Bab 37 RAMADHAN

Romance Series 114601

Ramadhan menjelma. Rykal bangun seawal 4 pagi untuk sediakan juadah bersahur untuknya serta isteri tercinta. Nasi goreng special berserta ayam goreng pilihan sahut pertama mereka. Setelah siap dihidang, Rykal bergegas menaiki anak tangga menuju ke bilik mereka.

Senyuman dilemparkan apabila melihat sekujur tubuh yang selalu mendampinginya masih nyenyak tidur di buai mimpi. Perlahan-lahan dia mendekati dan merebahkan tubuh itu. Ciuman demi ciuman melekat dipipi Tengku Zaralyn.

"Sayang..!! Sahur ni. Jom turun makan." Rykal kejutkan isterinya.

"Emm..pukul berapa ni? Abang nak sahur apa? Saya turun masakan." Tengku Zaralyn bertindak memeluk tubuh suaminya erat. Wajahnya kini berada betul-betul di sebidang dada yang tidak berbaju itu.

"Abang nak makan sayang boleh?." Soal Rykal dengan senyuman. Pantas Tengku Zaralyn mendongak dek soalan itu.

"Abang ni kan..!! Jom turun." Tengku Zaralyn mula bangun dan menyanggul rambutnya agar rapi.

"Okay.. hati-hati sayang. Kang tersadung susah Abang."

Setelah usai Tengku Zaralyn mencuci muka serta menggosok gigi, turunlah sepasang suami isteri itu. Rykal mengekori isterinya dari belakang. Tengku Zaralyn menuruni anak tangga itu dengan penuh hati-hati.

Setibanya di ruang makan itu, Tengku Zaralyn memberhentikan langkahnya. Pantas menoleh ke belakang dan menatap wajah Rykal dengan redup.

"Abang bangun pukul berapa? Kenapa tak kejutkan Zara? Biar Zara yang siapkan sahur untuk kita." Sedikit rengekan dari Tengku Zaralyn.

"Abang terjaga awal tadi. So, dah alang-alang terjaga dari tidur tu Abang turun dan siapkan sahur untuk kita bertiga." Jelas Rykal sambil merangkul pinggang Tengku Zaralyn.

"Bertiga? Siapa lagi yang ada dalam rumah ni? cuma tinggal kita berdua je kan?."Soal Tengku Zaralyn hairan.

"Madu sayang la." Gurauan buat sang isteri.

"Madu? Gatalll...Emm.. ambil ni..!!" Cubitan yang memulas menghinggap di perut Rykal.

"Aduh..sakit sayang..!!." Rykal mengadu kesakitan.

"Gurau lagi hal sensitif macam tu. Kan dah mendapat." Tengku Zaralyn cuba meleraikan pelukan itu. Namun Rykal mengeratkan pelukan itu.

"Sayang ni lambat faham la. Ni lagi sorang dalam ni. Maknanya kita bertiga la sekarang." Rykal mengusap lembut perut Tengku Zaralyn.
Senyuman manis terukir diwajah Tengku Zaralyn.

"Lupa lah..dah jom makan. Bau macam sedap ni." Pelukan terlerai. Rykal menarik kerusi buat isterinya.

"Thanks a lot, sayang." Tengku Zaralyn mencuit dagu suaminya.

"Welcome dear !!. Jemput sahur sayang." Rykal pula mengambil tempat lalu mula membaca doa dan menikmati sahur pertama buat mereka.

"Bertuah pula rasa bila doktor benarkan balik Kelmarin. Dapat sahur dengan Abang. Sedap nasi goreng abang buat ni. Rasa macam makan di restoran mewah." Pujian buat Rykal tersenyum bangga.

"Kan.. mestilah sedap sayang. Rykal Wazir yang masak." Rykal menepuk-nepuk dadanya tanda kebanggaan.

"Berbuka nanti nak masak apa? Kita panggil semua berbuka dirumah kita nak? Meriah sikit." Cadang Tengku Zaralyn sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Apa kata kita yang ke rumah daddy berbuka disana. Pasti semua happy."

"Boleh je..."

Mereka menikmati sahur itu dengan penuh berselera. Habis licin pinggan hingga tiada sisa nasi yang berbaki. Rykal pula senang hati melihat isterinya kembali ceria serta sihat selepas kejadian yang menimpa baru-baru ini.

***********************************

Nurish dan Hazril kini sah menjadi suami isteri setelah diijabkabulkan semalam. Kini tiba masanya Hazril harus keluar mencari pekerjaan untuk menyara hidup mereka suami isteri. Beruntunglah Hazril kerana masih mempunyai kereta hadiah dari Lydia diawal pernikahan mereka dahulu.

Menjadi satu-satunya kenderaan yang dia punya untuk mencari sesuap nasi. Nurish juga sudah mula diterima ibu bapanya. Namun hati yang tergores masih ada kesan lukanya.

"Kamu nak cari kerja dimana Hazril?." Soal Pak Hassan pada menantunya itu.

"Cari disekitar sini je ayah. Semoga ada la rezeki kami suami isteri." Hazril sedang menyarungkan kasut dikakinya.

"Insyaallah..rezeki itu luas. Kalau kuat berusaha pasti ada. Jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang suami." pesan Pak Hassan lagi. Sememangnya pesanan itu seringkali diluahkan Pak Hassan buatnya. Salah satu kata-kata semangat juga buatnya untuk terus beristiqamah ke jalan yang lebih baik.

"Hazril pergi dulu. Tengahari nanti Hazril balik." Hazril menuju ke keretanya lalu masuklah dia ke dalam perut kereta itu. Enjin dipanaskan seketika sebelum berangkat pergi.

Kelihatan Nurish sedang memerhati suaminya di jendela rumah itu. Lambaian tangan dihadiahkan buat Hazril oleh Nurish.

"Nak cari kerja dimana tu?" Giliran Mak Esah pula mengajukan soalan.

"Dia ke pekan mak. Insyaallah..ada rezeki kami nanti." Nurish sertai dudukan Mak Esah disofa itu.

"Ni dah masuk bulan ramadhan. Tak lama lagi nak raya. Banyak duit nak pakai. Kena usaha lebih dari sekarang. Kamu pun beberapa bulan lagi nak bersalin. Lagi banyak wang nak pakai." Leter Mak Esah lagi.

"Diorang tahu lah Esah. Dah besar panjang pun. Hazril pun dah pernah berumahtangga. Dia pasti tahu semua perlukan duit." Pak Hassan yang sedang meraut buluh untuk dijadikan serkap ikan itu pula bersuara.

"Kami masih ada simpanan sikit-sikit. Cukuplah untuk tampung sebelum Hazril dapat kerja nanti. Soal bersalin tu Nur dah asingkan simpanan." Jelas Nurish.

"Baguslah kalau macam tu. Jangan nanti nak bersalin tak ada wang sudah. Mak ayah pun bukan ada sangat." masih lagi leteran dari Mak Esah.

"Ayah..boleh ker Nur nak minta duduk rumah pusaka nenek tu? Rumah tu kosong kan? Boleh kami berdikari." soal Nurish dengan beraninya. Sememangnya rumah itu telah lama kosong setelah neneknya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Rumah itu sah menjadi milik Pak Hassan kerana dia adalah anak tunggal keluarga itu. Maka semua harta peninggalan menjadi hak miliknya kini.

"Boleh je kalau nak duduk. Tapi kena bersihkan dulu. Ayah pun jarang-jarang kesana. Kamu ajak lah Hazril pergi cuci dulu. Barang dapur semua ada. Beli barang basah saja." Pak Hassan benarkan mereka tinggal dirumah pusaka itu. Dia sudah berfikir soal itu sebelum ini, namun tidak berkesempatan untuk menawarkan.

"Rumah ni pun bukan ada sesiapa. Duduklah disini. Abang kamu pun jarang-jarang balik." Mak Esah seperti tidak bersetuju.

"Biarkan mereka hidup sendiri. Lagipun rumah tu tak jauh dari rumah kita. Dibiarkan kosong pun tak elok juga. Baik ada penghuninya." Pak Hassan bertegas. Nurish sekadar mendiamkan dirinya.

"Hm..suka hati kamu lah. Mak cadangkan je."

************************************

Syarifah Zahirah dan Tengku Izkandar mula keluar untuk membeli barang-barang basah setelah pembekal barang basah yang selalu menghantar tidak dapat menghantar lagi atas faktor kesihatan. Sementara mencari pembekal baru, terpaksalah mereka ke pasar sendiri untuk membeli keperluan dirumah.

"You..Zara tak balik berbuka disini ker? I nak masak special sikit malam ni sempena 1st day ramadhan." soal Syarifah Zahirah.

"Hmm.. entahlah. Kejap lagi I call dia. Entah boleh buasa ke tidak. I harap dia okay lah. I ada bagi tips awal kehamilan pada dia. Zara ni susah sikit nak ikut kata orang. Degil.."

"Sama macam you la. You pun degil. Susah nak ikut law orang. Asyik you je betul." Luah Syarifah Zahirah sambil tersenyum.

"I pula yang kena? Sekarang kan kita dah ada di Malaysia. I dah cuba cari lokasi untuk I buka klinik sendiri. You rasa macam mana?." soal Tengku Izkandar.

"Ini 1st time you minta pendapat I setelah I sindir you tadi kan?" Tengku Izkandar melepaskan tawa. Seperti selalunya, semua keputusan sebelum ini adalah sebulat suara diputuskan oleh Tengku Izkandar sendiri setegas-tegasnya.

"Up to you, Tengku Izkandar. I okay je."

"See..semua yang I cakap you akan balas dengan perkataan "up to you, Tengku Izkandar. I okay je" . Betul tak? So, I tak degil kan. And I sebenarnya ikut cakap you lah sebenarnya."

"Dah lah..malas I nak cakap dengan you."

Ketawa berdekah-dekah si Tengku Izkandar apabila berjaya menyakat isterinya. Syarifah Zahirah sekadar berdiam diri. Kereta yang dipandu itu meluncur laju diatas jalan raya.

sambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience