Tengku Zaralyn cuba bangun dari tidur nyenyaknya. Namun badan terasa berat sekali. Badan ketar kesejukan.
'aku demam ni. Terkejut tikus kelmarin ker?. Rykal mesti tunggu aku di depan pintu.'
Telefon bimbit dicapai.Nombor telefon Rykal di dail.
'ehh..apasal pulak bakal isteri aku ni call.' punat hijau dileret.
"yer saya. Tengku nak apa? kenapa tak keluar lagi. Dah pukul 8 pagi ni. Saya ada diluar." Soal Rykal dengan gelojoh.
"Saya demam Rykal. Tak apalah. Awak cuti hari ni. Saya nak rehat dirumah sahaja." jelas Tengku Zaralyn.
"Tengku demam ?. Ya Allah..patut hati saya ni rasa tak sedap jer. Rupa-rupanya Tengku tak sihat."
"Ada-ada jer kau ni Rykal. Saya demam sikit je. Kejap lagi baik lah."
"Izinkan saya masuk dan masakan bubur untuk Tengku. Saya janji lepas selesai saya balik ke bilik."
"Tak apa. Tak payahlah susah-susah. Saya boleh buat sendiri." jawab Tengku Zaralyn dengan nada yang lembut.
"Nanti kalau jumpa tikus lagi macam mana. Nak lari peluk siapa pulak." usik Rykal sekadar diberi peluang untuk masuk kedalam untuk merawat Tengku Zaralyn.
"Awak saja kan usik saya. Baiklah..awak boleh masuk. lepas siap semua awak boleh balik."
"Macam tu la. Dengar pun cakap." Talian diputuskan oleh Rykal. Menerpa membuka pintu lalu masuk ke dalam rumah besar itu.
Menuju ke arah dapur. Peti sejuk dibuka. Bahan-bahan segar untuk buatkan bubur dikeluarkan.
*************************************
Tengku Mansur dan Tengku Maria bersama-sama dengan anak menantunya sarapan bersama-sama dipagi itu. Syarifah Zahirah buatkan menu sarapan khas dari Itali.
Espresso Macchiato bersama Panino. Espresso Macchiato adalah sejenis kopi pekat pahit bercampur dengan sedikit susu pekat dan enak digabungkan dengan roti panini. Sejenis roti yang biasanya digunakan untuk membuat sandwich berbentuk pipih khas dari Itali.
Diisi dengan hirisan smoked beef, bersama lembaran keju serta hirisan ham yang dicampurkan dengan hirisan sayur dan ditambah sedikit mayonis membuatkan menu sarapan itu mengenyangkan.
"Daddy makan sepotong jer roti ni dah kenyang. Sedap ni. Pandai Zahirah buat." puji Tengku Mansur pada menantunya itu.
"Simple jer daddy Panino ni. Macam sandwic jugak. Sama jer. Bezanya cuma roti ni. Zahirah bawa dari Itali ni. Di Malaysia cuma boleh dapat di restoran berasaskan makanan Itali sahaja."
"Sesuai untuk mummy. Menu sihat ni." kata Tengku Maria pula.
"Tapi Iz lebih suka nasi lemak. Dah jemu makanan Itali." Tengku Izkandar menjuihkan bibirnya.
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri." peribahasa melayu dilemparkan oleh Tengku Mansur.
Tersenyum mereka semua. Tengku Rabella dan Tengku Raziq makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
************************************
Encik Sahar pulang dari sawah padinya dengan lumpur penuh di kakinya hingga ke paras lutut. Satu bungkusan plastik dibimbit sebaik sahaja turun dari motosikal yang diletakkan dibawah pohon mangga yang terdapat sebuah pangkin kayu depan rumah itu.
"apa tu bang? Ikan ker?." soal Puan Nina pada suaminya yang sedang mengoyak daun pisang di pangkin itu.
"Pak Leman kasi ikan ni. Hasil dia menjala dengan menantunya tadi." bungkusan plastik itu diserahkan kepada Puan Nina.
"wah..!! ikan tilapia lah abang. Ni kalau Rykal ada mesti dia suka. Goreng garing letak sambal tumis sikit. Bertambah-tambah nasi lah jawabnya."
"Awak tu mula lah tu. Nanti dia balik lah. Biar dia merantau cari pengalaman. Hidup berdikari. Nanti cuti dia balik lah. Ni awak dah tanya dia ker belum? Jadi ker tidak angan-angannya tu."
" Belum. Kejap lagi lah saya hubungi dia.Saya cuma risaukan dia. Entah apa yang dia makan disana. Makanan mahal-mahal bang. Dia mampu ker nak sara hidupnya sementara nak stabilkan ekonominya tu?."
Encik Sahar menuju ke pili air yang berhampiran dengan pangkin itu untuk mencuci kakinya.
"awak masak lah ikan tilapia tu. Saya nak makan. Dibakar pun sedap. Buat sambal belacan sikit. Tu pun sedap." kata Encik Sahar lagi.
"baiklah..saya bakarkan untuk abang. Nanti untuk Raisya dan Ryzal saya goreng letak sambil tumis jer."
"suka hati awak lah. Saya naik atas dulu. Nak mandi kejap. Nak pergi surau kejap lagi."
Naiklah Encik Sahar ke atas rumah kayu terbina indah dan kemas itu. Puan Nina teruskan dengan kerja mengoyak daun pisang itu untuk dibuat kuih petang nanti.
************************************
Rykal menciduk bubur yang baru siap dimasak kedalam mangkuk. Diletakkan mangkuk berisi bubur panas itu diatas dulang bersama segelas susu segar. Menaiki anak tangga dengan penuh berhati-hati.
Sampai didepan pintu bilik itu. Pintu dibuka perlahan. Melangkah memasuki bilik tersebut dan meletakkan dulang itu di meja sisi katil.
"Tengku..Tengku Zaralyn..!!! Bangun makan sikit. Saya dah buatkan bubur ni."
Tengku Zaralyn membuka sedikit matanya. Melihat Rykal yang sedang berdiri disebelah katil itu membuatkan matanya kini terbuka luas.
Menggagahkan diri untuk bangun dari pembaringannya. Duduk bersandar di kepala katil itu. Rykal mengambil mangkuk itu lalu menciduk bubur dan diacukan ke mulut Tengku Zaralyn.
"saya boleh makan sendiri." jawab Tengku Zaralyn lemah.
"biar saya suapkan. Saya boleh suapkan lah." Rykal tetap mahu menyuapkan bubur itu ke mulut Tengku Zaralyn.
Tengku Zaralyn mengalah. Mulutnya dibuka lalu suapan itu masuk ke dalam mulutnya.
"sedap tak? tak ada jual tau bubur macam ni di luar. Lepas ni kena jadi isteri saya baru boleh makan lagi." usikan Rykal membuatkan Tengku Zaralyn tersenyum.
"nak air." pinta Tengku Zaralyn.
Rykal pun menghulurkan air pada Tengku Zaralyn.
"saya tak nak air ni. bagi air lain."kata Tengku Zaralyn pada orang gajinya itu.
"baik Tengku. saya buatkan air yang baru."Rykal mengambil semula gelas air itu.
'cerewet jugak yer. Dibagi betis nak peha?.' omel Rykal sendiri.
"apa awak cakap?tak dengar lah." sahut Tengku Zaralyn.
"ehh..tak ada apa-apa Tengku. saya cakap dengan cicak kobeng ni." jawab Rykal yang sedang berjalan menuju ke arah pintu bilik.
Turunlah Rykal ke bawah untuk buatkan air yang lain.
'perlukah aku ajak dia jumpa mummy dan daddy? nak ker dia? tapi nampak macam suka.' kata Tengku Zaralyn dalam hati.
Benar tembok hatinya kita telah roboh dengan panahan cinta Rykal. Wajah dan senyuman Rykal sentiasa dirindui. Kehangatan pelukan terus didambakan.
Terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa memberi komen-komen. Dengan komen anda semua lah amyz terus bersemangat untuk terus berkarya. Jemput baca "goodbye Chubby dan Cinta Luar Biasa " jugak..hihihi follow ig Amyz_Nazifa96
Share this novel