Krincing!
"Selamat datang.."suara Diana menyapa kedengaran sebaik saja pintu restoran terbuka dan Thalia berjalan masuk ke dalam premis itu.
"Oh...Thalia. Kamu dah datang. Macam mana keadaan kamu dah okay?"Diana yang sedang mengelap meja itu berhenti dari melakukan kerja lantas dekati Thalia.
Semalam Thalia gunakan alasan yang dia tak larat sebab kena period pain yang teruk untuk tidak masuk bekerja. Sebab itu la. "Ya..saya tak apa-apa. Maaf sebab menyusahkan semalam."ucap dia.
"Tak apa. Kamu pun selalu gantikan saya semasa saya tidak dapat bekerja. Jangan risau. Pengurus Joe sendiri faham."kata Diana sebelum beri senyuman mesra kepada Thalia.
Melihat betapa positifnya sikap Diana, Thalia yang berasa tidak bersemangat berasa senang hati semula. Eloknya dia lupakan saja la apa yang terjadi semalam. Kalau dia terbawa-bawa, bukannya bagi dia sebarang faedah, malah buatkan dia semakin murung lagi ada la.
"Terima kasih ya Diana."ucap Thalia Bersama senyuman senang di bibir.
"Ya-ya. Sudah pergi la bersedia. Kita nak mula buka sebentar lagi."angguk Diana.
Thalia gerak ke arah bilik belakang dimana lokar dan dapur berada. Dan setiba dia di situ, dia di sapa beberapa orang pekerja dapur yang sedang seronok menyanyi sambil membuat kerja. Ada yang sedang menyiang sayur dan bahan masakan, ada yang sedang mengilap pinggan dan cawan. Tukang masak yang sedang memasak hanya boleh menari, Tak boleh nak menyanyi sebab takut air liur tersembur semasa menyanyi.
Berdiri sekejap Thalia dekat situ perhatikan lagat mereka di situ. Kan seronok bekerja macam ni kalau ada environment yang boleh semua orang enjoy dan tak tertekan semasa bertugas.
"Oh..Thalia..dah okay?"tegur Pengurus Joe yang muncul dari arah pejabat dekat sebelah dinding dimana Thalia berdiri.
"Selamat pagi..Pengurus Joe."sapa Thalia."Ya..saya dah okay."
Terus Pengurus Joe gosok atas kepala Thalia. "Ada-ada saja la kamu ni. Dah pergi bersiap kemudian mula bekerja."arahnya.
"Baik."tunduk Thalia dengan senyuman di bibir.
Sememangnya restoran ini adalah healing place dia.
"Dah yang semua dekat dapur berhenti menyanyi dan focus pada kerja kamu!"laung Pengurus Joe pada orang dapur.
"BAIK!"sahut mereka dengan bersemangat.
Dari jam 9 pagi sehingga la masuk jam 2 petang semua staf dalam Restoran Red Rose' bekerja dengan gigih dan tanpa henti apabila para pelanggan keluar masuk tempat itu untuk menjamu selera. Yang memasak mahupun kepada yang servis bergerak seperti robot tanpa berehat. Ada saja kerja yang perlu di lakukan sepanjang masa itu.
Tepat jam 6 petang keadaan yang tadi sibuk mula reda sedikit. Pelanggan tak ramai dalam premis. Yang ada hanya sepasang couple dan seorang lelaki tua berjambang dekat ruang depan tu. Menggunakan kelapangan yang ada mereka mulakan aktiviti membersih meja dan lantai di situ. Thalia yang bertugas untuk mengemop lantai sedang menyapu lantai sementara Diana bertugas untuk mengelap meja makan di situ.
Bersemangat seperti terlebih caj, Thalia sapu bersih-bersih setiap bawah meja dan lantai di situ sambil menyanyi mengikut rentak lagu yang dia dengar melalui earfon yang terpasang di telefon bimbitnya. Sibuk punya pasal, dia berdiri menghadap dinding kaca restoran tu semasa tunduk menyapu habuk masuk ke dalam penyodok.
Sekali lepas Thalia selesai, dia pun angkat kepala untuk berpaling, dan masa dia pandang ke depan, matanya terarah pada apa yang dilihat melalui dinding kaca di depannya.
Oh
My
Gosh!
Seriously?
Dia baru nak move on kot!
Takkan la dah muncul balik!
Migrain betul!
"Diana!"panggil Thalia semasa berpaling dan gerak ke arah Diana.
"Kenapa?"Diana angkat kening semasa memandang Thalia lepas wanita itu berdiri depan dia. "Ada apa?"
"Okay...ceritanya macam ni. Um...Felix.."apa dia nak tipu ni ya?
"Ya?"angguk Diana sambil buat muka nak faham apa yang Thalia nak sampaikan.
"Dia ada berhutang dengan seseorang ni. dan dia gunakan nama saya sebagai penjamin. So pendek ceritanya orang tu ada datang dan mungkin bertanya siapa Thalia. Awak jawabkan yang awak tak tahu?Boleh?"aju Thalia dengan tergesa-gesa.
Diana buat muka terkejutnya. "Hutang?"
Thalia toleh pandang ke belakang. Sekali dia pandang orang dah dekat depan pintu masuk restoran. Dengan pantas dia kembali memandang Diana. "Tolong saya okay."lengan Diana di tepuk laju-laju sebelum kakinya di atur ke arah bilik belakang nak sorokkan diri.
Masih tak faham dengan apa yang berlaku, Diana pandang ke arah dimana Thalia larikan diri. Dan sebaik saja dia pandang bunyi loceng pula yang kedengaran. Dia pun palingkan kepala ke pintu masuk restoran pula.
Sebaik dia pandang, Diana melompat sedikit dekat situ. Terperanjat dia lepas tengok lelaki yang berjalan masuk ke situ. Terkejut dengan apa yang di lihat, Diana cepat-cepat tekup mulutnya nak elak diri dari menjerit dekat situ kerana takut.
Di situ berdirinya Alexander Bersama aura majesticnya. Sesiapa yang pandang sudah tahu siapakah lelaki ini. Selain Tristan, Alexander juga merupakan orang kuat dalam Geng Tatu Black Thorn. Dan dia adalah orang kedua yang di ura-urakan sebagai anak kepada Pemimpin Utama Federico. Cermin mata hitam yang terpasang di wajahnya di tanggalkan sebelum dia pandang sekeliling restoran itu.
Menggunakan renungan helangnya, Alexander scan tempat itu hendak mencari kelibat wanita bernama Thalia yang dikatakan berkerja di restoran ini. Dan sebaik dia terpandang waitress yang berdiri dekat meja di situ, dia angkat jari lalu digerakkan sebagai isyarat supaya mendekat.
Dan Diana yang di panggil itu mula faham apa yang berlaku. Jadi orang yang Thalia maksudkan adalah orang kuat Geng Tatu Black Thorn ni ke?Aduhai...masalah apa lagi yang Felix libatkan Thalia dengan ni?
"Ya saya?"sambut Diana dengan dada sesak susah nak bernafas sebab takut.
Share this novel