Rykal dan Tengku Zaralyn meninggalkan perkarangan balai polis dengan penuh rasa puas hati. Puas hati kerana si pesalah sudahpun berjaya ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia untuk siasatan lanjut. Rykal bertekad untuk sebutkan semula kes melibatkan isterinya dari dulu hingga kini demi keadilan. Kini semuanya sudah menjadi siasatan pihak polis. Semua bukti diserahkan Rykal.
Lydia patut dihukum dan harus menerima hukuman dengan sewajarnya. Setelah sekian lama bebas tanpa sebarang tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh suatu ketika dahulu. Kini semuanya sudah berada di dalam genggaman Rykal. Rykal yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib Tengku Zaralyn.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Setakat mana abang tahu tentang diri saya ?. Kenapa abang buat semua ni ?." soal Tengku Zaralyn dengan perlahan. Dia agak terkejut saat Rykal menyatakan pada pihak polis untuk membuka semula kes lama Tengku Zaralyn suatu ketika dahulu. Satu sampul kertas diserahkan pada pegawai polis sebentar tadi.
"Sayang...kita cakap kat rumah ye. Saya akan jelaskan semua nanti. Lepas ni tiada lagi rahsia antara kita." Rykal menggenggam erat tangan isterinya. Rykal risau jika sakit Tengku Zaralyn kembali lagi. Sekurang-kurangnya biarlah perjalanan ini selamat tiba ke kediaman mereka. Senang untuk uruskan Tengku Zaralyn.
"Siapa abang sebenarnya ? Siapa yang upah abang buat semua ni ?. Sayang abang tu betul ke untuk saya ? Ataupun ianya juga satu aturan buat saya ?." soal Tengku Zaralyn tanpa henti. Airmata mula memenuhi kelopak matanya.
"Tengku Zaralyn ? Abang sayang sayang ikhlas. Sayang dengar cakap abang kan. Kawal emosi sayang. Kita selesaikan dirumah nanti. Sayang tetap didalam hati abang sampai bila-bila."
Tengku Zaralyn membisu. Namun airmata mula mengalir. Sungguh perit hatinya saat ini. Kisah silam yang selalu menjadi bayangan hitam kembali menghantuinya. Cuba dan cuba untuk kawal emosinya.
Setelah beberapa minit menempuh perjalanan, akhirnya kereta dipandu Rykal selamat tiba diperkarangan rumah. Rykal masih berhati-hati dengan setiap gerak gerinya. Takut jika tersilap langkah Tengku Zaralyn kembali melayani bayangan hitam yang selalu menghantui dirinya suatu ketika dahulu.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Tengku Zaralyn bertanyakan soalan yang sama lagi. Mohon agar Rykal berterus terang bagaimana Rykal bisa tahu dan dapatkan semua bukti kes lama yang sudahpun ditutup kesnya beberapa tahun yang lalu.
"Please Rykal !! Tell me now. Setakat mana abang tahu tentang diri saya ?." Tengku Zaralyn dengan linangan airmata.
"Sayang..!! Abang tahu semua tentang sayang. Sayang tak perlu jelaskan dan rasa malu apa-apa pada Abang. Abang bukan nak hidup dengan kisah silam Sayang. Abang nak hidup dengan sayang untuk masa masa hadapan."
"Termasuk kes rogol terhadap saya?." Soal Tengku Zaralyn sambil meratap sayu wajah Rykal dengan airmata yang mengalir tanpa henti. Rykal mendekati lalu memeluk erat tubuh isterinya.
"ye sayang. Saya tahu semuanya. Termasuk kes rogol tu." Bisik Rykal ditelinga Tengku Zaralyn. Lalu kucupan lembut hinggap di dahi Tengku Zaralyn.
"Sejak bila abang tahu semua ni ?." soal Tengku Zaralyn lagi.
"Sebelum abang mula bekerja sebagai bibik macho dalam rumah ni. Abang sebenarnya penyiasat persendirian yang diupah oleh Tengku Mansur untuk selesaikan kes ni. Abang terpaksa menyamar sebagai pembantu rumah ni supaya lebih senang untuk abang jaga sayang dalam masa yang sama abang boleh cari bukti dengan dekati orang-orang yang sayang kenal."
"Jadi.. perkahwinan kita ni bukan atas dasar cinta ke maksud abang ? Saya rasa dipermain-mainkan sangat." Tengku Zaralyn melerai pelukan itu.
"Sayang !! Dengar dulu apa abang nak cakap ni. Abang jatuh cinta ikhlas. Bukan untuk bantu siasatan ni. Abang ikhlas cintakan sayang. Percayalah Tengku Zaralyn. Waktu abang nyatakan hasrat untuk nikahi sayang pada Daddy,daddy terkejut dengan keputusan abang sedangkan abang dah tahu kisah silam sayang. Daddy terus setuju dan kita teruskan majlis nikah kita tanpa halangan. Abang sayang rumah tangga kita."
"Semua orang rahsiakan dari saya siapa abang sebenarnya. Saya malu. Malu dengan masa lalu saya. Saya tak pernah rasa bahagia macam yang saya rasa bersama abang sebelum ni. Abang pengubat jiwa saya. Abang penghibur hati saya. Sedangkan saya cuma ibu masalah untuk kepala abang. Abang kena selesaikan kes saya. Abang dah bazirkan banyak waktu untuk kisah silam saya." Tengku Zaralyn terduduk disofa dengan esakan tangisan. Sungguh dia malu mendengar penjelasan Rykal.
"Abang tak pernah terfikir abang bazirkan masa. Abang nak habiskan masa abang ni untuk sayang dan anak yang bakal lahir tu. Sayang pun sayangkan abang kan ? kita hidup dengan tenang lepas ni. Abang nak sayang sembuh dan kekal sihat untuk abang. Boleh kan sayang ?."
"Boleh saya tahu siapa yang rogol saya ? Orang tu Hazril kan? Tapi kenapa tiada bukti yang kukuh untuk hukum dia sebelum ni ?." Tengku Zaralyn mula bernada kasar.
"Sayang !! orang tu bukan Hazril. Pelaku tu diupah Lydia untuk rogol sayang. Dia buat macam tu supaya sayang dan Hazril putus dan dia dapat menakluki Hazril sepenuhnya."
"Kenapa dia buat saya macam ni ??? Apa salah saya ??? Saya tak pernah ganggu hidup dia."
"Semua ni takdir. Allah temukan kita juga takdir. Sayang tolong bertenang. Abang bawa sayang naik atas. Kita makan ubat lepas tu sayang rehat ye." Rykal mendekati isterinya sekali lagi. Tengku Zaralyn tidak boleh dibiarkan lagi terus dengan rasa hatinya. Takut jika dia kembali mengalami gangguan bayangan ilusinya.
"Saya tak nak hilang abang. Saya tak nak hidup lagi kalau abang tinggalkan saya. Saya takut." Tengku Zaralyn terus bangun dari duduknya lalu memeluk erat tubuh Rykal.
"Abang tak akan tinggalkan sayang. Kita jaga rumah tangga kita sampai syurga. Abang nak sayang rehat sekarang. Pasal kes tu biarlah pihak berkuasa yang buat kerja. Kita tunggu apa tindakan seterusnya. Abang janji akan bantu sayang heret si pelaku ke muka pengadilan." Janji Rykal dengan seribu dendam. Dendam yang akan hancurkan hidup Lydia dan si pelaku.
Tengku Zaralyn terus dipapah naik ke atas menuju ke bilik mereka. Rykal berjaya tenangkan Tengku Zaralyn sekian kalinya. Tidak ada ruginya Tengku Mansur bersetuju dengan cadangan Rykal untuk mengahwini Tengku Zaralyn. Mungkin dengan hadirnya Rykal, Tengku Zaralyn kembali pulih dan fikirannya kembali normal.
*********************************
Tengku Maria kelihatan tidak keruan saat Tengku Mansur menyampaikan bahawa Rykal mahu berterus terang siapa dia yang sebenarnya. Takut jika kali ini Rykal tidak mampu lagi menenangkan Tengku Zaralyn. Tengku Zaralyn pasti akan mengamuk saat dia tahu bahawa kedatangan Rykal sudah dirancang sejak awal lagi.
"Saya percayakan Rykal. Dia pasti berjaya tenangkan Tengku Zaralyn. Saya yakin dia mampu." Tengku Mansur dengan begitu yakin sekali dengan kemampuan Rykal.
"Tapi awak yakin ke Rykal terima Tengku Zaralyn seadanya. Bukan kerana harta atau ada tipu muslihat lain." Tengku Maria dengan fikiran yang bercelaru. Pelbagai spekulasi mula timbul.
"Ke situ pula Tengku Maria ni. Saya yakin dengan Rykal. Kalau awak nak tahu, pembayaran untuk penyiasatan langsung dia tidak ambil. Asyik menolak pembayaran tu. Alasannya dia berkorban untuk isterinya juga."
"Betul ke ni ? Saya rasa tak sedap hati. Entah lah kenapa ." Tengku Maria kembali fokus pada skrin televisyen diruang tamu itu. Tengku Rabella dan Tengku Raziq pula asyik dengan mainan masing-masing tanpa hiraukan perbualan datuk dan nenek mereka.
next -------->
Share this novel