Malam kian tua. Tengku Zaralyn dan Rykal mula meniti anak tangga sambil berpegangan tangan. Rumah besar itu juga sudah sunyi sepi memandangkan kedua-dua anak kecil itu sudah nyenyak dibuai mimpi.
Setibanya di muka pintu bilik itu, Rykal bertindak mencempung tubuh isterinya. Jeritan kecil keluar dari bibir halus Tengku Zaralyn dek kerana terperanjat dengan tindakan suaminya.
"Arrgghh..!!!!!"
Tengku Zaralyn memeluk leher Rykal erat. Dan mereka saling berbalas pandangan. Langkah Rykal perlahan sekali. Senyuman manis terukir di kedua-dua wajah. Lalu tubuh Tengku Zaralyn perlahan-lahan diletakkan di atas katil. Pelukan leher juga kian lerai.
"Boleh kan malam ni sayang.?." Bisik Rykal dicuping telinga isterinya.
"Kan saya selalu cakap dengan abang. Abang boleh buat apa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Saya kan isteri abang. Semua ni hak abang." Bisik Tengku Zaralyn semula.
Lalu satu-persatu butang baju tidur isterinya dibuka. Terserlah dada putih gebu milik Tengku Zaralyn. Rykal tumpukan perhatian dengan sosok tubuh itu. Tengku Zaralyn pula membelai lembut paras wajah sang suami.
"Awak dengar tak ada orang jerit tadi? Zara ke yang jerit? Apa la yg diorang buat tu?." Soal Syarifah Zahirah yang sedang menyisir rambut dimeja soleknya.
"Diorang buat macam ni." Kucupan mulut ke mulut terhasil. Syarifah Zahirah berhenti menyisir rambut setelah Tengku Izkandar mencengkam dagunya dongak ke atas. Setelah beberapa saat, kucupan itu terlerai.
"Jom..!!" Tengku Izkandar menarik tangan isterinya.
"Sayanggg...!!." Rengekan manja dari Syarifah Zahirah.
"Arhh... cepatlah sayang.!!." Tengku Izkandar menarik kuat tangan Syarifah Zahirah dan akhirnya Syarifah Zahirah akur serta sedia melayani suaminya.
Lampu meja ditutup. Hanya kedengaran dengusan nafas ghairah dari sepasang suami isteri itu. Semakin lama semakin panas aksinya.
**********************************
Matahari kini betul-betul berada diatas kepala. Encik Sahar dan Puan Nina baru sahaja pulang dari sawah padi. Musim kali ini sangat lumayan dari musim-musim sebelumnya. Selesai sahaja mesin menuai padi memungut hasil, terus Encik Sahar dan Puan Nina bergerak pulang.
"Alhamdulillah..banyak juga hasilnya kali ni kan abang. Rezeki ramadhan kita tahun ni. Dapat la berbelanja untuk raya nanti." Puan Nina senang hati dengan hasil yang diperolehi.
"Alhamdulillah..apa sangat yang kamu nak beli Nina?."
"Saya ingat nak tukar sarung kusyen tu. Dah lama sarung yang ada tu. Lagipun bukan selalu. Boleh tak abang?. Beli kain saya jahit sendiri."
"Suka hati kamu lah. Nanti saya bagi kamu duit. Kamu cari lah apa yang kamu nak. Saya nak naik mandi dulu. Nak ke masjid pula." Encik Sahar terus meniti anak tangga naik ke atas. Puan Nina masih lagi asyik mencuci pucuk ubi yang dipetik di batas sawah padi sebentar tadi.
'Mak harap kamu semua dapat balik beraya dengan mak. Mak nak masak rendang, ketupat palas dan lemang kegemaran kamu semua.' Bicara Puan Nina sendiri.
*******************************
Lydia dan Kaira kini tiba dengan selamat ditanah air. Pelbagai rintangan juga harus mereka tempuhi semasa didalam perjalanan. Mereka diawasi dan dijaga dengan begitu ketat sekali. Kaira tidak henti-henti salahkan Lydia. Lydia pula asyik salahkan Hazril yang tidak tahu bersyukur itu.Mereka telah dibawa oleh pegawai polis Malaysia menuju ke pusat tahanan. Dan kini mereka tinggal didalam lokap yang panas serta kelam.
"Lepas ni aku kena hubungi family aku. Kau rasa apa reaksi diorang. Malu aku tau. Malu juga mak ayah aku." Kaira masih melepaskan ketidakpuasan hatinya terhadap Lydia.
"Kau jangan risau. Aku akan buat pengakuan bahawa kau tak tahu langsung tentang hal ni. Kau akan bebas. Berhenti lah maki-hamun aku." Lydia berkata sambil tunduk mengadap lantai.
"Baguslah kalau macam tu. Lepas ni jangan libatkan aku lagi. Aku dah penat rasa takut. Aku tak pernah buat jahat dengan orang. Tapi aku terpaksa merasa macam mana rasa bersalah tu." Kaira benar-benar marah terhadap Lydia.
"Sebelum tu aku nak minta maaf pada kau. Aku libatkan kau dalam masalah aku. Padahal boleh je aku lari dengan Rayden hari tu. Tak sangka pula kes ni nak jadi sampai macam ni sekali. Satu je aku nak minta. Bila kau bebas nanti, tolong cari Hazril dan maklumkan tentang aku. Bagitahu dia dimana Rayden. Boleh kan kau tolong aku?." Pinta Lydia pada sahabatnya itu dengan penuh perasaan.
"Tengoklah macam mana. Aku tak janji. Banyak lagi kerja aku nak buat." Kaira merebahkan tubuhnya ke lantai yang sejuk itu. Kini hanya menunggu masa untuk hubungi waris mereka untuk selesaikan kes ini.
********************************
"Sayang..!! isteri Hazril dah dibawa balik ke Malaysia. Nanti kita ke balai polis ye. Pihak polis baru je call abang." jelas Rykal pada isterinya yang sedang menguli tepung bersama Syarifah Zahirah untuk buatkan juadah berbuka puasa.
"Betul ke ni?." soal Tengku Zaralyn dengan mulut yang ternganga.
"Betullah sayang. Buat apa nak tipu sayang pula."
"Baguslah kalau dah kena tahan. Biar dia terima hukuman. Orang macam tu tak boleh bagi muka. Biar dia dikenakan tindakan undang-undang. Baru tahu langit tu tinggi atau rendah." Syarifah Zahirah pula lantang bersuara.
"Apa yang riuh ni? Mommy dengar sampai depan sana tau." soal Tengku Maria yang tiba-tiba muncul di bahagian dapur itu.
"Mommy..!! Isteri Hazril dah dibawa balik ke Malaysia. Pihak polis call tadi." Jelas Tengku Zaralyn terlompat-lompat.
"Ohh..ye ke? Baguslah kalau macam tu. Cepat betul kan diorang ni buat kerja." Tengku Maria berasa puas hati mendengar berita penangkapan Lydia. Dia harus membela nasib anaknya yang setelah sekian lama tersiksa oleh Hazril dan Lydia.
"Mommy akan settle kan dengan lawyer. Mommy nak dia terima hukuman berat kali ni. Dah lama kita biar. Sekarang tiba masanya kita balas semua perbuatan dia." Semua terdiam dengan ketegasan Tengku Maria. Benar-benar kelihatan marah terhadap perbuatan Lydia. Tengku Maria terus menapakkan kakinya pergi dari dapur itu.
"Ni sayang nak buat kuih apa? Boleh abang tolong?." soal Rykal.
"Zara ni haa..craving curry puff inti daging. Apalagi, menguli lah jawabnya." Syarifah Zahirah pula menyindir.
"Abang tak pernah makan kan inti daging Akak Zahirah buat. Sedap tau. Mesti abang suka nanti." Pujian itu membuatkan Syarifah Zahirah merasa bangga seketika.
"Biasa-biasa sahaja la. Zara ni lebih-lebih." Syarifah Zahirah merendah diri.
"Mari sini abang sambung uli doh ni. Kesian sayang penat uli." Rykal memeluk tubuh isterinya dari belakang.
"Untung Zara ada suami yang ringan tulang macam Rykal ni. Kalau Abang Iz tu..hmm..!! setahun sekali pun susah nak tolong akak didapur." keluh Syarifah Zahirah sayu. Daging ditangan juga belum habis dicincang untuk dijadikan inti karipap yang diidam oleh Tengku Zaralyn.
"Saya kan dulu bibik macho Tengku Zaralyn. Mestilah buat semua kerja dapur ni." Usik Rykal lagi.
"Tu dulu.. sekarang dah jadi suami Tengku Zaralyn dan menantu Tengku Mansur. Nama besar tu." balas Syarifah Zahirah lagi.
"Juadah apa lagi untuk malam ni? Mesti meriah macam semalam kan? Tak perlu pergi bazar. semuanya serba boleh." soal Rykal pula.
"Menu malam ni Daddy request nasi beriani kambing, Mommy nak makan puding diraja dan Abang Iz nak makan asam laksa. Meriah dari semalam rasanya." jelas Syarifah Zahirah dengan senyum lebar.
"Semua tu masak sendiri? Tak penat ke?." Soal Tengku Zaralyn pula.
"Tak apa. Rykal sedia membantu. Jom kita gotong-royong siapkan juadah yang dipinta."
Masing-masing diberi tugas untuk ringankan kerja memasak. Memandangkan proses pengambilan orang gaji baharu masih belum selesai, terpaksalah mereka masuk dapur untuk kenyangkan perut isi rumah itu. Sememangnya Tengku Mansur dan Tengku Maria kurang gemar makan makanan luar.
Semua kerja akan menjadi ringan apabila masing-masing memainkan peranan. Maka terhasillah keluarga yang harmoni dan bahagia.
Selamat ber-PKP 3.0 semua.. doakan Amyz bebas dari virus ni yer..tq pada yg selalu bgi komen² positif. Amyz sayang korang semua..
Share this novel