Bab 42 KERINDUAN MERTUAKU

Romance Series 114608

Hari berganti hari. Kini sudah memasuki ramadhan yang ke-4. Tengku Zaralyn bercadang mengajak suaminya pulang ke kampung. Terbit sahaja matahari yang serba indah bersinar-sinar itu, Tengku Zaralyn terus siapkan semua kelengkapan untuk dibawa pulang ke kampung. Rasa teruja terus menghantui. Dia benar-benar jatuh cinta dengan suasana kampung halaman itu.

Kerinduan pada armarhum neneknya juga terubat. Hasil masakan ibu mertuanya turut dirindui. Hasil tanaman dan tuaian kampung dibuat hidangan lazat.

Rykal mengeliat diatas katil. Tangannya merayau mencari tubuh sang isteri. Namun didapati bahawa Tengku Zaralyn tidak ada disebelahnya. Terus kelopak mata berbuntang luas.

"Eh..sayang nak pergi mana dengan pakaian masukkan dalam bagasi ni semua. Sayang nak tinggalkan abang ke ? Kan abang cakap abang sayangkan sayang semalam. Janganlah macam ni sayang." Rykal bingkas bangun dan mendekati isterinya yang sedang mengemas pakaian itu.

"Apa yang abang merepek ni ?. Saya nak ajak abang balik kampung. Rindu masakan mak. Kalau bertolak awal pagi sempatlah kita berbuka sama-sama dengan mak ayah." Tengku Zaralyn menjelaskan.

"Nak balik kampung? mana boleh sayang. Abang belum bagitahu daddy lagi. Nanti apa pula kata daddy bila abang tak masuk office." Rykal merangkul tubuh Tengku Zaralyn ke pelukannya.

"Saya dah call daddy. Daddy cakap okay je. So, jom siap cepat. Saya tak sabar nak rehat di kampung."Tengku Zaralyn menghadiahkan kucupan lembut di pipi kanan Rykal.

"Wah..tak nak mandilah. Simpan ciuman ni sampai pagi esok. Susah nak dapat ciuman ni."

"Ish... pengotor lah abang ni. Cepatlah pergi mandi. Saya nak singgah beli barang sikit bawa balik kampung."

"Okaylah..abang mandi kejap. Sayang duduk dalam bilik ni diam-diam." Pelukan terlerai. Rykal mencapai tuala mandinya lalu memasuki kamar mandi untuk membersihkan diri.

Tengku Zaralyn sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum riang dengan gelagat Rykal Wazir.

**********************************

"Saya tak sangka awak sekejam ni Lydia. Awak jadikan Tengku Zaralyn mangsa untuk dapatkan cinta saya. Dan saya telah salah memilih." Hazril berkata dengan sangat kecewa.

"Saya dah rasa sikit kasih sayang dari awak. Tu pun dah cukup. Saya tak perlu tunggu naik ke mahkamah untuk tahu apa hukuman buat saya. Saya dah tahu. Saya nak minta satu je dari awak. Jaga Rayden untuk saya. Dia lah kenangan saya bersama awak. Saya juga mungkin akan diceraikan. Betul tak ?." Lydia mula sedari akan kesalahannya dan redha dengan apa jua yang bakal dihadapinya.

"Untuk pengetahuan awak, saya sudahpun berkahwin satu lagi. Nama isteri kedua saya Nurish. Kami akan menimang cahaya mata tak lama lagi. Itu sebab saya menghilangkan diri sebelum ni. Saya memang akan ceraikan awak. Tapi selepas saya mendapat hak penjagaan Rayden sepenuhnya." Jelas Hazril berterus terang. Tidak mampu lagi dia mempertahankan rumah tangganya bersama Lydia.

"Betul tekaan saya selama ni. Tahniah...saya harap Nurish dapat beri bahagia yang selama ini awak cari. Saya sebagai masa lalu dan Nurish untuk masa depan awak." Lydia menjatuhkan airmata. Mungkin ini kali terakhir untuk mereka bersua muka. Hazril mungkin tidak sudi lagi bersua muka dengannya untuk sekian kalinya.

"Terima kasih sebab sudah penuhi impian saya sebelum ni. Terima kasih sebab pernah tumpahkan darah melahirkan Rayden untuk saya. Kereta awak kasi pada saya tu saya akan pulangkan semula pada awak. Saya akan bina hidup baru dengan hasil titik peluh saya sendiri lepas ni." Hazril bertekad untuk bangun nyalakan cahaya kehidupannya demi anak-anak dan isteri dengan tulang empat keratnya.

"Hazril.. ambillah kereta tu. Itu hadiah ikhlas dari saya. Senang awak nak bawa Rayden kesana kesini nanti. Terima lah pemberian saya. Tak kan hadiah pun awak tak sudi ambil dari saya." Lydia mengesat airmata sambil mengingati saat-saat di bertarung nyawa lahirkan Rayden ke dunia.

"Kalau itu yang awak cakap, saya terima pemberian awak. Cuma satu saya nak cakap. Saya dah maafkan semua kesalahan awak. Saya minta diri dulu. Saya nak ke airport. Aunty hantar Rayden di airport dan terpaksa balik semula ke Dubai. Nanti saya bawa Rayden jumpa awak lagi."

"Terima kasih Hazril. Assalamualaikum...!!." Ucap Lydia sambil meletakkan tangannya di cermin yang memisahkan antara dia dan Hazril.

"Waalaikumussalam..!!." Ganggang telefon diletakkan. Hazril melambaikan tangannya meminta diri. Lydia meraung sepuasnya. Sungguh rasa cinta terhadap Hazril tidak mampu dihakis meskipun dia tahu hati Hazril kini sudah ditakluki insan lain.

Biarlah kali ini dia mengalah dengan ketentuan ilahi. Hazril pasti akan meninggalkan dirinya suatu hari nanti. Jiwa yang meronta kini hanya dia dan sang pencipta yang tahu betapa terhirisnya hati. Mampu atau tidak untuk menghadapi ianya tetap harus dilalui.

**********************************

Encik Sahar pulang dari rumah Tok penghulu bersama seuncang plastik. Motosikal yang ditunggangnya diletakkan di bawah rumah seperti kebiasaan. Naik ke atas menuju ke dapur. Puan Nina pula sibuk menanak pulut untuk dibuat pulut panggang bagi juadah berbuka hari ini.

"Awalnya kamu masak hari ni ? Ni tengoklah apa yang tok penghulu bagi. Saya tak buka pun plastiknya." Huluran plastik disambut Puan Nina.

"Saya buat pulut panggang. Terasa nak makan. Apa pula yang dikasihinya ni ?." Bungkusan itu dibuka.

"Pucuk midin. Sedap ni buat sayur manis. Nanti saya masakan."

"Banyaknya kamu buat pulut panggang ni ? Siapa nak makan banyak-banyak ni Nina oii...!!."

"Saya nak kasi pada jiran-jiran sikit. Itu yang buat banyak." Jelas Puan Nina selamba.

"Ohh... baiklah kalau macam tu. Saya nak ke dusun sekejap. Kata Dollah durian didusunnya dah mula luruh. Rasanya pokok kita pun dah luruh buahnya. Boleh panggil Rykal balik makan durian."

"Ye ker abang ? Baguslah kalau dah mula luruh. Boleh berkumpul anak beranak." Puan Nina mula girang. Kerinduan pada anak-anak menantu makin terasa. Ini peluang untuk mereka berkumpul lagi.

***************************

Setelah selesai membeli keperluan dapur serba sedikit untuk dibawa pulang ke kampung, perjalanan diteruskan. Tengku Zaralyn tidak sabar menyaksikan serta menghirup udara segar kampung serba tenang itu. Kepulangan ini juga satu kejutan buat Encik Sahar dan Puan Nina.

Walaupun Encik Sahar dan Puan Nina tidak pernah menggesa anak menantunya pulang, dilubuk hati mereka tahu bahawa kedua-dua hati tua itu merindui anak menantu yang jauh dirantauan.

"Sayang kenapa senyum je sejak tadi. Happy sangat macam nak balik kampung sendiri pula. Excited mengalahkan abang." Tegur Rykal.

"Mestilah happy. Saya rindukan arwah atok dan arwah nenek. Kampung abang itulah pengubat rindu saya pada mereka. Kalau lah atok dan nenek ada lagi, mesti best."

"Allah lebih sayangkan mereka. Kita doakan semoga arwah atok dan nenek tenang di alam sana."

"Sekarang pukul 11 pagi. Dalam pukul 3 petang dah sampai rasanya kan ? Saya nak ajak abang pergi bazar ramadhan. Mesti meriah kan bazar di kampung abang ?." Tengku Zaralyn menepuk-nepuk lengan suaminya.

"Biasa-biasa je. Nanti dah sampai rehat dulu. Kesian baby dalam perut tu. Mummy ni tak penat ke kesana kesini ?."

"Daddy tak nak bawa kita lah sayang. Tak apalah. Kita ajak atok je ke bazar okay." Tengku Zaralyn mengusap-usap lembut perutnya berbicara dengan penghuni rahimnya.

"Merajuklah tu. Gigit hidung tu kang. Baiklah Tengku Zaralyn ku sayang. Petang nanti kita ke bazar ye sayanggg..!!." Sindir Rykal sambil mengerling memadang isterinya sekali imbas.

Tengku Zaralyn tersenyum riang. Rykal kembali tumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Perjalanan yang masih panjang.

Maaf atas kelewatan update..Amyz sedang ditimpa musibah. Kuatkan jiwa demi siapkan karya ini untuk anda semua. Tq setia menunggu... doakan Amyz kuat

Share this novel

Asmah
2021-07-02 22:38:44 

semoga urusan Amyz dipermudahkan


NovelPlus Premium

The best ads free experience