Hari yang ditunggu tiba. Majlis serba ringkas bertemakan warna putih penambah seri pengantin baharu. Rykal mengenakan baju melayu berwarna putih bersama sampin. Segak bersongkok hitam. Sangat ringkas namun tetap terserlah machonya.
Majlis didatangi oleh para sahabat handai dan saudara mara terdekat. Rykal bermalam di sebuah rumah penginapan yang ditempah khas olehnya untuk sanak saudara. Rumah penginapan yang tidak jauh dari rumah Tengku Mansur.
"Dah siap ker? Dah nak masuk Zohor ni." Soal Puan Nina pada anak terunanya itu.
"Dah mak long. Badrul pun tak pandai sangat nak pakaikan sampin ni. Okay tak?." kata sepupu kepada Rykal iaitu Badrul. Umurnya sebaya dengan Rykal. Mereka sangat rapat sejak kecil lagi.
"Ehh. okay sangat dah tu. Handsome dah anak Mak Long tu." Puji Puan Nina dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
"Orang dah handsome. Pakai apa pun tetap handsome." puji Rykal sendiri. Sergihan padu buat sepupu kesayangannya itu.
"Ehh.. perasan pula dia. Dah cepat." tegas Puan Nina lagi sambil berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu.
"Dah memang handsome. Lain lah dengan aku ni. Sampai sekarang tak ada girlfriend. Hmm.." keluh Badrul dihujung percakapannya.
"Sapa yang cakap kau tak handsome tu? Mesti orang tu buta. Kau handsome apa. Tapi tak boleh lawan ke handsome man aku lah." gelak ketawa memecah ruang itu.
Mereka pun berjalan keluar dari bilik tersebut untuk berangkat ke kediaman Tengku Mansur. Majlis akad ini akan berlangsung di kediaman itu.
Beberapa dulang hantaran dibawa oleh sanak saudaranya. Suasana agak keriuhan bagaikan pasar malam. Masing-masing sangat teruja dengan pernikahan Rykal yang dibuat secara mengejut ini.
Beberapa buah kereta milik sanak saudaranya sudahpun mula keluar beriringan. Rykal merasa semakin kuat degupan jantungnya. Didalam hati juga tidak henti-henti berdoa agar majlis berjalan lancar.
*****************************************
Selendang putih yang dililitkan dikepala gadis itu menyerlahkan lagi keayuannya. Solekan juga tidak begitu tebal. Tengku Zaralyn sememangnya tidak begitu menyukai wajahnya disolek.
Namun untuk penambah seri, dia akur untuk mencalitkan sedikit solekan diwajahnya. Kini sudah lengkap segala perhiasan dipakaikan ditubuhnya.
"Okay..dah siap. Zara boleh tengok apa yang rasa masih kurang. Or nak tambahkan sedikit lagi lipstick? ." soal ibu saudara Tengku Zaralyn iaitu Tengku Zakia.
"No.. cukup dah lipstick ni. Ni pun rasa terang sangat. Zara rasa macam dah okay aunty. Perfect sangat." jawab Tengku Zaralyn yang sedang menatap wajahnya dicermin almari solek itu.
"okay..Cuba bangun. Aunty nak tengok Zara berdiri." arah wanita itu.
Tengku Zaralyn bangun berdiri dan memusingkan sedikit tubuhnya. Baju yang dipenuhi dengan batu-batu kecil itu menyerlahkan lagi keayuannya. Sungguh mempesona tiap mata yang memandang.
" Omg..so elegant. Malam nanti majlis bersanding Zara pakai baju apa?." soal Tengku Zakia lagi.
"Hmm...Gaun aunty. Warna putih jugak." jawab Tengku Zaralyn ringkas.
"Warna favourite ker apa ni? semua putih." Tengku Zakia mengemas barang soleknya yang berselerak di atas almari solek itu.
Tengku Zaralyn pula asyik memandang ke luar jendela. Mungkin sedang menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki.
"Tak lah favourite sangat. Cuma senang nak gayakan dan mudah nak dipadankan dengan apa-apa aksesori pun."
"Betul tu. Tak kah pening kepala sangat nak cari itu ini supaya match dengan yang lain."
"Arrghhh...!!."
"Kenapa ni Zara. Ada lipas ker? or tikus?." terperanjat wanita itu dengan jeritan Tengku Zaralyn.
"Rombongan dah sampaiii..." jawab Tengku Zaralyn yang kini menekup mulutnya.
"Ishh..Zara ni. Terkejut Aunty tau. Ingatkan apalah tadi." Tengku Zakia juga menjengah ke luar jendela. Kelihatan beberapa buah kereta memenuhi ruang hadapan rumah.
"Zara..!! Zara..!! jerit Tengku Maria memanggil Tengku Zaralyn.
"Yer mummy..Zara dah siap ni."
Pintu bilik itu dikuak. Tengku Maria memasuki bilik itu dengan penuh seri diwajahnya.
"Wah .. cantiknya awak solekan. Dah boleh jadi mak andam dah." pujian Tengku Maria buat adik iparnya Tengku Zakia.
"Ada-ada jer Akak ni. Biasa-biasa jer. Dah anak dara pun cantik kan. Tak perlu solek tebal-tebal." jawab Tengku Zakia.
"Tok jadi dah sampai ker belum mummy?." Tengku Zaralyn mencelah.
"Dah..sampai sebelum rombongan sampai tadi lagi. Dah jom turun." ajak Tengku Maria.
"Mummy..kejap." tangan Tengku Maria di tarik oleh Tengku Zaralyn lalu digenggamnya erat.
"Kenapa ni?." soal Tengku Maria dengan kerutan didahinya.
"Mummy..Zara nak minta mummy ampunkan segala dosa Zara. Mummy halalkan makan minum Zara ye. Zara mohon restu dari mummy. Doakan pernikahan ni berkat dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah." matanya mula berkaca. Airmata mula berlinangan.
"Zara.. Mummy dah halalkan semua untuk Zara. Zara jadi isteri yang solehah ye. Jaga makan minum pakai suami tu baik-baik. Walaupun Rykal boleh lakukan sendiri, kita sebagai isteri tetap kena jalankan tanggungjawab kita sebagai isteri. Mummy sentiasa doakan kebahagiaan anak-anak mummy." Airmata bercucuran jatuh membasahi pipi. Tengku Maria memeluk tubuh Tengku Zaralyn erat.
Kedua-dua beranak itu melepaskan rasa sayu disaksikan oleh Tengku Zakia. Tengku Zakia hanya melemparkan senyuman melihat babak itu.
"Okay..jom turun. Tengku Zakia tolong lapkan airmata pengantin baru ni."
Pelukan terlerai. Setelah airmata dilap, mereka pun menuruni anak tangga itu dengan penuh hati-hati. Seluruh ruang itu dipenuhi dengan orang ramai. Tengku Zaralyn tidak langsung menganggkat wajahnya. Dia hanya tertunduk melihat anak-anak tangga yang dituruninya itu. Tangan yang digenggam erat Tengku Maria diperkemaskan oleh Tengku Zaralyn.
Dia diiringi ke pelamin yang terhias indah. Melabuhkan punggung di kerusi pelamin itu.
"Baiklah.. memandangkan semua dah ada ni. Kita mulakan majlis ni ye. Kata tok kadi yang kini bersila dihadapan Rykal. Sekali sekala Rykal cuba melirikan matanya kearah Tengku Zaralyn. Tidak tahan dengan keayuan bakal isterinya itu.
"Yer..silakan." kata Tengku Mansur.
Beberapa soalan diajukan kepada Rykal sebelum akad dilafazkan. Rykal menjawabnya tanpa gagap sedikit pun. Itu membuatkan semua yang hadir merasa tenang.
"Baiklah..kita mulakan akad yer. Kamu dah bersedia pengantin lelaki?." soal tok kadi itu pada Rykal.
"Insyaallah..dah Tok." jawab Rykal ringkas.
"Baiklah..kita mulakan."
Rykal masih tenang. Namun jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Tangannya menggapai tangan jurunikah itu yang telah menghulurkan tangannya.
"Rykal Wazir bin Sahar, Aku nikahkan engkau dengan Tengku Zaralyn binti Tengku Mansur dengan mas kahwin sebanyak RM1001 beserta sebentuk cincin dibayar tunai."
"Aku terima nikahnya Tengku Zaralyn Binti Tengku Mansur dengan mas kahwin sebanyak tersebut."
Semua saksi membuat pengesahan sah pada jurunikah itu. Dengan sekali lafaz sahaja Tengku Zaralyn menjadi isteri Rykal Wazir yang sah.
Semua para tetamu yang hadir memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan masjid yang baru terbina sebentar tadi. Doa kesyukuran dipanjatkan oleh seorang ustaz yang hadir bersama jurunikah itu.
Setelah doa yang dialunkan tamat, majlis diteruskan dengan ucapan pembatalan air sembahyang. Rykal bangun dari duduknya lalu menuju ke arah pelamin itu.
"Assalamualaikum..!! seru Rykal memberi salam pada isterinya.
"Waalaikumussalam..!!"
Rykal melabuhkan punggung di kerusi pelamin itu bersama-sama dengan isterinya. Dulang yang berisi cincin emas dihulurkan pada Rykal untuk disarungkan ke jari manis Tengku Zaralyn.
Pantas digapainya cincin itu. Lalu tangan Tengku Zaralyn disentuh lembut setelah dihulurkan oleh Tengku Zaralyn dengan segan silu.
Kilauan cahaya kamera yang diupah khas oleh Tengku Zaralyn tidak henti-henti memancar. Setiap babak yang dilalui sepasang pengantin baru itu diambilnya.
Setelah cincin siap dijari Rykal memandang wajah isterinya.
"Tengku cantik sangat." kata Rykal pada isterinya.
"Kenapa panggil Tengku?." soal Tengku Zaralyn pada suaminya itu.
"Cium lah sikit." jerit satu suara dari para tetamu yang hadir minta acara pembatalan air sembahyang itu disempurnakan lagi dengan satu kucupan.
"Nak cium kat mana?" soal Rykal pada Tengku Zaralyn yang kini wajahnya sudah kemerahan.
"Dekat dahi lah..mana lagi." jawab Tengku Zaralyn sambil mengetap bibirnya.
Tanpa berlengah lagi Rykal terus menyentuh bahu Tengku Zaralyn lalu satu kucupan manja melekat didahi Tengku Zaralyn itu.
Semua menepuk-nepuk tangan kegirangan. Rykal semakin malu dan segan.
"Eleh.. malu-malu pula." ejek Tengku Zaralyn dengan senyuman manisnya.
"Tak apa..kita tunggu malam ni. Kita tengok siapa yang malu." bisik Rykal pada telinga Tengku Zaralyn.
Tengku Zaralyn mencubit manja dipeha Rykal. Semua para tetamu sudah mula bangun dari kedudukan masing-masing. Mungkin sudah mula lapar dan mahu mengambil makanan yang terhidang untuk dijamah. Tengku Maria dan Tengku Mansur sudahpun menghilangkan diri sibuk melayani rakan-rakan dan sanak saudara.
Apa yang berlaku di chapter akan datang.. Amyz sakit hati Rykal dah jadi milik Tengku Zaralyn..huhuhu..:-(
Share this novel