Sedang asyik Rykal berbual dengan seorang rakan kongsi syarikat di sebuah restoran mewah, tiba-tiba satu tangan hinggap di bahunya. Rykal langsung menoleh untuk melihat gerangan si penyapa.
Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati bahawa orang itu adalah gadis yang pernah singgah di hatinya suatu ketika dahulu. Tetapi kini dengan penampilan yang sangat berbeza.
Pakaian seksi yang dikenakan sangat mengejutkan Rykal. Apakah benar itu Nurish Balqis yang dulunya seorang gadis bertudung litup dan berpakaian sopan. Kelihatan wajah gusar terselit di wajah itu.
"Maafkan saya Dato..!! Give me 5 minute." pinta Rykal pada rakan kongsi bergelar dato tersebut.
"It's okay, Rykal. Take your time." balas Dato Basir dengan lembut serta jerlingan gatal buat Nurish.
"Thank you, Dato." Rykal bangun dari duduknya lalu menarik tangan itu ke sudut yang agak terpencil di ruang restoran itu. Nurish mengikuti tanpa sebarang bantahan.
"Betul ke apa yang saya nampak sekarang ni Nurish? Jalan apa yang awak pilih ni? saya tak sangka awak seliar ini." Rykal melepaskan tangan itu dengan rentapan kuat. Nurish mengadu kesakitan. Pergelangan tangannya digosok-gosok dek rentapan tersebut.
"Saya terpaksa dan inilah punca pendapatan saya sekarang. Awak nak saya temankan awak pun boleh. Saya tengok awak macam penat tu. Mari saya bawa awak ke hotel. Saya urutkan badan awak. Percuma khas untuk awak." Nurish mula mendekati tubuh Rykal lalu tangannya mula merayap disekitar sebidang dada itu.
"Stop it, Nurish. Aku dah ada isteri. Aku tak perlukan perempuan macam kau untuk puaskan nafsu aku. Aku tak perlukan urutan dari perempuan macam kau untuk release tension lah. Balik rumah tengok wajah isteri, hilang semua penat lelah aku." Rykal menepis tangan itu lalu tubuh Nurish ditolak ke tepi dinding.
"Eleh...jual mahal konon. Aku akan pastikan kau cari aku nanti. Jangan lupa janji kita Rykal. Kita pernah berjanji akan hidup semati. Kau dah lupa ker?." Soal Nurish yang masih cuba mendekati Rykal yang kini sedang memeluk tubuh itu. Wajah kemerahan Rykal direnungnya.Rykal berpura-pura tidak menyedari dirinya ditenung.
"Janji ? Janji yang kau khianat dulu. Aku dah buang jauh dari hidup aku setelah Tengku Zaralyn sah jadi isteri aku. Aku tak akan berpaling dari dia semata-mata untuk kau lah. Bertaubat lah Nurish. Jadi manusia yang berpegang teguh pada iman, bukan syaitan yang berlagak seperti tuhan." Rykal mula menasihati. Lalu kakinya terus melangkah pergi meninggalkan Nurish disudut itu. Nurish mula berang. Rykal langsung tidak menghiraukan godaannya.
'Tengku Zaralyn? aku pernah dengar nama ni. Ni mesti orang kaya kan. Kurang asam punya Rykal. Kenapa kau selalu dikurniakan benda-benda yang lebih baik dari aku. Dulu aku curang pun salah kau juga. Kau sibuk dengan urusan keluarga kau hingga lupa aku. Tapi aku pasti kena cari sapa isteri kau Rykal. Mesti ada hasilnya.' Nurish tersenyum sinis sambil memerhati Rykal yang melangkah pergi.
Rykal kembali duduk di kerusi itu. Dato Basir pula terpinga-pinga seperti menanti seseorang. Rykal melihat wajah tua itu dengan hati yang tidak tenteram. Pasti lelaki tua ini sedang mencari Nurish untuk dibuat teman. Gerak geri lelaki tua itu sangat menonjol seperti orang kempunan.
"Maafkan saya. Boleh kita teruskan perbincangan kita Dato?." Soal Rykal untuk kembalikan aura perbincangan buat lelaki separuh abad itu.
Tiba-tiba tangan tua itu melambai-lambai ke arah belakang Rykal. Rykal lantas berpusing. Nurish tersenyum riang sambil membalas lambaian itu. Rykal mula rimas dengan gelagat mereka berdua. Nurish berjalan ke arah dudukkan mereka dengan penuh senang hati.
"Rykal..!! Kita sambung meeting ni minggu depan. Saya terpaksa pergi." Dato Basir mula mengemas fail-fail yang bertaburan di atas meja itu lalu dimasukkan ke dalam beg. Nurish tiba di situ lalu tangan Dato Basir dipegang lembut. Tubuh gebu dan haruman dari tubuh Nurish sungguh menjatuhkan iman lelaki tua itu.
"Are you sure?." soal Rykal tidak percaya. Dato Basir memilih untuk batalkan perbincangan ini untuk pergi bersama Nurish.
"Yes.. really sure." balas Dato Basir lalu bangun dari duduknya dan tangan Nurish dipaut dan digenggam erat.
Rykal menahan amarahnya. Sungguh dia rasa berdosa melihat kemesraan Nurish dan Dato Basir itu. Nasihat dan doa sahaja yang mampu dititipkan buat Nurish supaya kembali ke jalan yang benar.
"Bye Rykal..!!." Lambaian membakar api kemarahan mula terhasil dari Nurish buat Rykal. Namun lambaian itu tidak dibalas Rykal sama sekali. Nurish kini dibawa pergi oleh Dato Basir keluar dari restoran itu. Rykal masih mengemas fail serta komputer ribanya.
*******************************
Tengku Zaralyn mula tidak keruan saat sejambak bunga diterimanya sebentar tadi. Kad ucapan yang terselit itu diambil perlahan.
"Maaf sebab saya tak kirimkan sekali bunga
kesukaan awak bersama gambar-
gambar kenangan kita tempoh hari.
Harap awak suka..^_^"
Sincerely,
-Hazril-
Pantas kad ucapan itu dilemparkan jatuh ke lantai. Jiwanya kembali kacau bilau. Hatinya memberontak. Bayang hitam kembali menjelma saat nama Hazril terpampang pada kad ucapan itu.
'Kau kena kuat Zara. Kau kena lawan rasa ni. Bawa bertenang Zara. Ingat yang kau ada family dan Rykal. Mereka sentiasa ada di belakang kau.' kata hatinya. mula berbisik di fikiran.
Tengku Zaralyn menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan perlahan. Dia cuba menenangkan jiwa dan hatinya. Kini jiwanya kembali tenang dan masih boleh berfikir dengan waras.
'Bungkusan yang Rykal ambil hari tu gambar-gambar kami? Gambar apa yer? kenapa Rykal senyap jer. Aku mesti cari bungkusan tu. Aku kena tengok sendiri gambar apa yang dia hantar pada aku.' kata Tengku Zaralyn sendiri. Punat telefon pejabatnya ditekan.
"Balqis..!! Masuk sekejap." arah Tengku Zaralyn pada pembantu peribadinya itu.
Tengku Zaralyn menyandar di kerusi empuk itu. Menanti ketibaan Balqis memasuki ruang pejabatnya.
"knock...!! knock..!! knock..!!"
"Masuk..!!." sahut Tengku Zaralyn setelah mendengar ketukan itu.
"Yer Tengku. Ada apa-apa boleh saya bantu?." soal Balqis yang tercegat berdiri di situ.
"Lepas ni tolong jangan terima apa-apa benda pelik-pelik dari sesiapapun untuk saya. Awak buang jer ataupun bagi jer balik kepada orang tu." arah Tengku Zaralyn sambil mendongak wajahnya memandang ke atas.
"Baiklah Tengku. Ada apa-apa lagi?." soal Balqis sebelum keluar dari bilik itu.
"Tuan Rykal dah balik ke office ke belum?." soal Tengku Zaralyn lagi.
"Belum Tengku." balas Balqis lagi.
"Okay..tak apa. Awak boleh keluar." arah Tengku Zaralyn yang kini duduk kembali menegak mengadap komputernya.
"Baiklah. Saya keluar dulu." Balqis mengundurkan diri setelah Tengku Zaralyn mengangguk.
Telefon bimbit dicapai. Nombor telefon Rykal didailnya. Beberapa saat kemudian Rykal menjawab panggilan tersebut.
"Hello..!! Abang kat mana?."soal Tengku Zaralyn pantas setelah panggilan disambungkan.
"Hello..!! Abang baru keluar dari restoran ni. Tengah drive sekarang. Dato Basir tangguhkan perbincangan pula. Ada hal sikit. Sayang okay..?"
"Tangguh..? jarang Dato Basir ni tangguhkan meeting. Hmm..tak apa lah. Saya okay jer."
"Entah..Abang first time berurusan dengan dia. Abang tak tahu dia macam mana." balas Rykal lembut.
"Tak apa lah. Nanti set lain waktu. Abang..!! malam ni kita dinner di rumah daddy yer. Esok nak balik kampung kan?."
"Boleh jer sayang. Abang pun on the way balik office ni. Bagitahu mummy dan daddy dulu."
"Okay.. hati-hati drive. Bye..!!." kata Rykal.
"Okay sayang..Bye..!!."
Talian diputuskan. Tengku Zaralyn kembali fokus pada skrin komputernya. Manakala Rykal memandu dengan hati-hati dengan suasana lalu lintas yang agak sibuk itu.
*********************************
Tengku Maria gembira setelah mendapat panggilan daripada anak perempuannya bahawa mereka akan makan malam di rumah itu pada malam nanti. Terus dia menuruni anak tangga untuk ke dapur mencari pembantu rumahnya.
"Saya nak minta masak special sikit malam ni. Tengku Zaralyn nak dinner di sini malam nanti." arah Tengku Maria pada pembantu rumahnya.
"Baiklah Tengku."
"Buatkan masakan kegemaran Tengku Zaralyn yer Mak Kiah. Rykal pula buatkan sambal tumis ikan keli buat dia. Kata emaknya dia suka sambal tumis ikan keli." arah Tengku Maria lagi.
"Baiklah..saya buatkan." balas Mak Kiah dengan senyuman. Dia juga sangat merindui Tengku Zaralyn yang begitu mesra dengannya seperti anaknya sendiri. Tengku Zaralyn membesar didepan matanya. Hingga kini dia masih setia berkhidmat di rumah besar itu.
Keluarga Tengku Mansur sudah banyak membantunya dari segi tempat perlindungan serta kemudahan bergerak. Persekolahan anak-anak juga banyak yang ditanggung oleh Tengku Mansur sejak dulu lagi. Kini anak-anaknya sudahpun meningkat dewasa dan yang sulung sudahpun melanjutkan pelajaran ke universiti.
Tengku Maria kembali menaiki anak tangga meninggalkan pembantu rumahnya diruang dapur itu. Mak kiah mula bersilat didapur itu bersama seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia untuk sediakan juadah makan malam seperti yang diarahkan oleh majikan mereka.
*******************************
Encik Sahar pulang dari sawah menaiki motorsikalnya. Kepulangan yang dinantikan oleh Puan Nina dimuka pintu sambil mengoyak daun pisang.
"Dah balik pun. Risau saya abang ke sawah tu. Abang kan tak berapa sihat lagi." leter Puan Nina buat Encik Sahar yang kini sudahpun naik ke atas rumah itu.
"Saya bukan turun ke sawah pun. Pergi tengok si Jalil meracun sahaja." jawab Encik Sahar. Dia melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu itu. Surat khabar dicapainya.
"yer lah tu..Ni mana barang yang saya pesan tadi. Beli ker tidak?."
"Allahuakbar..ada dalam raga motosikal ti ha... Awak ambil lah. Saya nak baca surat khabar ni sekejap."
"Macam-macam abang ni. Baiklah..kejap lagi saya ambil sendiri." balas Puan Nina yang sedang mengelap daun pisang yang sudah dikoyaknya sebentar tadi.
"Awak nak buat apa pula dengan daun pisang tu? Buat banyak-banyak pun bukan ada siapa nak makan." soal Encik Sahar.
"Saya nak buat lepat labu. Entah kenapa tiba-tiba teringatkan Rykal pula. Selalunya kalau teringat ni mesti dia akan balik." jelas Puan Nina dengan yakinnya. Firasat seorang ibu sangat dahsyat.
"Suka hati kamu lah." balas Encik Sahar dengan sedikit keluhan.
"Raisya dan Ryzal pun katanya balik esok. Itu yang saya buat lebih." kata Puan Nina lagi.
"Esok kena jemput diorang lah kan di asrama. Saya lupa pula. Nasib baik awak ingatkan saya."
"Yer lah abang. Pukul 4 petang katanya. Kita pergi awal sikit. Boleh singgah beli stok barang buat bahulu saya tu. Leha tempah untuk kenduri anak teruna dia si Aizat tu. Stok yang ada tu tak cukup. Kena tambah sikit lagi." jelas Puan Nina. Sememangnya dia adalah seorang usahawan kuih bahulu sejak beberapa tahun lalu.
"Awak tahu tak? Tadi masa saya di sawah, Hassan datang jumpa saya. Dia minta saya tanyakan pada Rykal tentang anaknya Nurish. Dah lama tak balik kampung katanya. Telefon pun dah tak dapat. Rumah yang katanya disewa pun tak betul katanya. Diorang dah ke sana. Tapi alamat tu salah." jelas Encik Sahar sambil melipat semula surat khabar ditangannya.
"Rykal dah lama tak cerita pasal Nurish. Saya pun tak pernah tanya. Habis tu abang cakap apa pada Hassan?."
"saya cuma cakap kalau ada apa-apa saya minta Rykal hubungi Hassan sendiri. Saya ni malas nak masuk campur. Bukan ada kena mengena dengan kita. Nanti cakap lebih-lebih dikatanya menyibuk pula. Terpulanglah pada Rykal nak jawab apa nanti. Sebaiknya biar Hassan dan keluarga dia yang selesaikan sendiri. Rykal pun dah ada isteri."
Encik Sahar sememangnya tidak begitu gemar masuk campur serta mempersoalkan hal-hal orang. Dia lebih suka membuat hal sendiri dan fikirkan hal keluarganya sahaja.
"Saya pun kalau boleh tak nak lah Rykal masuk campur. Tapi kesian pula pada Hassan dan Aminah tu. Tercari-cari anaknya." Puan Nina kini bangun dari duduknya sambil membawa daun-daun pisangnya.
"Itulah..bila lapang nanti saya telefon Rykal." kata Encik Sahar pada Puan Nina yang sedang berjalan menuju ke arah dapur. Puan Nina sebenarnya tidak suka apabila nama Nurish disebutkan. Dia tidak restu hubungan Rykal dan Nurish sejak dulu lagi diatas beberapa sebab. Maka dengan itulah, dia sepertinya tidak endahkan sangat saat mendengar berita kehilangan Nurish.
Done publish... semoga semua readers tidak jemu-jemu membaca karya Amyz..^_^
Share this novel
nite, dear. update plz.
salam isya', dear. bila nk update lg