Kereta dipandu Rykal keluar dari perkarangan rumah itu lalu meluncur laju diatas jalan raya. Mereka bercadang untuk berbelanja sedikit pakaian buat Rykal ke pejabat esok hari. Rykal
tidak lekang senyumnya dari bibir.
Tengku Zaralyn sekali sekala menoleh ke arah suaminya itu. Wajah tenang itu diamatinya. Rykal pura-pura tidak menyedari bahawa Tengku Zaralyn sedang memerhatikannya.
"Abang..!!" panggil Tengku Zaralyn lembut.
"Yer sayang..!! kenapa ?." sahut Rykal berserta soalannya.
"Saya nak balik kampung abang boleh?. Teringin nak rasa suasana kampung." jawab Tengku Zaralyn.
"Boleh jer..tapi esok kan kita dah start kerja. Nanti weekend kita balik kampung okay.?" Rykal mengangkat keningnya.
"Saya rindukan kampung nenda. Tapi sekarang nenda dah tak ada. Rumah tu dah jadi milik Tengku Mazia. Adik kepada mummy. Dah lain jadinya. Tak seronok macam waktu nenda masih ada." Tengku Zaralyn mencebikkan bibirnya. Lalu lengan Rykal dipaut dan kepalanya disandarkan pada bahu itu.
"Ohh..pernah merasa lah jadi orang kampung? bagus..abang tak perlu risau tentang keselesaan awak bila balik kampung nanti." kata Rykal sambil tersenyum riang.
"Hello..!! Ni Tengku Zaralyn tau. Saya boleh sesuaikan diri lah. Setakat digigit nyamuk tu apa lah sangat." kata Tengku Zaralyn sedikit bangga.
"Ye lah tu. Okay tak apa. Kita tengok sejauh mana kesesuaian diri tu nanti." Rykal sekadar ketawa kecil.
Setelah hampir 30 minit dalam perjalanan, kini mereka sampai ke pusat membeli belah terbesar di bandar itu. Selesai urusan meletakkan kereta, masuklah mereka berdua sambil berpegangan tangan ke dalam pusat membeli belah tersebut.
Satu persatu butik pakaian dan aksesori mereka terjah. Butik dengan pelbagai jenama dan model.
"Fuhh...!!! harganya mencekik." sungut Rykal.
"Biasalah harga macam ni. Kualiti pun terbaik. Ambil saja."pujuk Tengku Zaralyn.
Rykal mengambil beberapa helai kemeja lengan panjang berwarna cerah serta beberapa helai seluar berwarna hitam. Sesungguhnya dengan warna kulitnya. Pembayaran pun dibuat. Lalu mereka mencari pula keperluan lain seperti kasut dan tali leher.
2 jam berlalu tanpa disedari mereka. Kini lengkap semua pakaian Rykal untuk memulakan kerjanya esok hari.
"Sekarang nak ke mana lagi? semua barang dah lengkap." soal Rykal.
"kita makan dulu nak? saya lapar dan dahaga ni." jawab Tengku Zaralyn dengan sedikit merengek. Lengan Rykal dipaut.
"okay..kita makan dulu. Jom..!!"
Mereka pun berjalan menuju ke sebuah restoran yang terdapat di medan selera didalam pusat membeli belah itu. Pelbagai jenis makanan enak dijual.
Mereka memesan makanan dan minuman lalu duduk sambil asyik melihat ke sekeliling. Agak keriuhan dengan suara kanak-kanak keriangan.
"Hai..!!" sapa satu suara yang datang dari belakang Tengku Zaralyn. Dia sedikit terperanjat lalu menoleh melihat siapakah gerangannya.
Alangkah terperanjatnya Tengku Zaralyn saat wajah itu ditatapnya. Lelaki yang telah memusnahkan hidupnya sebelum ini muncul semula.
"Hai..!! maafkan saya. Encik ni siapa? kenal ke dengan isteri saya." Rykal menyahut sapaan iru.
"Jom balik Rykal. Saya rasa kurang sihat ni." Tengku Zaralyn mula gelabah. Barang-barang Rykal dipautnya.
"Ehh..tunggu lah dulu sayang. I rindu you tau..". Hazril menarik siku Tengku Zaralyn yang sedang memaut beg kertas berisi pakaian Rykal itu.
"Untuk pengetahuan you, Tengku Zaralyn ni dulu kekasih I tau. Sampai sekarang pun dia masih cintakan I sebab kitaorang.." Hazril cuba menyampaikan kata-katanya namun dipotong oleh Tengku Zaralyn.
"Pergi mampus lah kau dengan cinta palsu kau tu. Aku jijik dengar." Tengku Zaralyn merentap tangannya. Lalu bangkit berdiri di belakang Rykal.
"Hormat dia sebagai seorang wanita dan hormat aku sebagai suami dia. Aku berhak nak remukkan muka kau sebab sentuh isteri aku." Rykal memberi amaran pada lelaki itu.
"Rileks lah bro. Hal kecil je. Aku cuma nak lepaskan rindu aku pada dia jer." Hazril ketawa kecil bersama perasaan tidak bersalahnya.
"Jom Rykal. Saya nak balik." pinta Tengku Zaralyn sambil menarik tubuh Rykal dari belakang.
"Sayangg..you ni macam tak biasa pula. You dah lupa ker waktu kita sama-sama.."
"Enough..Aku benci kau jantan tak guna. Jom Rykal Wazir." pinta Tengku Zaralyn lagi dengan esakan tangisnya.
"Mari lah sini kejap." Hazril masih cuba mendekati tanpa hiraukan keberadaan Rykal disitu.
"bushhh.."
Satu tumbukan hinggap di pipi Hazril dengan agak kuat. Rykal hilang sabarnya. Hazril yang cuba mendekati Tengku Zaralyn itu terjatuh rebah ke lantai dek tumbukan sebentar tadi.
"Ni amaran keras dari aku. Sekali lagi kau ganggu Tengku Zaralyn, aku akan pastikan kau kena lebih teruk dari ni." Rykal mencekak leher baju Hazril dan menarik rapat ke wajahnya dan berkata-kata.
"Jom Rykal.." Tarik Tengku Zaralyn tubub suaminya itu. Rykal bangun lalu tangan isterinya digenggam erat. Mereka meninggalkan Hazril yang rebah dilantai itu disaksikan oleh khalayak ramai.
"Apa pandang-pandang.? Tak ada kerja lain ker?." jerkah Hazril sambil bangun dari rebahannya. Orang ramai yang sedang memandangnya tersengih dengan gelagat Hazril.
Tengku Zaralyn memasuki kereta dengan keadaan yang sudah tidak terkawal. Tangisnya semakin kuat. Rykal masih tenang dan cuba tenangkan isterinya itu.
"Sayang.. please cool down. Abang ada untuk lindungi sayang. Please..!!" pujuk Rykal.
Tanpa melengahkan masa lagi Rykal terus memandu kereta keluar dari perkarangan tempat letak kereta pusat membeli-belah tersebut.
"Rayden.!! mana papa kamu ni? mama dah penat tunggu." soal Lydia pada anaknya yang sedang makan aiskrim itu.
"Itu pun papa." jawab anak kecil itu sambil tangannya menunjukkan ke arah Hazril yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Lydia menggelengkan kepalanya.
"Ehh. kenapa dengan pipi tu. Lebam lah you." soal Lydia kehairanan.
"Tak ada apa-apa. I jatuh jer tadi." jawab Hazril sambil memegang kesan lebam itu.
"Jatuh...?? ehh..macam tak masuk akal jer." soal Lydia lagi.
"Banyak tanya lah you ni. Jom balik. I penat." Hazril menarik tangan Rayden lalu melangkahkan kakinya diikuti oleh Lydia yang masih tidak berpuas hati dengan pengakuan Hazril.
*********************************
Mereka tiba di perkarangan rumah dengan keadaan Tengku Zaralyn masih esak menangis. Rykal sudah sedaya upaya menenangkan. Namun tidak berhasil.
Tangan Tengku Zaralyn dicapai lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Tengku Zaralyn dibawa ke bilik mereka.
"sayang.. please. Relaks..sayang.." pinta Rykal sambil memeluk tubuh isterinya itu.
"Tolong saya Rykal. Saya takut." Tengku Zaralyn tersedu-sedan penat menangis. Jatuh terduduk sepasang suami isteri itu di lantai.
Rykal melepaskan tubuh isterinya lalu memegang wajah Tengku Zaralyn.
"Sayang tunggu kejap. Nanti abang datang." arah Rykal.
Rykal bergegas ke alamari yang terletak tidak jauh dari Tengku Zaralyn. Seperti sedang mencari sesuatu. Tengku Zaralyn memeluk lutut dan tubuhnya menggeletar.
"Sayang...!! Makan ubat ni. Ni airnya sayang.." Rykal menghulurkan botol ubat dan segelas air pada Tengku Zaralyn.
Tengku Zaralyn mendongak melihat raut wajah suaminya dengan kerutan didahinya.
"Abang tahu pasal ubat ni?." soal Tengku Zaralyn dengan sedikit terperanjat.
"Usah ditanya sayang. Makan ubat ni cepat. Awak perlu berehat." balas Rykal dengan lembut.
Tengku Zaralyn akur dengan arahan itu lalu mengambil ubat tersebut lalu dimakannya. Setelah dimakan ubat tersebut, Rykal mengampu tubuh isterinya untuk dibaringkan di atas katil.
Dia mengikuti sahaja langkah Rykal tanpa sebarang bantahan. Baringlah wanita itu lalu mata dipejam rapat. Berusaha untuk melupakan bayangan hitam yang sering menghantuinya.
Rykal merenung wajah redup itu dengan penuh belas dan kasih. Diusap rambut Tengku Zaralyn dengan lembut. Airmata yang masih tersisa dibawah kelopak mata isterinya disapu menggunakan tangannya.
Setelah beberapa minit, dengkuran kecil keluar dari bibir halus itu. Rykal bangun dengan perlahan. Tidak sempat dia berdiri, tangannya ditarik kuat hingga dia terduduk semula.
"Jangan tinggalkan saya." pinta Tengku Zaralyn dengan wajah redupnya.
Rykal akur lalu merebahkan tubuhnya di sebelah Tengku Zaralyn. Tangannya melingakari pinggang ramping itu lalu kucupan manja dihadiahkan. Tengku Zaralyn kembali tenang didalam dakapan.
***********************************
Suasana sepi tanpa keriuhan lagi. Kini hanya tinggal mereka berdua serta dua orang pembantu rumah itu didalam rumah tersebut.
Hidangan makan malam itu tidaklah semeriah ketika anak-anak mereka berada disini.
Sekadar nasi putih bersama masak lemak cili padi sudah memadai. Nasi hanya dikuis oleh Tengku Maria.
"Kenapa tak dimakan nasi tu. Kang sejuk tak sedap pula." tegur Tengku Mansur pada isterinya.
"Saya rindukan cucu-cucu kita lah abang. Jom ke Itali. Saya dah lama tak kesana." ajak Tengku Maria.
"Ishh..awak ni. Kan baru jer Zara bernikah. Tunggu lah dulu. Lagipun saya banyak hal penting sekarang. Tunggu lapang sikit." jawab Tengku Mansur sambil tersenyum.
"Abang tu sibuk jer memanjang. Nak tengok cucu pun susah." Sindir Tengku Maria.
"Itali tu jauhnya buka dari KL ke Putrajaya. Jauh Tengku Maria ku sayang. Sabar lah sikit." jawab Tengku Mansur lagi.
Tengku Maria sekadar mencebik. Tidak mampu lagi dia melawan Tengku Mansur itu yang sangat pandai berkata-kata.
Nasi disuap perlahan ke dalam mulut. Tengku Mansur turut menghabiskan suapan nasinya yang masih bersisa itu.
***************************************
Mata dibuka perlahan dan melihat ke sekeliling. Rykal masih dengan dengkurannya. Tengku Zaralyn perlahan-lahan menangkat tangan Rykal yang melingkari pinggangnya lalu diletakkan di tepi.
Dia turun dari katil lalu menuju ke pintu bilik itu. Keluarlah dia menuruni anak tangga itu dengan penuh hati-hati. Setibanya di bawah dia meneruskan langkah ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka.
'Apa yang aku boleh masak yer?. Hmm...hentam saja lah. janji dapat kenyangkan perut.' omel Tengku Zaralyn sendiri.
Dia mengeluarkan beberapa jenis sayur dan serta segala jenis bahan beku di dalam peti sejuk tersebut. Mindanya mula memikirkan apa yang bisa dimasaknya untuk juadah makan malam mereka suami isteri.
Hampir 1 jam bertungkus lumus bersilat di dapur, masakan yang disediakan siap terhidang.
"Sayang..!! awak di mana ni..!!" Rykal yang baru terjaga dari tidurnya mencari-cari kelibat sang isteri. Anak tangga dituruninya.
'apa yang bau sedap sangat ni?. Tengku Zaralyn masak ker jiran sebelah.?.' omel Rykal sendiri.
Tidak sempat sampai ke ruang dapur dia terpandang beberapa jenis makanan sudah siap terhidang. Air liur diteguknya.
"Ehh..abang dah bangun. Maaf lah saya tak kejutkan abang. Saya tengok abang nyenyak sangat tidur." Kata Tengku Zaralyn sambil membawa satu jar air berwarna oren berketul ais itu.
"Awak yang sediakan semua ni sayang?." soal Rykal kehairanan.
"Yer saya yang masak sendiri. Jemput duduk abang. Kita makan sama-sama." pelawa Tengku Zaralyn lalu menciduk nasi ke pinggan.
Rykal duduk di kerusi itu dengan perasaan terujanya. Dia mula mengambil masakan yang masih berasap itu kedalam pinggan yang telah diisikan nasi oleh Tengku Zaralyn sebentar tadi.
Suapan pertama masih tiada reaksi dari Rykal. Tengku Zaralyn masih setia menunggu kata-kata dari suaminya. Suapan kedua diteruskan.
"Apa rasanya? cepat lah sayang." rengek Tengku Zaralyn dengan sedikit gelabah.
"Sedapp..abang suka." jawab Rykal dengan ikhlasnya.
"Serius lah sayang.?." sekali lagi minta kesahihan dari sang suami.
"Betul.. serius sayang. Hmm..makan lah."
Tengku Zaralyn terus mengambil lauk pauk yang terhidang itu kedalam pinggannya. Lalu disuapkan ke mulutnya.
"Hmm..not bad. Ni 1st try tau, dah kira pass lah kan?." Tengku Zaralyn kegirangan. Rykal langsung tidak berkata-kata.
Mereka menikmati makanan itu dengan penuh berselera sekali. Tengku Zaralyn puas dengan hasil masakan air tangannya sendiri. Seronok saat melihat Rykal makan tanpa sebarang suara.
tak tahu nak cakap apa..Jemput komen.. kihkihkih..
Share this novel
evening, dear. bila nk update
salam zohor, dear. tqvm .miss u, so much