Bab 10 KOMPANG

Romance Series 114601

Hari ini Rykal berangkat pulang ke kampung halamannya untuk membincangkan tentang pernikahannya dengan Tengku Zaralyn. Setelah beberapa jam menempuh perjalanan akhirnya dia tiba dihalaman rumah itu.

Kelihatan Encik Sahar sedang membaiki motosikal dibawah rumah. Manakala Puan Nina sedang mengangkat pakaian di ampaian sebelah rumah. Teksi yang dinaiki Rykal berhenti betul-betul di hadapan tempat bapanya sedang membaiki motosikal.

"Assalamualaikum..mak, ayah.!!"

"Waalaikumussalam..Rykal rupanya." sahut Encik Sahar. Puan Nina segera menuju kearah suami dan anaknya itu dengan senyuman.

Rykal menyuakan wang kepada tuan teksi berkenaan lalu ucapan terima kasih dilemparkan. Rykal membimbit beg pakaiannya lalu menghulurkan tangan menyalami bapanya.

"Kamu balik nak ? Nampak naik sikit badan tu." soal Puan Nina dengan penuh bahagia. Tangan Puan Nina pula digapai Rykal.

Mereka meninggalkan kerja masing-masing lalu menaiki anak tangga rumah itu. Rumah itu sedikit kesunyian kerana kedua-dua adiknya Raisya Wardina dan Ryzal Wafiq telah dimasukkan ke asrama memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan penting tahun ini.

"Beg tu masuk letak dalam bilik dulu. Mak tak ubah pun bilik kamu. Macam mana kamu tinggal macam tu lah rupanya sekarang." jelas Puan Nina.

Encik Sahar melabuhkan punggungnya di kerusi rotan ruang tamu tersebut. Rasa sedikit hilang rasa rindu pada anak sulungnya itu. Rasa rindu yang jarang ditunjukkan, namun dihati selalu mengingati.

Rykal masuk ke dalam bilik dan meletakkan beg pakaiannya. Setelah itu dia kembali ke ruang tamu dan melabuhkan punggung disebelah bapanya. Puan Nina datang menghampiri mereka dengan sedulang minuman panas bersama pisang goreng.

"Nah..!! jemput minum air ni. Pisang goreng ni mak goreng tadi. Rezeki kamu lah Rykal. Nasib baik tak dihabiskan ayah kamu." Kata-kata Puan Nina itu membuatkan mereka semua melemparkan senyuman sesama sendiri.

"Berapa hari balik ni? Tengok beg macam besar jer." soal Encik Sahar pada anaknya itu. Rykal meletakkan cawan teh di atas meja semula.

"Err.. sebenarnya Rykal balik ni nak bincang dengan mak dan ayah. Rykal nak kahwin mak, ayah." kata Rykal dengan jelasnya. Membutang mata kedua orang tuanya.

"Jadi yang kamu bagitahu nak kahwin tu betul-betul lah yer?."soal Encik Sahar.

"Yer betul ayah."

"Dengan majikan kamu ker dengan si Nurish tu?." soal Puan Nina pula.

"Nurish dah lama mati dalam hati Rykal mak. Tak usah disebut lagi. Rykal nak bernikah dengan Tengku Zaralyn. Majikan Rykal." jawab Rykal dengan sedikit nada sayu.

"Kamu ni biar betul Rykal? nak ambil duit mana meminang anak orang kaya tu." Encik Sahar mengeluh dihujung percakapannya.

"Yer lah Rykal. Kita mana ada duit banyak-banyak." jawab Puan Nina pula.

"Rykal dan bincang dengan keluarga Tengku Mansur. Diorang cuma minta sebentuk cincin emas dan sedikit mas kahwin. Tapi Rykal nak juga beri wang hantaran untuk bakal isteri Rykal mak ,ayah. Soal semua tu mak ayah jangan risau. Rykal ada wang sendiri." jawab Rykal dengan penuh rasa tanggungjawab.

"Kami ikutkan sahaja apa yang terbaik untuk kamu. Asalkan kamu bahagia." kata Puan Nina pula. Encik Sahar hanya diam seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Ayah nak buat kenduri disini sikit. Sekadar sambut menantu. Kita tumbangkan seekor lembu." cadang Encik Sahar.

"Bagus juga tu. Kita buat kenduri. Gotong royong panggil semua orang kampung. Mesti meriah ni. Mak nak buat bunga telur." Puan Nina mula merancang. Ini perkahwinan buat pertama kali untuk keluarga kecil itu.

"Mula dah mak kamu ni. Tu nanti siap dengan kompang-kompang dijemputnya." usik Encik Sahar. Puan Nina senyum tersimpul malu.

Mereka menikmati minum petang itu dengan penuh kegembiraan. Rykal mula dengan berangannya. Mula membayangkan suasana kediaman itu di majlis perkahwinan yang dimeriahkan dengan keriuhan sanak saudara serta orang-orang kampung.

"Ni kenduri, kenduri juga. Bila tarikhnya ?." soalan Encik Sahar membuatkan Rykal tersentak dari lamunannya.

"Err..bulan depan ayah."

"Apa...? bulan depan?." kata Encik Sahar dan Puan Nina serentak dengan nada terperanjat.

**************************************

Bunga-bunga yang kini layu dibuang kedalam tong sampah oleh Tengku Zaralyn. Digapainya bunga yang baharu lalu dimasukkan ke dalam pasu itu. Haruman bunga mawar merah dan kuning itu amat memberi ketenangan hati buat Tengku Zaralyn.

'Haruman kau wangi sangat wahai bunga. Tapi, aku lebih rindukan haruman Rykal Wazir. Baru jer dia tinggalkan rumah ni, tapi dah mula rindukan dia.'

Berkata Tengku Zaralyn sendiri. Pasu itu diletakkan semula ditempat asalnya.

'Bosannya..ke taman depan lah. Dah lama tak tengok-tengok ruang depan tu. Apa yang dah jadi entahlah. Rykal ni nakal juga kadang-kadang.'

Tengku Zaralyn menuju ke pintu utama lalu membuka pintu tersebut. Menyarungkan kasut seliparnya. Menuju ke taman bunga mini di laman sebelah rumahnya.

'Kan aku dah cakap. Dia ubah pokok-pokok aku.'

Tiba-tiba Tengku Zaralyn terpandang pada batu-batu berwarna putih yang tersusun dicelah pohon bunga mataharinya itu.

'Rykal love Zara ?. Wah.. sweet nya dia yer. Dengan batu-batu pun pandai sweet-sweet. I love you more Rykal Wazir.'

Tengku Zaralyn tersenyum riang melihat batu-batu tersebut. Telefon bimbit yang berada dikocek seluar palazo nya di ambil lalu menangkap beberapa keping gambar batu-batu tersebut. Senyuman terus terukir tidak lekang dari bibirnya.

******************************************

Tengku Izkandar segera bersiap untuk pulang semula ke Itali setelah mendapat panggilan kecemasan dari tempat kerjanya. Syarifah Zahirah juga pantas mengemas beg pakaian mereka semua.

Tengku Rabella dan Tengku Raziq menangis di pangkuan Tengku Mansur dan Tengku Maria. Masing-masing masih belum puas menghabiskan masa di tanah air. Namun terpaksa akur dengan keputusan Tengku Izkandar.

"Ala..nanti balik lagi. Aunty Zara dah nak kahwin tau. Nanti boleh balik sini semula." pujuk Tengku Maria pada kedua-dua cucu kesayangannya itu.

"Bella belum makan aiskrim Uncle handsome lagi." jawab Tengku Rabella bersama tangisannya.

"Uncle handsome dah balik kampung. Nanti dia belanja okay?." pujuk Tengku Maria lagi.

"Tok mummy cakap dengan Uncle handsome suruh dia promise tau. Nanti Bella balik, Bella nak Uncle handsome belanja." Kata-kata anak kecil itu membuatkan Tengku Mansur dan Tengku Maria ketawa kecil.

"Okay..nanti Tok Mummy cakap dengan Uncle suruh promise okay." Tengku Rabella menyapu airmata dipipinya.

"Mana Tengku Raziq. Diam jer ni. Tadi meraung macam Tengku Rabella juga." Tengku Mansur bangun mencaru kelibat cucu lelakinya itu.

"Bertuah punya cucu. Boleh dia tertidur disitu. Awak tengok ni Maria cucu lelaki kita ni." panggil Tengku Mansur yang tercegat berdiri di hadapan laluan ke dapur itu.

"Lah..tertidur disitu rupanya. Patut lah senyap jer." Tengku Mansur dan Tengku Maria melemparkan senyuman. Tengku Rafiq yang tertidur sambil meniarap itu dipandang mereka. Rasa terhibur dengan gelagat anak kecil itu.

Tengku Izkandar dan Syarifah Zahirah menuruni anak tangga bersama bagasi yang sudah siap dikemas.

"Tengok anak kamu ni Tengku Izkandar. Tertidur disitu." Tengku Mansur menunjuk kearah Tengku Raziq yang tertidur itu pada anaknya.

Mereka semua melepaskan tawa kecil. Pak leman dan orang gaji rumah itu membantu mengangkat semua bagasi dan dimasukkan ke dalam perut kereta.

Tengku Izkandar mengangkat Tengku Raziq yang kini sudah nyenyak tidur dibuai mimpi. Mereka saling bersalaman dan berpelukan. Setelah selesai meminta diri, bertolaklah keluarga kecil itu ke lapangan terbang.

Berat hati Tengku Mansur dan Tengku Maria melepaskan mereka pulang, tetapi apakan daya. Tugas harus diselesaikan sebaik mungkin. Maka redha adalah jalan terbaik.

******************************************

Hazril memandu kereta memasuki taman perumahan itu. Berhenti di hadapan pintu dan melihat sosok tubuh yang amat dikenalinya. Wanita yang dulu pernah dicintai lalu ditinggalkan demi wanita lain.

Pintu kereta dibuka lalu turun menuju ke pagar rumah itu. Berdiri dia dipagar besi serba mewah itu.

"Assalamualaikum.."

Tengku Zaralyn menoleh saat mendengar suara yang pernah didengarinya. Tepat sekali tekaannya.

"Apa kau buat kat sini? aku benci tengok muka kau. Berambus kau dari rumah aku." Tengku Zaralyn meninggal taman bunga mini itu dan berjalan menuju ke pintu utama rumahnya.

"Tunggu dulu Zara. Beri I peluang. I rindu you." pinta Hazril.

"Pergi mampus dengan rindu kau. Kau tahu tak betapa seksanya aku lupakan kau. Kau tinggalkan aku dengan keadaan yang sangat melampau. Kau memang tak ada hati perut. Kau balik jaga isteri kesayangan kau tu. Aku jijik tengok kau."

Tengku Zaralyn menitiskan airmata kekecewaannya. Kisah 4 tahun lalu masih segar diingatannya. Sukar untuk dia mengikisnya satu ketika dahulu. Kini Hazril kembali menghantui hidupnya.

"Tunggu dulu Zara. I nak you tahu yang I tak happy dengan kehidupan I sekarang. I perlukan you. I tahu you belum berkahwin kan. So, kita mulakan semula hubungan yang terputus dulu."

"Bagus.. akhirnya Allah makbulkan doa aku. Doa untuk kau sengsara diatas pengkhianatan keatas aku." Tengku Zaralyn terus memasuki kerumahnya dengan esakan tangisnya. Pintu dikunci rapat.

Sungguh sakit hatinya saat ini. Lelaki yang pernah membuat hatinya berbunga-bunga satu ketika dulu dan akhirnya ditinggalkan tanpa belas kasihan, kini kembali menabur semula janji manis.

Jika dia termakan dengan kata-kata lelaki itu, dialah wanita terbodoh saat ini. Namun Tengku Zaralyn memilih untuk terus melenyapkan Hazril dari hidupnya.

Tergopoh-gapah dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Tangisan demi tangisan tercipta. Wajah Rykal Wazir berlegar-legar di kotak fikiran.

Alhamdulillah..done publish. Maaf pada yang menunggu..Amyz ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jumpa lagi di chapter seterusnya yer.. muaahh.. follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-02-14 23:25:11 

tq so much dear

YAZNI-ERNIE
2021-02-14 23:15:13 

tqvm my lovely dear. miss u so much...muahh muahh muahh...i suka citer ni

YAZNI-ERNIE
2021-02-14 23:11:59 

hi dear...bil nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience