Bab 13 RINDU

Romance Series 114601

Disubuh itu bangun Tengku Zaralyn dengan sedikit rasa keletihan. Mungkin terlalu penat dengan kejadian semalam. Cuba celikkan mata lalu tubuhnya kian bangkit.

Mengambil tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya.

"Zara..!! Zara dalam bilik air yer?. Kejap lagi ke bilik solat tau. Kita solat subuh sama-sama." panggil Tengku Maria dengan nada sedikit kuat namun tetap lembut.

"Yer..Zara tengah mandi. Kejap lagi Zara pergi." sahut Tengku Zaralyn dari dalam.

Tengku Maria keluar semula dari bilik itu sambil tersenyum. Hatinya sedikit lega dengan perkembangan anak gadisnya itu.

Setelah selesai mandi, Tengku Zaralyn menyarungkan baju dan telekung ke tubuhnya. Keluar dari bilik lalu menuju ke ruang solat dengan perasaan yang masih terganggu, namun tetap terkawal.

"Lah.. ingatkan aku yang lambat. Hmm..." Mengeluh Tengku Zaralyn sambil melabuhkan punggung di atas karpen yang terbentang luas itu. Tanpa disedari matanya kalah dengan rasa mengantuknya. Dia mula nyenyak tidur diruang itu.

Beberapa minit kemudian...

" Ish..bertuah punya anak. Boleh dia tertidur disini. Hai...!! Zara. Bangun sayang." suara iqamat bergema. Pantas mata yang tadinya yang tertutup kini terbuka luas. Bangun bersandar di dinding ruang itu. Matanya tertumpu pada susuk tubuh yang berdiri sedang beriqamat itu.

'Rykal Wazir..? bila dia datang.? Allahuakbar.. sungguh aku rindu suaranya. Merdunya suara dia ya Allah..'

"Assalamualaikum..!!." sapa satu suara dari belakang. Pantas Tengku Zaralyn menoleh.

Seorang lelaki dan wanita yang berumur sedikit tua dari bapanya berjalan menuju ke arahnya. Diikuti oleh Tengku Mansur di belakang.

Wanita itu menghulurkan tangannya. Tengku Zaralyn dengan segan silunya memaut huluran tangan itu dan mereka bersalaman.

Wajah tua itu direnungnya lama. Diamati wajah-wajah itu. Namun dia masih tertanya-tanya siapakah mereka itu.

"Ni mesti Tengku Zaralyn kan? Mak cik ni ibu Rykal Wazir. Itu ayahnya, Pak Cik Sahar. Manis orangnya. Patut lah Rykal asyik termenung jer. Mungkin rindu tu." Jelas Puan Nina sambil mencuit dagu gadis itu.

"Maafkan saya. Saya tak tahu Mak Cik dan Pak Cik ni ayah Rykal. Maafkan saya." Wajah gadis itu mula kemerahan.

"Dah lah... kejap lagi kita bersembang dengan lebih lanjut. Sekarang tunaikan kewajipan dulu." kata Encik Sahar pada mereka semua.

Mereka menunaikan solat berjemaah yang diimamkan oleh Rykal Wazir. Alunan surah-surah yang dibaca sungguh menenangkan. Tengku Zaralyn memanjatkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan insan bernama Rykal Wazir.

Tengku Mansur dan Tengku Maria juga tidak ketinggalan. Mereka telah membuat keputusan yang tepat dan terbaik. Inilah jodoh yang sesuai untuk membimbing Tengku Zaralyn menuju ke syurga Allah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hazril bangun dari tidur selepas dia termimpikan tentang gadis pujaannya suatu ketika dahulu. Entah mengapa bayangan gadis itu selalu menghantuinya sejak akhir-akhir ini.

Apakah kerana cinta mula berputik kembali?

'Zara..! aku rindu kau, Zara.' kata Hazril dalam hati.

"Awak..?? Kenapa ni? Tidur lah." Lydia yang terjaga dari tidur menyapa suaminya.

"Tak ada apa-apa. Awak tidur lah." jawab Hazril selamba.

Lydia kembali menyambung tidurnya. Manakala Hazril masih memikirkan tentang Tengku Zaralyn. Entah mengapa dia merasa sangat kecewa kerana telah meninggalkan Tengku Zaralyn satu ketika dahulu. Penyesalan yang kini memakan diri.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tengku Izkandar serta keluarga kecilnya tiba di bumi Itali dengan selamat. Sampai sahaja dirumah dia bergegas siap untuk ke tempat kerjanya. Banyak kes yang perlu diselesaikan. Begitulah rutin seorang doktor.

"Awak nak sarapan di hospital sahaja ker? sebab dirumah semua makanan habis. Kejap lagi saya keluar shopping." Soal Syarifah Zahirah pada suaminya yang sedang menyarungkan kemeja berwarna biru berseluar hitam itu.

"Tak apa. Saya nak cepat ni. Urgent cases. Awak boleh guna kad saya tu beli keperluan rumah okay. Sorry tak dapat temankan awak beli barang." jawab Tengku Izkandar sambil mengemaskan pakaiannya.

"Don't worry. Saya okay. Awak selesaikan tugasan awak yer." senyuman terukir di bibir sang isteri.

"because of that, i love you so much. Thanks darling."

"I love you more." balas Syarifah Zahirah. Mereka saling berpandangan dan senyuman indah terukir di bibir masing-masing.

Syarifah Zahirah berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Tuala mandi disangkutkan pada bahunya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tengku Zaralyn menuruni anak tangga itu dengan penuh rasa bahagia. Kelihatan kedua-dua belah pihak sibuk bersembang. Agak riuh rendah dengan gelak ketawa masing-masing. Entah apa yang sedang dibualkan.

"Zara..!! mari sini sayang. Kita bincang sikit." Panggil Tengku Maria.

Tengku Zaralyn tanpa membantah terus menuju ke ruang tamu itu. Dia melemparkan senyuman buat ibu ayah Rykal. Rykal yang masih berpakaian solat berkain pelikat itu tidak langsung direnungnya.

Tengku Zaralyn melabuhkan punggung disebelah Tengku Maria. Tangannya digenggam erat sendiri. Jantung berdegup kencang. Dia menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Rykal dari tadi.

"Baiklah, memandangkan Zara pun dah ada ni. Kita mulakan perbincangan kita ni." kata Tengku Mansur.

"Silakan Tengku." sahut Encik Sahar pula. Yang lain sekadar mengangguk.

"Saya nak percepatkan proses pernikahan antara anak saya dan Rykal. Saya rasa tidak salah jika kita percepatkan pernikahan ni. Lagi baik kan?." Tengku Mansur dengan yakinnya.

"Alhamdulillah.. semoga Allah permudahkan segalanya." jawab Puan Nina.

"jadi macam mana dengan kedua-dua bakal pengantin ni. Setuju ker tidak? Saya cadangkan nikah pada minggu depan. Soal borang nikah semua saya akan uruskan." kata Tengku Mansur lagi.

"Hal pakaian semua Tengku Zaralyn dan Rykal dah boleh buat persediaan." balas Tengku Maria pula.

"Rykal bersenang hati terima semua keputusan tu. Insyaallah.. Rykal akan lindungi Tengku Zaralyn sebaik mungkin." jawab Rykal dengan penuh yakin dan ikhlas.

Tengku Zaralyn tidak mampu lagi menahan dirinya. Dia menoleh ke arah tubuh itu lalu senyuman manis terukir di bibirnya. Rykal membalas pandangan dan senyuman itu.

"Alhamdulillah..saya setuju apa jua keputusan Rykal. Lagi cepat lagi bagus. Saya pun nak buat sedikit kenduri di kampung." Giliran Encik Sahar pula bersuara.

Puan Nina dan Tengku Maria berpandangan. Mereka juga agak serasi bersama. Keluarga Tengku Mansur yang tidak sombong itu sangat mudah untuk bergaul. Tidaklah keluarga Rykal rasa tersisih atau sebaliknya.

"Soal mas kahwin dan hantaran sudahpun saya beritahu pada Rykal baru-baru ini. Berikan ikut kemampuan Rykal. Saya terima seadanya termasuk Tengku Zaralyn." tegas Tengku Mansur lagi.

"Ehh ..jemput sarapan semua. Jom ke meja makan. Rasanya dah terhidang tu." Ajak Tengku Maria.

Semua mula bangun dari dudukkannya. Hanya tinggal Tengku Zaralyn yang masih disofa itu. Berjalan mereka semua ke arah meja makan.

"Tengku..jom sarapan." panggil Rykal.

"Rykal..!! Terima kasih." kata Tengku Zaralyn merenung wajah lelaki tampan itu.

"Saya yang patut berterima kasih. Tengku terima saya sebagai imam Tengku." Rykal mula mendekati Tengku Zaralyn lalu berbisik ditelinga itu.

"Saya tak boleh tidur sebab rindukan Tengku." kata Rykal berbisik di telinga gadis itu.

Lalu tubuh itu kembali tegak berdiri. Senyuman terukir dengan semanisnya.

"Saya pun." mengaku Tengku Zaralyn juga.

"Dah..jom sarapan. Kejap lagi kita cari baju nikah nak tak.?" Rykal mengangkat keningnya.

"Mestilah nak. Gila tak nak." kata-kata Tengku Zaralyn membuatkan mereka berdua melepaskan tawa kecil.

"Zara..!! Rykal..!! mari sarapan dulu. Kejap lagi lah sembangnya." Jerit Tengku Maria memanggil kedua-dua figura itu.

"Yer mummy. Zara datang ni." Tengku Zaralyn bangun lalu mengekori Rykal dari belakang.

'Awak akan jadi milik saya selamanya Rykal Wazir.'

ohh ..Amyz xboleh move on dengan watak hero rekaan sendiri ni..tolonngggg... hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience