Bab 38 KERINDUAN

Romance Series 114601

Kereta dipandu Rykal memasuki perkarangan rumah besar milik Tengku Mansur itu. Kereta diletakkan di bawah garaj. Kelihatan Pak Leman sedang asyik membaca surat khabar dikerusi berhampiran.

Turunlah mereka dari perut kereta itu. Tengku Zaralyn menyantuni Pak Leman setelah kakinya berdiri tegak dilaman itu. Begitu juga dengan Rykal.

"Berbuka disini ker? Seronok lah Tengku Mansur. Semua anak menantunya ada." Tegur Pak Leman.

"Ye Pak Leman. Berbuka disini." balas Rykal dengan lemah lembut.

"Pak Leman sihat?." Soal Tengku Zaralyn pula.

"Alhamdulillah.. macam ni lah Tengku. Sihat-sihat sahaja. Tengku macam mana? dah baik ke ?."

"Alhamdulillah..baik sikit. Eh..nanti berbuka la dengan kami disini." pelawa Tengku Zaralyn.

"Tak rasanya. Mak Timah kamu tunggu dirumah tu. Lagipun Pak Leman nak ke surau malam nanti." jelas Pak Leman merendah diri.

"Ohh..tak apalah kalau macam tu. Kami masuk dulu ye." Tengku Zaralyn meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Pak Leman sekadar mengangguk sahaja.

Terus kaki melangkah menuju ke pintu utama rumah tersebut. Dari luar sudah terdengar keriuhan rumah itu dengan jeritan Tengku Rabella dan Tengku Raziq. Penambah seri rumah itu.

"Assalamualaikum...!!" laung Rykal.

"Waalaikumussalam...yeay..!! Aunty Zara back. Welcome Aunty Zara." Tengku Rabella yang sangat teruja dengan kepulangan Tengku Zaralyn terus menerpa dan memeluk kaki ibu saudaranya itu. Tengku Zaralyn pula akan buat seperti selalu iaitu akan mengangkat anak saudaranya ke dalam dukungan. Namun belum sempat dia mengangkat, Rykal terlebih dahulu menghalang perbuatan itu.

"Sayang..!! no. Sayang tak boleh. Sayang dah lupa ye." Soal Rykal dengan senyuman.

"Opps.. sorry Bella. Aunty can't hold you for a while. Let the handsome uncle carry you, okay.." pujuk Tengku Zaralyn.

"Handsome uncle, can you carry me just like Aunty?. Please..!!" pinta anak kecil itu. Tengku Raziq juga menghampiri mereka dengan penuh senyuman.

"Me too.." Tengku Raziq mencelah dan kedua-dua tangan ke atas minta didukung.

"of course, come here. Uncle carrying both of you.." Kedua-dua anak kecil itu mendekati Rykal dengan penuh kegirangan.

"wow.. amazing. Uncle is awesome." Kata Tengku Raziq dengan cerianya.

"Ehh...Bila sampai ni? Kami semua didapur. Tengah tolong Kakak kamu masak. Tinggal Susanti sorang je. Yang lain cuti." tegur Tengku Mansur yang baru sahaja keluar dari bilik bacaannya yang berhampiran.

"Baru je sampai." balas Tengku Zaralyn.

"Tu kenapa digendong je kedua-duanya tu? Pening Tok Daddy dengan kamu berdua ni. Ada sahaja akal tu ye.." Tengku Mansur menggelengkan kepalanya.

*********************************

Hazril pulang ke rumah mertuanya setelah puas pusing pekan mencari pekerjaan. Kereta kini memasuki halaman rumah itu. Kelihatan Mak Esah sedang berjalan memasuki rumah bersama beberapa pelepah daun pisang. Mungkin untuk dibuat kuih untuk berbuka sebentar lagi.

"Nur..Hazril dah balik ni. Kamu buat apa didalam tu." Panggil Mak Esah.

"Nur baru lepas solat mak. Kejap lagi Nur keluar." sahut Nurish. Kain telekung disidai di rak yang tersedia.

Setelah itu, Nurish pun keluar dari bilik menuju ke pintu utama untuk menyambut kepulangan suaminya. Didalam hati tidak henti-henti memanjatkan doa agat suaminya memperolehi pekerjaan untuk menyara hidup mereka.

Hazril keluar dari perut kereta dan terus naik ke atas. Nurish hanya tunggu dimuka pintu dengan senyuman. Tangan dihulurkan buat suaminya untuk bersalaman. Huluran tangan itu disambut Hazril lembut.

" Macam mana? Dapat tak kerja?." soal Nurish penuh harapan.

"Alhamdulillah..dapat. Esok pagi dah boleh start." jelas Hazril dengan girangnya.

"Alhamdulillah..syukur. Kerja apa dan dimana?." soal Nurish lagi.

"ye tak ye pun bagilah suami kau tu masuk dulu." Mak Esah mencelah.

"Err.. masuklah."

Hazril terus melangkah masuk dan melabuhkan punggung disofa ruang tamu itu. Diikuti oleh Mak Esah dan Nurish.

"Saya dapat kerja dikilang roti dipekan tu. Bawa lori untuk hantar roti ke kedai-kedai." jelas Hazril.

"Baguslah tu..kerja elok-elok. Cari rezeki halal untuk beri anak isteri makan. Insyaallah..berkat rezeki tu nanti." Kata Mak Esah.

"Saya senang hati dengar. Esok pukul masuk kerja.?" soal Nurish pula.

"Esok masuk pukul 8 pagi. Jadi seawal jam 7 pagi dah nak kena gerak."

Mereka masing-masing bersenang hati dengan Hazril yang telah mendapat pekerjaan. Ini adalah pekerjaan pertama buat Hazril. Sejak bernikah dengan Lydia dahulu, dia tidak pernah bekerja. Wang belanja serta keperluan semuanya ditanggung sepenuhnya oleh Lydia.

Semua yang dia mahu akan dipenuhi oleh isterinya. Tetapi entah kenapa dia masih tidak mensyukuri segala yang dia punyai sebelum ini. Tidak puas dengan satu. Lydia pula angkuh dan sombong. Mungkin itu yang membuatkan Hazril mula bosan dan berpaling arah.

********************************

Kaira tidak senang hati selagi dia belum dapat serahkan Lydia pada pihak polis. Keberadaan mereka ditempat orang merumitkan kerja Kaira untuk serahkan Lydia pada pihak berkuasa itu. Namun Lydia sangat gembira disini seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Ingin sahaja dia ke balai polis berhampiran. Namun dia juga takut dirinya juga akan ditahan pihak polis kerana bersubahat menyembunyikan pesalah.

"Kau tengah fikir apa Kaira? Kita selamat dekat sini. Kau ni risau sangat lah. Aku tahu Tengku Zaralyn tu tak kan buat laporan polis punya. Kalau dia buat laporan mesti kita dah lama kena tangkap lah."

"Kau cakap kita?. Kau dah libatkan aku tau dalam kes ni. Kau dah aniaya aku. Sekarang ni aku nak kau hubungi Tengku Zaralyn dan minta maaf pada dia."

"Hey..dia yang bersalah. Bukan aku. Dia yang kena minta maaf sebab ganggu rumah tangga aku. Kalau tak semua ni tak kan terjadi lah."

"Suami kau yang gatal. Untuk pengetahuan kau, Tengku Zaralyn tu dah berkahwin lah. Dan suami dia seribu kali elok dari si Hazril tu."

"Maknanya betullah Tengku Zaralyn dah berkahwin? Kenapa aku tak tahu pula.?"

"Buat apa dia nak bagitahu kau. Buang masa je kalau bagitahu kau. Membazir kad undangan je." Kaira merengus kecil. Bangun dari kerusi kayu itu menuju ke balkoni.

"Kau ni macam sebelahkan dia je. Yang si Hazril pun satu. Sampai sekarang tak call aku. Dah mampus agaknya." Leter Lydia.

*********************************

Puan Nina menyediakan juadah berbuka secara ringkas. Mana tidaknya, hanya tinggal dia dan Encik Sahar sahaja dirumah itu. Raisya dan Ryzal sudah pulang ke asrama.

Perasaan pilu turut menyelubungi diri Puan Nina saat mengenangkan anak-anak yang jauh dimata. Sunyi sepi rumah itu. Tanpa disedari airmata perlahan-lahan mengalir mencurahi pipi.

"Kamu menangis Nina? Nak kata potong bawang, bawang tak nampak pun ditangan kamu." Soal Encik Sahar yang baru sahaja pulang dari masjid bersama bubur lambuk.

"Saya rindu anak-anak kita Abang. Kan seronok kalau mereka ada. Dapat berbuka sama-sama." Sayu rintihan ibu itu kenangkan anak-anaknya.

"Nak buat macam mana. Nanti mereka balik la. Saya suruh beranak lagi tak nak. Kan dah sunyi."

"Abang ni ke situ pula dia. Orang tengah bersedih dia boleh bergurau pula."

"Dah.. jangan sedih-sedih lagi. Jom kita ke bazar ramadhan. Teringin murtabak Haji Nan pula."

"Kejap saya solat dulu."

"Pergilah..saya tunggu dekat depan."

Encik Sahar juga tidak kurang kerinduannya pada anak-anak. Namun hati seorang ayah sukar dibaca dan sukar meluahkan. Hanya doa yang dapat dikirimkan agar anak-anaknya sentiasa didalam lindungan Allah SWT. Semoga raya nanti mereka dapat raikan bersama-sama.

Done for today..jumpa lagi yer...^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience