"Cik Nurish oii..aku booking kau pun dah makan ribu, inikan nak beli kau dari dia. Memang tak lah. Aku mana ada duit. Yang kaya tu bini aku. Ni kereta ni pun dia punya tau." jelas Hazril lagi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nurish melepaskan tawa kecil dengan tangan yang memeluk tubuh itu.

"Cis..!! hmm..tak ada duit rupanya. Habis kau booking aku ni ambil duit bini kau ker? kesian kau ni Hazril. Ada bini, bini tak pandai jaga pula." sindiran itu tidak dihiraukan Hazril.

Kereta dipandu Hazril kini memasuki perkarangan rumah banglo milik Izhar yang dibeli khas untuk kerja-kerja haramnya. Nurish sedikit gementar takut jika berlaku kekecohan antara Izhar dan Hazril melibatkan dirinya. Namun dia terpaksa bersemuka dengan kedua-duanya. Keluarlah mereka dan menuju ke pintu utama. Kelihatan para pengawal peribadi sedang menunggu dimuka pintu itu.

Nurish berlagak selamba dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Dia harus kawal gementarnya untuk bertemu dengan Izhar.

**********************************

"Kami bercadang nak balik kampung esok Daddy, Mummy..bawa Zara kenal-kenal saudara dan orang-orang kampung." Rykal sekadar memberitahu tentang rancangan mereka untuk pulang ke kampung halamannya. Tengku Zaralyn sekadar mengangguk perlahan bersama senyuman terukir buat kedua orang tuanya.

"Baguslah kalau macam tu. Daddy tahu Zara pasti rindu suasana kampung kan." Jawab Tengku Mansur dengan perasaan teruja. Sungguh dia bersenang hati dengan apa yang disampaikan oleh Rykal sebentar tadi.

"Bertolak bila tu? Teringin juga Mummy nak ke sana. Nanti bila lapang sikit Mummy nak ke sana lah. Boleh hirup udara segar. Terapi minda kata orang." Kenyamanan suasana kampung terbayang di fikiran Tengku Maria. Kampung halaman arwah ibunya mula dikenang.

Kini tanah kampung itu sudahpun dijual oleh adiknya Tengku Mazlan tanpa pengetahuannya sebelum ini. Sungguh dia kecewa atas tindakan bodoh adiknya itu. Namun nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah cuba untuk membeli semula tanah serta rumah peninggalan arwah ibunya itu, tetapi pemilik baharu itu tidak mahu menjualnya.

"Kami bertolak pagi. Boleh saja Mummy. Tapi rumah kami tu rumah kampung saja. Insyaallah..masih selesa dan cantik." Rykal mula merendahkan diri meskipun dia tahu keluarga itu tidaklah memilih sangat dalam hal sebegini.

"Ish..apa cakap macam tu. Mummy tak kisah. Janji tidur malam tak kena embun sudah." Balas Tengku Maria lagi. Mereka sekadar melemparkan senyuman antara satu sama lain.

"Kamu berdua ni tak rancang nak honeymoon ker?." soal Tengku Mansur dengan satu sergihan.

"Buat masa sekarang Zara tak plan lagi Daddy. Tengoklah bulan depan macam mana." jelas Tengku Zaralyn sambil bersandar di bahu suaminya itu..

"Baguslah kalau macam tu. Mummy nak cucu dari Rykal dan Zara pula. Mesti comel kan Abang. " Tengku Maria tersenyum riang dengan hati yang berbunga-bunga itu.

Rykal dan Tengku Zaralyn tersimpul malu. Sememangnya mereka sudah merancang untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin. Tetapi siapa kita untuk menetapkan. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.
Usaha dan sabar kunci kemenangan.

Alhamdulillah..maaf yg bertanya kenapa Amyz lmbt update sejak akhir-akhir ni. Amyz busy syg²ku..maaf sangat ². Apa-apapun Amyz akn tetap update hingga ke pengakhirannya..°_°

Share this novel

Amyz Nazifa
2021-03-16 08:23:12 

morning..:-) welcome dear..miss u too

Amyz Nazifa
2021-03-16 08:23:12 

morning..:-) welcome dear..miss u too

YAZNI-ERNIE
2021-03-16 08:20:45 

morning dear, tqvm. miss u, so much


NovelPlus Premium

The best ads free experience