Biasanya kan, waktu tengah malam mesti ramai yang dah duduk dalam kediaman masing-masing, berehat paling tidak tidur untuk sambung hari esoknya
Tapi di Bandar Phantom, tempat ini umpama syurga malam. Sebab waktu tengah malam la bandar ini sibuk dan sesak seperti hari siang. Orang dapat di lihat berjalan sana dan sini. Kedai beroperasi dengan meriah sekali. Mana-mana saja dapat di lihat ahli geng dari kumpulan mafia dan penyangak menakut berkeliaran di merata tempat.
Namun ianya bukan la indah mana. Ianya hanya satu perumpaan saja.
Realitinya, ianya sebuah pemandangan yang menakutkan buat mereka yang merupakan orang biasa. Pandang kiri saja dah Nampak orang memegang belati dekat leher, pandang kanan Nampak orang kena heret keluar dari sebuah premis lalu di sumbat secara paksa dalam van. Pandang belakang Nampak sekumpulan geng sedang bertarung dengan sekumpulan geng dari kumpulan yang lain. Pandang depan sekumpulan penyangak menakutkan dengan senjata masing-masing.
Kerana itu, mereka telah jadikannya ia sebagai jadual mereka. Siang adalah waktu orang baik beroperasi. Waktu malam pula adalah waktu orang jahat beroperasi. Jadi dengan itu mereka yang baik tidak akan bertemu dengan mereka yang jahat dan dapat jalankan kegiatan mereka tanpa berasa di geruni.
Tapi itu la,bukan semua boleh balik sebelum waktu yang sepatutnya dah ada dekat rumah.
Disebabkan hari ini adalah gilirannya untuk closing restoran, Thalia balik lewat malam ni. Sibuk sangat kemas restoran sampai tak sedar jam dah masuk 12 tengah malam masa dia keluar dari situ. Biasanya waktu macam ni dia dah ada dalam rumah pangsanya. Tapi sebab perlu kemas dan cuci segala benda dalam restoran tu seorang diri, terpaksa la dia jalan seorang diri untuk pulang ke rumah.
Sambil memasang earfon ke telinga, dia jalan rentasi laluan itu dengan langkah lekas. Setelah mengenakan earfon di telinga, hood jumper di bawa naik ke atas kepala sebelum tangannya di seluk ke dalam poket.
Dia berjalan dan berjalan melintasi premis yang biasanya tutup di siang hari, kini sibuk di kunjungi pada malam hari. Sedang Thalia berjalan, tiba-tiba pintu kedai judi yang ada dekat sebelahnya terbuka secara tiba-tiba lantas mengenai dia sehingga buatkan Thalia tercampak ke jalan lalu terduduk dekat situ akibat tolaka kuat dari pintu tersebut.
Dan sesaat kemudian, seseorang ikut tercampak lalu terduduk dekat sebelah tempat Thalia berada.
"Kalau dah tak ada duit jangan nak berjudi! Buang masa!"jerkah orang yang ada di depan pintu kedai tu.
Dengan kening berkerut tak puas hati, Thalia pandang orang yang sedang bangunkan diri dari situ dalam keadaan terhuyung hayang. Hish! Tak pasal-pasal dia pulak yang kena tempiasnya.
Lelaki yang terjatuh tadi kemudiannya terkam orang yang ada di pintu kedai judi tersebut lalu menempik. "Kau orang penipu!Kau orang main tipu! Aku Nampak kau guna trick kau!"laung lelaki tu sambil cekau kolar baju orang tadi.
Malas nak ambil peduli apa yang berlaku, Thalia tepuk habuk dari seluar dan pakaian lalu gerak untuk pergi dari situ. Dia tak terkejut pun kalau semua ni berlaku. Malah dia dah lali.
Dekat Bandar Phantom ni, sesiapa saja boleh buat apa saja yang mereka mahukan tanpa terbatas.
Nak bunuh?Bunuh hah depan mata semua orang.
Nak maki hamun?Maki sampai nak bunuh antara satu sama lain.
Nak merompak?Bantai.siang hari ke malam tak ada bezanya.
Nak culik?Culik la sesiapa dekat sini, esoknya muncul balik orang yang di culik tu.
Itu yang 'seronok'nya duduk dalam bandar ni.
Sampai jadikan semua orang di situ manusia yang paling tak give any freaking care untuk pedulikan sesiapa.
Bagi mereka semua dekat sini, apa nak jadi, jadi la. Asalkan mereka dapat teruskan hidup!
Drit!
Drit!
Telefon bimbit dalam poket tiba-tiba berdering. Buatkan dia yang sedang berjalan tersentak lalu keluarkan telefonnya cepat-cepat untuk lihat siapa yang menghubunginya. Sebaik dia lihat skrin, nama 'Felix' tertera di situ.
Menggerutu sebenarnya dia nak jawab panggilan ni. Tapi bila difikirkan balik yang dia akan mati di belasah, terpaksa la dia jawab panggilannya. Dengan muka malas, dia sentuh butang hijau di skrin lalu di bawa telefon tu ke telinga.
"Kenapa?"tanya dia serta merta. Ini tak paling nak maki hamun dia, mesti mintak duit!
"KAU MANA BETINA TAK GUNA! RUMAH KOSONG! MAKANAN TAK ADA! KAU NAK MATI KE!?"
Secara refleks dia cepat-cepat jauhkan telefon dari telinga. Bersama renungan sumpah seranah, Thalia pandang skrin telefonnya dengan geram. Seriously?Perlu ke menjerit macam tu sekali. Dia bukannya pekak lagI! Urgh.
Share this novel