Riuh rendah suasana didapur itu. Puan Nina sangat gembira melayani anak menantunya. Tengku Zaralyn pula tidak segan-silu menolong ibu mertuanya itu menyiapkan makan malam buat santapan mereka seisi keluarga.
Pelbagai jenis lauk-pauk dimasak mereka bertiga. Mulut masing-masing juga tidak berhenti bercerita. Kenangan suka dan duka menjadi isinya.
Encik Sahar dan Rykal yang berbual di ruang tamu juga tiada kurangnya. Segala info perkembangan terkini diterbitkan dari mulut sesama sendiri. Kadangkala terhasil gelak tawa yang memenuhi ruang.
"Zara makan ker semua yang kita dah masak ni? lauk pauk kampung saja ni." soal Puan Nina pada menantunya itu.
"Zara makan mak. Janji kenyang." jawab Tengku Zaralyn sambil mengelap pinggan serta gelas di meja makan itu.
"bila dah berkahwin dengan Rykal Wazir , mesti makan punyalah." usik Raisya sambil tersenyum riang.
"Pandai yer kamu ni. Nanti kita tengok pula macam mana suami dia." Satu jerlingan manja dihadiahkan buat Raisya oleh ibunya.
"Lambat lagi lah mak." jawab Raisya lagi.
Mereka sekadar tersenyum. Hari mulai gelap menandakan malam akan menjelma. Kini makanan yang sudah siap dimasak mula dihidangkan. Air sirap bandung juga siap dibancuh. Kini hanya menunggu azan maghrib bergema. Mereka akan menjamu selera setelah siap menunaikan solat maghrib sebentar lagi.
"Dah siap semua kan? Jom naik atas. Mak dengar ayah kamu dan Rykal rancak sangat berbual tu." ajak Puan Nina. Mereka sama-sama menuju ke arah ruang tamu itu.
"Ayah dah cakap, ayah tak nak jual. Tapi dia mendesak sangat minta dijual tanah tu pada dia." Rancak benar dua beranak itu berbual. Puan Nina menggelengkan kepalanya.
"Mungkin dia berminat dengan tanah tu. Tapi sayang lah kalau jual. Pokok-pokok buah banyak ayah." kata Rykal.
"Kalau ayah kamu nak jual pun, mak tak kasi. Tu la satu-satunya tanah yang arwah atok kamu tinggalkan. Yang lain semua dah dijual Pak Usu kamu." Puan Nina mencelah. Dia melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan Encik Sahar. Manakala Tengku Zaralyn masih berdiri disebelah Rykal.
"Mari sini. Duduk dekat abang." Rykal menarik tangan isterinya. Tengku Zaralyn mengikuti sahaja kelaku suaminya itu.
"Memang saya tak jual. Saya dah cakap dengan dia. Dia tu tak faham-faham. Saya malas melayan dia." Jelas Encik Sahar lagi.
Tiba-tiba terdengar teriakkan Raisya melaungkan nama Tengku Zaralyn yang datang dari dapur.
"Kak Zara..!! Kak Zara..!!."
"Yer Raisya..kenapa ni?"
"Kenapa dengan kamu ni Raisya?." soal Puan Nina. Mereka semua kelam kabut melihat Raisya yang berlari-lari anak menuju ke arah ruang tamu itu.
"Ni..gelang Kak Zara kan?. Raisya jumpa di dapur." Raisya menghulurkan seutas gelang emas pada Tengku Zaralyn. Tengku Zaralyn mencapai huluran itu.
"Yer lah..gelang saya. Putus ni.. sayangnya abang." Tengku Zaralyn menjuihkan bibirnya. Rasa kecewa membelenggu diri.
"Tak apa. Esok kita ke kedai emas kita tukar ambil yang baru. Boleh ?." soal Rykal memujuk sang isteri.
"Betul tu Zara. Esok ke kedai emas di pekan. Tukar ambil yang baru." kata Puan Nina bersetuju dengan cadangan Rykal.
"Okaylah...tapi sayang dengan gelang ni. Ni hadiah dari daddy." jawab Tengku Zaralyn yang masih kecewa itu.
"Dah lah..esok kita ke kedai emas yer. Sekarang abang nak mandi dulu. Dah nak masuk maghrib ni. Err...ayah nak ke masjid ker?."
"Malam ni kita jemaah di rumah lah. Bukan selalu dapat berkumpul ni." jawab Encik Sahar dengan senyumannya.
"Okaylah kalau macam tu. Rykal nak mandi dulu. Jom sayang masuk bilik." Rykal menarik tangan isterinya. Tengku Zaralyn mengikuti sahaja sambil tunduk hormat kepada kedua-dua mertuanya itu.
"Awal lagi dah ajak masuk bilik." usikan dari Encik Sahar membuatkan Tengku Zaralyn tidak keruan dan merona merah wajahnya.
"Ish..ayah kamu ni. Dah..usah dilayan perangai ayah kamu ni Zara. Pergilah masuk mandi dan rehat dulu. kejap lagi kita solat maghrib sama-sama." Puan Nina turut bangun dari duduknya lalu menepuk-nepuk belakang Tengku Zaralyn.
Tanpa melengahkan masa lagi, Rykal dan Tengku Zaralyn masuk ke dalam bilik. Bilik yang kelihatan sangat kemas dan cantik. Jendela itu ditutup oleh Rykal memandangkan hari mulai gelap.
"Abang..saya happy kat sini. Tenang jiwa saya. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." Tengku Zaralyn yang tiba-tiba sahaja memeluk tubuh itu dari belakang. Rykal yang mahu menanggalkan pakaiannya tidak jadi pula untuk tanggalkan. Rasa tenang dalam pelukan.
"Terima kasih juga sebab sayang sudi terima abang dan keluarga abang. Abang janji akan bersama sayang hingga hujung nyawa." Giliran Rykal pula bermadah. Tangan Tengku Zaralyn ditarik agar tubuh itu berada didepan.
Tengku Zaralyn membiarkan sahaja aksi itu. Saat tubuh Tengku Zaralyn berada betul-betul dihadapan, Rykal memeluk tubuh itu erat. Tengku Zaralyn mengamati bau badan itu.
"Busuk lah.. pergi mandi." kata Tengku Zaralyn sambil memuncungkan bibirnya.
"bukan sayang suka ker bau badan abang." soal Rykal sambil mengeratkan lagi pelukan itu.
"Busuklah abang.. pergilah mandi. Ataupun bagi saya mandi dulu."
"Sayang nak mandi dulu pun boleh. Pergilah..Abang nak ambil barang tertinggal dalam kereta kejap." jawab Rykal. Pelukan itu terlerai.
Lalu Tengku Zaralyn terus mencapai tuala mandinya dan keluar dari bilik tersebut menuju ke kamar mandi yang terletak di bahagian dapur rumah itu. Manakala Rykal terus bergerak mengambil barang yang tertinggal di dalam keretanya.
**********************************
Hazril pulang ke rumah setelah beberapa hari tidak menjejakkan kakinya ke rumah itu. Sampai sahaja dirumah, kelihatan kereta milik Lydia juga berada di garaj. Itu tandanya Lydia tidak kemana-mana dan ada didalam rumah itu.
Hazril meregus kecil. Keluar sahaja dari perut kereta itu Hazril menapak masuk ke dalam rumah. Suasana yang sepi. Tiada kedengaran Rayden mahupun Lydia.
"Ingatkan dah tak tahu jalan balik. Masih ingat rupanya ada anak isteri." Teguran dari Lydia yang tiba-tiba datang dari arah dapur itu membuatkan Hazril terperanjat.
"Asal I balik jer you bising. Penatlah I macam ni." Hazril ke arah ruang tamu lalu merebahkan tubuhnya di atas sofa empuk itu.
"Ohh..sebab I bising lah you tak balik yer. Kalau macam tu ceraikan I. Senang habis cerita. I pun dah penat tanggung orang macam you yang tak sedar diri ni. Hidup menumpang tapi berlagak macam kita yang tumpang dia." Lydia yang tercegat berdiri sambil memeluk tubuh memandang suaminya tajam. Hatinya mulai tawar.
"Apa yang you cakap ni? I keluar ni pun sebab nak cari kerja. You jangan buat perangai." Hazril mula tidak senang hati apabila Lydia mengeluarkan kata-kata cerai terhadapnya.
"Ehh..pergi matilah dengan you punya kerja. You ingat I ni bodoh sangat ker? Dan kalau ditakdirkan kita bercerai, I akan ambil semua hak I yang you ada sekarang. Kereta, kad kredit dan semua barang dalam rumah ni I yang punya. You boleh keluar dari rumah ni sehelai sepinggang." ugut Lydia lagi. Dia tahu itu kelemahan Hazril. Dia tahu pasti Hazril akan tetap bersamanya demi kesenangan hidup.
"I tak akan ceraikan you sayang. I sayang you sepenuh hati tau. I'm sorry. Jangan cakap macam ni lagi, please sayang..!!" Hazril bangun dari sofa dan menuju kearah isterinya. Tubuh Lydia dirangkul dan dipeluk erat.
'Tahu pun kau kan. Aku akan buat kau terus ada dengan aku sampai bila-bila. Kau belum kenal aku siapa Hazril. Aku boleh buat dengan kejam lagi demi dapatkan kau selamanya.' kata Lydia dalam hati. Sergihan licik terukir dibibir.
'Ish..bila lah aku boleh dapatkan semua harta kau ni. Penat aku melayan kerenah kau. Entah dimana dia letak semua geran rumah dan kereta.' omel Hazril dalam hati. Namun pelukan itu dileraikan Lydia. Selalunya hati Lydia akan lembut semula apabila Hazril memeluknya. Tetapi tidak kali ini. Dia nampak seperti benar-benar marah dan merajuk.
"You ingat dengan peluk I and then you minta maaf macam ni I boleh terima you dengan hati yang terbuka ker?." Lydia kembali memeluk tubuh serta berdiri membelakangi Hazril.
"Sorry lah sayang..I janji lepas ni I akan selalu ada dengan you dan anak kita. But, now please forgive me sayang." Bahu Lydia dipegang Hazril untuk terus memujuk.
"I ada something nak tanya you. Sejauh mana hubungan you dengan Tengku Zaralyn sampai dia pernah buat kerja gila suatu ketika dulu masa you tinggalkan dia." soal Lydia lalu memusingkan tubuhnya merenung tajam raut wajah suaminya itu.
"Tak ada apa lah. Kenapa nak tanya hal yang dah lepas. I pun dah lupa kenangan I dengan dia. Sekarang cuba fikirkan hal kita sahaja. Tolong jangan ungkit lagi hal Tengku Zaralyn. Tu semua kisah silam I." Hazril mula tidak keruan saat kisahnya bersama Tengku Zaralyn diungkit isterinya.
"Okay..tak apa kalau tak nak cerita dengan I. I boleh cari info tu sendiri. And you kena ingat yer, you buat perangai lagi. I akan halau you keluar dari rumah ni sehelai sepinggang. Ingat tu baik-baik yer Encik Hazril.
Lydia meninggalkan ruang tamu itu dengan lagaknya. Dia sedikit terhibur saat membayangkan wajah cuak sang suami sebentar tadi. Itu adalah amaran dan langkah pertama untuk buat Hazril tetap jadi miliknya. Langkah seterusnya sudah siap dirancang dan harus dilakukan sebaik mungkin.
Done untuk hari ini..tggu next tau..kihkihkih
Share this novel