Part 40.

Crime Completed 11380

Muahahaha!

45 minit.

Dalam gelap, bertapak Thalia dalam bilik bacaan sama Alexander bawa dia siang tadi, dia duduk situ sejak tadi. Bersandar dekat tepi celah rak buku yang ada dekat situ, Thalia lipat kakinya rapat ke dada sewaktu menyorok di situ. Menghadap dinding dimana cermin kaca menghadap bulan penuh malam tu. Wajahnya dibias dengan cahaya bulan yang menerobos melalui tingkap kecil tu.

Termenung Thalia di situ sementara menunggu waktu deal game dia dengan Tristan yang bakal tamat beberapa minit lagi.

Sambil tu Thalia mengenang nasib dia yang tidak jelas. Entah berapa lama dia perlu berada dalam bandar ni. Entah hidup lagi tak agaknya dia nanti sekiranya dia dapat keluar dari sini?

Hela nafas lepas dari hidung tanpa sedarnya lalu diikuti dengan bunyi pintu terbuka ke dengaran kemudiannya.

Terus tersentak Thalia lepas dengar.

Dia palingkan kepala untuk lihat cahaya dari luar masuk melalui pintu yang terbuka itu. Ada bayang hitam kelihatan di dinding di situ sebelum ia hilang setelah pintu itu tertutup semula.

Sambil menahan nafasnya, Thalia senyap-senyap jengah kepalanya ke tepi untuk intai ada yang masuk ke dalam bilik bacaan itu atau tidak. Tapi tak jelas, sebab bilik tu gelap, cahaya pula samar-samar saja kerana bulan di luar.

Tergerak hendak bangun dari situ, Thalia perlahan-lahan bangun dari duduknya di celah rak di situ lalu berdiri sekejap memasang telinga. Nak pastikan tiada orang lain dalam bilik tu. Setelah yakin yang memang orang tadi cuma tengok saja ke dalam bilik kemudian beredar, Thalia keluar dari tempat persembunyiannya.

Tiga langkah hendak keluar dari Lorong tu, Thalia tiba-tiba ternampak kelibat Tristan apabila lelaki tu lintas biasan cahaya bulan di situ.

Seperti tikus jumpa kucing, mencicit Thalia masuk ke dalam Lorong rak tersebut semula dalam keadaan mengjengket. Shoot! Ada rupanya! Siut betul...baru dia nak enjoy kemenangannya. Dengan senyap dia menyorok di celah rak di situ sambil perhatikan kelibat Tristan yang bergerak senyap tanpa bunyi merentasi ruangan tersebut mencari dia.

"Thalia...aku tahu kau ada dekat sini.."tegur suara tu dengan menyeramkan sekali.

Sampai meremang bulu roma dibuatnya. Thalia yang dengar tekup mulut dengan kedua-dua tangan saat bersandar pada rak di situ tidak bergerak.

"kau tahu...aku saja bagi kau peluang sepanjang masa ni?"tambah Tristan lagi dalam gelap. Dia jalan dengan perlahan sambil melilau melihat sekeliling bilik yang mempunyai density yang sangat berbeza. Sebab itu dia tahu Thalia ada dekat sini. Sensitiviti dia terhadap persekitaran sangat tajam!

Thalia pusing ke belakang untuk lihat Tristan berada di mana, sekali tu dia Nampak Tristan berdiri betul-betul dekat sebelah rak dia tengah berdiri! Mak! Meloncat perut dia dalam badan bila bau haruman minyak wangi lelaki tu. Terkejut sangat punya pasal, Thalia cepat-cepat undur ke belakang nak jauhkan diri.

Disebabkan tempat itu gelap dan banyak buku bersepah dekat lantai, kaki Thalia terpijak satu dari buku-buku di situ lantas tergelincir ke belakang sebelum tumbang terbaring dalam keadaan menelentang di situ.

KEDEBUK!

Sewaktu terjatuh tu Thalia nak pegang sesuatu untuk menyokong dirinya tapi tangannya sebaliknya pegang buku-buku di situ sebelum terbaring!

Buku-buku yang ada dekat sekitar rak itu bergegar lalu ikut keluar dari rak dan jatuh mengenai Thalia satu persatu.

"Auw...auw!"aduh Thalia setiap kali buku-buku tu jatuh kena kepala dan badannya. Urgh!Seriously!

Ha!Setelah habis, terbaring tak percaya Thalia di situ. Matanya tak berkedip pandang atasnya. Memang nasib malang dia tak ada kesudahannya langsung.

"Kau okay?"tanya suara tu dari hujung kakinya.

Thalia tak menyahut. Dia hanya diam terbaring dekat situ. Tak ada niat nak bangun pun sebab dah tertangkap! Tidak lama kemudian satu sentuhan dapat dirasai pada tangan kanannya lalu di tangan kirinya.

"Sini bangun!"

Sengaja diberatkan badannya, Thalia dengan protes bangun dari situ apabila dirinya di Tarik bangun oleh Tristan dalam gelap tu. Dia tak nak bangun!Arghhh! Thalia Tarik tangan dia sekuat hatinya dan beratkan badannya untuk tidak di angkat.

Sekali tu entah mana silapnya, Tristan tersandung semasa hendak tarik Thalia lalu terjunam ke depan dan gerak mahu menghempap Thalia.

DUK!

"Auw!"dengan serentak dua orang itu mengaduh kesakitan apabila Tristan terjatuh ke atas Thalia.

"Uhuk!Beratnya!"batuk Thalia sambil pejam matanya menahan sebu bila bahagian depannya di hempap dengan mengejut dari atas.

"Sorry!"ucap Tristan yang mahu menopang lengan dia untuk sokong dirinya bangun dari situ, namun dia tersilap langkah hingga buatkan dia terhempap Thalia semula.

"Apa ni!"marah Thalia.

"Aku kata sorry kan.."marah Tristan pula.

"Bangun la kalau macam tu!"

"Sabar boleh tak!"

Berasa fed up, Thalia tolak Tristan jatuh ke sisinya.

BUK!

"Auw!"Tristan terlanggar rak dekat tepi dengan kuat hingga buatkan rak itu bergegar lalu hujan buku mula jatuh menimpa mereka.

"Argh!Tristan!"teriak Thalia sambil hadang mukanya dengan lengan. "Apa semua ni!!"kenapa semua ni terjadi pada dia?Dia cuma nak keluar dari sini je...bukan kena hempap dan dihempuk dengan buku-buku di sini!

Share this novel

Mermaid_
2023-12-27 18:10:54 

eeiii sweet tau tinta ni cuttteeeeee!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience