Kepulangan Tengku Zaralyn dan Rykal ke kediamannya semula setelah seminggu berada di kampung. Berat hati mereka meninggalkan kampung yang aman damai itu. Tetapi apakan daya, tuntutan kerja lebih penting saat ini.
Cadangan Puan Nina untuk adakan majlis kesyukuran juga terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. Rykal tergesa-gesa segera pulang kerana ada temujanji dengan beberapa orang atasan bagi memperkembangkan pendapatan syarikat.
"Kesian mak..!! dah plan nak buat kenduri. Tiba-tiba terpaksa cancel lagi." Kata Tengku Zaralyn dengan mencebikkan bibirnya.
"Nak buat macam mana sayang. Lain kali kita balik lagi." Janji Rykal sambil mengangkat bagasi pakaian untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
Saat berjalan menuju ke arah pintu utama rumah itu, Rykal seperti tidak sedap hati. Entah mengapa perasaan berdebar-debar muncul. Namun tetap gagahkan diri lalu mengambil kunci rumah yang berada di dalam kocek seluarnya. Bagasi diletakkan dihadapan pintu itu. Lalu kunci pula disumbatkan ke dalam lubang kunci.
"Ehh..pintu tak berkunci? Sayang..pintu tak kunci la..!!." Rykal yang terperanjat apabila mendapati pintu itu tidak berkunci. Berkerut dahinya.
"Yer ker? rasanya saya yang kunci. Ataupun rumah kita..!!!." Tengku Zaralyn turut panik. Tanpa membuang masa lagi, Rykal terus menerpa masuk serta bagasi masih diletakkan di luar. Tengku Zaralyn turut menerpa masuk.
Masuk sahaja ke dalam rumah itu, mereka dapati bahawa perhiasan rumah sedikit pun tidak terusik. Masih kekal persis mereka tinggalkan seminggu yang lalu.
Tiba-tiba satu sosok perempuan menuruni anak tangga itu dengan penuh senyuman. Rykal mula resah. Tengku Zaralyn dengan seribu persoalan.
"Hmm..seronok dikampung tu sayang ?? Lama tau I tunggu you. Sorry yer Tengku Zaralyn. I tak bawa baju. Lepas tu I tengok baju you cantik-cantik sangat. I pinjam kejap jer." Kata Nurish dengan rengekan menggediknya.
"Nurish..stop it..!!." jerkah Rykal. Mukanya kemerahan serta tahap amarahnya semakin panas.
"Rykal..!! Pleasa explain macam mana perempuan ni boleh masuk ke dalam rumah saya and sejauh mana hubungan awak dengan dia." Tengku Zaralyn mula berang. Namun masih cuba mengawal emosinya.
"Sayang...you belum bagitahu dia yer tentang hubungan kita. Kita kan nak kahwin tak lama lagi." Kata Nurish sambil mendekati tubuh Rykal yang tercegat berdiri di ruang itu.
"Cukup Nurish. Kau jangan nak porak perandakan rumah tangga aku lah. Aku hanya ada seorang isteri dan sampai bila-bila pun tetap seorang. Kau keluar dari rumah ni sekaranggg.." Jerkah Rykal sampai tangannya menunjukkan arah pintu utama rumah itu.
"Boleh tak explain apa benda semua ni? Saya percayakan awak Rykal. Saya tahu awak tak akan menduakan saya kan..??." Tengku Zaralyn memaut lengan Rykal dengan berwajah redupnya.
"Sayang...Abang tak tahu macam mana dia boleh masuk. Tolonglah percayakan abang. Dia ni dulu bekas kekasih abang. Tapi dah lama abang tak berhubung dengan dia macam yang abang jelaskan tempoh hari. Sayang ingat tak..??." Rykal pula memaut kedua-dua lengan isterinya lalu mereka saling bertatapan mata.
"Sayangg...you ni pengecut lah. Dah sedap-sedap tidur dengan I lepas tu senang jer you lupakan I. You janji nak kahwin dengan I kan..?" Nurish pula menarik pinggang Rykal untuk memeluk tubuh itu. Rykal berkeras dan tangannya kuat menaut lengan Tengku Zaralyn.
Lalu Rykal memusingkan tubuhnya serta menolak Nurish jauh dari tubuhnya. Namun Nurish tidak terus jatuh ke lantai kerana tangannya sempat memaut almari perhiasan yang berdekatan.
"Hey..you main kasar yer Rykal. Dengar sini Tengku Zaralyn.. Untuk pengetahuan kau, aku sekarang tengah pregnant anak Rykal tau. Dan aku nak dia bertanggungjawab ke atas kandungan ni. Kalau tak aku buat laporan polis." Jelas Nurish bersama gertakan agar pasangan itu ketakutan.
"Apa..??? Kau mengandung ?? dan kau cakap tu anak aku??. Hey.. perempuan kau dengar pula apa aku nak cakap ni. Kalau aku tidak punya isteri sekali pun, aku tak akan cari perempuan macam kau lah untuk puaskan nafsu aku. Jijik aku dengan perempuan macam kau ni. Kau boleh pergi dari sini sekarang. Sebab aku tak tergugat pun dengan gertakan kau tu."
"Fuhh...drama apa ni Rykal? Saya penat lah dengan semua ni. Saya tak cukup apalagi pada awak? Saya tak tahu nak percaya yang mana satu." Tengku Zaralyn merengus kecil.
"Sayang.. Sayang kena percayakan abang. Abang tak pernah meniduri dia. Entah dengan mana jantan dia tidur ni. Dah pregnant datang menuduh sana sini. Sayang.. tolong pandang abang.." Rykal cuba meyakinkan Tengku Zaralyn agar mempercayainya. Tengku Zaralyn mula tidak terkawal emosinya. Rykal sangat bimbang Tengku Zaralyn kembali tertekan dengan situasi sekarang.
"Eleh..kau cakap jer lah pada isteri kau yang kau nak bertanggungjawab ke atas kandungan ni. Bukannya susah sangat pun. Nanti bila aku hebohkan, satu Malaysia tahu menantu Tengku Mansur ni seorang kaki perempuan. Tak ke malu nanti..??."
"Macam ni lah Cik Nurish. Saya sendiri yang akan beri kebenaran untuk suami saya bernikah dengan Cik Nurish." Tengku Zaralyn berkata dengan tenang.
"Sayangg...nonsense lah sayang ni. Abang tak akan kahwini dia sebab abang tak buat."
"Hmm... baguslah Tengku Zaralyn ni. Memahami sangat. Thanks for blessing." Nurish dengan senyuman liciknya dan ketawa kecil terhasil. Rykal hilang sabarnya.
"Tapi ada syaratnya. Saya nak bukti yang suami saya tidur dengan awak. Dan jika awak disahkan menfitnah suami saya, saya sendiri yang akan buat laporan polis terhadap perbuatan awak."
"Yer..mana bukti yang aku pernah tidur dengan kau? Bagitahu jer hotel mana. Aku nak tengok rakaman CCTV." Wajah Nurish mula berubah. Suasana semakin tegang.
"Dan jika ada bukti mengesahkan bahawa suami saya meniduri awak, saya nak pula sampel DNA baby dalam kandungan ni untuk sahkan dia benar-benar anak Rykal Wazir." Kata Tengku Zaralyn dengan pandangan tajam buat Nurish.
"Aku ada bukti lah..hishh...." Nurish berjalan dengan hentakan kuat seperti memberontak. Naik semula ke atas meniti anak tangga.
"Hoii... Berambuslah dari rumah ni. Perempuan tak sedar diri. Dasar perempuan murahan." jerkah Rykal sambil memaut tangan isterinya lalu menggenggam erat.
"Aku nak ambil beg aku lah bodoh.." makian buat Rykal. Rykal tersenyum melihat telatah Nurish seperti cacing kepanasan itu.
"Sayang.. thanks sebab selamatkan abang dari perangkap Nurish." Satu ciuman melekap di dahi Tengku Zaralyn. Tengku Zaralyn memejamkan matanya saat kucupan itu menghinggap.
"Saya tahu abang tak buat. Hati saya kuat menyatakan ada sesuatu yang tak kena dengan perempuan ni. Kita kena siasat. Mesti ada orang belakang." kata Tengku Zaralyn meluahkan rasa hatinya.
"Sayang perasaan tak perubahan sayang sekarang??." Soal Rykal dengan senyuman manisnya.
"Perubahan apa??."
"Sayang dah boleh handle emosi sayang tanpa bantuan ubat lagi. Sayang dah okay." Rykal dengan perasaan terujanya.
"Betulkah abang. Saya rasa okay sikit sekarang. Mungkin berkat doa kita semua." Tubuh Rykal dipeluknya erat. Tenang setenang tenangnya.
"Menyampah aku tengok lah. Acah-acah sweet konon." Sampuk Nurish yang sedang menuruni anak tangga itu.
"Sayang..ada orang cemburu lah." Usik Rykal lagi. Nurish semakin bertambah sakit.
"Sila keluar dari rumah saya. Dan jangan sesekali melakukan hal ni lagi. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap awak jika awak meredah masuk lagi ke dalam rumah ni." tegas Tengku Zaralyn.
Nurish tidak menghiraukan kata-kata itu. Dia terus melangkah keluar dari ruang tersebut. Rykal menarik nafas dalam-dalam. Lega hatinya apabila mereka berjaya menjerat Nurish ke dalam perangkap rekaannya sendiri.
*********************************
Hazril menggenggamkan jari jemarinya. Susunan permainan yang diaturkan tidak menjadi lagi kali ini. Nurish sememangnya tidak pandai dalam bidang penipuan.
'macam mana lagi aku nak pisahkan diorang ni. Kena guna cara halus pula nampaknya.'
Hazril yang asyik mundar mandir itu diperhatikan oleh Lydia yang sedang membawa sebakul pakaian untuk dibasuhnya.
"Apa yang cara halusnya? you jangan buat hal Hazril. I report dengan daddy kang, habis semua yang you ada sekarang tau." ugutan buat Hazril dari Lydia.
"You ni suka menyibuk kan? Ada lah kerja I. Tak kan semua hal I nak kena cerita pada you." Hazril merebahkan tubuhnya di atas katil.
"Dulu masa mula-mula nikah, you sendiri yang cakap dengan I. Tiada rahsia antara kita. Hmm.. sekarang semuanya nak berahsia." Ejek Lydia mengenangkan kata-kata manis Hazril diawal pernikahan dahulu.
Lydia keluar dari bilik itu lalu menghilangkan diri bersama bakul pakaiannya. Hazril pula cuba berfikir apa rancangan seterusnya untuk memiliki Tengku Zaralyn.
maaf lama Rykal dan Tengku Zaralyn menyepi. kihkihkih..baru dapat ilham untuk meneruskan karya ini..hihi
Share this novel
terima kasih..^_^
best