Bab 4 CINCIN

Romance Series 114601

Tengku Zaralyn pulang ke rumahnya sudah lewat malam. Dia memandu memasuki halaman rumah dan terus ke garaj kereta. Setelah enjin dimatikan, dia keluar dari perut kereta dengan lemah longlai akibat kepenatan. Cuba melangkahkan kaki memasuki rumah.

Berdiri di hadapan pintu utama rumahnya. Lalu meraba kedalam beg untuk mencari kunci. Setelah kunci dicapai, masuklah dia ke dalam rumah itu lalu merebahkan tubuhnya di sofa ruang tamu tersebut.

'arrgg... penatnya. Haus pulak tekak ni. Bibik pun tak ada.' omel Tengku Zaralyn sendiri.

Rykal pula sekadar mengintai-intai dibalik cermin dari luar.

'cantiknya dia..ni kalau dapat dekat aku, pasti bangga mak ayah aku dikampung tu.' kata Rykal sendiri.


" preenggg..!!!"

'aduh..boleh pulak terjatuh. Macam mana boleh jatuh pulak pasu ni. Mati lah aku.'

Tengku Zaralyn terperanjat dengan bunyi tersebut. Lalu menerpa ke arah tingkap itu lalu dibukanya.

"awak rupanya. Awak intai saya ker?." Soal Tengku Zaralyn dengan kerutan di dahinya. Rykal pula terperanjat apabila tingkap itu dibuka majikannya.

"mana..mana ada saya intai Tengku. Saya cuma lalu kat sini jer. Tiba-tiba jer dia jatuh." Jelas Rykal.

"ohh..angin mungkin. Ataupun hantu kan." sindir Tengku Zaralyn.

"betul tu. Hantu kot rasanya." tersengih si Rykal pada Tengku Zaralyn.

'mengintai tak nak mengaku. ketuk kepala kang. Tapi handsome kan bila dia sengih macam tu. Boleh luruh jangtung aku.' kata Tengku Zaralyn dalam hati.

"Tengku..Tengku Zaralyn..!!." Rykal melambai-lambai tangannya di depan wajah Tengku Zaralyn yang kini sedang asyik menatap wajahnya sambil tersenyum itu

"Ehh..sorry. Saya penat. Ha betul saya penat." jawab Tengku Zaralyn sambil tangannya menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Eleh..Tengku suka saya kan? kan..kan..!! jawab jer Tengku. Saya sedia mendengar." Rykal tersenyum riang.

"perasaan..dah lah. pergi ke bilik awak. Saya nak naik rehat." tingkap itu ditutup. Wajah Tengku Zaralyn merona merah. Malu pula terasa.


"knock.. !! knock..!!.".

Bunyi tingkap itu diketuk. Tengku Zaralyn menoleh semula lalu membuka tingkap itu.

"apa lagi la awak ni?." Jawab Tengku Zaralyn sambil memeluk tubuh. Rykal masih lagi dengan sengihannya.

"mimpikan saya tau malam ni. Sebab semalam saya dah mimpikan Tengku." Rykal terus melangkah pergi meninggalkan Tengku Zaralyn di tingkap itu.

'Dia mimpikan aku? apa yang dimimpikan yer?. Ishh..aku ni dah angau ker dengan si jantan ni. Tapi okay apa, macho kot.'

Mengomel sendirian Tengku Zaralyn. Lalu tingkap itu ditutup rapat. Mengambil beg tangannya dan berjalan menuju ke arah anak tangga untuk naik keatas.

***********************************

Tengku Mansur dan Tengku Maria sedang menonton televisyen selepas solat isya' sebentar tadi.

"Ma..pa..Zara dah balik ke?." soal Syarifah Zahirah pada mertuanya.

Tengku Mansur dan Tengku Maria menoleh kearah menantu mereka dengan senyuman. Syarifah Zahirah membawa satu dulang berisi air milo panas berserta beberapa potong kek buatannya sendiri.

"yer..dah balik. Suruh tidur sini tak nak." jawab Tengku Maria yang kini menegakkan sedikit tubuhnya.

"dah mula rindu bibik tu kot." tawa Tengku Mansur dan Tengku Maria.

"bibik ? apa maksud papa tu?." soal Syarifah Zahirah lagi. Air dituangkan ke dalam cawan lalu dihidangkan pada mertuanya.

"Zahirah tak tahu lagi ker? Ingatkan mama dah cerita." Tengku Mansur bangun lalu mencapai cawan berisi air milo itu dan meneguknya.

"cerita apa ma.? ala..cerita la. Nak tahu jugak."

Tengku Maria mula menceritakan tentang Tengku Zaralyn dan bibik barunya itu dengan tawa. Tengku Mansur hanya sekadar menambah-nambah serba sedikit.

"apa yang riuh sangat ni. Dengar sampai atas." soal Tengku Izkandar pada mereka semua.

"pasal adik kamu lah. Siapa lagi." kata Tengku Mansur lagi.

"Ohh.. ingatkan apa lah tadi. Tapi kelakar kan." Giliran Tengku Izkandar pula melepaskan tawa.

"Maknanya Zahirah sorang jer la yang baru tahu ni. Sampai hati you, sayang. Pandai yer berahsia sekarang." Tangan Syarifah Zahirah merayap di peha Tengku Izkandar yang kini telah melabuhkan punggung di sebelahnya.

"auchhh...sakit lah sayang. I bukan nak berahsia. Cuma tak sempat nak cerita." jelas Tengku Izkandar pada isterinya.

"mana anak-anak kamu. Senyap jer. Tak turun makan kek ni ker? penat mummy dia buat." Soal Tengku Mansur pada anak menantunya.

"dah tidur pun papa. Penat sangat rasanya tu." balas Tengku Izkandar.

"simpankan sikit untuk mereka. Breakfast esok boleh makan." kata Tengku Maria lagi.

"tak sempat pun lagi main dengan Tok pa diorang. Dah tidur." kata Tengku Izkandar pula.

"tapi kan Abang tahu tak. Tengku Raziq tak mahu dengan saya. Nak peluk tak kasi." Tengku Maria mencebikkan bibirnya.

"yer lah. Lama-lama sekali baru jumpa kan. Macam tu lah jadinya. Nanti okay lah tu." balas Tengku Mansur lagi.

Mereka menikmati santapan yang dibuat oleh Syarifah Zahirah itu. Mula menceritakan tentang kehidupan masing-masing. Tengku Izkandar menetap di Itali kerana bekerja sebagai doktor pakar disana. Begitu juga dengan Syarifah Zahirah. Dia bekerja di bumi Itali sebagai seorang pensyarah di Universiti of Milan.

Telah hampir lapan tahun mereka menetap di Itali. Hanya setahun sekali berpeluang balik ke tanah air. Selalunya setelah pulang, mereka akan mengambil masa selama sebulan bercuti dan cuti tersebut hanya dihabiskan dengan ahli keluarga.

***************************************

Pagi yang indah bersama siulan burung keriuhan. Sinar matahari yang menusuk masuk ke ruang bilik milik Tengku Zaralyn itu membuatkan dia terjaga dari tidurnya.

Mata digosok-gosok. Mengangkatkan kepala lalu turun dari katil itu. Tuala dicapainya menuju ke bilik air.

Setelah selesai membersihkan diri, dia keluar dari bilik air itu. Pintu almari pakaian dibuka. Mengambil sepasang baju lalu disarungkan kemas ditubuhkannya.Tengku Zaralyn di hadapan cermin itu sambil menyisir rambutnya.

Beberapa semburan minyak wangi menghinggap ditubuh itu. Setelah memastikan semuanya kelihatan kemas, Tengku Zaralyn menggapai beg tangannya lalu turun ke bawah.

"Oo..mak kau hijau." melatah Rykal saat Tengku Zaralyn membuka pintu utama rumah itu.

"melatah pula dia. Macam perempuan la awak ni." kata Tengku Zaralyn sambil tersenyum melihat Rykal yang terkejut dengan tindakannya.

"saya tengah berangan tadi. Tiba-tiba Tengku buka pintu. Terkejut beruk saya dibuatnya." Rykal menggosok-gosok dadanya.

Tengku Zaralyn menyarungkan kasut di kakinya. Satu tawa kecil dilemparkan buat Rykal.

"hmm..berangan apa pula kali ni?. Asyik berangan jer kan awak ni." Soal Tengku Zaralyn lagi.

"saya berangan kahwin dengan anak jutawan. Ya Allah.. seronoknya dapat duduk rumah besar. Ada driver. Tak payah jadi bibik lagi." kata Rykal sambil matanya menerawang jauh bersama ilusinasinya.

Tengku Zaralyn mengambil langkah duduk di kerusi berhampiran. Wajah Rykal ditenungnya.

"kalau saya ajak awak kahwin nak?." soal Tengku Zaralyn. Dia memikirkan tentang perkara yang diperkatakan oleh ibunya tempoh hari. Dia cuma ada 9 bulan untuk cari bakal suami dan menantu buat orang tuanya.

"ishh.. bergurau pulak Tengku ni. Saya ni apa yang ada. Jangan kata motosikal, basikal pun tak ada. Anak raja mana la yang nak kan saya ni Tengku."

"awak nampak saya ni macam bergurau ker? Saya serius ni." tegas Tengku Zaralyn lagi.

"biar saya buat solat istikharah dulu. Macam yang selalu orang buat bila keliru membuat keputusan tu." jawab Rykal pula.

"saya tahu lah. Awak ingat saya ni tak ada ilmu agama ker?." Tengku Zaralyn bangun dari duduknya lalu berjalan menuju kearah kereta mewahnya.

'cantiknya dia. wangi pulak tu. Aduhh...aku dah jatuh cinta ni. Tulang rusuk dah bergetar lah.' kata Rykal dalam hati dengan mulut yang ternganga.


"pinn..pinn.."

Hon kereta dibunyikan. Rykal kembali menutup mulutnya lalu melemparkan senyuman kelat buat majikannya. Rasa malu menjelma. Terus melangkah masuk ke dalam rumah lalu memulakan kerjanya.

Kereta mewah tersebut keluar dari perkarangan rumah itu dan meluncur laju di atas jalan raya.

'aku yakin. Dia orang yang baik-baik. Mama pun dah cakap tak kisah orang tu dari orang-orang ternama atau orang biasa. Yang pastinya aku tergoda dengan pandangan matanya.' Omel Tengku Zaralyn sendiri. Kereta dipandu dengan penuh hati-hati.

**************************************

"Assalamualaikum..mak.!!."

"Waalaikumussalam..yer Rykal. Ada apa telefon mak ni."

"Rykal nak bagitahu yang Rykal dilamar boss Rykal mak. Cuma dia tak sarungkan cincin lagi dijari Rykal."

"ishh.. betul bendul punya anak. Kamu yang patut sarungkan cincin di jari dia. Bukan dia yang kena sarungkan cincin tu." jawab Puan Nina.

"bukan Rykal yang lamar dia. Dia yang lamar Rykal." balas Rykal dengan selamba.

"kamu tu lelaki. Kamu lah kena sediakan semuanya. Beli cincin. Masuk meminang. Lepas tu sediakan wang hantaran dan mas kahwin." jelas Puan Nina.

"semua Rykal ker mak? mana ada duit mak. Dia anak orang kaya. Mestilah hantaran pun diluar kemampuan Rykal." kepalanya digaru.

"itu kamu bincangkan dengan bos kamu tu. Mak hanya mampu doakan yang terbaik untuk anak-anak mak."

"Baiklah mak. Nanti Rykal bagitahu mak jika apa yang Rykal cakapkan ni menjadi. Kalau jodoh Rykal, Rykal terima mak."

"baiklah.. Assalamualaikum.!"

"Waalaikumussalam..!."

Talian dimatikan. Rykal meletakkan telefon bimbitnya di atas rak di dapur itu lalu memulakan tugasnya.

Maaf atas kelewatan update. Jemput baca dan komen yer. jemput baca jugak Goodbye Chubby. hihihi.. Follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience