Bab 8 BOYFRIEND HANDSOME

Romance Series 114601

Tengku Maria cuba menghubungi anak gadisnya. Kerisauan terhadap anak gadisnya mula timbul sejak Tengku Mansur memberitahu bahawa Tengku Zaralyn tidak masuk pejabat hari ini.

"Hello..!! Tengku Zara. Are you okay? Mummy risau sebab daddy cakap Zara tak masuk office hari ini. Where are you sayang?." soal Tengku Maria lembut.

"Hello..mummy!! Zara tak sihat sikit. Sekarang ada di rumah jer. Don't worry. I'm okay." jelas Tengku Zaralyn.

"Zara demam? Ni dah makan ubat ke belum?" soal Tengku Maria lagi.

"Dah mummy. Rykal jaga Zara elok jer."

"Ohh..ada orang tengokkan. Lega hati mummy dengar. Tunggu tau mummy dengan daddy ke sana sekarang."

"Lah..nak datang ker? Okay lah. Zara tunggu."

"okay..bye sayang.!!"

"bye..!!"

Talian diputuskan. Tengku Zaralyn cuba bangun dari tidurnya lalu bersandar di kepala katil itu. Rambut disisir menggunakan jari dengan jar jemarinya.

"knock...!! knock..!!"

Bunyi ketukan pintu dari luar.

"Ya masuk lah."

Rykal masuk dengan membawa sebekas air dan sehelai tuala kecil.

"Degil kan Tengku ni. Saya suruh tidur dan rehat masih dengan keras kepalanya dia bangun semula. Nanti jatuh lagi saya yang susah." leter Rykal.

"Boleh awak dukung saya lagi. Seronok pulak awak dukung." kata Tengku Zaralyn lagi dengan senyuman manisnya.

" Memang seronok pun. Saya pun seronok sakit pinggang." sindir Rykal lagi.

Senyuman berbalas senyuman. Cinta makin berputik. Hati kian bersatu. Rindu sebagai saksinya.

'Saya bahagia awak ada Rykal. Awak terlalu biasa bagi saya. Entah kenapa hati ni makin tertarik untuk terus mengenali awak.' berbisik hati Tengku Zaralyn bersama senyumannya.

Rykal meletakkan bekas berisi air itu disebelah katil tersebut. Lalu kedua-dua bahu Tengku Zaralyn di pegang dan dipaksanya tidur semula.

"Ehh..apa awak nak buat ni?" Tengku Zaralyn sedikit terperanjat dengan tindakan Rykal. Kerutan penuh didahinya.

"Saya tak apa-apakan Tengku lah. Nak letak sapu tangan basah ni didahi jer. Dah tidur cepat. Saya nak balik ke bilik ni."

Tengku Zaralyn kembali tenang. Dia menuruti sahaja kehendak Rykal. Berbaring dengan penuh tertib. Takut jika pakaiannya terselak hingga menampakkan tubuhnya.

Rykal mengambil tuala kecil itu lalu dibasahkan. Diperahnya tuala kecil itu dan diletakkan didahi Tengku Zaralyn. Tengku Zaralyn tidak jemu menatap wajah tampan itu. Rykal seakan-akan tidak menyedari tingkah Tengku Zaralyn itu.

"Rykal..awak jangan balik dulu yer."

"Kenapa pulak Tengku? Saya tak boleh tidur sini. Nanti kena cekup macam mana?." Kata Rykal lagi.

"Bukan saya suruh awak tidur sini. Daddy dan mummy saya nak datang. Awak tunggu lah kejap yer."

"Allahuakbar..bila nak datang ? mati saya kalau mereka tahu saya masuk ke dalam bilik Tengku ni. Saya pulak malu lah nak jumpa dengan orang tua Tengku."

Wajah lelaki itu mula kebiruan. Cuak saat mendengar bahawa Tengku Mansur dan Tengku Maria akan datang ke rumah itu.

Tengku Zaralyn melepaskan tawa kecil. Lucu melihat telatah Rykal yang kini sedang mundar-mandir di ruang itu.

"Awak..kita kahwin yer. Kejap lagi mummy dengan daddy sampai kita bincang."

Rykal berhenti dari mundar mandirnya.

"Tengku dah fikir masak-masak ker ni? Tak menyesal ker?." soal Rykal dengan wajah yang serius. Berdiri dia di tepi katil itu.

"Saya ikhlas terima awak sebagai suami saya yang sah. Awak sudi kan Rykal." Tubuh itu mula mengiring. Tuala kecil didahinya mula gelongsor jatuh.

"Saya tak mahu Tengku silap memilih saya. Sekarang biar saya keluar dulu. Saya tunggu dibawah. Nanti apa-apa saya bagitahu." Rykal terus meninggalkan Tengku Zaralyn bersendirian di dalam bilik itu.

Tengku Zaralyn tersenyum riang. Didalam hati doa dipanjatkan sentiasa. Pintu bilik ditutup rapat oleh Rykal. Sejuk tubuhnya saat ini.

'Semoga kau menjadi milikku Rykal Wazir. Haraoan agar yang maha esa meredhai dan mempermudahkan segala urusan kita.' bisik Tengku Zaralyn dalam hati.

Rykal menuruni anak tangga itu dengan sedikit gelojoh. Terus ke pintu utama lalu dikuakkan pintu itu.

'Seram pulak aku dengan Tengku ni. Rasa lain macam. Naik semua bulu-bulu ni. Tapi tak dinafikan, aku juga dah jatuh cinta pada dia ya tuhanku. Andai dia jodohku, kau permudahkan segala urusan dan semoga mendapat restu dari kedua-dua belah pihak.'

Kasut disarungkan dan dia duduk di kerusi berhampiran. Sungguh tubuhnya sedikit gementar saat ini. Mula membayangkan apa reaksi dari keluarga kenamaan itu sebentar lagi. Adakah dia diterima baik ataupun sebaliknya.

Cahaya lampu kereta yang menyuluh segenap ruang itu menambahkan lagi getaran tubuh itu. Terbangun dia dari duduknya. Rambut disisir rapi hanya menggunakan jari.

Kelihatan dua kanak-kanak melulu keluar dari perut kereta tersebut kearahnya.

"Uncle..!! uncle..!! ..uncle ni boyfriend Aunty Zara kan? Mana Aunty?."

"Uncle ni maid la sayang. Aunty Zara ada dekat atas dalam bilik. Pergilah masuk." Rykal yang melutut sambil memegang tangan Tengku Rabella dan Tengku Raziq itu menjelaskan.

"Ada ker maid lelaki?." soal Tengku Raziq pula.

"Ada..uncle lah orang tu." jawab Rykal selamba.

Kelihatan beberapa orang dewasa keluar dari perut kereta tersebut yang kini berada di garaj kereta. Mereka menghampiri Rykal dan anak kecil itu. Rykal bangun berdiri semula.

"Assalamualaikum.." laung Tengku Mansur.

"Waalaikumussalam..masuklah err...Tengku Mansur. Tengku Zaralyn sedang berehat diatas." jawab Rykal sedikit gagap.

"Ni tentu Rykal kan?." soal Tengku Maria pula sambil tersenyum.

"Yer saya, Rykal Wazir. Orang gaji Tengku Zaralyn." jelas Rykal lagi untuk memperkenalkan diri.

"Jom masuk sekali. Boleh berbual kenal-kenal." pelawa Tengku Mansur.

Rykal tanpa membantah terus mengekori Tengku Mansur. Tengku Maria sudahpun masuk dan naik ke atas untuk bertemu dengan anak gadisnya. Tengku Mansur melabuhkan punggung di sofa ruang tamu itu. Manakala Rykal hanya berdiri dan menanti tindakan Tengku Mansur seterusnya.

"Ehh..boleh pulak dia tercegat disitu. Mari duduk sini." Tegur Tengku Mansur lagi.

"Err.. saya ke dapur sekejap. Buatkan air." Rykal terus menapakkan kaki menuju ke arah dapur untuk sediakan minuman untuk tetamu itu.

'Baiknya keluarga ni. Tak sombong seperti yang aku sangka.' puji Rykal dalam hati.

Mula sediakan minuman dan memotong beberapa jurai kek lalu diletakkan di atas dulang.

*************************************

Tengku Zaralyn bangun dari pembaringannya setelah anak-anak buahnya masuk dan keriuhan dalam kamr tersebut. Duduk bersandar dikepala katil itu.

"Aunty..tadikan Bella jumpa dengan boyfriend Aunty dekat luar tu. Handsome macam daddy Bella." kata anak kecil itu.

"Siapa yang cakap dengan Bella tu boyfriend Aunty?."

"Tok daddy yang cakap masa dalam car tadi." jelas Tengku Rabella. Tengku Raziq hanya melompat-lompat di atas katil empuk itu tanpa menghiraukan perbualan antara ibu saudara dan kakaknya itu.

"Tok daddy cakap? Handsome yer? Bella suka ker kalau aunty kahwin dengan boyfriend handsome tu?."

"Boyfriend handsome tu boleh belanja aiskrim tak?."

"Mestilah belanja. Bella suka tak aunty tanya ni."

"Bella suka la kalau belanja aiskrim." jawab anak kecil itu.

"Tok mummy pun suka. Nampak baik orangnya." Tengku Maria yang baru memasuki ruang itu mencelah.

"Mummy ni. Malu Zara tau." rengek Tengku Zaralyn. Kaki diturunkan dari katil. Tengku Maria turut melabuhkan punggung di sebelah Tengku Rabella di katil itu.

" Malu apanya? Mummy suka dia Tengku Zaralyn." jawab Tengku Maria ikhlas bersama senyuman.

" Zara tak kisah kalau dia setuju. Tapi dia macam nak tak nak jer." Dahi Tengku Zaralyn disentuh ibunya.

"Ni dah tak panas pun badan. Dah baik ni." Kata Tengku Maria.

"Tengok lah siapa jaga. Mummy tahu tak. Bubur yang Rykal buat tu sedap sangat. Pandainya dia masak mummy."

"Ye ker? Bertuah Zara kalau dia setuju nak jadi suami Zara." pujian itu membuatkan Tengku Zaralyn tersenyum simpul.

Tengku Zaralyn bersandar dibahu ibunya itu melepaskan kerinduan selepas dua hari tidak bertemu. Tengku Maria senang dengan perbuatan anak gadisnya itu.

"Jom turun. Daddy tunggu di bawah tu." ajakan Tengku Maria membuatkan Tengku Zaralyn bingkas bangun menuju ke almari soleknya.

Anak-anak kecil itu turun ke bawah bersama nenek mereka. Tengku Zaralyn pula sedang menyisir rambut itu hanya terdiam sambil merancang apa yang patut diperkatakan sebentar lagi tentang dirinya dan Rykal. Adakah Rykal setuju atau sebaliknya?."

Done publish..tq semua..tggu next chapter esok pulak yer.. muuahh..

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-02-07 09:12:00 

ooook....sorry dear. salam.takziah

YAZNI-ERNIE
2021-02-06 23:33:55 

dear....bila nk update lg ni

YAZNI-ERNIE
2021-02-05 17:49:49 

hi dear. best citer ni. i baru baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience