Bab 28 LOYA

Romance Series 114601

Keindahan kampung itu diterokai. Udara segar dihirup sepuasnya. Deruan angin membelah helaian rambut. Kicauan burung bersama-sama bernyanyi riang disepanjang pengembaraan itu.

Tengku Zaralyn memeluk erat tubuh suaminya dari belakang. Rykal yang sedang menunggang motosikal itu tidak henti-henti bercerita tentang keindahan dan keistimewaan kampung halamannya.

"Okay..kita dah sampai di sungai abang selalu mandi manda dulu. Lepas tu ayah datang bawa rotan. Kami semua lari lintang-pukang selamatkan diri." Cerita Rykal mengenai kisah kegemilangan dizaman kanak-kanaknya. Mereka turun dari motosikal itu lalu melabuhkan punggung di sebatang kayu tumbang yang terletak dipinggir sungai berdehuhan pohon yang rendang itu.

"Nakal yer abang..Saya dulu dengan Tengku Izkandar asyik terperap dalam rumah. Mummy and daddy sibuk kerja. Pagi ke sekolah, petang tuisyen and malam kelas mengaji Al-Quran. Lepas habis mengaji Al-Quran, buat homework and ulangkaji pelajaran. Baru boleh tidur. Masa untuk spent time dengan family pun sangat limited. Tu pun kadang hujung minggu mummy and daddy ada event. Tinggallah kami dengan maid sahaja." jelas Tengku Zaralyn sambil merenung air sungai yang mengalir tenang itu.

"Bila waktunya balik ke kampung nenek?." sial Rykal ingin tahu lebih lagi tentang pengalaman isterinya itu.

"Time cuti panjang, daddy akan hantar kami ke kampung nenek. Hmm..waktu itulah kami boleh berseronok. Tapi tak lama pun kami boleh bermanja dengan nenek. Nenek meninggal waktu saya masih di tingkatan satu tahun tu. Lepas tu tanah dan rumah dijual oleh Pak Usu. Dah tak merasa lah suasana kampung lepas tu. Alhamdulillah.. sekarang dapat merasai semula. Terubatlah rindu pada arwah nenek." jelas Tengku Zaralyn sambil tersenyum kelat. Wajah Rykal direnungnya.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu?." Rykal mengerutkan dahinya.

"Saya nak tanya abang soal Nurish? siapa sebenarnya Nurish?." soalan itu membuatkan Rykal sedikit gelabah. Entah mengapa soalan itu diajukan Tengku Zaralyn buatnya.

"Errrg..!!." Rykal cuba untuk menjelaskan. Tetapi entah mengapa susah untuk merungkap kisah mengenai dirinya dan Nurish.

"Saya tahu kisah tentang abang dan Nurish..Abang tak perlu jelaskan. Saya tak marah sebab itu masa lalu abang. Saya cuma nak abang hargai saya untuk masa depan abang. Saya juga tahu siapa Nurish sekarang dan dimana dia tinggal." Tengku Zaralyn menyampaikan maklumat tentang Nurish yang sudah diketahuinya melalui beberapa orang suruhannya.

"Sayang tahu siapa Nurish? Apa yang sayang tahu?." Soal Rykal dengan seribu tanda tanya.

"Nurish yang dulunya seorang gadis bertudung litup dan sopan santun serta berbudi bahasa. Kini dia berubah menjadi seorang gadis kelab malam serta pemuas nafsu lelaki tak guna. Dia juga bekas kekasih abang satu ketika dulu. Abang ditinggalkan Nurish kan? Nurish curang pada abang."

Tengku Zaralyn mula menyandarkan kepalanya di bahu Rykal. Dia masih tenang namun tidak bagi Rykal. Rykal mula tidak senang hati kerana risau jika Tengku Zaralyn kembali meracau-racau apabila dia mengalami tekanan perasaan.

"Sudahlah sayang. Kita tak usah cakap soal masa lalu. Kita fikir tentang kita saja. Abang sayangkan awak lebih dari nyawa abang. Abang tak nak tengok awak sakit lagi. Tolong sayangg...please..!!."

Rykal merangkul pinggang isterinya itu erat dengan sebelah tangannya. Sebelah lagi tangan mengusap lembut dahi isterinya itu. Tengku Zaralyn diam sambil menikmati angin yang bertiup lembut itu bersama belaian seorang suami.

"Jom kita balik. Hari pun dah senja ni. Esok kita keluar ronda-ronda pusing kampung lagi." ajak Rykal. Tengku Zaralyn yang tadinya memejamkan mata kembali celik dengan senyuman manis.

"Jom..!!". Tengku Zaralyn mengiyakan sahaja. Lalu mereka pun bangun dari tunggul kayu itu lalu menuju ke arah motosikal yang tidak jauh dari situ. Bergeraklah mereka dengan motosikal itu bertemankan langit yang mula kemerah-merahan menanti tenggelamnya matahari.

***********************************

Hazril menerima panggilan daripada Nurish berkali-kali. Namun dia tidak berani untuk menjawab panggilan itu memandangkan Lydia asyik berkepit dengannya sejak beberapa hari ini.

Telefon bimbitnya disenyapkan bagi mengelak isterinya mendengar panggilan serta sms yang berkerumun memasuki di skrin telefonnya. Terpaksalah dia menangguhkan rancangannya bersama dengan Nurish untuk beberapa hari ini sebelum keadaan kembali reda.

"You cuba tengok baju baby ni. Cantik kan sayang??. I berkenan sangat. Kita beli yer sayang??." soal Lydia dengan rengekan manja.

"Kalau dah cantik beli saja. You tak perlu tanya I. Lagipun you beli guna duit you juga." Hazril mula bersuara.

"Betul juga kan..Bukan guna duit you. You mana lah ada duit sendiri. Semua harapkan I."

Kata-kata Lydia itu mengguris hati Hazril. Namun dia masih dengan lagak selambanya. Didalam hati pelbagai kata-kata sumpahan terluah untuk sang isteri. Tidak keruan juga saat mengingati Nurish yang telah lama menantikan kehadirannya di bilik hotel itu.

'Aduh.. perempuan ni pun lambat lagi nak tidur. Aku dah menyampah melayan dia ni. Apa alasan aku untuk keluar yer?. Aduhh...nanti mesti Nurish lari lagi.' Berkata Hazril dalam hati.

Lydia masih asyik dengan telefon bimbitnya. Tidak pedulikan langsung dengan Hazril yang sejak tadi seperti terpaku diruang bilik itu. Mati kutu dibuatnya. Entah apa yang patut dilakukan untuk mengisi masa yang dibazirkan itu.

***********************************

"Aku dah tahu apa dia buat di Kuala Lumpur tu. Dah jadi anak yang tak berguna. Jual maruah sendiri. Dia conteng arang ke muka mak bapak dia. Aku tak benarkan dia jejakkan kakinya ke rumah ni lagi. Kamu jangan pandai-pandai minta dia balik melutut di kaki aku. Aku tak ingin tatap muka jijik tu lagi."

Pak Hassan berang saat mengetahui kisah sebenar tentang anak gadis mereka iaitu Nurish. Sungguh dia tidak percaya apa yang diketahuinya, namun itulah hakikat yang sebenar-benarnya.

"Abang tahu dari mana? Saya tak percaya lah anak kita sanggup buat macam tu. Dia anak yang baik. Kita panggil dia balik dan dengar sendiri penjelasan dari dia. Mungkin ni semua fitnah."

Mak Esah masih tidak percaya akan berita yang disampaikan. Sememangnya Nurish adalah anak yang tidak banyak kerenahnya sejak kecil lagi. Anak yang disangkakan bisa mengubah kehidupan mereka agar lebih baik dan sempurna

"Aku dah cakap aku haramkan kaki dia pijak tanah aku ni. Aku tak perlu dengar lagi penjelasan dari dia. Kalau dia dipihak yang benar, mengapa dia tidak berusaha untuk bebas dari kehidupan macam tu. Dia buang kita dan dia pilih dengan cara hidup dia. Dia bukan lagi anak aku dan bukan lagi darah daging aku. Anak aku Nurish Balqis sudah lama mati."

Tempik Pak Hassan lagi. Rengusan kasar dilepaskan. Dia beredar dari ruang tamu itu meninggalkan Mak Esah yang sedu sedan menangisi kejadian yang berlaku pada keluarganya saat ini. Remuk hatinya. Meskipun Pak Hassan sudahpun melemparkan kata-kata pemisah antara dia dan darah dagingnya sendiri, Mak Esah tetap memlilih untuk membela nasib anaknya. Berat hatinya untuk mengiyakan apa yang telah terungkai itu. Dia masih percaya yang Nurish masih lagi Nurish yang dulu. Anak yang sopan dan lemah lembut berbudi bahasa.

*****************************

Nurish yang kini lemah dan tiada daya lagi akibat asyik muntah sejak tadi merebahkan tubuhnya diatas katil itu. Telefon bimbitnya dicapai. Lalu terus dan terus mendail nombor telefon Hazril. Sudah beberapa kali dia menghubungi lelaki itu, namun hingga kini masih tiada jawapan.

'Kau dimana Hazril? Kau tak sihat ni. Tolong bawakan aku ke hospital. Aku dah penat muntah ni.' Rengek kecil dari Nurish. Namun rengekan itu tidak didengari sesiapa pun.

Mata cuba dipejam. Rasa loya tidak hilang dari tekaknya. Entah apa lagi yang harus dilakukan untuk menghilangkannya. Perutnya juga sudah kosong dek kerana asyik muntah sejak pagi tadi.

Kelibat Hazril masih dinantinya. Kini hanya pada lelaki itu tempatnya meluahkan dan meminta pertolongan. Izhar sudahpun menjualnya pada Hazril selepas dia dibelasah hebat beberapa hari lepas.

Mahu sahaja dia melarikan diri. Namun dengan kekosongan duit poket, dia terpaksa melupakan hasratnya itu. Kini mata hitam itu dipejam rapat.

Ada sambungan.. khas untuk anda yg menanti BJM..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience