Bab 31 KANTOI

Romance Series 114601

Tengku Zaralyn terasa badannya sangat lemah. Kepalanya pening-pening hingga tidak mampu dia bangun dari tidurnya. Rykal yang baru sahaja keluar dari kamar mandi itu memandang pelik ke arah isterinya.

'Selalunya dia yang akan bangun lebih awal dari aku. Kenapa hari ni dia tak bangun-bangun lagi?.' Soal Rykal sendiri didalam hati sambil mengelap rambutnya. Dia menghampiri katil itu lalu duduk di sebelah Tengku Zaralyn.

"Sayangg..bangun sayang. Sayang okay tak ni?." soal Rykal sambil mengusap lembut rambut isterinya.

"Err..saya rasa tak sihat lah. Kepala saya pening sangat." Jelas Tengku Zaralyn sambil mendongak melihat raut wajah lelaki pujaannya itu.

"Jom kita ke klinik." Rykal mula gelabah. Peristiwa Tengku Zaralyn pengsan suatu ketika dahulu terbayang difikiran.

"Abang ke office jer. Jangan risau tentang saya. Saya okay."

"Sayang ni degil kan. Tunggu kejap abang pakai baju. Kejap lagi abang tukarkan baju sayang. Kita ke klinik. Lepas tu baru abang ke office kalau tak ada apa-apa yang serius." Rykal bingkas bangun dari duduknya. Dia mencapai pakaiannya lalu mengambil pakaian Tengku Zaralyn dan menuju ke arah katil.

"Sayang..bangun. Abang tukarkan pakaian sayang. Kita ke klinik okay. Jangan buat abang risau." Rykal menarik tangan isterinya lalu Tengku Zaralyn mengikuti sahaja langkah suaminya itu tanpa bantahan.

"Saya nak muntah.." Kata Tengku Zaralyn. Terus tersembur keluar lendiran dari mulut wanita itu jatuh ke riba Rykal.

"Sayang.. kenapa ni sayang? Aduhh..abang risau ni. Jangan pengsan lagi sudah." Rykal melurut-lurut belakang dada isterinya.

"Uuweekk... uuweekk..!!!"

"Jom abang bawa ke bilik air. Abang mandikan sayang dulu." Rykal mencempung tubuh itu dan menuju ke kamar mandi.

Rykal membersihkan diri serta isterinya. Lendiran itu hanyalah air semata-mata. Tengku Zaralyn terlihat semakin lemah. Rykal semakin gelisah. Setelah siap membersihkan dirinya dan Tengku Zaralyn, Rykal mencempung semula tubuh itu keluar dan menyarungkan pakaian. Tengku Zaralyn lemah longlai saat ini. Mungkin akibat muntahan sebentar tadi.

Setelah siap semua, Rykal membawa isterinya turun ke bawah untuk dibawa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut. Tengku Zaralyn memeluk leher suaminya erat.

Keluar dari rumah menuju ke arah kereta dibawah garaj. Pintu kereta dibuka lalu Tengku Zaralyn diletakkan di didalam kereta dengan penuh hati-hati.

Tanpa membuang masa lagi, enjin kereta dihidupkan. Kereta dipandu Rykal meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Tengku Zaralyn memejam mata rapat. Itu membuatkan Rykal semakin gelisah.

"Tahan yer sayang. Kejap jer lagi." Rykal menggenggam tangan isterinya lalu diangkat dan dikucupnya lembut tangan itu.

***********************

Nurish terjaga dari tidur setelah badannya rasa seperti digoncang seseorang. Satu sosok tubuh yang sedang berdiri di tepi katil itu dipandangnya atas bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan tubuh itu.

"Err..Pak Uteh..Err...ayah pun ada."

"Siapa jantan tu?? kau bagitahu aku sekarang. Apa hubungan kau dengan dia Nurish..??." soal bapa saudara Nurish sambil menunjukkan ke arah Hazril yang sedang menggosok-gosokkan matanya sambil bersandar di kepala katil itu.

"Errr...iniii...ini kawan Nurish Pak Uteh."

"Anak tak gunaa...kau malukan aku Nurish..!!!." jerkah Pak Hassan yang betul-betul berang. Hazril terus turun dari katil itu lalu mencapai pakaiannya. Dia cuba untuk melarikan diri. Namun tindakan itu dihalang oleh seorang lagi bapa saudara Nurish dan abang sulungnya.

"Kemana kau nak larikan diri. Langkah mayat aku dulu sebelum kau langkahkan kaki kau keluar dari sini." Jerkah abang Nurish iaitu Nazrin. Nazrin mencenkak leher baju Hazril dengan kuatnya.

"Aku cuma pelanggan dia jer. Banyak lagi lelaki lain yang pernah tidur dengan dia." Jelas Hazril dengan tangannya diangkat ke atas tanda serah diri.

"Aku tak kira kau siapa. Aku nak kau bertanggungjawab ke atas adik aku. Kau duduk situ. Ataupun kau nak aku report yang kau rogol adik aku?." ugut Nazrin. Nazrin menolak tubuh Hazril duduk di kerusi berhampiran.

"Maafkan Nurish Ayah. Nurish terperangkap dengan kejahatan Izhar. Izhar sebenarnya bapak ayam." Jelas Nurish.

"Hey..kau jangan nak berdrama lagi dengan aku. Aku malu ada anak macam kau. Sanggup kau conteng arang di muka aku dan mak kau." Pak Hassan tidak mampu lagi menahan kemarahan. Tubuh Nurish ditarik jatuh ke lantai. Nurish yang hanya memakai baju lengan sangkut serta berseluar fit jatuh terlentang tertiarap di atas lantai.

"Pak Uteh dah lama ekori kau Nurish. Semua yang kau buat Pak Uteh tahu. Kau boleh sahaja larikan diri jika kau betul-betul dianiaya. Tapi apa yang Pak Uteh nampak, kau senang lenang ikut sahaja semua jantan. Diusung kesana kesini. Tapi dengan jantan ni memang selalu bawa kau." kata bapa saudara Nurish.

"Kami nak kamu berdua dinikahkan secepat mungkin. Aku akan uruskan semua. Lepas menikah kamu berdua boleh berambus dari keluarga aku." Pak Hassan benar-benar malu pada adiknya Pak Uteh.

"Tapi..saya dah ada anak isteri. Saya pula tak ada pekerjaan. Macam mana nak kahwin dengan anak pak cik." Hazril mula berterus terang tentang latar belakangnya.

"Ohh..dah ada anak isteri rupanya. Tak cukup dengan satu ker??. Aku tak kira. Kau kena bertanggungjawab. Kau kena pandai cari pekerjaan untuk bela isteri kau nanti. Tu bukan hal aku." Kata Pak Hassan lagi.

"Macam mana kau boleh langgan dia sedangkan kau tak ada kerja?." Soal Nazrin dengan wajah hairan.

"Err...saya ambil dari isteri saya." jelas Hazril sambil mengetap bibirnya.

"Ishh... betul-betul jantan tak guna lah kau ni. Nasib kau lah Nurish dapat suami macam biawak hidup ni." Sindir Nazrin. Sindiran itu membuatkan Hazril sedikit berang. Wajah tak bersalah Nazrin direnungnya tajam. Mahu sahaja dia memberi tumbukan hebat pada lelaki itu. Namun dia tidak akan mampu melawan kerana Nazrin masih ada dua orang belakang yang akan membantunya.

Suasana menjadi sepi seketika. Pak Hassan yang terduduk di atas katil itu seperti memikirkan tentang kekusutan masalah ini. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

"Kau bangun pakai baju yang sopan sikit. Ikut kami balik dengan jantan ni sekali. Aku nak kamu berdua cepat-cepat dinikahkan. Aku dah tak sanggup menanggung dosa." Arah Pak Hassan. Nurish bangun dengan perlahan lalu mencapai tuala mandinya. Pakaian diambil lalu memasuki kamar mandi itu.

Hazril semakin gelisah. Apa yang patut diberitahu pada isterinya apabila dia tidak pulang beberapa hari ini. Lydia pasti akan berhenti memberi dia wang belanja lagi. Hidupnya akan kelam.

********************************

Tengku Zaralyn bangun dari katil klinik itu setelah selesai membuat pemeriksaan. Dia dibantu oleh Rykal.

"Jemput duduk Encik, Tengku. Ada hal perlu saya sammpaikan." Pelawa doktor wanita itu.

"Hati-hati sayang. Duduk sini." Rykal yang memimpin tangan isterinya turut menarik kerusi untuk Tengku Zaralyn melabuhkan punggungnya. Setelah itu mereka sama-sama memberi tumpuan kepada apa yang bakal disampaikan oleh doktor tersebut.

"Baiklah..hasil urine dan scan yang telah saya lakukan sebentar tadi. Saya nak ucapkan tahniah kepada Encik Rykal dan Tengku Zaralyn bahawa kamu berdua akan menjadi ibu dan ayah tak lama lagi." Kata-kata doktor itu membuatkan Rykal melopong biji matanya.

"Betul ker ni doktor. I will be a mommy soon??." Tengku Zaralyn seperti mahu sahaja melompat-lompat.

"Sayang..you pregnant?? Alhamdulillah.. syukur.." Rykal menggenggam tangan isterinya erat dengan wajah yang penuh kesyukuran.

"Hasil scan tadi menunjukkan kandungan Tengku Zaralyn berusia 3 minggu. Jadi tolong jaga pemakanan dan jangan buat kerja-kerja berat. Sebab usia kandungan masih terlalu awal."

"Terima kasih doktor. Saya akan jaga isteri saya sebaik mungkin." Rykal tidak henti-henti memanjat kesyukuran didalam hati.

"Saya akan beri ubat kurangkan mual dan pening-pening tu. Biasa lah diawal kehamilan memang akan seperti ni. Jadi tolong jaga kesihatan untuk kandungan. Saya beri tarikh bulan depan untuk datang semula bagi membuat pemeriksaan perkembangan kandungan selanjutnya."

"Baiklah..saya akan bawa isteri saya untuk buat pemeriksaan nanti." Jelas Rykal. Suami isteri itu saling berpandangan dengan senyuman ikhlas.

"Baguslah kalau macam tu. Boleh buat pembayaran dan ambil ubat di farmasi depan yer. Ini kad temujanji kita seterusnya." Satu kad kecil diserahkan pada mereka. Rykal memaut tangan isterinya lalu bangun dari dudukkan mereka.

Kihkihkih..mesti ramai yg menyumpah kemana lah si Amyz ni membawa diri..malas uolls..huahuahua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience