Tengku Zaralyn menuruni anak tangga dengan penuh hati-hati. Badannya terasa berat sekali. Namun tetap gagahkan diri untuk mengambil air kerana haus. Kini kaki menapak di anak tangga yang terakhir.
Dia melangkahkan kaki menuju ke arah dapur. Sempat mengerling melihat jam dinding berhampiran. Jam menunjukkan hampir mencecah pukul 7 malam.
'Rykal dah balik ke biliknya. Patutlah sunyi jer.' omel Tengku Zaralyn sendiri.
Mengambil sebiji gelas lalu dituangkan air kedalam gelas tersebut. Diteguknya air itu hingga habis.
Setelah selesai hilangkan dahaga, dia mengatur langkah untuk naik ke atas semula. Kepalanya masih berdenyut kepeningan dan badannya melayang-layang. Suhu badan masih panas.
Tiba-tiba pandangannya kelam. Kaki tidak mampu lagi berdiri. Tubuhnya rebah terhempap di lantai.
"arrgh...Rykal.." Tempik Tengku Zaralyn dengan keadaan yang lemah longlai.
'Ohh..mak kau. Ada orang panggil aku ker? Ehh..macam mana aku boleh tertidur di sini pulak? ni kalau Tengku tahu mati aku dibuatnya.' Omel Rykal sendiri. Dia bangun berdiri dari sofa itu sambil menggosok-gosok matanya. Matanya memandang ke segenap ruang tamu itu.
Namun tiada lagi pekikan suara kedengaran. Menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
'Aku mimpi ker tadi? Atau Tengku Zaralyn panggil dari atas? Tak..tak mungkin sebab dia ingat aku dah balik. Mesti dia call jer sebab kalau jerkah macam tu tak kan dengar. Atau JAIS tak? alamak..kena nikah free jer?'
Rykal melangkah menuju ke pintu utama rumah itu dengan perlahan-lahan. Langsir ditingkap diselaknya sedikit supaya dapat melihat suasana di luar. Namun tidak kelihatan kerana hari sudahpun gelap. Lampu juga tidak dinyalakan.
Punat pintu ditekan dan pintu dibukanya. Namun tidak ada sesiapa diluar. Dia menarik nafas lega. Pintu itu ditutup rapat kembali. Pintu itu dikunci semula.
Melangkahkan kaki menuju ke dapur. Saat berpaling ke arah laluan kedapur matanya tertumpu pada satu figura yang kini terlentang di lantai rumah itu.
" Allahuakbar..Tengku.." pantas berlari ke arah tubuh itu.
Rykal terus melangkah ke arah Tengku Zaralyn yang terlentang kaku itu. Kepala Tengku Zaralyn diangkat dan diletakkan diatas ribanya.
"Tengku.. Tengku bangun Tengku. Jangan mati dulu. Saya nak bagitahu yang saya setuju nak kahwin dengan Tengku. Saya cintakan Tengku ni." Wajah Tengku Zaralyn ditepuk-tepuknya. Namun tubuh itu masih tidak memberi sebarang respon.
" Kejap saya ambil air. Tengku tunggu saya datang." Rykal meletakkan semula kepala Tengku Zaralyn ke lantai. Dia bangun dan menuju ke dapur untuk mengambil sedikit air.
Tidak lama kemudian datanglah Rykal bersama satu bekas berisi air. Kepala Tengku Zaralyn diangkat semula ke ribaannya. Mengambil air itu lalu disapukan ke bahagian muka Tengku Zaralyn.
Tengku Zaralyn mula menggerakkan tubuhnya. Mata sedikit terbuka.
"Tengku..ni saya Rykal. Kenapa Tengku turun dah tahu tak sihat. Kalau tergolek jatuh tangga tu macam mana." leter Rykal pada majikannya.
"saya haus. Air awak lupa isikan semula." Jelas Tengku Zaralyn.
"Kenapa tak call jer saya. Saya boleh.." Leteran Rykal terhenti setelah Tengku Zaralyn menutup mulutnya dengan jari jemarinya.
"Bawa saya naik atas. Saya nak tidur. Penat dengar awak berleter." pinta Tengku Zaralyn. Tangannya diturunkan semula.
" Jom..saya dukung Tengku naik atas." kata Rykal lagi.
" Tak payahlah..pimpin jer tangan saya. Saya boleh jalan sendiri."
"Jangan degil." Rykal bangun lalu terus mengangkat tubuh itu ke dukungannya. Tengku Zaralyn memaut leher Rykal kuat.
Rykal membawa Tengku Zaralyn ke atas dengan hati-hati meniti anak tangga itu. Kepala Tengku Zaralyn bersandar dibahu Rykal.
'Sungguh aku rindu bau tubuh ini. Bukanlah haruman minyak wangi. Tetapi satu bau yang menyedapkan. Kau milik aku Rykal Wazir. Satu hari nanti kau akan jadi imamku supaya aku boleh peluk kau selalu.' berkata Tengku Zaralyn dalam hati.
'Dengusan nafas yang aku impikan. Rasa tenang dipeluknya. Semoga ada jodoh antara kau dan aku Tengku Zaralyn. Aku akan sentiasa mahukan dengusan nafas itu.' Giliran hati Rykal pula berkata-kata.
Sesampainya di bilik itu, Rykal meletakkan tubuh Tengku Zaralyn dengan lembut sekali diatas katil. Rambut yang menutupi sebahagian wajah Tengku Zaralyn diselaknya. Mata kini bertentangan mata. Hati saling paut memaut.
"Hmm..saya balik ke bilik dulu. Nak solat maghrib." Rykal menoleh ke belakang untuk berlalu pergi meninggalkan Tengku Zaralyn sendirian di dalam bilik itu. Namun dengan pantasnya Tengku Zaralyn menggapai tangan itu.
"Awak masuk meminang saya. Jadikan saya isteri awak yang sah. Saya cintakan awak Rykal Wazir. Saya nak hidup dengan awak dalam rumah ni dengan satu ikatan yang sah."
Degupan jantung Rykal berdegup kencang. Sungguh dia tidak menyangka Tengku Zaralyn benar-benar jatuh cinta seperti yang dirasainya saat ini. Dia menoleh ke arah tubuh itu. Wajah itu ditatapnya lembut dengan satu senyuman.
"Tapi saya belum cukup duit. Nak belikan Tengku cincin pun tak mampu. Saya ni jauh besanya dengan Tengku. Bagai langit dan bumi. Tengku pulak keturunan yang baik dan berpangkat. Tak menyesal ke kahwin dengan saya dan anak-anak nanti tidak boleh dinamakan dengan pangkat tu." soal Rykal dengan penuh kerutan di dahinya.
"Soal nikah kita selesaikan ala kadar sahaja. Ikut kemampuan awak. Janji kita bersama. Soal pangkat pula tu bukan satu rintangan. Hanya sekadar pangkat. Yang pentingnya adalah restu dari kedua-dua belah pihak. Saya nak bawa awak jumpa daddy dan mummy saya."
Rykal terdiam seketika. Benarkah apa yang sedang dialami saat ini. Satu angan-angan yang pernah diidamkan suatu ketika dahulu kini hampir dikecapi. Bahagia yang diimpikan kian terbina. Semoga ada keajaiban disebalik angan-angan.
*******************************************
Tengku Mansur turun dari atas rumah menuju ke arah meja makan yang kini dipenuhi dengan lauk-pauk enak. Anak cucu serta menantu telah pun duduk ditempat masing-masing.
"Mana Tengku Zaralyn. Tak datang dinner sekali ker? ." soal Tengku Mansur yang kini melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan dengan semua.
"Tak datang sini pun. Penat kerja kot." balas Tengku Maria pula.
Syarifah Zahirah menciduk nasi ke pinggan anak-anaknya.
"ehh..Tengku Zara tak masuk office hari ni." jelas Tengku Mansur lagi.
"Tak kerja daddy? habis tu dia kemana?." soal Tengku Izkandar pula.
"Tak pula ke sini. Ada hal diluar kot." kata Syarifah Zahirah.
"Tak apa. kita makan dulu. Lepas makan saya call dia." Tengku Maria pula mencelah.
Mereka terus menikmati juadah yang dihidangkan. Sungguh menyelerakan dengan keriuhan Tengku Raziq dan Tengku Rabella.
Done untuk hari ini. Amyz sibuk sedikit ye sekarang..maaf pada yang menunggu new update ni. Insyaallah..amyz akan cuba puaskan hati anda semua.
Share this novel