Bab 32 PENDARAHAN

Romance Series 114601

Dipagi yang permai. Tengku Zaralyn akan keluar ke pasar sendirian untuk mencari keperluan dapur. Sudah semestinya setiap dua minggu sekali, dia akan membeli belah barang keperluan dapur. Rykal tidak dapat menemaninya kerana ada temujanji penting bersama pelabur besar syarikat.

Tengku Zaralyn diarahkan istirehat oleh Rykal setelah mendapat tahu bahawa Tengku Zaralyn sedang berbadan dua. Hal syarikat akan diuruskan oleh Rykal sendiri. Berita mengenai kehamilan Tengku Zaralyn juga masih dirahsiakan dari kedua-dua belah keluarga. Mereka akan memberitahu tentang perkara ini secara bersemuka untuk melihat sendiri riak kegembiraan kedua-dua keluarga itu.

Kereta dipandu Tengku Zaralyn memasuki ruang letak kereta di pasar basah itu. Kelihatan ramai orang sedang sibuk membeli keperluan masing-masing. Suasana riuh pasar segar itu sudah menjadi kebiasaan Tengku Zaralyn.

Turun dari kereta sambil membawa bakul untuk diisikan barangan keperluan dapurnya. Sememangnya Tengku Zaralyn lebih suka membeli belah dipasar seperti itu kerana sayur sayuran serta ikan-ikan yang dijual adalah segar belaka.

Setelah puas membeli semua keperluan dapur tersebut, Tengku Zaralyn mula menuju ke arah tempat letak keretanya. Tangan pula sibuk mencari kunci kereta yang dimasukkan ke dalam beg tangannya sebentar tadi.

"Hey.. perempuan tak tahu malu.!!! Mana kau sorok suami aku yer?? Suami aku dah 2 hari tak balik." Lydia yang datang secara tiba-tiba terus melemparkan kata-kata kesat pada Tengku Zaralyn. Tengku Zaralyn terkejut dengan perbuatan Lydia.

"Maafkan saya. Rasanya Puan salah orang. Saya tak pernah ganggu suami orang. Saya pun baru saja berkahwin. Puan salah orang ni." Tengku Zaralyn masih boleh melemparkan senyuman. Ketawa kecil keluar dari mulut Lydia.

"Kau lupa agaknya siapa aku. Kau pandang betul-betul muka aku ni . Dan siapa suami kau tu? kau jangan cakap yang kau dah berkahwin dengan Hazril yer." Jari telunjuk diacukan tepat ke bebola mata Tengku Zaralyn.

"Ohh..Maaf saya tak perasan Puan Lydia. Saya tak kemaruk lagi nak ambil suami Puan. Dan saya dikurniakan lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab. Jadi Puan jangan terus salahkan saya bila suami Puan tak balik ke rumah. Sebab memang tak ada kena mengena dengan saya." Tengku Zaralyn menggenggam bakul itu sekuatnya.

"Ish..geram pula aku tengok kau ni. Cepat kau beritahu aku, dimana Hazril sekarang. Aku tahu kau masih bersama dengan dia kan? Firasat aku kuat menyatakan bahawa Hazril ada dengan kau." Lydia kini wajahnya mula kemerahan. Tangan pula mula menggeletar.

"Sudah lah Puan. Saya malas layan orang tak faham bahasa ni. Saya masih banyak urusan perlu diselesaikan. Puan balik, sujud pada Allah SWT minta supaya dapat jumpa dengan suami Puan yang sedang sesat tak tahu jalan pulang tu. Saya minta diri dulu." Tengku Zaralyn mula mengorak langkah menuju ke arah kereta.

"Hey..aku belum habis cakap lah. Perempuan sial...!!."

Langkah Tengku Zaralyn berhenti saat kata-kata itu keluar dari mulut Lydia. Dia menoleh kebelakang semula dan pandangan tidak puas hati terhasil.

"Tolong jaga kata-kata sebelum saya ajar Puan macam mana adap bercakap dengan orang. Berhenti ganggu hidup saya dan berhenti menuduh saya ada hubungan dengan Hazril. Saya jijil dengar."

"Kau nak ajar aku yer..Tunggu kau..!!."

Lydia menghampiri Tengku Zaralyn yang sedang memandangnya dengan wajah penuh dengan api kemarahan itu.

"Puan apa-apakan saya, saya report polis. Biar undang-undang yang mengajar puan."

Lydia mencapai sebatang besi khemah berniaga yang berada berhampiran lalu menuju ke arah Tengku Zaralyn. Besi itu dihayunkan Lydia

"Arrgghh....!!!!!." Jerit Tengku Zaralyn apabila besi itu hinggap di tubuhnya. Raga barang dapur jatuh bersama tubuhnya menyembah bumi.

"Ni untuk perempuan yang suka ganggu rumah tangga orang." Lydia turut memijak-mijak tubuh Tengku Zaralyn tanpa belas kasihan. Tengku Zaralyn hanya mampu menempis perbuatan Lydia itu.

"Woii...Apa kau buat hah...???." Jerit seorang lelaki berusia lingkungan 30an yang kebetulan lalu di situ. Lydia yang terperanjat terus tergesa-gesa berlari meninggalkan Tengku Zaralyn disitu.

"Encik...tolong saya. Sakit sangat..!!." Tengku Zaralyn memegang perutnya. Bayi dalam kandungan pula dirisaukannya. Hidungnya juga mula mengeluarkan lendiran merah.

"Kenapa ni? Siapa dia tu? Jom saya bawa Cik ke hospital. Banyak darah ni." Lelaki itu mengangkat tubuh Tengku Zaralyn yang sedang meraung kesakitan itu. Lydia berlari dan terus menghilangkan diri dengan penuh rasa takut.

"Allahuakbar...darah. Encik saya pregnant sekarang. Tolong bawa saya cepat. Saya nak kandungan ni selamat." Tengku Zaralyn menangis semahunya. Sungguh kecewa dengan apa yang terjadi kini. Adakah dia akan kehilangan bayi pertama ini atau sebaliknya. Pelbagai persoalan bermain diminda.

"Baiklah Cik. Saya akan bantu. Tapi Cik kena banyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah supaya kandungan ni selamat. Cik boleh call suami beritahu dia tentang kemalangan ni."

Tengku Zaralyn sekadar mengangguk. Dia dibawa ke hospital dan dibantu oleh dua lagi wanita yang kebetulan terlihat kejadian menimpa Tengku Zaralyn.

Tengku Zaralyn mendail nombor telefon bimbit milik Rykal berkali-kali, namun dengan perasaan yang bertambah hampa. Panggilannya tidak berjawab.

*****************************

Nurish dan Hazril kini dalam proses pernikahan. Ketibaan mereka dikampung halaman itu menjadi buah mulut orang. Rata-rata cerita tentang mereka habis dicanang kesana kesini. Pak Hassan tidak lagi ke masjid seperti biasa. Begitu juga dengan Mak Esah, dia tidak lagi ke pasar tiap-tiap hari. Anak yang dulunya sangat disenangi orang kampung sanggup menconteng arang ke muka orang tuanya.

Sejak pulang dari ibu kota itu, Mak Esah hanya terperuk di dalam biliknya. Rasa kecewa serta sedih yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Dia lebih gemar termenung di jendela sambil mengenangkan nasibnya sebagai seorang ibu.

"Mak..boleh Nur duduk..??."

Tiada sebarang jawapan dari Mak Esah. Matanya asyik memandang ke arah luar jendela. Nurish terkebil-kebil memandang ke arah ibunya.

"Maafkan Nur mak. Tak pernah terlintas di hati Nur untuk buat kerja terkutuk tu. Nur diugut Izhar. Nur tahu mak marahkan Nur. Nur cuma nak mak halalkan segalanya buat Nur. Sebenci mana pun mak dengan Nur, ia tak akan menjejaskan sedikit pun kasih Nur pada mak." Kata Nurish dengan linangan airmata. Mak Esah masih ligat menikmati pemandangan luar seperti tidak mendengar kata-kata dari Nurish.

"Penting ker fikir soal marah aku? kalau kau fikir, kau berusaha keluar dari genggaman Izhar. Ini tak..kau siap hantarkan kami duit hasil dari kerja haram kau tu. Aku kandungkan kau berbulan-bulan Nurish, ini balasan budi yang kau balas. Aku kecewa dengan hidup aku sendiri. Aku tak pandai didik anak." Mak Esah dengan kata-kata kecewa tanpa memandang langsung ke arah Nurish. Matanya masih tertumpu ke arah luar.

"Mak jangan cakap macam tu. Mak dah berjaya didik anak-anak mak. Cuma Nur yang terlalu berani dan percaya semua kata-kata Izhar. Nur menyesal mak. Sekarang Nur akan bernikah dengan Hazril. Nur nak minta restu mak."

Mak Esah merengus kasar. Dia tinggalkan Nurish sendirian di dalam bilik itu. Berjalan dengan agak kasar menuju ke arah dapur. Esakan tangis Nurish semakin kuat. Dia harus memujuk hati ibu ayahnya agar merestui perkahwinan dia dan Hazril yang akan berlangsung tidak lama lagi.

*********************************

Tengku Mansur dan Tengku Maria sangat gembira dengan kepulangan anak sulung mereka iaitu Tengku Izkandar bersama isteri dan anak-anaknya. Kepulangan mereka sememangnya dirahsia dari Tengku Zaralyn.

"Banyaknya beg. Lama ker balik ni?." soal Tengku Maria yang sedang memerhati Tengku Izkandar menganggkat bagasi memasuki rumah dibantu pemandu peribadi Tengku Mansur.

"Kejap lagi Iz bagitahu Mommy berapa lama Iz di Malaysia kali ni. Sekarang nak rest dulu. Huhh..penat sangat atas flight." Rengek Tengku Izkandar dengan keluhan kecil.

"Yer lah..cucu Tok Mommy pun tidur. Kesian diorang penat."

Tengku Raziq dan Tengku Rabella dibawa masuk ke dalam rumah oleh Syarifah Zahirah dan Tengku Mansur sendiri. Nyenyak tidur hingga tidak sedar mereka sudah selamat sampai di kediaman Tengku Mansur.

"Ohh.. yer lupa pula. Iz nak sangat makan ayam belado Mommy masak. Fuhh..terbaik..boleh buatkan ker Mommy?." Tengku Izkandar dengan kenyitan mata buat ibunya.

"Saja nak bagi Mommy bersilat didapur tu kan? hmm..kejap lagi Mommy buatkan. Naik rehat dulu."

"Terima kasih Mommy..sayang Mommy." Kata Tengku Izkandar sambil mengheret bagasi menaiki anak tangga itu. Tengku Maria sekadar tersenyum riang sambil menggelengkan kepalanya.

Hai...jgn jemu tunggu tau.. kihkihkih..nasib lah Syeril oii..Pereka cerita hampa segan menulis sekarang..^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience