Sebaik sahaja pintu bilik mandi itu terbuka, tubuh Tengku Zaralyn dirangkul kemas ke kiri dinding. Rykal merenung tajam wajah isterinya. Tengku Zaralyn pula terkedu dengan adegan itu. Dia memejamkan matanya erat. Tangannya diletakkan di dada Rykal.
"Kenapa pejam ? Awak cakap awak rindu saya. Ni ha peluk puas-puas. Saya dah jadi suami awak Tengku Zaralyn. Dan awak hak saya selamanya."
Tengku Zaralyn cuba membuka matanya. Melihat ke dada sasa itu. Kini mereka saling bertatapan. Wajah Rykal ditenungnya lama. Dengupan jantung semakin laju.
"Kenapa diam ? Awak belum bersedia ker? Saya tak nak paksa awak." soal Rykal lagi.
Rangkulan itu kian terlepas. Pantas Tengku Zaralyn menarik tangan Rykal untuk terus memeluknya.
"Saya bersedia. Awak juga hak saya. Saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak." bisik Tengku Zaralyn di telinga Rykal.
Rykal merangkul tubuh itu dan diangkatnya dalam dukungan. Tengku Zaralyn memeluk leher suaminya. Sekali lagi dia dapat merasai nikmat didukung oleh Rykal.
Tubuh itu diletakkan perlahan di atas katil. Tengku Zaralyn juga tidak kurang aksinya. Tangan mula merayap disekitar sebidang dada itu.
"Kita tutup lampu boleh?" soal Tengku Zaralyn.
"No..." pendek jawapan diberikan Rykal. Tengku Zaralyn akur dengan keputusan itu.
Helaian rambut Tengku Zaralyn diselakkan ketepi. Masing-masing sudah tewas dengan aksi sesama sendiri. Ciuman demi ciuman melekap di bibir. Tengku Zaralyn membiarkan sahaja Rykal dengan aksinya. Kini mereka hanyut bersama belaian manja.
************************************
Hazril tiba di hadapan rumah miliknya itu dengan perasaan yang masih marah dan belum stabil. Keluar dari perut kereta lalu memasuki rumah itu dengan pelbagai perkara yang sedang difikirkan.
"You dari mana? I call tak angkat." soal Lydia yang baru keluar dari ruang dapur itu bersama segelas air kosong.
"I dari mana pun apa you kisah? I suami you. I rasa I tak perlu melaporkan kepada you mana I pergi and dengan siapa I keluar." jawab Hazril dengan angkuhnya.
"Ohh...I see. You lupa yer siapa you dalam rumah ni. You jangan buat I hilang sabar Hazril. I boleh buat you tidur bawah jambatan tau. Beringat sikit bumi mana yang kita pijak tu." Berkata Lydia sambil berjalan menaiki anak tangga bersama senyuman sinisnya.
"You ugut I ?." soal Hazril tidak puas hati.
"I tak ugut, cuma ingatkan sahaja." balas Lydia yang langsung tidak memalingkan wajahnya. Anak tangga itu terus dinaikinya.
'Cis...kenapa apa yang aku nak mesti ada sahaja halangannya.' Tangannya digenggam-genggam.
Dia masih membayangkan saat-saat dia diusir oleh pengawal peribadi Tengku Mansur sebentar tadi. Rasa tidak puas hati terus menghantui perasaannya.
Dia menuju ke sofa diruang tamu rumah itu. Tubuhnya direbahkan ke atas sofa empuk itu. Fikirannya masih memikirkan cara untuk bertemu dengan Tengku Zaralyn.
*****************************************
Perbincangan ahli keluarga Rykal bermula. Asalnya majlis bertandang di rancang untuk dilaksanakan. Namun atas faktor kesihatan Encik Sahar yang kurang sihat sejak akhir-akhir ini, Puan Nina bertegas untuk membatalkan majlis bertandang itu.
"Rykal pun dah cakap tak usah buat jika kesihatan ayahnya tidak mengizinkan. Kenduri kahwin ni bukan perkara kecil." Jelas Puan Nina pada semua yang ada dalam perbincangan itu.
"Kami pun bukan boleh balik lagi. Ni pun ambil MC jer. Maklumlah hujung-hujung tahun ni banyak perkara nak diselesaikan. Begitulah jika bekerja dengan bank ni." jelas salah seorang daripada ibu saudara Rykal.
"Aku ni bukan apa. Cuma nak raikan menantu. Kesian pula kalau tak buat." Encik Sahar masih berkeras untuk laksanakan majlis.
"Nanti tunggu cucu. Dapat cucu buatkan kenduri akikah untuk cucu." kata bapa saudara Rykal pula.
"Kalau dah semua tak setuju untuk buat, tak apalah. Nanti ada rezeki berkumpul kita buat lah sikit majlis kesyukuran." kata Encik Sahar akur dengan keputusan semua ahli keluarganya.
Puan Nina menarik nafas lega. Akhirnya suaminya itu mengalah dengan keputusan semua.
**************************************
Aksi malam pertama itu berakhir dengan kepuasan masing-masing. Rykal tersenyum riang melihat gelagat Tengku Zaralyn yang tergesa-gesa turun dari katil dan menyarungkan pakaiannya semula.
"Awak sarungkan baju pun macam tak sarungkan. Jarang sangat. Tapi okay tak baju tidur tu. Saya tak pandai pilih." Rykal yang kini melilitkan tuala wanita itu tersenyum riang.
"Kenapa pula awak yang pilih? Hadiah ni dari siapa sebenarnya?." soal Tengku Zaralyn dengan penuh kerutan didahinya.
"Awak rasa dari siapa?." Rykal mengajukan soalan kepada Tengku Zaralyn semula.
"Awak ni..Nakal lah. Okay tak apa. Tunggu lah hari awak." Tengku Zaralyn yang kini wajah berona merah itu berjalan menuju ke bilik mandi.
"Ehh...kejap lah sayang." Rykal terus mendapatkan isterinya. Tubuh itu dirangkulnya.
"Apa lagi. Saya merajuk ni tau tak?." Tengku Zaralyn dengan aksi manjanya.
Baju itu dibuang semula oleh Rykal. Kelakuannya itu mengejutkan Tengku Zaralyn.
"2nd round ???." soal Tengku Zaralyn.
"No..mandi lah. Esok pula 2nd round. Dah penat ni." jawab Rykal dengan senyuman manisnya.
Kain tuala digapai lalu dililitkan ditubuh isterinya. Tengku Zaralyn hanya mengikuti sahaja Kelakuan Rykal. Mereka masuk ke dalam kamar mandi itu dan mandi untuk membersihkan diri bersama-sama.
Selesai membersihkan diri, mereka mula baring diatas katil di bilik hotel itu. Tengku Zaralyn selesa didalam pelukan suaminya. Sungguh dia tenang saat ini. Rykal sudah melengkapi harinya. Cinta mekar semekarnya.
"I love you sayang." luah Rykal berbisik ditelinga isterinya itu.
"I love you more." balas Tengku Zaralyn lalu mencium pipi Rykal lembut.
"Awak janji jangan tinggalkan saya. Jadi pelengkap hidup saya selamanya." pinta Tengku Zaralyn pada suaminya itu.
"Kalau awak nak tahu, saya sudah menanamkan dalam diri saya untuk terus berbakti pada awak selepas terlafaznya akad tadi." jawab Rykal jujur.
"Terima kasih abang. Saya akan jadi isteri yang terbaik untuk abang." Tengku Zaralyn sekali lagi mencium pipi Rykal lembut.
"Aduh.. jangan ber'abang sangat. Kang tak sempat esok 2nd round." usik Rykal.
Tengku Zaralyn melepaskan tawa kecil. Hidung Rykal dicuitnya manja.
Kedua-dua pasang mata itu sama-sama terpejam. Keletihan hari ini amat memuaskan hati. Meskipun ia agak kelam-kabut kerana majlis akad nikah sama sehari dengan hari persandingan.
Ia dibuat serentak diatas beberapa faktor. Namun rasa syukur tidak henti-henti dipanjatkan. Majlis berjalan lancar serba ringkas dan meriah. Itulah keberkatan dari Allah SWT yang diharapkan.
Maaf andai ada kekurangan..amyz dah cuba untuk memantapkan chapter ini..tq semua yang sudi membaca... muuahh..
Share this novel