Part 29

Crime Completed 11380

"Jalan la cepat sikit!"

"Auw..sakit la! Lepaskan la kalau macam tu. Bukannya saya tak pandai jalan sendiri."

"Lepas?Kalau aku lepaskan kau...kau akan lari kan..bukannya aku tak tahu!"

"Awak rasa saya sempat ke nak lari!Lepaskan la kolar baju saya ni. Koyak jugak nanti kang!"

Kelihatan dua orang itu jalan tersangkut-sangkut merentasi koridor tu sambil diiringi tiga orang lelaki bersut hitam.

"Ish..banyak mulut betul."gerutu Tristan sambil tarik Thalia bersamanya semasa dia berjalan masuk ke dalam pejabatnya.

Tanpa belas dia campak Thalia ke depan lalu menghadap anak buahnya yang berdiri di depan pintu masuk.

"Mak!"sebut Thalia semasa dia gerak laju ke depan sebelum melungkup dekat lantai tu lepas di tolak macam tu sekali dengan Tristan. What the heck! Ah!

"Make sure tak ada sesiapa boleh masuk selagi aku tak izinkan. Faham."beritahu Tristan pada anak buahnya.

"Baik tuan."angguk mereka serta merta.

"Dah keluar."Tristan juih dagu ke mereka supaya keluar dari situ.

Mereka jalan undur ke belakang lantas tutup pintu itu Bersama setelah itu.

Bersama muka jahatnya Trista dia tanggalkan kota dari badannya sambil berpusing ke belakang untuk menghadap Thalia.

Thalia dekat lantai mengesot ke belakang nak jauhkan diri. "Ada apa ni?Kenapa awak bawa saya ke sini?"tanya dia sambil jeling sekejap-sekejap ke ruangan pejabat itu. Dia dekat pangkalan Utama operasi geng entah apa-apa ni ek?Wow...boleh tahan jugak interior design mereka.

"Aku ada bisnes nak aju dekat kau..."kot yang ditanggalkan kemudiannya di letakkan atas lengan sofa. Setelah itu butang lengan kemeja dibuka sebelum lengan itu di lipat naik hingga ke atas sikunya.

Thalia berhenti dari mengesot. Dia berkerut kening tak faham semasa pandang Tristan. Bisnes?Dengan dia?Apa untungnya kalau berurusan dengan dia. Bukannya dia tahu pasal bisnes dan dunia jenayah mereka ni. "Bisnes apa?"tanya dia.

Selesai lipat lengan kanan, Tristan lipat lengan kirinya pula. "Sesuatu yang menarik untuk kau yang mana aku yakin kau takkan tolak."setelah itu dia bongkok memegang lengan Thalia dan tarik wanita itu bangun dari lantai tersebut.

Dengan muka terkejutnya, Thalia bangun dari situ dengan laju sehingga buatkan dia bersandar pada depan badan Tristan dengan kuat. Hampir berlaga dahi dia dengan bibir lelaki itu. Cepat-cepat dia jauhkan dirinya dari badan tu. Tapi tangan Tristan dengan lekas melingkar sekeliling pinggangnya lalu merapatkan semula badannya ke dada bidang tu. OH MY GOSH!

"Ada apa cakap tu cakap je la?"tanya Thalia sambil jarakkan kepalanya ke belakang memandangkan badan dia erat di peluk dengan Tristan. Pening tiba-tiba pulak kepala dia.

Tristan tarik sengih jahat dia bila tengok muka Thalia blushing."Kenapa kau tak pernah kena peluk dengan lelaki ke?"tanya dia sambil eratkan lagi pelukannya di sekeliling pinggang Thalia.

Thalia telan air liur lepas dengar soalan tu. Apa?Nak kutuk dia ke?Kutuk la! "Tak. Saya tak pernah kena peluk dengan lelaki. Kenapa salah ke?Yang awak ni,pernah dibelasah separuh mati sampai patah tulang rusuk,tulang kaki, tulang pinggul, koma selama seminggu sebab dapat konkusi di kepala lepas kena hentak dekat dinding berkali-kali?"balas dia pula dengan jengkel. Hidup dengan Felix buatkan dia takut pada lelaki. Nak expect dia peluk, kiss pun tak pernah!

Sengih Tristan terus jatuh lepas dengar. Rasa macam kena sentap je jantung dia dengan perkataan-perkataan tu. Jangan cakap sampai patah tulang dan koma, hampir mati pun dia pernah kena.

"Tak pernah kan..see. Lain kali tak payah nak kutuk orang.."cebik Thalia sambil pegang lengan Tristan sebab dia tak tahu nak apakan dengan tangannya itu memandangkan dirinya sedang di peluk.

"Kau jenisnya memang tak boleh nak diam ya?"tanya Tristan semasa pandang muka Thalia yang berjarak dua jengkal saja dengan mukanya.

"Ada mulut kan...apa gunanya di beri mulut tapi tak digunakan. Lain la kalau saya bisu. Memang saya takkan bercakap langsung."balas Thalia dengan jelingan menyampah. "Jadi jangan persoalkan kenapa saya banyak bercakap atau bercakap. Sebab memang lumrah manusia yang boleh bercakap, akan bercakap. Okay?"

Tristan tersengih nipis lepas Thalia pandang dia seusai bercakap. "Dah habis?"tanya dia.

Thalia buat muka.Hak-alah. Berlagak betul. "Dah."balasnya dengan jengkel.

Hela nafas dilepaskan Panjang oleh Tristan semasa dia tolak badan Thalia supaya rapat padannya dan dia mula gerakkan mereka kanan dan kiri seperti sedang menari. "So sekarang turn aku pulak yang bercakap."

Kening Thalia mencerun semasa dia cuba jauhkan sikit mukanya bila nafas hangat Tristan menyapa wajahnya. Perlu ke mereka berpelukan macam ni?RImas la.

"Aku tahu kau adik kepada Felix Neston." beritahu Tristan semasa pandang Thalia tepat di mata. "Dan aku jugak tahu apa yang abang kau buat dekat belakang kita orang selama ni."tambahnya lagi sebelum tersengih.

Mata Thalia mula menggigil lepas dia dengar soalan itu.

"So bisnes yang aku maksudkan sekarang ni ialah, kau bantu aku dapatkan Felix dan aku akan tunaikan keinginan kau...iaitu keluar dari Bandar Phantom ni hidup-hidup."aju Tristan sambil lentokkan kepalanya sewaktu hayun dirinya dengan perlahan kanan dan kiri dan bergerak setempat dekat situ. Dia tak tahu kenapa dia buat begini, apa dia tahu dia suka situasi ni.

"Hah?"nganga Thalia dengan muka tergamamnya. "Maksud awak...awak nak saya khianati Felix?"anak rambutnya dengan sendiri jatuh menutupi anak matanya masa ni jugak.

Tristan alihkan tangannya yang berada di pinggang Thalia lalu naik untuk selak rambut tu ke belakang telinga Thalia dengan perlahan. "Yes...and freedom gonna be yours. At last you can exit from this city once and for all."katanya sambil tu.

Thalia bungkam di situ lepas dengar tawaran itu. Dadanya yang sedia sesak semakin sesak lepas dengar perkataan 'exit' tu. Dia dapat keluar dari bandar ni lepas khianati Felix? Kalau dia tak buat, dia tak dapat keluar. Kalau dia buat, dia keluar dari sini lepas sakiti satu-satunya ahli keluarganya? Sampai ke hati dia berbuat begitu terhadap abangnya sendiri.

Melihatkan wajah keliru Thalia, Tristan dekatkan mukanya ke tepi telinga Thalia lalu berbisik. "Deal or not Thalia?"bisiknya dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience