Malam yang dinantikan tiba. Tengku Zaralyn menyarungkan sepasang gaun berwarna putih rekaan Cosry. Manakala Rykal mengenakan sepasang sut lengkap berwarna hitam. Terserlah kemachoannya meskipun pakaiannya itu agak ringkas.
Majlis persandingan mereka diadakan di sebuah hotel terkenal di bandar besar itu. Yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat handai.
Meskipun majlis ini dirancang dalam keadaan yang agak kelam-kabut, namun masih sempat mereka mengaturkan segala persiapan sebaiknya. Dari jadah siap? Majlis dah bermula ni. Kita ada 15 minit sahaja lagi untuk acara bersanding." Soal Rykal pada Tengku Zaralyn yang sedang dipakaikan anting-anting ditelinganya oleh seorang jurumekap.
"Tengku..!! acara persandingan dah nak start ni. Belum siap ker?." soal Rykal pada isterinya yang sedang dipakaikan anting-anting pada telinganya oleh seorang jurumekap.
"Sikit lagi. Kejap." jawab Tengku Zaralyn.
'Ish.. cantiknya isteri aku ni. Rasa macam nak ngap sekarang jer. Sabar..sabar. Kuatkan iman kau Rykal Wazir.'
Rykal yang kini sedang memerhati raut wajah isterinya pada cermin itu sangat teruja dengan kecantikan Tengku Zaralyn. Sungguh sejuk mata memandang.
"Dah mula dah..oii Cik Abang..Tak perlu berangan lagi. Dah jadi milik awak pun." tegur Tengku Zaralyn apabila sedar dirinya sedang diperhatikan oleh Rykal.
"Mana ada saya berangan." jawab Rykal memperbaiki dirinya.
Kini Tengku Zaralyn sudah siap didandan. Dia bangun menghampiri suaminya dengan satu pandangan tajam. Tubuh Rykal ditolak perlahan bersandar di dinding ruang itu. Reaksi mereka disaksikan oleh jurumekap tersebut.
"Stop call me Tengku. Awak boleh panggil saya Zara. Saya kan isteri awak." bisik Tengku Zaralyn betul-betul di cuping telinganya. Reaksi itu membuatkan Rykal tidak keruan.
"Okay.."jawab Rykal pendek.
' Main kasar nampak. Awak tunggu lah kejap lagi. Saya akan beri awak satu memori indah yang sukar dilupakan. Dan awak akan ingat sampai bila-bila.'
Berkata dalam hati Rykal. Dia begitu gembira dengan kelakuan berani Tengku Zaralyn. Nampak tidak kekok sedikit pun.
Tubuh masing-masing kian menjauh. Rykal mengemaskan dirinya. Kini tiba waktunya mereka keluar dari bilik itu menuju ke pelamin yang telah dibentangkan karpet merah.
Tengku Zaralyn memaut lengan Rykal rapat ke sisinya. Rykal membiarkan sahaja lalu senyuman yang manis terukir. Sejambak bunga tangan dihulurkan oleh jurumekap pada Tengku Zaralyn.
Berjalan lah mereka diiringi oleh rakan-rakan yang membawa jambakan bunga yang terhias indah.
Tiba sahaja dimuka pintu dewan majlis, sorakan suara memecahkan ruang udara. Lagu-lagu pengantin baru dimainkan oleh jurucakap.
'Terima kasih atas nikmat darimu ya Allah..aku bersyukur dengan segala yang diberikan.'
Berkata Rykal dalam hati. Berjalan menuju ke pelamin dengan senyuman yang terukir manis. Duduklah mereka diatas pelamin itu.
"Abang..!! dekat lah sikit." panggil Zara
"Awak panggil saya abang?." Rykal merapati tubuh isterinya.
"Tak salahkan?" soal Tengku Zaralyn tersenyum lebar.
Rykal mengiyakan sahaja apa yang Tengku Zaralyn katakan. Majlis diteruskan dengan adat merenjis yang disempurnakan oleh ibu bapa mereka dan sahabat handai.
Selesai adat merenjis, mereka berdua bangun untuk acara memotong kek. Kanak-kanak mula mengerumuni meja memotong kek itu. Cahaya kamera memancar-mancar tanpa henti. Bukan sahaja kilauan cahaya kemera jurugambar, malah daripada para tetamu yang hadir juga.
Setelah itu, mereka ke meja beradap yang sudahpun dihidangkan makanan yang enak dan lazat. Aksi suap menyuap penambah seri. Mereka menikmati makanan itu disertai oleh kedua-dua ibu bapa. Tengku Zaralyn asyik memandang wajah suaminya.
Sungguh dia tenang saat ini. Makanan yang tersuap ke dalam mulut itu dinikmati dengan penuh rasa bahagia. Bahagia yang sebelum ini didambakannya.
*************************************
Hazril mengamuk didalam keretanya. Stereng kereta dihentak menggunakan kedua-dua tangannya. Rasa tercabar sekali dengan apa yang berlaku hari ini.
Dia diusir oleh pengawal peribadi Tengku Mansur yang menunggu di pintu dewan majlis. Tengku Mansur telah membuat keputusan yang tepat. Demi memastikan majlis berjalan lancar, hanya orang-orang yang mempunyai kad undangan sahaja yang dibenarkan sertai majlis itu.
Maka, Hazril diusir sekeras-kerasnya tanpa belas ihsan. Sebelum ini pun para pengawal itu sudahpun diberitahu tentang Hazril oleh Tengku Mansur. Hazril dilarang sama sekali mendekati Tengku Zaralyn selepas kejadian 5 tahun lepas.
"Sial...aku ni cinta hati dia. Kenapa aku tak boleh masuk. Kurang ajar punya pengawal. Dia belum kenal siapa aku. Aku Hazril Dato' seri Zambry. Arrghh..."
Tempik Hazril didalam kereta itu melepaskan amarahnya.
'Macam mana kau boleh kahwin dengan orang tu Zara. Sedangkan hati you milik I. Tipulah You dah lupakan I. Dah lupakan semua memori kita di Sydney dulu. I miss you Zara.'
Berkata Hazril dalam hati. Meronta-ronta hatinya saat ini. Kenangan terindah bersama Tengku Zaralyn bermain di fikirannya. Semua kenangan itu mula segar kembali dengan.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia pantas melihat ke skrin telefonnya.
"Perempuan ni pun satu. Ish.. Sebab kau lah aku dan Zara putus. Semuanya gara-gara kau."
Telefon bimbit yang masih berdering itu dilemparkan ke tempat duduk penumpang. Hazril merenyuk-renyuk rambutnya. Airmata yang mengalir dibiarkan terus meluncur laju turun ke pipi.
****************************************
Majlis kini berakhir dengan jayanya. Rasa kepuasan saat para tetamu pulang dengan gembira. Kini hanya tinggal ahli keluarga terdekat sahaja yang masih berbual sesama sendiri.
"Rykal..!! Ayah dan mak nak balik esok. Kami balik dengan Pak Usu kamu. Kami ke Kuantan dulu. Baru balik ke Ipoh." jelas Encik Sahar pada anaknya itu.
"Lah.. cepatnya nak balik. Duduklah disini sehari dua lagi. Rykal boleh hantarkan nanti." rayu Rykal supaya orang tuanya tinggal disini lagi untuk beberapa hari.
"Ayah kena balik dulu. Lagipun nak ke Kuantan tu melawat sepupu ayah yang baru jer kena potong kaki akibat kencing manis." jelas Encik Sahar lagi.
"Eleh..dah jadi suami orang pun masih nak bermanja ker?" sindir sepupunya Badrul sambil tersenyum riang melihat kelakuan Rykal itu.
"Kau ni sibuk jer. Rykal bukan apa. Duduk lama sikit boleh kenal-kenal dengan keluarga Tengku Mansur lebih rapat lagi." Rykal sekali sekala mengerling ke arah Tengku Zaralyn yang sedang berbual dengan ahli keluarganya disudut dewan majlis itu.
"Lain kali ayah datang lagi. Kamu pun nanti boleh ajak mertua kamu ke kampung." kata Encik Sahar lagi.
"Baiklah ayah." Rykal mengalah akhirnya.
Para tetamu mulai surut. Masing-masing sudah pun berangkat pulang ke kediaman masing-masing. Ada juga yang memilih untuk bermalam di hotel itu kerana jauh untuk berangkat pulang dengan waktu yang sudahpun lewat malam.
Rykal dan Tengku Zaralyn juga akan bermalam di hotel itu yang biliknya telah ditempah khas buat pengantin baru tersebut.
Setelah semuanya selesai, Tengku Zaralyn dan Rykal berjalan menuju ke bilik hotel mereka. Tengku Zaralyn membimbit satu bungkusan hadiah dari Tengku Zakia buatnya.
"Bak sini saya bawakan." Rykal mencapai bungkusan itu. Lalu tangan Tengku Zaralyn digenggam erat.
Tengku Zaralyn tersenyum melihat gelagat Rykal. Mereka kini tiba di hadapan bilik hotel itu. Setelah pintu bilik dibuka, kelihatan kelopak bunga mawar merah bertaburan memenuhi lantai bilik itu.
"Oh my god.. siapa yang plan semua ni?." melopong biji mata Tengku Zaralyn. Haruman bunga-bunga segar itu penambah suasana romantik mereka.
"Khas untuk awak. Saya yang buat semua ni. Sorry, saya tak pandai nak letak-letak lilin tu semua. Setakat tabur-tabur macam ni pandai la." Rykal melemparkan sergihan padu buat Tengku Zaralyn. Bungkusan hadiah itu diletakkan diatas katil.
"Thank you ,Abang." jawab Tengku Zaralyn dengan seikhlasnya.
Rykal memeluk tubuh isterinya itu dengan penuh kasih sayang. Tengku Zaralyn memejamkan matanya dengan perasaan tenang sekali.
"Ohh ya.. Aunty suruh buka hadiah tu malam ni juga. Agak-agak apa yer?. Jangan prank kita sudah." Tengku Zaralyn mendongakkan kepalanya melihat raut wajah Rykal.
Rykal melepaskan pelukannya. Lalu memandang ke arah bungkusan yang diletakkan tadi. Tengku Zaralyn mengambil lalu membuka bungkusan itu.
"Abang..!!! tak kan kena pakai ni." Tengku Zaralyn terkejut dengan isi bungkusan itu.
"Pakai jer lah. Abang pun nak awak pakai." baju tidur yang sangat jarang itu dibeleknya.
Tengku Zaralyn mengambil tuala mandi lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya.
"Awak nak mandi ker?." soal Rykal pada isterinya. Tengku Zaralyn memberhentikan langkahnya.
"Yer lah. Nak mandi kejap. Tadi suruh saya tukar baju." jawab Tengku Zaralyn.
"Kejap lagi lah mandi sama-sama. Tukar jer baju dulu."
Tengku Zaralyn berjalan menuju ke bilik mandi untuk menukar pakaiannya. Rykal tersenyum riang. Lalu dia membuka kancing bajunya lalu. Terserlah sebidang dada itu.
Thanks semua yg terus membaca..jgn beratkan jari anda untuk memberi komen ² positif untuk Amyz yer.. Jumpa lagi di malam pertama.. hahaha..
Share this novel
noon, dear. tqvm. miss u