Lepas sahaja solat isyak berjemaah sebentar tadi, Tengku Zaralyn membuatkan keputusan untuk masuk ke bilik untuk melelapkan matanya.
Rykal turut masuk ke bilik untuk merehatkan tubuh. Dia merebahkan tubuhnya dan memeluk erat tubuh Tengku Zaralyn. Tengku Zaralyn sekadar tersenyum riang dengan kelakuan suaminya itu.
"Bila nak ada baby yer Abang? Saya teringin nak ada baby comel macam Tengku Raziq. Mesti rumah ni akan lebih riuh rendah kan." kata Tengku Zaralyn sambil membayangkan suasana apabila mereka dikurniakan cahaya mata kelak.
"Insyaallah..nanti pasti ada rezeki untuk kita. Rezeki Allah itu luas sayang. Kita sama-sama berdoa minta Allah kurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah."
"Saya nak rasa melahirkan. Nak rasa contraction, nak rasa semua moment tu semua."
"Sayang nak rasa betul-betul ker ni? kena usaha lebih sikit. Boleh ker?." soal Rykal dengan miangnya. Tangannya mula meniti dibahagian leber Tengku Zaralyn. Tengku Zaralyn yang tadinya mengomel, kini terdiam dan hanya menanti langkah seterusnya.
Jari jemari Rykal mula merayap ke arah lain. Ia membuatkan wanita itu mula tidak keruan. Rykal mula membuka butang baju tidur isterinya satu persatu. Tubuh Rykal mula ke atas. Tengku Zaralyn melemparkan senyuman buat sang suami.
Aksi semakin panas. Keasyikan hubungan suami isteri itu semakin menjadi-jadi. Tengku Zaralyn juga memulakan langkah mengoda. Kucupan mulut ke mulut terhasil. Menikmati malam itu dengan penuh kasih. Tengku Zaralyn melayani suami dengan penuh ikhlas. Lampu sisi katil ditutup. Kini mereka melayani kemahuan masing-masing ditemani kegelapan segenap ruang.
"Saya sayangkan abang sepenuh hati saya." bisikan yang memasuki ke cuping telinga Rykal. Serta merta bibir si isteri kembali dikucupnya.
*****************************
Nurish cuba bangun dari tidurnya. Terasa lemah sekali tubuhnya saat ini. Matanya samar-samar memandang sesosok tubuh yang sedang berdiri di hadapan balkoni bilik hotel itu yang kini sudah menjelmanya malam.
'Argg...sakitnya kepala ni. Selalunya bila dah tidur akan hilang bila bangun dari tidur. Tapi kenapa kali ni lain macam sahaja.'
Rambutnya diramas-ramas. Matanya dipejam rapat. Namun sakit itu masih belum reda sebaiknya. Matanya kembali dibuka. Sosok tubuh itu masih kekal disitu.
"Hazril..!!." Panggil Nurish lembut. Hazril pantas menoleh saat namanya dilaungkan.
"You dah bangun? bagus lah kalau macam tu. Nah..!! ambil ni dan masuk ke dalam bilik air sekarang." Hazril melemparkan satu bungkusan plastik kecil buat Nurish. Nurish menggapai bungkusan itu lalu menelitinya.
"Pregnancy test? You rasa I pregnant Hazril?." Soal Nurish sambil menekup mulutnya.
"I tengok you pun I dah tahu you pregnant. Ni pun salah satu dari rancangan I. Baguslah kalau you pregnant." Kata Hazril sambil menghempaskan punggungnya di atas katil itu bersebelahan dengan dudukan Nurish.
"Rancangan you? Rancangan apa ni? kenapa you tak pernah cakap tentang apa-apa pun rancangan?." Soal Nurish sambil memicit-micit kepalanya.
"You pergilah masuk dalam bilik air tu dulu. Sahkan betul atau tak yang you mengandung ni. Tu pun lembab." Arah Hazril.
Nurish turun dari katil itu dengan lemahnya menuju ke bilik air bersama alat ujian kehamilan.
Setelah beberapa minit kemudian, Nurish keluar dari bilik air itu bersama linangan airmata. Hazril pula tersenyum bahagia.
"Ini yang you nak kan? sekarang bagitahu I apa yang you nak buat dengan kandungan ni?." Nurish melemparkan alat ujian kehamilan itu ke arah pembaringan Hazril.
"Congratulations..You tak lama lagi akan jadi isteri kepada Rykal Wazir dan I akan miliki Tengku Zaralyn semula. I akan bagitahu you apa yang you patut buat lepas ni. Sekarang I nak balik. Nanti mak lampir dirumah tu mengamuk habis semua yang I patut dapat. Bye !! bye !! anak daddy..esok daddy datang lagi yer. Itupun kalau mak tiri kamu tu izinkan daddy keluar lagi." Hazril yang bangun dari baringnya mengusap-usap perut Nurish.
Tindakan itu membuatkan Nurish merengus kecil. Dia benar-benar rasa tertipu dengan perbuatan Hazril. Sanggupnya Hazril berbuat demikian untuk kepentingan dirinya sendiri. Apa yang dikatakan sebelum ini adalah palsu belaka.
"Macam mana kalau dia tak nak bertanggungjawab ke atas kandungan ni. Apa I nak buat.? You mesti akan tinggalkan I Hazril." Tempik Nurish sekuat hati.
Hazril yang kini berjalan menuju ke muka pintu itu menhentikan langkahnya. Dia menoleh dan kembali ke arah Nurish yang sedang esak menangis itu.
"I akan bawa you gugurkan kandungan ni. You jangan risau. Lepas tu kita aturkan strategi baru untuk perangkap diorang. You kena bekerjasama dengan I. Okay sayang..!!" Hazril mencium pipi wanita itu. Namun esakan tangis Nurish semakin kuat. Tidak kuat kali ini untuknya menempuh dugaan. Dia merasa, hidupnya adalah yang termalang sekali saat ini.
"You kejam Hazril. I benci you. You dengan Izhar sama sahaja. Binatang...!!!" jerkahan itu tidak dihiraukan oleh Hazril. Dia melangkah keluar dari bilik hotel itu meninggalkan Nurish sendirian bersama teriakkan.
Nurish meraung sekuatnya. Wajah ibu ayahnya mula terbayang. Andainya dia mendengar kata-kata orang tuanya, pasti semua ini tidak akan berlaku. Lelaki yang mendekatinya saat ini tidak setanding baiknya budi Rykal Wazir. Seorang lelaki idaman setiap wanita. Dia telah persiakan peluang itu dahulu.
************************************
Tengku Maria menerima perkhabaran bahawa anak lelakinya bakal pulang ke tanah air untuk membuat kejutan buat ahli baharu keluarga itu.
Tengku Izkandar pernah bertemu dengan Rykal iaitu sebelum mereka diijabkabulkan.
Pada berlangsungnya majlis pernikahan antara Tengku Zaralyn dan Rykal Wazir yang lalu, Tengku Izkandar tidak dapat sertai diatas tuntutan kerjanya di Itali.
"Awak..!! Tengku Iz nak balik Malaysia tau. Nak surprise si pengantin tu katanya." Tengku Maria dengan girangnya. Selimut ditarik menutupi separuh tubuhnya.
"Betul ker? Baguslah kalau macam tu. Bila mereka nak berangkat?." soal Tengku Mansur. Buku yang berada ditangannya segera ditutupnya.
"Katanya hujung minggu ni. Dan Tengku Iz cakap dia pun ada surprise untuk kita." Jelas Tengku Maria lagi.
"Apa yang surprise nya? Hmm.. macam-macam Tengku Iz ni. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang surprise sangat tu."
"Tapi Rykal dan Zara kan masih di kampung. Entah bila pula nak balik ke sini."
"Biarlah mereka happy-happy di kampung tu dulu. Lagipun memang Zara dah lama rindukan kampung arwah Bonda kan." Tengku Mansur turut menarik selimut menutupi separuh tubuhnya. Bukunya tadi telahpun diletakkan di atas laci tepi katil itu.
***************************************
"Abang..!! boleh tak kita adakan kenduri kesyukuran sikit. Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan. Kita raikan sikit." soal Puan Nina yang sedang menempek bedak sejuk dimukanya.
"Cakap saja lah yang awak tu nak buat kenduri sambut menantu." sindir Encik Sahar.
"Saja lah tu..nak cari gaduh lagi kan. Kalau yer pun kenapa? Tak ada salahnya abang. Lagi bagus adalah."
"Kamu ni tak habis-habis dengan bedak sejuk tu. Hantu kak Limah pun cantik sikit dari kamu. Terus hilang rasa mengantuk saya tengok wajah menyeramkan ni." sindiran kali kedua buat Puan Nina.
"Abanggg...suka cari pasal dengan saya. Saya cakap lain, lain yang abang balas kan." Puan Nina memuncungkan bibirnya. Wajah Encik Sahar ditenung tajam. Encik Sahar yang sedang baring mengiring itu menolehkan tubuhnya ke arah lain.
"Awak tak malu ker anak-anak dengar awak menjerit ni ? Nanti apa pula mereka fikir. Saya telan ker apa mak diorang ni."
"Abang tidurlah. Malas saya melayan abang. Asyik mengutuk saya saja." Puan Nina kembali menempek-nempek bedak sejukkan. Manakala Encik Sahar ketawa kegirangan puas menyakat sang isteri.
Done untuk hari ni..jumpa dilain hari yer.. semoga terubat rindu anda...
Share this novel